Wednesday

HANYA DALAM HATI 6



“Siapa si tompok?”.Soalan yang terpacul dari mulut Syahrul Aiman itu hampir-hampir membuatkan Amal tertelan buah laici yang sedang dikunyahnya.
“Si tompok apa?Kucing?”.
“Amal,kau tahu apa yang aku sedang cakap ni.Beritahu aku siapa si tompok yang Zulaika tunggu sampai tujuh tahun tu”.
“Dia beritahu kau pasal si tompok ke?”.
“Dia beritahu tentang si tompok tapi dia tak beritahu aku siapa si tompok tu”.
“Kalau dia tak nak beritahu kau,sekarang ni kau harap aku nak beritahu kau ke?”.
“Kalau boleh”.
“No way,gila aku kalau aku beritahu kau.Dia sendiri tak nak beritahu kau,tiba-tiba aku pula nak kepoh-kepoh tentang dia.Owh,patutlah nak belanja makan,ada udang di sebalik batu”.
“Aku memang ada niat nak belanja kau dengan dia makanlah kalau aku dapat projek baru”.
“Sambil menyelam minum air kan.Kau ni sibuk sangat nak tahu pasal si tompok tu kenapa?Takkanlah suka dekat Ika kot?”,sengaja Amal menduga Syahrul Aiman.
“As a good friends aku kena ambil tahu hal-hal kawan aku.Lagi satu Ika ada cakap dia nak lupakan si tompok tu,kenapa dah tunggu sampai tujuh tahun,tiba-tiba nak lupakan macam tu je.Aku tak faham”.
“Kau tak perlu faham,itu masalah dia”.
“Kata-kata kau sama macam dia.Dan aku memang yakin kau memang tahu siapa si tompok tu kan Amal?”.
Perbualan mereka terhenti dengan kehadiran Zulaika.



“Aku rasa Syah suka kat kau”.
“Amal,tak kelakar tau,dahlah aku tengah banyak benda nak siapkan ni,kau jangan nak tambah lagi beban fikiran aku”.
“Dia tanya aku siapa si tompok”.Zulaika terdiam seketika.
“Kau beritahu ke?”.
“Kau rasa kalau aku dah beritahu dia,reaksi dia macam biasa je ke tadi masa kita makan”.
“Kenapa dia nak tahu sangat,rasa macam menyesal pula aku beritahu dia tentang si tompok tu”.
“Beritahu je dia Ika,manalah tahu dia memang ada perasaan pada kau”.
“Aku tak bersedia Amal?”.
“Tapi sampai bila?”.
“Entah,mungkin tujuh tahun lagi ataupun mungkin untuk selama-lamanya”.Amal menggelengkan kepala,keras kepala betul kawannya ini.






“Ika,such a coincidence.Boleh saya join Ika lunch?”.Belum sempat Zulaika menjawab,Syahrul Aiman sudah pun menarik kerusi dan duduk di hadapannya.
“Awak pun minat makan nasi ayam kat kedai ni.Mana Amal?Selalunya korang kalau pergi mana-mana kan berdua”.
“Dia balik rumah ibu mertua dia,suami dia cuti sebulan”.
“Owh,nasi ayam kat sini memang sedap.Ika selalu ke datang kat sini?”.
“Taklah,ini baru first time.Tadi datang dengan Sue,tapi tunang dia datang Johor,so saya kena tinggal sorang”.
“Nasib baik Syah datang kan.Amal dah ada suami,Sue dah ada tunang,Ika bila lagi?”.Zulaika hanya tersenyum pahit mendengar soalan Syah itu.Apalah nasib ingat makan jauh-jauh dari office takkan terserempak dengan dia.Dugaan!
“Saya jauh lagi masanya.Tanya orang,Syah tu bila pula?Takkan nak tunggu bidadari turun dari langit melamar awak”.
“Bidadari yang dekat ni pun susah nak dapat,apatah lagi bidadari yang jauh tu”.Syah tersengih sendiri.Dia akui dia memang sudah tertarik dengan keperibadian Zulaika,namun sikap gadis itu yang suka tarik- tali dan jual mahal,kadang-kadang membuatkan dia mengalah.Apatah lagi apabila dia mengetahui ada lelaki lain yang sudah lama berada di dalam hati gadis tersebut.
“Kereta parking kat mana?”.Soalan Syah itu menyebabkan Zulaika terdiam seketika,lelaki ini tidak perlu tahu dia tadi naik satu kereta dengan Sue,dan sekarang dia harus mengambil teksi ke officenya.
“Kat belakang bangunan tu”.Zulaika membohongi Syah.
“Owh,kalau macam tu saya balik dulu,kereta saya kat depan carwash tu je.Assalamualaikum Ika”.
“Waalaikumussalam”.Zulaika memastikan Syah sudah masuk ke dalam keretanya baru dia menuju ke perhentian teksi yang berdekatan.Bimbang jika dia terserempak dengan lelaki itu nanti semasa menunggu teksi.



Berkali-kali Zulaika cuba menahan teksi ,namun tiada satu pun yang berhenti.Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang,sudah hampir setengah jam juga dia menghabiskan masanya menunggu teksi.
“Mogok agaknya teksi hari ni,susah betul nak dapat teksi”.Zulaika merungut sendirian.
“Dah puas tunggu teksi,jom saya hantar awak balik”,satu suara menegur Zulaika dari tepinya.Syahrul Aiman sedang berdiri sambil memandangnya.
“Awak buat apa kat sini?”.
“Saya yang sepatutnya tanya soalan tu,tadi kata kereta kat belakang bangunan tu.Yang awak duduk tercegat tunggu teksi kat sini kenapa?”.
“Kereta saya rosak”.
Syahrul Aiman menggelengkan kepala,memang betul kata Amal,Zulaika memang seorang yang keras kepala.Bukannya dia tidak tahu gadis itu tidak memandu keretanya sendiri.
“Ika,jom saya hantar.Susah nak dapat teksi waktu-waktu macam ni”.
“Takpe,saya tak nak susahkan awak”.
“Tak susah apa pun.Saya dah penat tau tunggu awak kat tepi sana selama setengah jam,saya hantar awak balik ye”.
“Awak tahu saya tak bawa kereta?”.
“Bangunan yang tempat awak parking ‘kereta’ tadi tu,stor barang majlis daerah.Bila awak beritahu saya awak parking kat situ,saya dah tahu awak tak drive kereta awak”.
Zulaika tertunduk malu,sah-sah Syah lebih mengetahui keadaan di sini berbanding dia yang jarang ke sini.




“Betul ke awak sedang melupakan si tompok?”.
“Kenapa tanya macam tu?”.
“Awak tak jawab soalan saya Ika?”.
“Penting ke untuk saya jawab?”.
“Penting,sebab saya nak tahu”.
“Saya tak rasa ada kepentingan untuk awak tahu samada saya sedang melupakan dia atau tidak”.
“Penting bagi saya ,sebab awak kawan saya”.




“‘Sebab awak kawan saya’.Sepatutnya sebab saya dah mula sukakan awak”,Syahrul Aiman mengeluh kecil.Apa yang terlintas di hati tidak sama seperti yang terucap di bibir.
Namun dia agak kecewa kerana melihat reaksi Zulaika,dia seperti dapat mengagak,gadis itu masih belum melupakan si tompok.Terlalu istimewakah si tompok itu pada pandangan mata Zulaika.






“Betul tak aku cakap,he likes you.So,berhenti buat kerja sia-sia,malam ni jumpa dia terus-terang dengan dia,beritahu dia dialah si tompok yang kau tunggu sampai tujuh tahun tu”.
Kata-kata Amal itu yang akhirnya menyebabkan Zulaika mempunyai sedikit kekuatan untuk berterus-terang dengan Syahrul Aiman.Seperti yang dijanjikan mereka akan bertemu di café berdekatan office Zulaika.




Syah melangkah masuk ke dalam café,dari luar dia dapat melihat Zulaika.Gadis itu hanya mampu dipandang tanpa boleh dimiliki hatinya.
“Saya masih menunggu si tompok dan jika tiada aral melintang,saya akan berterus-terang dengan dia”.Zulaika menguatkan diri untuk memulakan bicara apabila mereka berdua lebih banyak berdiam diri selepas makan.
“Owh,dia lelaki yang bertuah”.Lemah terasa jari jemari Syah,saat ini untuk bertentang mata dengan gadis itu terasa bagaikan sesuatu yang pahit baginya.Baru dia sedar kenapa hatinya seakan berat untuk menemui Zulaika malam ini,rupa-rupanya ada khabar sedih untuknya.
“Syah tak nak tahu ke siapa orangnya?”.
Mengetahui lelaki yang berada di hati Zulaika,mendengar khabar bahawa Zulaika masih menunggu si tompok itu sahaja membuat dia lemah sebegini,apayah lagi jika mendengar nama lelaki itu.Dia merasa tidak kuat.
Baru sahaja Syah mahu berkata-kata telefon bimbitnya berbunyi.
“Maaf Ika,call dari office”.Syah bangun dan menuju ke tepi kaunter untuk bercakap di telefon.
Zulaika hanya memandang Syahrul Aiman yang sedang berbual di telefon,dia sendiri sedang gementar saat ini.Kuatkah dia untuk mengungkap yang sebenar-benarnya.
“Ika,so sorry.Syah kena balik office,ada urgent case kat office.Syah dah bayar ni semua and tell si tompok he’s lucky for having your hearts”.
“Tapi saya tak cakap habis lagi.Awaklah si tompok tu Syah”.Namun Syahrul Aiman sudah pun berada di luar café tanpa mendengarkan kata-kata Zulaika.







Saturday

HANYA DALAM HATI 5




“Jodoh atau kebetulan”.Syahrul Aiman berkata kepada Zulaika yang berada di hadapannya.Pertemuan dengan gadis itu membuatkan dirinya semakin ingin mengenali Zulaika.Dari reaksi Zulaika dia tahu Zulaika tidak selesa dengan kehadirannya di sini.
“Kebetulan”.Ringkas sahaja jawapan Zulaika.Kalau diikutkan hatinya,sejak terserempak dengan Syah di kawasan parking,awal-awal lagi dia sudah angkat kaki untuk balik ke Johor.Namun apabila mengenangkan dia dan tiga lagi kawannya menyewa kereta dan dia sudah pun membayar yuran untuk seminar tersebut,digagahkan juga hatinya untuk terus berada di sini.
Selesai taklimat dari moderator acara,Zulaika cepat-cepat melangkah keluar dari dewan.Hatinya tidak kuat untuk terus bertentang mata dengan Syah.
“Ika.awak tak makan dulu?”.Langkah kaki Zulaika terhenti apabila ada satu suara menenegurnya dari belakang.
Nampaknya dia terlambat,Syahrul Aiman sudah pun berada di hadapannya saat ini.
“Tak,saya mengantuk.Saya balik bilik dulu”.
“Ika,kenapa awak….”.Belum sempat Syahrul Aiman menghabiskan kata-katanya Zulaika sudah pun melangkah masuk ke dalam lif.
Kenapa reaksi Zulaika sebegitu.Begitu dingin!Suatu masa nanti dia harus bertanya kepada gadis itu,apa salahnya sehingga Zulaika seringkali mengelak untuk bertemu dengannya.



Zulaika menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Saat ini dia sendiri tidak tahu untuk berkata apa.Mahu atau tidak dia terpaksa menerima bantuan Syahrul Aiman untuk balik ke Johor.Kereta yang disewanya bersama rakan-rakannya yang lain,tiba-tiba rosak.Rakan-rakannya dijemput suami masing-masing.Kerana tidak mahu menyusahkan  dia memberitahu mereka bahawa ada saudara maranya yang tinggal berdekatan.Dia nekad untuk mengambil bas dan semasa dia sedang menunggu di stesen bas,tiba-tiba Syahrul Aiman muncul dan saat itu pula tiket bas untuk ke Johor kehabisan.
“Ika sejuk ke?”.Syah melihat dari tadi Zulaika asyik menggosok-gosok kedua tapak tangannya.
“Sejuk sikit”.
“Saya bukan air-cond tak kuat pun.Takpelah,ambil baju sejuk kat belakang tu,pakai”.
“Takpelah,saya boleh tahan lagi”.
Syahrul Aiman memanjangkan tangannya ke belakang,dan mengambil baju sejuk,dihulurkan kepada Zulaika.
“Pakai,saya tak suruh bayar pun.Cuba jangan degil sangat,ke awak nak saya pakaikan?”.
Huluran baju cepat-cepat disambut Zulaika,Syah hanya tersenyum melihat reaksi Zulaika,dia sengaja menakutkan Zulaika dengan berkata sebegitu.
“Terima kasih sebab sudi tumpangkan saya”.Perlahan Zulaika mula memulakan bicara.
“Sama-sama.Lagipun kita satu haluan,sekurang-kurangnya saya ada kawan berbual.Saya nak tanya Ika sesuatu boleh tak?”.
Zulaika hanya mengangguk.
“Amal ada beritahu saya,awak ada menunggu seseorang.Betul ke?”.
“Amal,kau memang nak kena!!”.Perlahan Zulaika berkata,namun masih didengar oleh Syah.
“Jangan marah Amal,Amal terpaksa beritahu tu sebab saya salah faham tentang hal masa tu.Saya ingat awak betul-betul tunggu saya”.
“Awak kenal Amal,dia memang suka cakap ikut sedap mulut dia.Masa kita kat sekolah,saya cuma kenal awak sebagai kawan Amal,kita tak pernah berbual pun.Takkanlah saya boleh jatuh hati pada awak”.
“Betul juga tu.Saya je yang terperasan,tapi betullah awak ada tunggu seseorang?”.
Zulaika terdiam,nampaknya Syah masih lagi berminat untuk mengetahui siapakah lelaki yang ditunggunya selama tujuh tahun ini.
“Si tompok”.
“Si tompok,siapa tu?”.
“Dialah orang yang saya tunggu selama tujuh tahun.Saya dengan Amal je yang beri gelaran tu pada dia,sebab kami tak nak orang tahu bila kami bercakap tentang dia”.
“So,bila awak nak berterus-terang dengan si tompok tu?”.
“Saya sedang belajar melupakan dia,saya rasa saya takkan berterus-terang dengan dia”.
“Selama tujuh tahun awak tunggu dia,tiba-tiba awak nak lupakan dia.Kenapa Ika?”.
“Saya baru tersedar,perasaan yang saya simpan untuk dia selama ini hanya untuk disimpan bukan untuk diluahkan”.
“Saya tak faham”.
“Takpelah Syah,awak tak perlu fahamkan.Saya pun dah tak nak berfikir tentang dia lagi”.




Mereka berdua berhenti rehat untuk makan dan solat dihentian Pagoh.Syah mempelawa Zulaika untuk makan bersamanya,namun Zulaika lebih selesa bersendirian,apatah lagi setelah perbualan tentang si tompok di dalam kereta.Semakin berat beban perasaan yang ditanggungnya jika harus terus menatap wajah lelaki itu.
Zulaika memesan bihun sup untuk mengalas perutnya.Dia menuju ke meja di hujung perhentian yang tidak sesak dengan orang.Baru sahaja dia hendak menyuapkan makanan,tiba-tiba seorang lelaki datang dan duduk dihadapannya.


“Assalamualaikum,boleh saya teman awak makan?”.
“Waalaikumussalam,takpelah.Saya lebih suka makan sendiri”.
“Masalahnya saya suka temankan orang makan”.
“Kalau awak tak pergi dari sini,saya yang akan pergi”.
“Saya cuma nak berkenalan dengan awak”.Lelaki dihadapannya ini masih lagi tidak mahu mengalah.Belum sempat Zulaika membalas kata-kata lelaki itu,satu suara  menyampuk dari belakangnya.
“Kalau orang dah tak sudi,fahamlah bahasa sikit.Lagipun siapa bagi izin kat kau untuk duduk semeja dengan wife aku”.Syahrul Aiman sedang berdiri di belakangnya.
“Wife!!.Dia suami awak ke?”.Lelaki itu seakan tidak percaya dengan kata-kata Syah.Malas untuk melayan,Zulaika hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Syahrul Aiman.Perlahan lelaki itu bangun dan beredar.
Syah meletakkan nasi goreng pataya miliknya.
“Saya tahu awak tak suka orang temankan awak makan,tapi awak nak ke,kena ngurat lagi?”.Zulaika mengalah,bimbang juga dia jika lelaki tadi datang semula jika dia dan Syah makan di meja berasingan.

“Ika,saya rasa awak tak boleh jauh-jauh dengan saya lagi”.
“Apa maksud awak?”.Zulaika membulatkan matanya memandang Syah.
“Ada orang masih tak puas hati dengan pengakuan kita tadi.Lelaki tadi masih mengintai awak dari jauh”.Syahrul Aiman tergelak kecil,popular juga Ika ni,diam-diam ada stalker.
“Apa yang kelakar,tak payah nak gelak sangat Syah”.
“Pegang saya,kita jalan sama-sama”.
“Awak jangan nak mengada-ngada.Haram”.
“Saya tahulah,saya tak cakap habis lagi,saya suruh pegang baju saya.Pegang baju pun haram ke?”.
Mereka berjalan beriringan sehingga tiba di surau.Nampaknya lelaki yang mengintai Zulaika tadi sudah pun beredar saat melihat mereka berdua jalan beriringan.
“Ika”.
“Ya”.
“Saya nak solat”.
“Saya pun”.
“Saya tak boleh solat kalau awak tak lepaskan baju saya”.Seperti terkena kejutan eletrik,Zulaika menarik tangannya.Dia malu sendiri.Syahrul Aiman tergelak kecil melihat reaksi Zulaika.
“Awak ni kadang-kadang comel bila buat reaksi macam tu.Nanti lepas solat terus balik ke kereta,saya tunggu kat sana”.Syah berjalan menuju ke surau lelaki,meninggalkan Zulaika yang termangu mendengar kata-kata Syah tadi.Ada senyuman kecil terukir di bibirnya.




“I’m, smell something fishy here.Kau dengan Syah satu kereta dari Terengganu ke Johor.Baik kau cakap dengan aku,apa yang terjadi kat sana”.
Amal yang memang berada di rumah sewa Zulaika terkejut apabila melihat Syahrul Aiman yang menghantar Zulaika balik.
“Esok aku cerita,aku penat.Goodnite mother to be,goodnite baby”,Zulaika berkata sambil menggosok-gosok perut Amal.Dia tersenyum sendiri,Mimpi indah dia agaknya malam ni.   



   




   

Thursday

     HANYA DALAM HATI 4




“Apa mimpi datang rumah aku pagi-pagi ni?”.Amal yang agak terkejut dengan kehadiran sahabatnya di pintu rumahnya di awal pagi ini seperti dapat mengagak ada sesuatu yang penting.
“Aku nak minta tolong kau boleh tak?”.
“Kau nak berterus terang dengan Syah ke?”.
“Tak.Kau ni seriuslah sikit,ini hal penting.Antara hidup dan mati”.
“Kau jangan nak takutkan aku.Nak minta tolong apa?”.
“Teman aku pergi majlis perlancaran laman web Syah,aku kena ganti Sue.Sue ayah dia masuk hospital malam tadi,dia tak sempat nak balik pagi ni.Boleh ye Amal?”.
Amal tergelak kecil melihat telatah kawannya itu.Ingatkan masalah apa yang melibatkan hidup dan mati tadi..


“Cantik”.
“Gambar yang cantik ke orang yang ambil gambar tu yang cantik”.Amal sengaja menyakat Syahrul Aiman.
“Dua-duanya cantik.Tiada ciptaan ALLAH yang tak cantik dalam dunia ni.Terima kasih Ika,saya tahu sentuhan tangan awak akan menghasilkan sesuatu yang saya mahukan”.
Zulaika tersenyum mendengar pujian Syah.
“Selepas majlis ni awak ada apa-apa rancangan?”.
“Balik office,kerja saya banyak lagi belum siap,lagipun Sue tambah cuti lagi,ayah dia belum boleh keluar hospital.Nampaknya saya kena buat kerja sendiri”.
“Kerja tu memang tanggungjawab,tapi kesihatan jangan lupa.Amal pernah cerita kat saya,awak kalau buat kerja sampai lupa makan.Kejayaan tu tak bermakna kalau badan tak sihat Ika”.
Zulaika memandang Amal yang sedang menyuap makanan.
Bila masa pulak,Amal ni bercerita dengan Shah pasal aku.Sempat juga Zulaika menjeling Amal,namun Amal hanya bersahaja terus menyuap makanan.
“Baiklah,tapi saya taklah selalu careless selalu untuk lupa makan,kadang-kadang je”.
“Astagfiruallahalazim!! Ika,aku lupa.Petang ni aku ada appointment dengan doctor,kena jaga makan.Aduh!!”.
“Itulah makan macam tak ingat dunia.Semua makanan nak dirasanya”.
“Aku makan untuk anak aku.Dia yang teringin sangat nak makan semua tu”.
“Amal,kau dah pregnant.Alhamdulillah,tahniah Amal”.Amal  tersenyum mendengar ucapan tahniah dari Syahrul Aiman.
“Alhamdulillah,aku pun memang tak merancang.Tak sangka juga dapat rezeki awal”.
“Ika bila lagi?”.Syahrul Aiman cuba mengusik Zulaika.
“Dia kan tunggu kau”.Selamba sahaja Amal menjawab.





Pagi itu semua kerja yang dilakukan Syahrul Aiman seperti ada yang tidak kena.Kata-kata Amal di majlis semalam betul-betul menganggunya.Apatah lagi apabila melihat reaksi Zulaika yang dingin selepas perbualan mereka itu.Betul ke Zulaika menunggunya?Syahrul Aiman berfikir-fikir sendiri..entahlah Zulaika tidak pernah menunjukkan tanda bahawa Zulaika menyukai dirinya,malah dia hanya dapat melihat gadis itu seakan membencinya.


“Syah,jangan suka berfikir yang mustahil.Buat kerja,kerja kau berlambak ni”.Syah berkata kepada dirinya sendiri.Dia membuka laptopnya,cuba menyelesaikan kerja yang masih ada.Namun tidak sampai 5 minit,dia sudah duduk termenung kembali.
“Tak boleh jadi ni”.lantas telefon bimbit digapainya,nombor Amal di dail.

“Kau dapat rezeki bergolek ke?Tiba-tiba nak belanja aku makan,kat restoran mahal pulak tu”.
“Aku dah lama tak belanja kau makan.Kau datang sorang je,Ika mana?”.
“Ika,dia kerja la apa lagi”.
“Hari minggu pun kerja ke?”.
“Ika tu,sakit je dia cuti.Selagi badan dia tak penat,selagi tu dia susah nak cuti”.
“Owh,nanti kita beli sesuatu untuk dia”.
“Kau ni,macam ada sesuatu je.Kenapa aku rasa perangai kau ni macam pelik sikit hari ni,kau macam ada sesuatu nak tanya aku”.
“Nampak sangat ke?”.Syahrul Aiman bertanya.Amal mengangguk mengiyakan pertanyaan Syahrul Aiman itu.
“Kau ni kenapa sebenarnya Syah?”.
“Ingat tak apa yang kau cakap kat majlis tu semalam.Betul ke Ika tunggu aku?”,akhirnya terluah walaupun terasa berat sangat untuk Syah mengatakannya.
Hampir tersedak Amal mendengar pertanyaan Syah itu.
“Kau ni,kau anggap apa yang aku cakap tu serius ke?”.
“Aku tak rasa kau main-main.Amal,beritahu aku.Betul ke?”.
“Kalau betul kenapa?Dan kalau tak betul pun kenapa?”.Amal sengaja mempermainkan Syah.Nampaknya lelaki dihadapannya ini begitu berminat untuk mengetahui tentang kata-katanya semalam.
“Aku cuma nak tahu Amal.Kalau betul Ika tunggu aku,kenapa dia dingin dengan aku.Bukan ke sepatutnya kalau kita suka dekat seseorang tu,kita akan rasa bahagia kalau dekat dengan dia.Tapi tengok gaya Ika aku rasa dia memang benci betul dengan aku”.
“Dia tunjuk kebencian sebab tak nak tahu kau tahu dia tu suka kat kaulah mangkuk”,namun Amal hanya mengungkapkan di dalam hati.Dia tidak  berani untuk memberi apa-apa jawapan kepada Syahrul Aiman.Cukuplah semalam Zulaika merajuk dengannya kerana kata-katanya di majlis semalam,dia  tidak mahu mengambil risiko untuk membuat sahabatnya itu merajuk lagi jika mengetahui dia telah membocorkan rahsia kepada Syahrul Aiman.
“Aku main-mainlah.Ika,dia tu bila je fikir tentang cinta.Aku rasa anak aku dah lima orang nanti ,baru dia terfikir nak menikah”.
“Betul ke Amal?Kau tak tipu aku?”.Syah masih lagi sangsi dengan kata-kata Amal.
“Tipu bukan dapat apa pun.Mak aku pesan masa makan jangan berbual,makanan dah sampai kan.Jemput makan”.Amal cepat-cepat mengalih topik perbualan,bimbang jika mereka masih berbual-bual tentang Ika,mulutnya akan berkata sesuatu yang mampu membuat Syahrul Aiman curiga kepadanya.



“Macam tahu je aku memang tengah lapar ni”.Zulaika membuka makanan yang dibawa Amal tadi.Set burger bakar dengan fries.
“Lapar,tapi taknak pergi makan.Kerja tu memang sampai bila-bila takkan habis.Kau nanti kalau dah sakit,tahulah aku stop semua kerja kau”.
Zulaika menjuihkan bibir,sengaja menyakitkan hati Amal.
“Tadi aku pergi keluar makan dengan Syah.Dia yang belikan kau burger tu”.Hampir terlepas burger yang dipegangan Ika.
“Macamana pula dia boleh belikan aku makanan dan kenapa kau pergi makan dengan dia?”.
“Ika,apa kata kau berterus-terang je dengan Syah.Aku rasa pertemuan kau dengan dia setelah hampir 6 tahun ni petanda,dah sampai masanya kau beritahu dia.Take a risk Ika,tak salah sesekali kita mengalah”.
Zulaika terdiam mendengar kata-kata Amal,selera makannya tiba-tiba hilang.
“Kenapa kau tiba-tiba cakap macam tu,kau dengan Syah ada berbual apa je masa korang makan tadi?”.
“Dia tanya,betul ke kau tunggu dia”.
“Kau jawab apa?”.
“Kalau ikutkan hati,aku beritahu je hal sebenarnya.Tapi disebabkan kau tu yang suka sangat berahsia,so aku pun rahsiakan je.Tapi entah kenapa,aku macam rasa dia suka kat kau Ika”.
“Amal,jangan cuba yakinkan aku sesuatu yang mustahil”.
“Sesuatu yang mustahil belum tentu takkan berlaku.Aku tak nak kau sedih lagi,bukannya aku tak tahu kau tu.Memang depan aku ni nampak kuat je,tapi bila kau sendiri,kau teringat juga kat si tompok tu kan”.
“Bukan aku tak nak berterus-terang. Kau tahu tak Amal,apa yang aku rasa sekarang ni dah cukup bahagia untuk aku,walaupun aku tak berada di sisinya.Menyayangi dia membuatkan aku semakin dekat dengan Allah,merindui dia membuatkan aku selalu mengingati Allah.Kau mungkin takkan faham,tapi aku rasa Syah tu  selalu membuatkan aku semakin dekat dengan Allah”.
“Apa maksud kau Ika?”.
“Setiap kali aku merindui Syah,aku akan beristigfar.Sebab aku takut aku merindui Syah lebih dari aku merindui Allah.Setiap kali aku inginkan kasih sayang Syah,saat itu aku mula rasa kasih sayang yang berlipat ganda dari Allah.Perasaan yang datang untuk Syah adalah pinjaman dari Allah untukku,agar aku sentiasa mengingati Allah Yang Maha  Pemurah dan Maha Penyayang”.
“Tapi sampai bila Ika,kau hanya  insan biasa.Mungkin kau rasa diri kau kuat untuk terus memendam perasaan.Dan akhirnya nanti kau yang akan terluka.Aku tak nak kau terus terluka”.
Amal tersenyum,dia tahu Amal tidak mahu dia terus terluka,namun ini yang dipilih oleh hatinya.Zulaika memandang wajah Amal,dipegang erat tangan sahabatnya.

“Takpe Amal,Allah kan ada untuk aku kalau aku terluka.Kau pun ada kan,aku tak pernah rasa sepi dalam dunia ni sebab aku selalu ada Allah dan kau sebagai kawan terbaik yang aku ada”.                





            

Wednesday

Hanya dalam hati {3}




“Macam tak percaya persahabatan awak dengan Amal masih berpanjangan sampai sekarang.Dah 6 tahun,sejak kita semua habis sekolah”.
Syah memulakan bicara apabila dia melihat Zulaika lebih selesa mendiamkan diri apatah lagi selepas Amal meminta diri untuk balik dahulu.
“Amal kawan yang baik.Dia selalu ada untuk saya and takde sebab untuk kami      putuskan persahabatan.Sebenarnya saya masih ada kerja kat office,saya minta diri dulu”…Zulaika sudah pun bangun dari tempat duduknya dan mahu segera keluar dari kafe ini dan jauh daripada lelaki itu.
“Zulaika Binti Ahmad !”, Sharul Aiman memberanikan diri memanggil nama gadis itu.Langkah kaki gadis itu terhenti,dia berpaling kepada Sharul Aiman.Wajahnya berkerut memandang lelaki dihadapannya itu.
“Saya ada buat sesuatu yang menyakitkan hati awak ke?Kenapa awak seakan membenci saya,walaupun kita baru berjumpa selepas 6 tahun”.
“Apa yang awak merepek ni Syah.Awak panggil nama penuh saya  sampai satu kafe ni dengar,hanya untuk bertanya soalan bodoh tu”.
“Saya tahu bila orang membenci saya,saya dah rasa sejak kita betemu di majlis Amal,awak mengelak untuk bertemu saya,dan keputusan awak untuk membatalkan kontrak  secara tiba-tiba walaupun saya dah dapat persetujuan dari partner awak.Memang saya bodohlah kalau saya buat-buat tak faham yang awak benci dengan saya”.
“Benci tu terlalu kasar bunyinya,saya lebih suka guna perkataan saya tak selesa.Kalau awak jadi macamni disebabkan pembatalan kontrak tu,saya rasa awak kena belajar jadi matang untuk terima sesuatu keputusan”.
“Speak for yourself Ika,awak batalkan kontrak tu sebab ‘tak selesa’ dengan saya.So keputusan awak tu memang menunjukkan awak sangat matang”.
Terasa panas pula telinga Zulaika mendengar kata-kata lelaki dihadapannya ini.Siapa dia untuk mempersoalkan keputusan yang dibuatnya.Baru sahaja Zulaika ingin berkata-kata Amal muncul dibelakangnya.Dia memegang bahu Zulaika.
“Ika,sabar.Jom kita balik,jangan layan perasaan marah kau tu.And Syah seriously,korang berdua bergaduh walaupun baru 10 minit aku tinggalkan.Childish!”.


“Dah?”,Amal menghulurkan air Nescafe kepada Ika yang baru sahaja turun dari biliknya.
“Apa maksud kau tanya macam tu?Kenapa  tak balik lagi?”.
“Yelah dah puas menangis ke?Ke nak sambung lagi lepas ni”.
Ika memuncungkan bibirnya.Dia menghirup perlahan nescafe yang diberikan Amal
tadi.                                                              
 “Macam iklan kat tv pula,yang anak dia balik rumah menangis and mak dia buatkan air Nescafe untuk tenangkan dia”.Ika tersenyum sendiri,Amal ni kadang-kadang macam budak kecil tapi  kadang-kadang dia nampak matang.Comel je!   

                                                                                                                                                                                           
“Jangan nak tukar topik,tadi beria sangat menangis,sekarang tersenyum pula.Kau dah ok belum?”.
“ Menangis memanglah kena beria.Kau ni bila nak balik”.
“Aku tidur sini malam ni.Takut sawan kau tiba-tiba datang,siapa yang susah nanti”.
“Sawan?”,terjegil mata Ika mendengarnya.Dia membaling bantal kecil di tepinya ke arah Amal.Amal tergelak besar melihat reaksi Zulaika.
“Macamana kau dengan Syah boleh bergaduh,nasib baiklah aku cuma sembunyi dekat tandas,tadi kalau aku balik betul-betul,gaduh besar korang agaknya”.
“Amal!!Kau ni memang sengaja kan.Aku dah pelik bila kau tiba-tiba ada hal.Rupanya ni rancangan kau”.
“Yelah,kau ingat senang nak temukan kau dengan dia berdua.Macam sekali dalam seribu kali,tapi macamni pula jadinya”.
“Padan muka,lain kali jangan nak buat lagi.Lagi sekali kau buat macamtu,aku merajuk dengan kau,aku lari jauh-jauh”.Sengaja Zulaika menakutkan Amal,kerana dia memang tidak mahu berjumpa dengan Syahrul Aiman,yang pastinya akan membuat luka lamanya berdarah kembali.
“Alah,Ika janganlah.Aku dah tak buat lagi,aku buat ni semua sebab nak tengok sangat kau dengan Syah bersatu”.
“Semua tu tak mungkin Amal,aku dah tak berharap apa-apa dengan dia,dah sampai masanya untuk aku lepaskan dia.Betul cakap kau,aku je yang macam orang gila,simpan perasaan pada orang yang tak pasti suka kita.Bodohkan aku”.
“ Bukan bodoh.Tapi kurang pandai,kalau kau dah cakap macamtu.Aku dah tak boleh nak buat apa lagi,lagipun dalam dunia ni bukan dia seorang je lelaki.Betul tak?”.Amal memaut erat tangan sahabatnya itu.
“Betul,so mulai hari ni kau dengan aku kena buang di dalam fikiran kita”.
“Aku sekali,sorry ye,sejak aku dari sekolah lagi aku dah tak minat kat dia,kau tu je yang angau tak sudah.Lagipun suami aku lagi handsome daripada Si Tompok kau tu”.
“Untunglah,suami kau handsome”.
“Oii,tak ikhlas sangat bunyinya tu”.



“Manalah makcik ni,kalau berjanji memang susah betul nak tepati masa,dahlah orang call pun tak angkat”,Ika merungut sendirian di hadapan pejabatnya.Dari pukul 5 tadi dia  menunggu Amal yang berjanji untuk mengambilnya ,tapi sudah 15 minit masa berlalu dan bayang Amal pun tidak kelihatan.
Sebuah kereta Alza hitam berhenti dihadapan Ika,keluar seorang lelaki.Syahrul Aiman sedang berjalan ke arahnya,cepat-cepat dia berpusing untuk menyembunyikan diri,namun terlambat lelaki itu sudah pun melihatnya dari dalam kereta tadi.Ini mesti kerja Amal,desis hati Ika.
“Ika,awak kena ikut saya sekarang”.
“Syah,kenapa dengan awak ni,tak puas hati lagi ke tentang hal semalam”.
“Ops,saya bukan nak cari pasal lagi dengan awak.Sorry kalau awak masih marah pasal semalam.Amal ada kat hospital,saya jumpa dia pengsan kat depan rumah awak”.Berderau darah Ika,Amal pengsan.Patutlah dia tak sampai-sampai.
“Dia macamana sekarang.Apa awak buat kat rumah saya?”.
“Ika,boleh tak saya jawab soalan awak nanti.Kita pergi hospital dulu ye”.

“Sorry,aku terpaksa minta tolong Syah ambil kau kat pejabat.Aku tahu kau mesti marah kat aku kan”.
“Memang aku marah,tapi bukan pasal tu.Kenapa kau sakit tak beritahu aku,sampai pengsan.Kalau Syah tak datang rumah aku,tak tahulah apa jadi kat kau”.
“Manalah aku tahu,aku ingat pening-pening biasa je.Tiba-tiba masa nak pergi ambil kau kat pejabat,mata aku berpinar-pinar.Sedar je,aku dah ada kat sini”.
“Tapi kenapa Syah datang rumah?And macamana dia tahu alamat rumah aku”,Ika mengecilkan mata memandang Amal.
“Bukan aku!Aku tak terlibat.Ingat tak dulu Sue pernah bagi alamat rumah kau,sebab Syah personally nak jumpa kau,bincang tentang project yang kau reject tu ”.
Ika ketawa kecil melihat telatah Amal apabila dia sengaja membuat Amal merasa dialah yang memberitahu Syah alamat rumahnya.
“Kenapa kau gelak?”.
“Amal,kau tahu tak.Kau ni comel bila buat muka bersalah macam tu”.
“Itu aku dah tahu dari dulu”,Amal tergelak besar.
“Perasan betul makcik ni”.
“Opss..sebut pasal makcik.Tahu tak kau tak lama lagi nak jadi makcik”.
“Kau biar betul”.
Amal mengangguk dan tersenyum lebar.
“Wahhhhhhhhh!!!!!!!!!!!….. Alhamdulillah,tahniah Amal.Tapi taknak panggil makcik,panggil auntie kan nampak comel”.
“Suami kau dah tahu?”.
“Belum,nak suprisekan dia.Tadi aku dah telefon,dia on the way nak datang sini.Panjang umur sayang aku,itu dia dah datang.Siap sedia kena bebel la aku nanti”.
“Aku keluar dulu,gudluck Amal”.
“Ika,jangan marah-marah lagi dengan Syah.Dia rasa bersalah dengan kau pasal semalam.Berdamai ye”.



“Biar saya hantar awak balik,bukan senang nak dapat teksi malam-malam macamni”.
“Saya boleh naik bas,saya tak suka susahkan orang”.
“Saya tak rasa susah pun.Biar saya hantar awak balik Ika”.
“Awak ni memang annoying macamni ke?Dulu masa sekolah saya tak tahu perangai awak macamni”.
“Dan awak ni memang degil macamni ke?Setahu saya Zuaika yang saya dengar dari cerita Amal,bukan orang yang degil”.
“Isyhh….”,Zulaika menahan geram melayan kerenah Syahrul Aiman yang seperti tidak faham bahasa.
“Ok,sorry again.Sekali ni je,izinkan saya tolong awak.Kalau awak memang tak suka saya tolong awak sebagai Syah,anggap je saya tolong awak sebagai kawan Amal”.
Seekor kucing tiba-tiba keluar melompat dari tepi perhentian teksi,dengan sendirinya tanpa dipaksa Ika masuk ke dalam kereta Syahrul Aiman.
“Kata nak hantar saya,cepatlah”.
“Awak takut kucing ke?”,soal Syah apabila melihat Ika terjenguk-jenguk kepala melihat kucing di tepinya.
“Awak nak hantar saya balik tak?”soalan Syah dibiarkan sepi,dia takkan memberitahu lelaki itu kelemahannya yang takut pada kucing.

“Apa yang kelakar sangat takut pada kucing sampai awak tak berhenti gelak dari tadi?”.
“Saya bukan gelakkan awak,dj radio ni dia buat kelakar awak tak dengar ke”.Syahrul Aiman berdalih,bimbang mereka akan bertikam lidah lagi jika Ika tahu dia memang tergelak kerana Zulaika takut pada kucing.
Syahrul Aiman membelokkan keretanya ke kiri.
“Nak pergi mana ni,awak jangan macam-macam”.
“Ika,saya nak pergi singgah masjid,saya takut tak sempat nanti,magrib ni singkat”.
Zulaika tertunduk malu.
“Jom kita sembahyang sekali.Awak memang sempat sembahyang kat rumah,tapi dah ada kat masjid ni rugi kalau tak sembahyang sekali”.
“Awak pergi dulu,nanti saya pergi”.
“Takpelah,kita pergi sekali” .
“Saya tak boleh sembahyang,sakit orang perempuan”. Zulaika mengalah terpaksa juga dia memberitahu dia tidak boleh sembahyang kerana datang bulan.

“Owh,patutlah susah sangat diajak.Ok,tunggu saya kat kereta je”.Zulaika melihat lelaki dihadapannya itu berjalan,sehinggalah hilang dibalik pintu masjid.
Zulaika memegang jantungnya yang berdegup kencang dari tadi.Perasaan itu masih ada nampaknya,mulut memang boleh berkata tidak,tapi hati.
‘YA ALLAH kuatkanlah hatiku.Tetapkan hatiku untuk betul-betul membuangnya dari dalam hatiku.Zulaika menulis nota kecil di kereta Syah.


‘Syah,saya balik dulu,saya terlupa saya ada perjumpaan dengan client malam ni.Sorry dah susahkan awak hantar saya’.