Wednesday

Kenapa Aku Diuji???




KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216 


KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286 


KENAPA RASA KECEWA? 

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139 


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Ali-Imran ayat 200 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45 


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka....."
-Surah At-Taubah ayat 111 


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129 


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!

".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12



ALLAH adalah sebaik-baik pengatur..HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..

Cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..

Lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya?

Ujian adalah rencah hidup; bukan penghalang bahagia; bukan juga derita untuk selamanya.

Ujian hidup bak tali yang regang, pasti akan kendur atau putus juga akhirnya; dengan syarat, usahakan jalan penyelesaiannya!!

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”
-ar-Ra’du ayat 11



copy#paste dri kak Zaleha Mardiah Sufiah

Lagu Yang Sangat Menyentuh Hati

Wahai tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qohhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang menggunung
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghaffar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan dijiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Wahai tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qohhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang menggunung
Setiap hari setiap ketika

Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harus ku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaran-Mu
Ya Allah tuhanku bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Saturday

Bila Rindu Bagaimana Menguruskannya???




“Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,”
“Astargfirullah!Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cakap soal studi?”

“Kenapa bila saya sebut namanya, awak istighfar? Awak mesti anggap ini zina hati. Awak mesti anggap ini berdosa. Awak mendosakan diri dengan apa yang bukan dosa?”

“Saya yang anggap atau awak yang anggap? Sering kali kita dianggap dengan apa yang tidak kita maksudkan.”

“Tapi, betul tak awak anggap ia zina hati?”

“Hati kita perlu dijaga bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.”

“Hatipun ada dosa?”

“Jika awak tanya dari sudut feqah, feqah tidak cover soal hati. Feqah soal amalan zahir yang nampak sahaja. Tapi jika awak tanya dari sudut akhlak, tasauf dan tauhid, ia sangat erat dengan soal hati.”

“Hah? Patutlah ada orang titik beratkan soal amalan luaran sahaja, bukan soal hati.”

“Perlaksanaan hukum feqah yang ideal sepatutnya tidak terpisah daripada tasauf dan tauhid. Mengambil kira akidah, akhlak dan syariah.”

“Apa dosa hati?”

“Banyak penyakit seperti ghaflah (lalai), ujub, riyak, takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati. Hati kita ibarat raja. Jika baik raja, baiklah rakyatnya berupa tangan, kaki, telinga dan mata. Para sahabat seperti Hanzalah sensitif menjaga hati hingga menganggap diri munafik walhal tidak. Kita pula bagaimana?”

“Awak tu, sikit-sikit istighfar.”

“Istighfar saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah. Padahal, baginda ma’sum dan saya tidak ma’sum.”

"Istighfar istighfar ni, macam haram dan berdosa je benda tu,"

"Istighfar bukan saja untuk menghapus dosa. Ia zikrullah. Tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah.Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Banyak lagi fadilat istighfar dalam al-Quran dan hadis."

“Bila saya gurau-gurau gosip awak, saya sudah lalaikan awak? Apa hukumnya?”

“Ini bukan soal hukum feqah. Ini soal menjaga hubungan kita dengan Allah. Kena banyak cakap hal berfaedah. Kena sebut-sebut tentang Allah. Kena lazimi zikir dan fikir.”

“Bila saya sebut pasal dia, awak jadi teringat-ingat? Jika teringat itupun sudah termasuk zina hati?”

“Saya tidak cakap soal situasi mana termasuk dalam bab zina hati dan situasi mana yang tidak. Itu tidak membina amal. Saya cakap soal bagaimana kita nak uruskan hati apabila diuji fitrah rindu kepada bukan mahram.”

“Menguruskan fitrah?”

“Ya, fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah sobwah (rindu yang cenderung kepada kebodohan). Sebab itu rindu itu elok diuruskan dengan zikrullah”

“Kalau betulpun hati awak sedang terfitnah, alah dosa kecil sahaja.”

“Ia bukan soal dosa kecil atau dosa besar. Ia soal dengan siapa kita berdosa,”

BY: USTAZAH FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Friday

Hanya dalam hati.. ♥ ♥ ♥ (II)


YA ALLAH!YA TUHANKU.KAU YANG MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG.KAU YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA APA YANG ADA DI LANGIT DAN BUMI,JUGA APA YANG TERSIRAT DI DALAM HATIKU.
YA ALLAH!BANTULAH HAMBAMU YANG LEMAH INI.RINGANKANLAH BEBAN PERASAAN YANG KU HADAPI INI.PERIT UNTUK HATI INI MENERIMA SEMUA TAKDIRMU,NAMUN AKAN AKU AJARKAN HATI INI SEMOGA SENTIASA REDHA AKAN DUGAAN INI.
YA RAHMAN!YA RAHIM!PERMUDAHKANLAH HATIKU UNTUK MELUPAKAN NAMANYA.DIA YANG TELAH MEMBUAT AKU SEMAKIN INGIN MENDEKATIMU.BIARLAH AKU MENGINGATIMU TANPA PERLU ADA NAMANYA.NAMUN YA RABB!!TIDAK MUDAH KERANA HATI INI SUDAH TERSENTUH DENGAN KEPERIBADIANNYA.AKU BERDOSA YA ALLAH.DI SAAT AKU SEHARUSNYA MEMIKIRKAN TENTANG AMAL IBADAHKU,NAMUN AKU HARUS MENYELITKAN NAMANYA YANG SERINGKALI MEMBUAT HATI INI BERGETAR KETIKA MENDENGARNYA.BERIKANLAH AKU HIDAYAHMU YA RABB!! SUPAYA MUDAH AKU MELEPASKANNYA WALAUPUN SERASA JIWA INI HAMPIR TERLEPAS SEKALI BERSAMANYA……

 Zulaika masih duduk berteleku di atas sejadah,perkara siang tadi masih bermain-main di benak fikirannya.Wajah lelaki itu masih bersarang di fikirannya,Syahrul Aiman.Mengapa hatiku diuji sebegini?Aku sedang cuba melepaskannya YA ALLAH…..

“Kenapa kau batalkan kontrak kau dengan Syah?”.Pertanyaan Amal itu dibiarkan sepi.
“Jawablah Ika,aku rasa kau dengar dan faham soalan aku ni”.
“Aku banyak projek lain,lagipun  aku takut tak sempat nak siapkan projek dia.Yang kau ni kenapa berangin pula hari ni,datang bulan?”.
“Tak kelakar Ika,perangai kau ni macam budak-budak.Selalu cakap aku yang macam budak kecil,tapi bila kau melarikan diri macam ni,aku rasa kau tu yang bersifat macam budak kecil”.
“Please Amal,kalau kau datang sini semata-mata nak marah aku pasal hal tu.Kau tahu jawapan aku tetap sama”.
“Kau memang degil Ika,teruskanlah kedegilan kau tu sampai satu hari nanti kedegilan kau tu yang membuat kau menyesal seumur hidup”.Amal bangun dari tempat duduknya dan keluar dari bilik Zulaika.Dia tahu,kata-katanya tidak berguna pada Ika,kawannya ini memang keras hati.
“Amal!!Adoiii,takkan pasal dia kita nak bergaduh pula”.Ika bangun dari kerusinya ,cuba untuk mengikut Amal,namun kawannya itu sudah menghilang dari pandangan.
“Amal,dari zaman sekolah lagi,kau  memang suka merajuk.Kemana pula dia pergi ni,dahlah husband pergi oversea.Sakit kepala aku melayan kau ni Amal”.

“Sorry”,Zulaika menghulurkan sekeping coklat kepada Amal yang sedang duduk menikmati aiskrim di kedai berhadapan dengan officenya.Nasib baik tadi dia sempat bertanya kepada rakan sekerjanya,sama ada melihat Amal atau tidak.Dan dia juga tahu memang Amal akan pergi ke sini ,kerana ini tempat favourite mereka berdua.
“Satu je ke?”,Amal tersenyum.
“Untunglah aku nak belikan tau.Tadi beria-ria marah aku cakap,perangai aku macam budak kecil.Habis tu yang kau ni merajuk macam ni,tak macam budak kecil ke?”.
“Ika,sampai hati kau.Kau marah aku ke?”.
“Bukan marah tapi nasihat”.
“Kau tahu tak kata-kata yang pertama tu selalu keluar dari hati tau.Aku menyusahkan kau ke?”.
“Amal,dahlah.Aku tahu tu,taknak lah merajuk lagi,penat tau nak pujuk kau”.Amal tergelak kecil melihat tingkah Zulaika.
“Tau takut,kalau aku merajuk lagi.Tapi aku pun nak minta maaf dengan kau,tadi mungkin aku over sikit marah kau tadi.Sorry”.
“Kau memang,aku pun terkejut tengok kau marah-marah tadi hanya kerana Syah”.
“Opss…tolong sikit.Aku marah-marah bukan sebab Syah,tapi sebab aku ni sayang kat kau.Aku taknak kau tu sedih lagi hanya kerana seorang lelaki”.
“Yelah,aku tahu kau sayang kat aku.Tapi boleh tak kalau lepas ni kita tak payah sebut lagi pasal Syah,kau sendiri tahu dia hanya masa silam aku.Aku dah boleh lupakan dia,InsyaAllah”.
“Ok,mungkin aku pun terlalu memaksa kau.Tapi aku ada masalah lain sekarang ni”.
“Apa dia?”.
“Aku rindu dekat hubby aku!!!”.
“Gedik”.
“Sampai hati kau cakap aku gedik.Dah dua minggu tak jumpa,mestilah rindu”.
“Dia ajak  kau pergi sekali hari tu kan.Kau yang tak nak pergi,salah sendiri la”.
“Aku taknak kacau dia kerja kat sana,lagipun aku mana boleh tinggalkan kau,nanti kau rindu aku”.Amal tergelak besar.
“Sakit”,Zulaika tersenyum melihat telatah Amal.

“Seronoknya berborak.Boleh saya join?”,satu suara menegur mereka dari belakang.Kedua-duanya memandang ke arah suara tersebut.
“Syahrul Aiman!!”.Amal dan Zulaika berkata serentak.Lelaki di hadapannya hanya tersenyum memandang dua sahabat yang mungkin terkejut dengan kehadirannya di sini.