Wednesday

Kenapa Aku Diuji???




KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216 


KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286 


KENAPA RASA KECEWA? 

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139 


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Ali-Imran ayat 200 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45 


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka....."
-Surah At-Taubah ayat 111 


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129 


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!

".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12



ALLAH adalah sebaik-baik pengatur..HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..

Cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..

Lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya?

Ujian adalah rencah hidup; bukan penghalang bahagia; bukan juga derita untuk selamanya.

Ujian hidup bak tali yang regang, pasti akan kendur atau putus juga akhirnya; dengan syarat, usahakan jalan penyelesaiannya!!

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”
-ar-Ra’du ayat 11



copy#paste dri kak Zaleha Mardiah Sufiah

Lagu Yang Sangat Menyentuh Hati

Wahai tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qohhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang menggunung
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghaffar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan dijiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Wahai tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qohhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang menggunung
Setiap hari setiap ketika

Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harus ku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaran-Mu
Ya Allah tuhanku bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Saturday

Bila Rindu Bagaimana Menguruskannya???




“Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,”
“Astargfirullah!Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cakap soal studi?”

“Kenapa bila saya sebut namanya, awak istighfar? Awak mesti anggap ini zina hati. Awak mesti anggap ini berdosa. Awak mendosakan diri dengan apa yang bukan dosa?”

“Saya yang anggap atau awak yang anggap? Sering kali kita dianggap dengan apa yang tidak kita maksudkan.”

“Tapi, betul tak awak anggap ia zina hati?”

“Hati kita perlu dijaga bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.”

“Hatipun ada dosa?”

“Jika awak tanya dari sudut feqah, feqah tidak cover soal hati. Feqah soal amalan zahir yang nampak sahaja. Tapi jika awak tanya dari sudut akhlak, tasauf dan tauhid, ia sangat erat dengan soal hati.”

“Hah? Patutlah ada orang titik beratkan soal amalan luaran sahaja, bukan soal hati.”

“Perlaksanaan hukum feqah yang ideal sepatutnya tidak terpisah daripada tasauf dan tauhid. Mengambil kira akidah, akhlak dan syariah.”

“Apa dosa hati?”

“Banyak penyakit seperti ghaflah (lalai), ujub, riyak, takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati. Hati kita ibarat raja. Jika baik raja, baiklah rakyatnya berupa tangan, kaki, telinga dan mata. Para sahabat seperti Hanzalah sensitif menjaga hati hingga menganggap diri munafik walhal tidak. Kita pula bagaimana?”

“Awak tu, sikit-sikit istighfar.”

“Istighfar saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah. Padahal, baginda ma’sum dan saya tidak ma’sum.”

"Istighfar istighfar ni, macam haram dan berdosa je benda tu,"

"Istighfar bukan saja untuk menghapus dosa. Ia zikrullah. Tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah.Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Banyak lagi fadilat istighfar dalam al-Quran dan hadis."

“Bila saya gurau-gurau gosip awak, saya sudah lalaikan awak? Apa hukumnya?”

“Ini bukan soal hukum feqah. Ini soal menjaga hubungan kita dengan Allah. Kena banyak cakap hal berfaedah. Kena sebut-sebut tentang Allah. Kena lazimi zikir dan fikir.”

“Bila saya sebut pasal dia, awak jadi teringat-ingat? Jika teringat itupun sudah termasuk zina hati?”

“Saya tidak cakap soal situasi mana termasuk dalam bab zina hati dan situasi mana yang tidak. Itu tidak membina amal. Saya cakap soal bagaimana kita nak uruskan hati apabila diuji fitrah rindu kepada bukan mahram.”

“Menguruskan fitrah?”

“Ya, fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah sobwah (rindu yang cenderung kepada kebodohan). Sebab itu rindu itu elok diuruskan dengan zikrullah”

“Kalau betulpun hati awak sedang terfitnah, alah dosa kecil sahaja.”

“Ia bukan soal dosa kecil atau dosa besar. Ia soal dengan siapa kita berdosa,”

BY: USTAZAH FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Friday

Hanya dalam hati.. ♥ ♥ ♥ (II)


YA ALLAH!YA TUHANKU.KAU YANG MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG.KAU YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA APA YANG ADA DI LANGIT DAN BUMI,JUGA APA YANG TERSIRAT DI DALAM HATIKU.
YA ALLAH!BANTULAH HAMBAMU YANG LEMAH INI.RINGANKANLAH BEBAN PERASAAN YANG KU HADAPI INI.PERIT UNTUK HATI INI MENERIMA SEMUA TAKDIRMU,NAMUN AKAN AKU AJARKAN HATI INI SEMOGA SENTIASA REDHA AKAN DUGAAN INI.
YA RAHMAN!YA RAHIM!PERMUDAHKANLAH HATIKU UNTUK MELUPAKAN NAMANYA.DIA YANG TELAH MEMBUAT AKU SEMAKIN INGIN MENDEKATIMU.BIARLAH AKU MENGINGATIMU TANPA PERLU ADA NAMANYA.NAMUN YA RABB!!TIDAK MUDAH KERANA HATI INI SUDAH TERSENTUH DENGAN KEPERIBADIANNYA.AKU BERDOSA YA ALLAH.DI SAAT AKU SEHARUSNYA MEMIKIRKAN TENTANG AMAL IBADAHKU,NAMUN AKU HARUS MENYELITKAN NAMANYA YANG SERINGKALI MEMBUAT HATI INI BERGETAR KETIKA MENDENGARNYA.BERIKANLAH AKU HIDAYAHMU YA RABB!! SUPAYA MUDAH AKU MELEPASKANNYA WALAUPUN SERASA JIWA INI HAMPIR TERLEPAS SEKALI BERSAMANYA……

 Zulaika masih duduk berteleku di atas sejadah,perkara siang tadi masih bermain-main di benak fikirannya.Wajah lelaki itu masih bersarang di fikirannya,Syahrul Aiman.Mengapa hatiku diuji sebegini?Aku sedang cuba melepaskannya YA ALLAH…..

“Kenapa kau batalkan kontrak kau dengan Syah?”.Pertanyaan Amal itu dibiarkan sepi.
“Jawablah Ika,aku rasa kau dengar dan faham soalan aku ni”.
“Aku banyak projek lain,lagipun  aku takut tak sempat nak siapkan projek dia.Yang kau ni kenapa berangin pula hari ni,datang bulan?”.
“Tak kelakar Ika,perangai kau ni macam budak-budak.Selalu cakap aku yang macam budak kecil,tapi bila kau melarikan diri macam ni,aku rasa kau tu yang bersifat macam budak kecil”.
“Please Amal,kalau kau datang sini semata-mata nak marah aku pasal hal tu.Kau tahu jawapan aku tetap sama”.
“Kau memang degil Ika,teruskanlah kedegilan kau tu sampai satu hari nanti kedegilan kau tu yang membuat kau menyesal seumur hidup”.Amal bangun dari tempat duduknya dan keluar dari bilik Zulaika.Dia tahu,kata-katanya tidak berguna pada Ika,kawannya ini memang keras hati.
“Amal!!Adoiii,takkan pasal dia kita nak bergaduh pula”.Ika bangun dari kerusinya ,cuba untuk mengikut Amal,namun kawannya itu sudah menghilang dari pandangan.
“Amal,dari zaman sekolah lagi,kau  memang suka merajuk.Kemana pula dia pergi ni,dahlah husband pergi oversea.Sakit kepala aku melayan kau ni Amal”.

“Sorry”,Zulaika menghulurkan sekeping coklat kepada Amal yang sedang duduk menikmati aiskrim di kedai berhadapan dengan officenya.Nasib baik tadi dia sempat bertanya kepada rakan sekerjanya,sama ada melihat Amal atau tidak.Dan dia juga tahu memang Amal akan pergi ke sini ,kerana ini tempat favourite mereka berdua.
“Satu je ke?”,Amal tersenyum.
“Untunglah aku nak belikan tau.Tadi beria-ria marah aku cakap,perangai aku macam budak kecil.Habis tu yang kau ni merajuk macam ni,tak macam budak kecil ke?”.
“Ika,sampai hati kau.Kau marah aku ke?”.
“Bukan marah tapi nasihat”.
“Kau tahu tak kata-kata yang pertama tu selalu keluar dari hati tau.Aku menyusahkan kau ke?”.
“Amal,dahlah.Aku tahu tu,taknak lah merajuk lagi,penat tau nak pujuk kau”.Amal tergelak kecil melihat tingkah Zulaika.
“Tau takut,kalau aku merajuk lagi.Tapi aku pun nak minta maaf dengan kau,tadi mungkin aku over sikit marah kau tadi.Sorry”.
“Kau memang,aku pun terkejut tengok kau marah-marah tadi hanya kerana Syah”.
“Opss…tolong sikit.Aku marah-marah bukan sebab Syah,tapi sebab aku ni sayang kat kau.Aku taknak kau tu sedih lagi hanya kerana seorang lelaki”.
“Yelah,aku tahu kau sayang kat aku.Tapi boleh tak kalau lepas ni kita tak payah sebut lagi pasal Syah,kau sendiri tahu dia hanya masa silam aku.Aku dah boleh lupakan dia,InsyaAllah”.
“Ok,mungkin aku pun terlalu memaksa kau.Tapi aku ada masalah lain sekarang ni”.
“Apa dia?”.
“Aku rindu dekat hubby aku!!!”.
“Gedik”.
“Sampai hati kau cakap aku gedik.Dah dua minggu tak jumpa,mestilah rindu”.
“Dia ajak  kau pergi sekali hari tu kan.Kau yang tak nak pergi,salah sendiri la”.
“Aku taknak kacau dia kerja kat sana,lagipun aku mana boleh tinggalkan kau,nanti kau rindu aku”.Amal tergelak besar.
“Sakit”,Zulaika tersenyum melihat telatah Amal.

“Seronoknya berborak.Boleh saya join?”,satu suara menegur mereka dari belakang.Kedua-duanya memandang ke arah suara tersebut.
“Syahrul Aiman!!”.Amal dan Zulaika berkata serentak.Lelaki di hadapannya hanya tersenyum memandang dua sahabat yang mungkin terkejut dengan kehadirannya di sini.

Saturday

Hanya dalam hati..♥ ♥ ♥



“Seriously,Zulaika!Memang tak di sangka!”,Amal menggelengkan kepala.
“Amal,kau ni kenapa.Memang kau nak satu dewan ni dengar kau bercakap.Behave la,awak tu dah jadi isteri orang”.
“Biarlah suami aku tak dengar pun.Adohaii….janganlah macam ni.Bila kau nak buang dia dalam hati kau tu.Bukaklah pintu hati kau untuk orang lain”,Amal masih lagi tidak percaya dengan apa yang baru diketahuinya tadi.
“Tak dosa pun kan.Lagipun ini bukanlah hal yang besar sangat”.
“Ouhh…”,Amal mengeluh mendengar kata-kata kawan baiknya itu.
“Memang tak dosa,tapi sakit kan.Macam aku tak kenal je kau tu,sekarang memang berlagak cool,nanti bila dah sendiri,menitis juga air mata kau”.
Zulaika hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata Amal.Saat itu juga seorang lelaki menghampiri mereka berdua.
“Amal,Syah kena gerak dulu.Ada kerja kat Penang.Nice wedding,and I hope both of you will happy until jannah”.
“InsyaALLAH.Thanks Syah,sudi datang”.Zulaika di sebelah hanya menundukkan kepalanya,tidak mahu mencampuri perbualan mereka berdua.
“Sama-sama.Tak ramai kawan-kawan sekolah kita dulu,hanya ada beberapa orang je yang Syah jumpa tadi.Bestfriends Amal masa kat sekolah tak datang ke?”
“Bestfriends?Zulaika ke?Ini sebelah Amal ni,dah tak kenal la tu.Kau pun satu Ika,yang dok pandang bawah tu je,ada apa kat bawah meja tu”.Zulaika menguis kaki Amal,dia sebenarnya tidak mahu Syah tahu dia ada di situ.
“Yes, Zulaika binti Ahmad”.Pandangan mata mereka bertemu.
“Amboi,sampai nama ayah pun ingat?”,Amal mengusik Syahrul Aiman.
“Kawan.Mestilah ingat.Syah gerak dulu.Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam”.Zulaika dan Amal memandang Syahrul Aiman sampai bayangnya menghilang daripada pandangan mereka.




Zulaika mengambil kotak yang berisi barang peribadinya.Satu persatu kertas-kertas berwarna kecil itu dia keluarkan.

Pertama kali hati ini bergetar saat menyebut nama dia,redakanlah rasa yang ku rasa ini ALLAH.

Zulaika tersenyum.Pertemuan dia dan Syahrul Aiman di majlis perkahwinan Amal,membuat hatinya yang dulu sepi,kini berbunga kembali.Hampir 6 tahun mereka tidak bertemu.Dan dia sendiri tidak menyangka pertemuan ini.Amal memang sengaja tidak memberitahunya tentang kehadiran Syah.





2 Januari 2007;
“Sampai bila nak tunggu kat sini.Jomlah masuk kelas,aku dah terasa macam makcik jual karipap je,sebab kita bersidai kat luar kelas ni”.
“Makcik jual karipap?Ada-ada je kau tu.Sekejap la,aku nak menikmati pemandangan sekolah ni”.
“Pemandangan sekolah ke pemandangan Syahrul Aiman?”.
Zulaika menutup mulut Amal,memang dia nak beritahu satu sekolah agaknya budak ni!
“Sakitlah Ika,kenapa kau tutup mulut aku macamtu?”.
“Janganlah cakap kuat-kuat.Nanti budak-budak lain dengar”.
“Aku nak masuk dulu.Malas nak layan kau ni.Orang suruh berterus-terang je dengan Syah tu tak nak.Simpan je la perasaan kau tu sampai dia kahwin dengan orang lain”.
"Aku memang dah sedia pun Amal.Sebab aku tahu aku tak layak untuk dia".Zulaika berkata sendiri.
Pandangan matanya tertumpu pada seseorang yang berada di bangunan hadapan,bibirnya mengukir senyuman kecil.
"Memang aku ditakdirkan hanya untuk mengagumimu,bukan untuk mengasihimu".


2 Januari 2012
"Semalam si tompok telefon aku.Dia minta tolong  aku cari photgrapher kat kawasan ni.So,aku pun cadangkan nama kau".
"Amal!!",Zulaika separuh menjerit di telefon.
"Sakitlah telinga aku Ika.Tak payah nak jerit sangat kan,aku bagi kau job,patutnya happy".
"Kalau dengan orang lain aku memang happy,tapi bukan dengan dia,mati kutu la aku nanti.Tak nak lah,baik kau cancel".
"Sorry,dah terbagi pun alamat office kau.mungkin dia on the way pergi sana pun sekarang".
"Apa yang aku nak buat nanti.Amal kau datang sini,teman aku".
"Orang nak pergi honeymoon la.Dah sampai masanya Ika,terus-terang dengan dia.Dah lama sangat kau simpan".

"Amal,aku takut lah".
"Ika,jangan kau biarkan rasa takut tu menyebabkan kau menyesal untuk seumur hidup nanti".

"Aku.."
"Stop it,Ika.Jangan nak bagi alasan lagi.Aku dah nak gerak pergi Redang ni.Nanti kirim salam je kat si tompok tu".


'Si tompok'..hanya dia dan Amal sahaja yang memanggil Syahrul Aiman dengan gelaran tersebut.Dan memang mereka berdua sahaja tahu kenapa gelaran itu diberikan kepada Syahrul Aiman.
Ketukan di pintu mematikan lamunan Zulaika,muncul rakan sekerjanya membawa gambar-gambar Amal di majlis perkahwinannya.
"Sue,nanti mungkin kawan sekolah aku datang.Dia nak amek pakej photografi untuk bussiness.Kau uruskan ye,aku setuju je dengan apa je yang korang bincang nanti"
"Kau nak pergi mana?"
"Ada hal sikit.Kalau dia tanya aku,cakap je aku ada kerja kat kawasan lain.Thanks Sue.maybe dalam pukul 2 dia baru sampai,nama dia Syahrul Aiman Bin Lokman".



Zulaika memandang gambar-gambar di majlis perkahwinan Amal.Amal memang dikurniakan ALLAH dengan kecantikan asli,walaupun tanpa solekan yang tebal,dia tetap kelihatan cantik.
'Sorry Amal,aku tak sedia lagi nak berterus-terang dengan dia'.Zulaika berkata kepada gambar Amal.Zulaika mencapai beg dan kameranya,dia harus keluar dari pejabat sebelum Syah sampai.Kalau boleh dia memang tidak mahu terserempak pun dengan lelaki itu.Belum tiba masanya lagi untuk mereka bertemu.....









Sunday

ADAM HAWA

DRAMA ADAM HAWA...tgh menjadi fenomena sekarang ni..Akhirnya ada juga drama-drama melayu yang membuat kita tak membuang masa menontonnya.Ost untuk drama ni pun sesuai.Aisyah Sofea memang diaugerahkan bakat oleh ALLAH swt untuk menulis novel.

Dari dulu,aku yang memang minat baca novel ni,terfikir-fikir.Kenapa lah jalan cerita dalam novel lebih sedap daripada jalan cerita drama kat tv.Sampai dah takde mood nak tengok drama melayu la..hehhehehehe

And pasal drama Adam Hawa ni,aku rasa satu perubahan yag baik dah diakukan oleh penerbit-penerbit drama kat tv.Barulah rakyat Malaysia tak sibuk nak tengok drama luar.


And last sekali ,pasal pelakon utama drama ni..NADIYA NISSA..ramai sangat yang tak suka die jadi heroin....tolonglah orang Malaysia,jangan terlalu memandang rupa.Bakat yang ada pada Nadia Nissa ni kalau dibiarkan sia-sia je.Tak semestinya setiap heroin kena ada rupa paras yang menawan untuk berjaya dalam sesuatu drama.And aku tengok Nadiya Nissa ni cun je dalam Adam Hawa ni...:)

Thursday

JODOH RAHSIA ALLAH




Perjodohan?”.Imran terdiam seketika mendengar cadangan kakaknya.Memang sampai saat ini dia belum bertemu dengan jodoh yang selama ini menjadi rahsia ALLAH swt.Namun dia yakin,InsyaALLAH suatu hari nanti pasti dia akan bertemu dengan pemilik cinta yang telah pun ditulis ALLAH swt di lauh mahfuz.
“Imran belum tergesa-gesa nak beristeri,biarlah ia datang sendiri kak”.Imran menolak cadangan kakaknya secara lembut.
“Imran Naufal,kakak yakin dia jodoh Imran.Perkara yang baik ni takkan hadir berkali-kali.Sekurang-kurangnya Imran bertemu dahulu,jika Imran memang yakin untuk menolaknya,kakak reda”.Sumayyah masih cuba memujuk adik bongsunya ini,umurnya yang sudah menjangkau 30 tahun menyebabkan ibu dan ayah semakin risau.Imran seorang yang pemalu,dia lebih suka menyendiri atau menghabiskan masa di masjid  apabila ada waktu lapang.Kerisauan ibu dan ayahnya betul juga kerana dia juga merasa Imran sudah selayaknya beristeri dan berkeluarga.
“Jodoh tu rahsia ALLAH swt.Imran yakin suatu hari nanti pasti Imran akan bertemu dengan jodoh Imran”.
“Memang ,jodoh tu rahsia ALLAH swt.Tapi kita sebagai manusia juga harus berikhtiar”.Imran tersenyum mendengar kata-kata kakaknya.Memang dia tidak akan menang jika berhujah dengan kakaknya yang juga seorang guru.
“Baiklah kak.Imran setuju nak bertemu dengan dia.Siapa namanya tadi?”.Imran akhirnya mengalah,Sumayyah tersenyum lebar kerana pujukannya berhasil,pasti ibunya gembira.
“Nur Auni Husna”.


“Assalamualaikum”.
Imran memandang ke belakang.Pak Mahbub berada di belakangnya.
"Waalaikumussalam.Pak Mahbub,dah lama sampai.Tak sedar ada orang kat belakang saya".
"Baru sampai.Jauh termenung Imran,apa yang difikirkan tu?".
"Tiada apa Pak Mahbub.Biasalah fikir pasal kerja,keluarga.Apa tajuk kuliah subuh kita hari ni Pak Mahbub?".
"Jodoh rahsia ALLAH swt".

“Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara,kerana harta,kecantikkannya,kerana akhlak dan kerana agamanya.Kahwinilah seorang wanita itu kerana agamanya kerana engkau akan dapat memperoleh ketenteraman.(Riwayat al-Bukhari)

Kata-kata Pak Mahbub itu bermain-main di benak fikiran Imran Naufal.Entah mengapa dia merasakan  kuliah subuh pagi tadi memang dikhaskan untuknya,saat ini hatinya memang gelisah memikirkan apa yang dibincangkan bersama kakakya semalam.
Adakah dengan perjodohan,dia akan mendapatkan jodohnya.



Jauh termenung Imran?Dah cari masa yang sesuai untuk bertemu dengan gadis yang kakak cakap hari tu?”.Sumayyah menegur adikya yang sedang duduk di beranda rumah.
“Maaf kak,Imran agak sibuk minggu ni.Banyak kerja,lagipun kita tak perlu tergesa-gesa.Tergesa-gesa tu hasutan syaitan”.Imran tersengih,dia cuba memberi alasan supaya pertemuan dengan gadis yang hendak dijodohkan itu semakin lambat dan jika kakaknya sudah bosan menunggu pasti kakaknya itu akan melupakan perkara itu.
“Tapi kalau untuk perkara yang baik,takpe.Ini sampai bila nak beri alasan,nanti kalau budak tu dipinang orang lain,barulah nak menyesal”.
“Itu namanya tiada jodoh.Kenapa akak berminat sangat  dengan dia”.
“Sebab dia gadis yang baik,kakak rasa Imran pasti akan bahagia jika dia menjadi isteri Imran.Dan satu lagi susah nak cari gadis yang baik macam tu”.
Imran Naufal hanya tersenyum mendengar kata-kata kakaknya.Dia pun belum dapat membayangkan seperti apa Nur Auni Husna itu,dari erti namanya,pasti dia seorang yang cantik dan manis di pandangan mata.Tapi bukan kecantikkan yang dia kejarkan,memadailah jika bakal isterinya nanti seorang yang sederhana penampilannnya namun tinggi akhlak dan agamanya.Kerna dia pernah mendengar,jika hendak mendapatkan anak yang soleh atau solehah,pilihlah calon isteri yang solehah.
“Baiklah kak,Imran setuju nak berjumpa dengan dia,tapi selepas Imran balik dari johor.Minggu ni Imran kena habiskan semua kerja kat johor,InsyaALLAH,Imran dan dia akan bertemu juga  kalau kami berdua memang ada jodoh”.
“Alhamdulillah,kakak nak beritahu ibu berita gembira ni.Sekurang-kurangnya hilanglah sikit sakit kepala dia bila Imran dah buat keputusan macam ni”.Sumayyah bangun dan bergegas ke bilik ibunya.Melihat tingkah kakaknya ,Imran tahu betapa kakak dan ibunya mengharap dia bertemu dengan Nur Auni Husna.Selepas pertemuan dia dan Nur Auni Husna itu nanti ,Imran Naufal menyerahkan segala-galanya pada takdir.Jika takdir ALLAH swt telah menetapkan bahawa Nur Auni Husna  adalah jodohnya,dia akan menerima gadis itu apa adanya.



Astagfiruallahalazim!”.Imran Naufal beristigfar panjang,apabila pandangan matanya tertumpu pada seorang gadis di hadapannya.
“Kenapa dengan kau ni Imran,macam nampak hantu?”,kawan sekerjanya bertanya apabila melihat Imran Naufal tertunduk sambil beristigfar.
“Kau tak beritahu aku pun,kita ada teman sekerja perempuan,aku tak selesa ,dahlah bilik ni sempit”.
“Aku terlupa,lagipun boss beritahu aku last minute.Aku kan ada,bukan korang berdua je dalam bilik ni”.
Imran Naufal terdiam.Benar juga kata kawannya,mereka bertiga.




Imran duduk  bersandar di tepi dinding masjid.Usai solat isyak,dia tidak tahu ke mana arah tujuannya,kawan sekerjanya mengajak dia berjalan-jalan di sekitar bandaraya Johor Baharu,namun dia malas.Dia lebih suka menghabiskan masanya di persekitaran Masjid Abu Bakar yang besar dan cantik.
Subhanaallah,indahnya ciptaan Tuhan.Siang dengan awan yang biru dan malam  pula bintang memenuhi ruang angkasa bumi.Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang telah dianugerahkan ALLAH swt kepada makhluknya,cuma manusia kadang-kadang yang terleka dengan dunia sehingga lupa akan ALLAH.

 ‘Nur ‘namanya seperti wajahnya yang bercahaya.Imran Naufal memikirkan tentang teman kerjanya yang baharu dikenalinya tadi.Saat pertama kali bertentang mata dengan gadis itu,Imran Naufal seakan sesak nafas,ia tidak mampu berkata-kata dengan lancar dan kadang-kadang dia seakan tenggelam dengan suara lemah –lembut milik gadis itu.
“Astagfiruallahalazim!Cepat-cepat Imran beristigfar apabila dia tersadar dari lamunannya tentang Nur.
Imran bangun dari tempat duduknya.Mungkin dengan berjalan-jalan melihat pemandangan dia dapat melupakan wajah gadis itu yang sudah bermain-main di anak matanya.Baru sehari mereka berjumpa,Imran sudah tidak keruan hatinya.
‘Sesungguhnya ALLAH swt sedang menguji hatiku.Baru sehari aku menghabiskan waktu dengannya,hatiku sudah tidak tenang.Bagaimana untuk enam hari nantinya’.

Imran,awak  tak setuju dengan konsep yang saya buat ke?”soal Nur.Jawapan Imran yang acuh tidak acuh itu kadang-kadang membuatkan  dia bimbang mereka tidak sefahaman menyelesaikan projek ini.
“Taklah,saya setuju.Konsep yang awak buat ni dah cukup perfect saya tengok”.
“Tapi awak macam  tak yakin”.
“Maafkan saya kalau saya buat awak terasa seperti itu.Saya memang macamni,kita teruskan kerja seperti yang dirancang.InsyaALLAH saya yakin,projek ni akan berjaya seperti yang kita harapkan”.
Nur tersenyum mendengar kata-kata Imran Naufal.Dia perasan lelaki di hadapannnya ini amat menjaga pandangan matanya,terutama kepada perempuan.Beruntunglah siapa yang dapat memilikinya.Melihat kepada perwatakkannya Nur sebenarnya tertarik untuk mengenalinya,namun hanya sebatas rakan sekerja.
Sebelum dia bertolak ke Johor Baharu,kakaknya awal-awal lagi sudh berpesan.
“Awak tu dah dikhitbah orang.Jaga kelakuan dan pergaulan kat sana.Nanti lepas awak balik,kita jumpa dengan lelaki yang kakak beritau hari tu”.
Perjodohan yang ditentukan keluarga.InsyaALLAH inilah jalan yang terbaik buat Nur.Sudah dua kali pertunangannya terputus di tengah jalan.Pasrah dengan ketentuan ALLAH swt,akhirnya Nur akur dengan kehendak keluarga untuk dijodohkan.


Hari ni saya dengan kawan saya nak pergi site,Nur nak pergi sekali?”.
“Boleh juga,nanti kalau pergi sana,boleh improve mana-mana part yang kurang”.
“Ok,kita tunggu kawan saya sekejap.Dia masih bersiap-siap”.
Nur hanya mengangguk,hari ini dia melihat Imran Naufal seperti seseorang yang berbeza dengan jeans dan t-shirt.Selalunya dia berpakaian formal,hari ini dia nmpak sederhana dan santai.
“Sorry Imran lambat.Tadi wife aku call,dia ada kat Johor,rumah mak mertua aku.Boleh tak kalau hari ni aku off duty.Sehari je,nanti merajuk pula dia ,kalau aku tak pergi”.
“Tapi kita nak pergi site hari ni”.
“Aku janji esok aku cover semua kerja yang aku tertinggal hari ni.Sehari je aku minta izin Imran”.
Imran mengalah,kasihan pula dia melihat kawannya itu.Lagipun rasanya hari ini dia mampu melakukan kerja sendirian.
“Ok,tapi ingat janji kau sehari je.Malam ni kau balik hotel tak?”.
“InsyaALLAH tak balik.Kau dengan Nur hari ni memang janji nak pakai baju biru ke?Nampak sepadan”.Sempat lagi rakan sekerjanya itu mengusik sebelum pergi.
Merah muka Nur,Imran pula hanya terkedu.Sepanjang perjalanan ke site mereka berdua lebih banyak berdiam diri.


Nur duduk berehat di bawah pokok sambil melihat pekerja-pekerja membersihkan kawasan taman.Dia teringat usikan salah seorang pekerja tadi.Para pekerja menyangka mereka berdua adalah pasangan suami isteri kerana pakaian mereka yang seakan sama
“Macam pasangan suami isteri yang baru kahwin”.Nur hanya tertunduk malu,Imran pula hanya tersenyum.Namun masing-masing tidak pula menafikan bahawa mereka berdua bukanlah suami dan isteri.Entah mengapa dia juga selesa membiarkan para pekerja menyangka mereka berdua adalah suami isteri.Mungkin dia adalah wanita yang paling bahagia saat ini,jika Imran Naufal betul-betul mejadi suaminya.Walaupun dia hanya berkenalan dengan lelaki itu beberapa hari,namun hatinya kuat mengatakan lelaki itu mampu menjadi seorang suami dan juga ayah yang baik.
“Astagfiruallahalazim!Berhenti fikir tentang Imran Naufal.Dia hanya rakan sekerja,ingat tu.Kau tu dah dikhitbah orang”.Nur memarahi dirinya sendiri apabila dia terikut-ikut dengan perasaannya.
“Nur!!!!Entah dari mana Imran Naufal muncul.Nur ditolak ke tepi dan dia yang dihempap bongkah kayu yang terjatuh dari tingkat atas .
Nur mengesat tangannya yang sakit,namun kesakitannya menghilang apabila melihat Imran Naufal yang tercedera kerana menyelamatkannya.



Setitis demi setitis air mata mengalir ,dia tidak tahu mengapa.Walaupun doktor mengatakan bahawa Imran Naufal hanya mengalami kecederaan biasa,dia tetap rasa bersalah dengan apa yang terjadi.Lelaki itu terbaring di hospital kini kerana menyelamatkannya,sepatutnya dia yang terbaring di situ.

“Nur,kenapa awak menangis?”.Imran menegur gadis di hadapannya itu.Tersedar sahaja dia melihat gadis itu sedang mengalirkan air mata.
“Awak dah bangun Imran.Maafkan saya,sebab saya awak jadi macam ni”.
“Jangan menyalahkan diri sendiri.Ini bukan salah awak,percaya ada qadak dan qadar.Apa sahaja yang berlaku telah ditakdirkan ALLAH swt”.
“Kenapa awak sanggup berkorban demi saya Imran,kenapa awak tak biarkan saya yang dihempap kayu tu?”.
“Sebab saya tak nak orang yang saya sayang cedera”.Imran Naufal akhirnya mengaku perasaannya terhadap Nur.Dia yakin dengan perasaannya,walaupun hanya mengenal gadis itu beberapa hari.Saat ini jika Nur menerimanya,dia pasti akan membatalkan pertemuan dengan gadis yang hendak dijodohkan oleh kakaknya.
Terdiam Nur,dia melarikan pandangannya dari melihat mata Imran Naufal,bimbang jika lelaki itu mula menyedari dia juga telah mula menyayanginya.Baru dia hendak bersuara,pintu dibuka dari luar.Rakan sekerja Imran Naufal melangkah masuk ,perbualan mereka terhenti di situ.


Hari ini adalah terakhir Imran Naufal berada di sini,dan mungkin juga hari terakhirnya bersama Nur.Dalam dua hari terakhir ni dia melihat gadis itu seakan cuba mengelak untuk bertemu dengannya.Mungkin kerana kejadian di hospital,dia pun tidak tahu kenapa dia begitu mudah untuk melafazkan kata-kata itu walaupun dia hanya mengenali gadis itu  beberapa hari.Dan sekarang dari reaksi Nur,dia tahu gadis itu telah menolaknya.Dia reda,pasti ini yang terbaik yang telah ditetapkan ALLAH swt untukya.

Imran menjengah ke dalam pejabat,dia melihat Nur mengemas barang-barangnya.Alhamdulillah segala kerja dapat disiapkan dalam masa yang di tetapkan.Dan nampaknya pemilik rumah tersebut berpuas hati dengan pengubahsuaian yang dilakukan oleh mereka semua.
“Assalamualaikum”.Nur menoleh ke arah suara yang memberi salam.
“Waalaikumussalam.Imran,awak tak balik lagi?”.Hendak melarikan diri sudah terlambat ,dia mengutuk dirinya sendiri kerana terlambat mengemas  barang-barang miliknya.Pasti dia tidak akan terserempak dengan lelaki ini,jika dia awal-awal sudah berkemas.
“Nak ambil barang dengan fail.Nur nanti balik dengan siapa?”.
“Balik dengan kakak.Kebetulan kakak ada kerja dekat sini,dia datang ambil saya sekali.Ok lah saya gerak dulu,nice knowing and working with you Imran.Assalamualaikum”.
“Nur!Saya minta maaf tentang kata-kata saya masa di hospital.Saya tak patut cakap macam tu”.

“Nur tak salahkan Imran.Apa yang terjadi antara kita,Nur anggap sebagai takdir ALLAH swt.Semuanya memang sudah tertulis,kita nak elak macamana pun,ia tetap akan berlaku juga.Cuma Nur tak mampu nak menerima huluran salam yang Imran hulurkan,Nur telah dikhitbah oleh orang sebelum Nur ke sini”.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
                                                       ( Surah al-Baqarah 2:216)


Imran teringat ayat Surah al-Baqarah yang pernah di dengarnya semasa kuliah subub bersama  Pak Mahbub.Nampaknya ALLAH berkehendak yang lain untuknya,walaupun hatinya sudah mula terusik dengan kehadiran Nur,namun takdir ALLAH swt mengatakan lain.Dia terlambat,gadis dihadapannya ini sudah dikhitbah oleh orang lain.
“Saya faham.Takdir berkata lain nampaknya.Saya akan cuba reda dengan apa yang berlaku,selepas ibu dan kakak saya,awak wanita pertama yang mampu membuat saya kagum.Tentang apa yang saya katakan semasa di hospital ,saya harap Nur dapat melupakannya.Mungkin saya terlalu mengikut perasaan dan terburu-buru membuat andaian,sedangkan saya tahu terburu-buru hasutan syaitan.Maafkan saya,jika selama ini saya menyebabkan Nur merasa tidak selesa bekerjasama dengan saya”.
Imran Naufal menarik nafas panjang,tak semua perkara dalam dunia akan kita miliki.Dia harus menerima  hakikat bahawa jodohnya bukan dengan Nur.Dia hanya mampu melihat Nur pergi ,SesungguhNya ALLAH swt lebih mengetahui apa yang lebih baik untuknya.
Bunyi telefon mengembalikan Imran dari lamunannya,satu sms daripada kakaknya.
Salam,Imran jadi balik hari ni kan.Esok kita pergi rumah Nur Auni Husna,ummi dah tak sabar nak jumpa dia.Semoga ini yang terbaik untuk Imran.
Imran Naufal tersenyum membaca sms daripada kakaknya.Sekarang dia sedar,ALLAH swt mahu dia berjumpa dengan Nur Auni Husna,mungkin gadis itu adalah jodohnya.InsyaALLAH mungkin dia lebih baik daripada Nur.


Kakak,Nur minta maaf.Nur tak mampu nak menahan apa yang Nur rasa,Nur sayang dia.Tapi Nur tahu kakak dah berjanji dengan keluarga kawan akak.Walaupun hanya seminggu perkenalan,tapi Nur yakin dia mampu membahagiakan Nur di dunia dan di akhirat.Nur ingat setelah berjauhan rasa itu akan hilang,tapi ia makin kuat”.
“Nur dah buat solat istikharah,minta petunjuk ALLAH swt?”.
“Dah,namun ALLAH swt,belum mengizinkan Nur mendapat petunjuk.Nur bingung,macamana Nur nak berkahwin dengan orang lain sedangkan hati Nur mendambakan dia”.
“Banyakkan istigfar ,jangan terlalu mengikut perasaan.Perbanyakkan solat tahajud dan istikharah,InsyaALLAH  Dia akan memberi petunjuk.Tentang pertemuan esok,anggaplah sebagai pertemuan mengeratkan silaturahim,kakak akan terangkan pada keluarga kawan akak tu.Soal kahwin bukan perkara main-main,akak taknak Nur terima lelaki tu sebab terpaksa.Nur berhak tentukan siapa yang akan ada di sisi Nur.Sebab perkahwinan adalah untuk mencari redha ALLAH”.


Dengan mengenakan sepasang baju melayu,Imran Naufal nampak segak.Ummi dan kakaknya tidak habis mengusiknya.
“Dah macam nak pergi menikah,untung siapa yang dapat Imran Naufal”.
Tepat pukul sembilan malam,keluarga Imran sampai di rumah Nur Auni Husna.Dia bertekad untuk menerima gadis itu menjadi permata di dalam hidupnya,tentang Nur.InsyaALLAH gadis itu juga pasti mendapat jodoh yang terbaik.
“Assalammualaikum”.
“Waalaikummussalam.Alhamdulillah sampai juga tetamu yang di tunggu-tunggu”.Seorang lelaki dan perempuan menyambut mereka di pintu.Mungkin ayah dan ibu Nur Auni Husna,Imran berandaian sendiri.


Seorang gadis datang membawa dulang berisi air dan kuih.Memakai baju kurung berwarna biru,bertudung labuh.Sejuk mata memandangnya,jika inilah gadis yang kak Sumayah katakan,Imran Naufal yakin untuk menerimanya.Gadis itu memandang Imran dan tersenyum,Imran membalas senyuman gadis itu.Alhamdulillah,terima kasih YA ALLAH,jika ini jodohku aku terima.Imran Naufal berdoa di dalam hati.
Kemudian gadis itu datang kembali,namun kali ini membawa seorang bayi kecil.Imran bingung,menurut kakaknya Nur Auni Husna belum pernah berkahwin,tapi gadis di hadapannya sedang membawa seorang bayi dan duduk bersebelahan dengan kakaknya.
“Sebenarnya Sumayyah,keluarga kami ada perkara nak beritahu…
“Assalammualaikum”,satu suara memberi salam dari luar.Kata-kata gadis yang disebelah kak Sumayyah terhenti.
“Waalaikummussalam”.Mereka semua memandang ke pintu,melihat siapa yang memberi salam,termasuklah Imran Naufal.Seorang gadis berjubah ungu dan bertudung putih melangkah masuk,saat itu juga Imran Naufal terbangun dari tempat duduknya seperti tidak percaya kehadiran gadis di hadapannya.Masing-masing terdiam.
“Nur,awak buat apa kat sini?”.Masih tidak percaya akan kehadiran gadis tersebut,Imran Naufal menggosok-gosok matanya.
“Ni rumah saya.Awak buat apa kat sini?”.
“Siapa nama penuh awak?”.
“Nur Auni Husna”.
Saat itu juga air mata Imran Naufal jatuh berguguran,ALLAHU AKBAR!Sesungguhnya air mata yang mengalir ini kerana terasanya dia atas kurniaan yang ALLAH swt berikan.Sedikit kesedihan yang dia rasakan saat ditolak oleh Nur,menyebabkan hari ini dia menangis kegembiraan.Sungguh baru dia sedar,ALLAH swt ingin menguji hatinya,dia memberikan sedikit kesedihan untuk mengurniakan seluas kebahagiaan.




Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar.Dengan sekali lafaz  Nur Auni Husna sah menjadi isteri Imran Naufal.Jodoh memang rahsia ALLAH swt,Imran Naufal sama sekali tidak menyangka bahawa Nur Auni Husna adalah gadis sama yang ingin dijodohkan dengannya.Rencana ALLAH memang tidak mampu dijangka.Kun fayakun;jadilah ia maka jadilah ia.Imran Naufal mengucapkan syukur ke hadrat illahi,walaupun terkadang ia merasakan ini mimpi,namun apabila melihat kehadiran Nur di sisinya,ia tersedar segalanya memang berlaku.Dan malam ini untuk pertama kalinya dia dan isterinya melakukan solat jemaah bersama-sama.Pertama kali dalam hidupnya dia mengimani seorang wanita selain kakak dan ibunya.

“Terima kasih,kerana sudi menjadi isteri saya.Selagi saya mampu dan selagi ALLAH swt mengizinkan saya hidup di dunia ini,selagi itu saya akan sentiasa berada di sisi awak.Semoga ALLAH merahmati perkahwinan kita dari dunia hingga ke akhirat”.
“InsyaALLAH.Saya manusia yang tak sempurna,saya harap awak boleh menerima semua kelemahan diri ini.Tapi insyaALLAH saya akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak”.
Imran Naufal mengucup kening isterinya.Dia amat bersyukur dikurniakan wanita sebaik Nur Auni Husna menjadi pendamping hidupnya.
Nur Auni Husna tiba-tiba menjadi sebak.Air matanya mengalir,perlahan disapu oleh suaminya.
“Kenapa ni sayang,awak menyesal ke menjadi isteri saya?”.Risau pula Imran Naufal melihat isteri yang dikasihinya menitiskan air mata secara tiba-tiba.
“Menjadi isteri kepada Imran Naufal adalah anugerah terindah yang dikurniakan ALLAH swt kepada saya.Saya tak pernah rasa menyesal,dan saya yakin saya takkan menyesal terima awak menjadi suami saya.Saya menangis sebab saya bersyukur atas anugerah ALLAH yang tidak saya sangka.Sebenarnya sebelum berkahwin dengan awak,saya sudah pun jatuh hati pada awak.Cuma keadaan tak mengizinkan saya untuk berterus-terang.Jodoh rahsia ALLAH swt,ALLAH dah gerakkan hati saya ke arah awak sejak kita di Johor Baharu lagi”.
“Maknanya,bukan saya sahaja yang rasa semua tu.Tapi saya bersyukur awak tolak saya masa kat Johor tu”.
“Kenapa?”
“Sebab cinta yang kita rasa itu tidak seperti cinta halal yang kita rasa sekarang.ALLAH sangat menyayangi kita,dia tak izinkan saya mencintai awak tanpa ikatan yang sah,dan juga sebaliknya.SUBHANAALLAH atas segala nikmat yang Kau berikan”.
Nur Auni Husna tersenyum.Barulah dia sedar hikmah disebalik semua yang berlaku.ALLAH swt berikan dia  kesedihan sementara untuk dia mendapatkan sebuah kebahagiaan yang tidak ternilai.ALHAMDULILLAH.Segala puji bagi ALLAH.


Sunday




LAGU FAVOURITE MASA KECIL DAN SAMPAI SEKARANG
Asyhaduallailahailallah
Wa asyhaduanna Muhammadarrasulullah
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah
Alhamdulillah pujian bagi Allah
Subhanallah Maha suci Allah
Allahuakbar Allah Maha Besar
Segala puji hanya bagi Allah

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semuanya dari Allah
Asyhaduallailahailallah
Wa asyhaduanna Muhammadarrasulullah
Asyhaduallailahailallah
Wa asyhaduanna Muhammadarrasulullah
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah
Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nimat dariNya
Ingatlah Allah bersyukur padaNya
Ucapkanlah Alhamdulillah
Alhamdulillah pujian bagi Allah
Subhanallah Maha Suci Allah
Allahuakbar Allah Maha Besar
Segala puji hanya bagi Allah
Lihatlah alam terbentang luas
Langit cerah memayungi bumi
Hati terasa kebesaranNya
Ucapkanlah Allahu Akhbar
Asyhaduallailahailallah
Wa asyhaduanna Muhammadarrasulullah
Asyhaduallailahailallah
Wa asyhaduanna Muhammadarrasulullah
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah
Alhamdulillah pujian bagi Allah
Subhanallah Maha Suci Allah
Allahuakbar Allah Maha Besar
Segala puji hanya bagi Allah
Ketika hati sedih dan pilu
Kerana ujian melanda
Ingatlah ia sementara
Ucapkanlah Innalillah
Asyhaduallailahailallah
Wa asyhaduanna Muhammadarrasulullah
Asyhaduallailahailallah
Wa asyhaduanna Muhammadarrasulullah
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah
Alhamdulillah pujian bagi Allah
Subhanallah Maha Suci Allah
Allahuakbar Allah Maha Besar
Segala puji hanya bagi Allah
Asyhaduallailahailallah
Wa asyhaduanna Muhammadarrasulullah
Asyhaduallailahailallah
Wa asyhaduanna Muhammadarrasulullah
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah

Saturday

Cantiknya Seorang Muslimah...

Sampai saat ini,jikalau saya bertemu dengan seorang muslimah yang memakai niqab ataupun berjubah,hati saya akan tertarik.Akan terpegun dengan keperibadian dia.Saya merasa berbangga dengan muslimah seperti ini yang terlihat indah di mata manusia dan pastinya terlihat indah di pandangan ALLAH swt.

InsyaALLAH dengan izinNya,saya juga akan menyertai mereka ini dengan mengenakan niqab.Cuma mungkin saya belum bersedia,kalau ikut pandangan seorang kakak sepupu saya, "Berniqablah bila dah benar-benar sedia untuk terima pandangan orang.Sebab manusia zaman ini,lebih memandang negatif berbanding positif"
.Saya berkata "Saya lebih takut pandangan ALLAH swt,daripada pandangan manusia".
"Alhamdulillah,tapi kena ingat sekali kita dah berubah,berubahlah kerana ALLAH swt dan pastikan kita terus beristiqamah dengan apa yang kita lakukan".
Saya pun terdiam,hati meronta-ronta untuk tetap melakukan itu.Tapi akhirnya saya tersedar..........

Mulakanlah dengan menutup aurat dengan sempurna dahulu,perbaiki diri dengan sopan satun dan dalamilah lagi ilmu agama.Jangan tergesa-gesa membuat keputusan untuk berniqab jika hanya kagum pada orang yang memakainya.Bimbang jika rasa kagum itu hilang,kau tidak mampu bertahan kelak..Tiada paksaan di dalam islam,InsyaALLAH suatu hari nanti apabila  kau berubah kerana ALLAH bukan kerana dirimu sendiri,pasti kau mampu menjadi seperti mereka yang berniqab dan saat itu,kau sudah mempunyai ilmu di dada yang mampu memberi jawapan setiap kali mereka menyuarakan soalan di atas perubahanmu.
Saat itu kelak pasti akan tiba ,jika ALLAH telah mentakdirkannya untuk kamu..

Wednesday


Alhamdulillah,hari ni genap umur sye 23 tahun.Terima kasih Ya ALLAH Kau telah izinkan aku bernafas di bumiMu ini selama 23 tahun.Sedar tak sedar dah hampir 6 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan.Rindu dengan zaman sekolah.Seminggu sebelum hari jadi aku,aku sengaja hide bufday kat fb,sje nak tgk sape yg ingt bufday aku  tanpa tgk kat fb..x ramai rupanya…tapi xpe la…sekurang-kurangnya ader yg ingat..Dan yg paling x sngke,org yg banyak wat aq menangis tahun ni,org tu yg first ucap selamat hari jadi  kat aq…tersentuh kotttt…hehehe
Tapi yg x bestnye..wish harijadi tapi minta hadiah dari aq…x patut betul…
Semoga panjang umur dan dimurahankan rezeki,and KAHWIN CEPAT-CEPAT…huuuhuhuhu…mmg agak seram ayat yang belakang tu…tak dayo den nak melayannye…
So di umur yg ke 23 tahun ni,aku dah niatkan dalam hati..
-nak jadi hamba ALLAH yang solehah
-anak yang solehah
-saudara yang solehah
-sahabat yang solehah
Dan InsyaALLAH –isteri yang solehah…hihihihihihi
Semoga ALLAH perkenankan apa yg aku hajati…hadiah tahun ni,aku minta dengan ALLAH,sebab aku rasa hadiah ni special sangat…tapi biar aku dengan ALLAH swt sahaja yang tahu…

Tuesday

Mencari sesuatu yang sempurna,namun lupa tiada yang sempurna dalam dunia ini

Ketika Allah swt mencintai seseorang, tempat pertama sentuhan cinta itu ialah dihati mereka. Kerana disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka~ kemudian digantikan dgn harapan dan keinginan untuk berubah kearah kebaikan. Seolah hati kita berbisik~ Aku tahu bila Allah mencintaiku, apabila aku membenci segala kejahatanku .Aku meminjam kata-kata ini dari seorang temanku yang begitu dekat hatinya dengan ALLAH.
Begitu indah kehidupan ini jikalau hati ini selalu ingin mendekati ALLAH swt.Pasti setiap dugaan dan cabaran yang datang akan di hadapai dengan tenang.Realiti kehidupan kadangkala memang perih untuk difahami ,namun harus di hadapi.Begitulah apa yang dirasakan Nurul Ain selama ini,dia tidak pernah meminta perasaan cinta itu hadir di dalam dirinya,namun ALLAH swt telah menetapkan bahawa perasaannya akan hadir untuk seseorang yang bernama Adam.Ikhlaskah hatinya untuk melepaskan Adam bersama orang lain,kenapalah hatinya perlu dipinggirkan untuk kebahagiaan orang lain,adilkah ini semua untukknya.
“ ‘Hasbunallah wa nikmal wakil’,memadailah ALLAH untukku dan ALLAH sebagai penolong.Jangan terlalu bersedih dengan sesuatu musibah yang berlaku,kerana itu semua ujian yang ALLAH berikan untukmu.Kau golongan terpilih yang ALLLAH uji tahap keimananmu sahabat”.Kata-kata yang di ungkapakan Najwa itu membuat hatiku terubat sedikit demi sedikit,barulah aku mengerti dengan apa yang terjadi pada diriku ini,membuatkan aku semakin dekat dengan ALLAH.
“Nurul Ain,jauh termenung”.Najwa menghadap wajah sahabatnya itu.Dia tahu pasti ada sesuatu sedang bermain di fikiran Nurul Ain,kerana lagi tadi dia melihat Nurul Ain hanya menguis –nguis mi goreng yang berada di hadapannya itu.
“Takdelah,biasa je.Bila Najwa sampai?”.
“Adalah dalam sepuluh minit,kenapa ni.Ada masalah ke?”.
“Taklah,teringat keluarga kat Malaysia”.
“Owh,ingatkan apa.Rindu kat keluarga rupanya,beruntung awak Nurul Ain,sekurang-kurangnya ada keluarga yang awak boleh rindukan,sedangkan saya,anak yatim yang tiada siapa hanya mengharap kasih sayang orang lain”.Ada nada sedih dalam percakaan Najwa itu.
“Janganlah cakap macam tu,saya kan ada.Saya selalu sayang kat awak”.Nurul Ain tersenyum kepada Najwa.Najwa adalah orang pertama yang dia temui ketika menjejakkan kaki di bumi Australia ini,ketika itu dia baru sampai di hostel dan sedang mengangkat beg-begnya yang berat ,tiba-tiba sahaja Najwa muncul dari belakang dan menawarkan diri untuk membantunya,dan kebetulan mereka tinggal sebilik di hostel yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.Dan semenjak daripada itu mereka menjadi rapat.

"Ya ALLAH,bantulah aku Ya ALLAH.Kuatkanlah hati ini untuk merelakan dia pergi dengan iklhlas,walaupun jarak antara kami jauh Ya ALLAH,namun hatiku terasa amat dekat dengannya Ya ALLAH....".Doa itu selalu di ucapkan Nurul Ain di dalam doa-doanya,dia selalu menginginkan ALLAH swt melenyapkan rasa kasih yang telah wujud itu.
"Berhenti menyakiti hatimu kawan,kau tahu dia masih lagi berada dekat di hatimu.Mengapa kau harus memaksa ia pergi,benarkanlah sahaja perasaan itu,aku yakin tiba saatnya nanti ALLAH swt akan menghilangkannya ketika Dia merasakan hatimu telah terbuka untuk menerima insan lain".Najwa duduk di tepi Nurul Ain,memandang wajah sahabatnya yang sudah pun berlinang air mata,perlahan dia menyapunya.
"Nurul Ain,alangkah indahnya jika titisan air mata ini awak titiskan untuk ALLAH swt yang telah menciptakan dunia yang indah ini,pasti akan lahir ketenangan di dalam hati awak kerana segala apa yang berada di dunia ini memang indah untuk dipandang tetapi tidak bernilai untuk ditangisi".
"Saya berdosa Najwa,saya terlalu meratapi kekecewaan sedangkan saya tahu itu salah satu tanda kasih sayang ALLAH swt kepada saya.Saya berdosa".
"ALLAH itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih,bersujudlah kepadanya.InsyaALLAH ,Dia akan mengampunkan segala umatnya yang memohon ampun,jika ia benar-benar ikhlas kepada ALLAH".
Nurul Ain memandang wajah sahabatnya itu.Dia bersyukur ALLAH swt telah menganugerahkannya seorang sahabat yang amat menyayanginya layaknya seorang saudara,dan juga sahabat yang selalu memberikan kata-kata sokongan dan nasihat kepada dirinya.Dia akui dia mengagumi keperibadian Najwa yang sempurna di pandangan matanya.


"Astagfirullahalazim!Habis semua buku jatuh,lain kali jalan tu guna kan mata",Nurul Ain sudah pun mengutip buku-buku miliknya yang sudah bertaburan itu.
"Maafkan saya.Saya nak cepat ni,tapi salah awak juga kenapa bawa buku banyak-banyak sampai tak nampak orang kat depan".Nampaknya lelaki yang telah menyebabkan buku-bukunya terjatuh tidak mahu mengalah.
"Awak yang langgar saya,sekarang awak nak salahkan saya".Nurul Ain tidak mahu mengalah.
"Kalau awak tak bawa buku banyak sangat tentu awak nampak saya ada kat depan awak tadi".
"Ok,memang salah saya.Maafkan saya".Malas untuk terus bertekak,Nurul Ain mengemas kembali buku-bukunya dan terus beredar pergi.Dia tahu lelaki yang dihadapinya tadi mempunyai ego yang sangat tinggi dan lagipun dia sudah pun terlambat untuk ke galeri lukisan untuk bertemu kawan-kawan sekuliahnya.



"Nama dia Nurul Ain,dia pelajar civil engineering,ni tahun terakhir dia,dah lima tahun dia belajar kat sini and setahu aku dia ni masih single".
"Aku cuma nak tahu nama dia je.Dia single atau tak,itu bukan urusan aku.Pertama kali dalam hidup aku seorang perempuan mengalah dengan aku  sedangkan terang-terang itu salah aku.Siapa sebenarnya dia ni?".
"Jangan cakap dekat aku kau dah tersangkut dengan dia".
"No way,she's not my type.Aku cuma nak tahu je,tak lebih dari tu".Aiman Hakim menafikan kata-kata kawannya itu,namun sebenarnya dia betul-betul terganggu dengan kehadiran Nurul Ain yang secara tiba-tiba itu.Dan kenapa mesti Nurul Ain meninggalkan satu kesan di dalam lubuk hatinya.Yang selama ini tidak pernah dia rasakan ketika bertemu dengan mana-mana wanita.
"Well,as a friend.Aku cuma nak nasihatkan kau,Nurul Ain ni tak sama macam jenis perempuan yang selalu kau kejar,dia berbeza.Dia takkan layan buaya darat macam kau ni".
Mendengar kata-kata kawannya itu semakin kuat hati nurani Aiman Hakim untuk mengenali siapa Nurul Ain ini.
"Ain,boleh saya bercakap dengan awak?".Aiman Hakim mengikuti langkah kaki Nurul Ain yang laju itu.
"Jangan panggil saya Ain,saya tak suka".Nurul Ain memang tidak senang dengan orang yang memanggilnya dengan nama Ain,kerana nama Ain itu hanya diguna bersama keluarga dan orang-orang terdekat sahaja.
"Saya  nak berkawan dengan awak".
"Boleh tapi saya ada lima syarat untuk awak.Sanggup?".
Perlahan Aiman Hakim mengangguk bersetuju,inilah kali pertama Nurul Ain mahu bercakap dengannya,sudah hampir dua minggu dia cuba untuk berbual dengan gadis ini,namun ada sahaja alasannya untuk beredar pergi.
"Syarat yang pertama:
Tolong jarakkan diri awak dengan saya ketika kita berbual.
Syarat yang kedua:
Awak diharamkan menyentuh saya,walau apa juga alasan pun.
Syarat yang ketiga:
Setiap kali kita berjumpa,saya nak sekurang-kurangnya ada lagi lima orang kawan-kawan bersama kita.
Syarat yang keempat:
Semua pertemuan kita nanti mesti ada sebab yang kukuh bukan hanya pertemuan kosong tanpa membawa apa-apa faedah.
Syarat yang kelima:
Awak dengan saya hanya kawan biasa dan tak boleh lebih daripada itu.Awak sanggup Aiman Hakim".Nurul Ain tersenyum,dia memang sengaja memberikan syarat-syarat tersebut agar dapat menjauhkan diri daripada Aiman Hakim yang memang terkenal dengan sifat buaya daratnya itu.Dia tahu pasti Aiman Hakim tidak akan mampu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkannya itu.
"Boleh tak kalau awak ringankan sikit syarat-awak yang nombor empat tu,takkan nak pergi keluar minum pun tak boleh".
"Takpelah saya tahu awak memang takkan sanggup memenuhi syarat-syarat saya tadi,so nak dipendekkan cerita,awak dengan saya tak payah berkawan,awak dengan hidup awak dan saya dengan hidup saya".Nurul Ain beredar pergi,taktiknya untuk menolak huluran persahabatan Aiman Hakim menjadi.Dia tersenyum sendiri.


"Agak kejam tapi cute",Najwa berkata.Tidak habis-habis mereka berdua tertawa setelah Nurul Ain menceritakan kisahnya bersama Aiman Hakim petang tadi.
"Kejam tapi cute?Datang dari mana pula perkataan kejam tapi cute tu Najwa".
"Selalunya lah yang saya tahu  selalu orang buat syarat tu sebab pernikahan kontrak,tapi awak ni Aiman Hakim tu kan cuma nak berkawan je dengan awak,awak dah bagi dia sampai lima syarat.Tapi kan Nurul Ain,macamana kalau dia tiba-tiba sanggup penuhi lima syarat awak tu?".
Tawa Nurul Ain terhenti seketika,dia memang tidak pernah terfikir kemungkinan itu.Tapi kalau mengikut kisah-kisah kawan sekuliahnya yang telah lama mengenali Aiman Hakim,pasti Aiman Hakim tidak sanggup untuk menerima syarat-syaratnya,apatah lagi ego lelaki itu terlalu tinggi.
Ketukan di pintu bilik mematikan perbualan Najwa dan Nurul Ain.
"Ada orang nak berjumpa dengan awak Nurul Ain,tiga orang lelaki dan dua orang perempuan".
"Siapa pula?".Nurul Ain bertanya-tanya sendiri.


Sakit kepala Nurul Ain memikirkan apa yang baru sahaja terjadi tadi.Tadi Aiman Hakim dan kawan-kawannya datang,Aiman Hakim bersetuju untuk memenuhi lima syarat yang ditetapkan oleh Nurul Ain.
"Migrain la tu,terima je lah dia dengan baik Nurul Ain,lagipun saya tengok dia tu bersungguh-sungguh nak berkawan dengan awak".
"Awak nak saya berkawan dengan buaya darat macam tu.Saya tak nak ambil risiko"
"Tak semua yang kita dengar tentang orang lain tu kadangkala betul sepenuhnya.Jangan cepat menilai seseorang dari keperibadiaannya sahaja.Belum tentu yang nampak jahat itu,seorang yang jahat dan juga belum tentu yang nampak baik itu seorang yang baik.Bersikap adil Nurul Ain,dan lagi pun syarat-syarat yang awak tetapkan itu tak mungkin boleh merugikan awak sebagai seorang perempuan".
"Kenapa awak seakan menyebelahi Aiman Hakim?"
"Sebab saya nampak keikhlasan kat mata dia sewaktu dia pandang awak,dan mungkin sebab saya nak kawan baik saya ni cuba buka hati dia untuk insan lain".

"Jangan jadi hipokritlah Aiman.Aku tahu kau berubah jadi macam ni sebab kau nak dekat dengan Nurul Ain,budak yang rasa dia tu baik sangat".
"Dia memang baik.Kau kalau marah dengan aku jangan cuba-cuba nak libatkan dia,ini masalah kau dengan aku,tak perlu libatkan dia".
"Kau ingat Nurul Ain tu nak kat kau,dia cuma nak permainkan kau.Kalau betul dia tu baik yang macam kau cakapkan,dia takkan buat lima syarat gila tu".
"Aku tak rasa syarat tu membebankan aku,malah aku rasa syarat -syarat tu mampu membuat aku mengawal diri aku ketika aku bersama seorang perempuan yang bukam muhrimku".
"Dulu masa kau dengan kekasih-kekasih kau,kau tak pernah kisah pun hal-hal macam ni.Sudahlah Aiman,kau hentikanlah lakonan kau tu,Nurul Ain tu bukan gadis yang sesuai untuk kau".
"Aku akui,dulu aku memang jahil soal agama islam,tapi lepas aku kenali agama islam tu aku mula dapat rasakan kata-kata yang pernah Nurul Ain sebutkan islam is beautiful.Memang pada mulanya aku berpura-pura untuk mengejar simpati Nurul Ain,namun semakin hari aku bersama dengan dia,perlahan dia telah mengajarku sedikit demi sedikit tentang agama islam yang indah,dan saat aku pertama kali mengerjakan solat berjemaah bersama-samanya,aku menitiskan air mata.Mengapa aku terlambat untuk mengenali agama islam yang indah ini.Betul kata-kata dia islam is beautiful.Marilah kawan kita kembali ke jalan yang diredai ALLAH swt ni".
"Ops..sorry.Kalau kau nak tunjuk alim ,kat sini bukan tempat yang sesuai.Aku selesa dengan kehidupan aku sekarang,lagipun terlalu muda untuk aku bertaubat.Nanti kalau dah tua sempatlah aku taubat.Kau boleh keluar dari rumah aku,dan aku rasa aku dah tak perlu kawan macam kau lagi".

"Saya rasa saya terpaksa melanggar syarat awak yang kelima.Saya tidak mampu untuk terus menyimpan apa yang tersirat di hati saya ini.Walaupun saya tahu risikonya amat besar bagi saya,mungkin selepas ni awak akan membenci saya selama-lamanya.Tapi naluri hati saya mendesak untuk berterus-terang dengan awak.Saya telah terlanjur menyayangi awak Nurul Ain,dan saya amat yakin perasaan ini bukanlah kasih seorang sahabat ,melainkan kasih seorang lelaki untuk wanita yang disayanginya.Dan saya mahu ikatan kita sah sebagai suami dan isteri,agar ALLAH swt merahmati kasih sayang yang saya berikan kepada awak.Berikan saya peluang untuk bahagiakan awak Nurul Ain".
Luahan perasaan dan lamaran Aiman Hakim itu membuatkan Nurul Ain gelisah.Dia tidak mampu untuk memarahi Aiman Hakim ,sebagai seorang lelaki dia berhak untuk menyayangi seorang wanita yang dirasakan mampu menjadi teman hidupnya.Nurul Ain akui telah wujud suatu perasaan yang istimewa untuk Aiman Hakim di dalam hatinya,cuma dia sendiri tidak pasti apakah perasaan itu yang sebenarnya.Dan yang dia bimbangkan pula kenapa hatinya masih belum terbuka untuk menerima kehadiran insan lain walupun setelah lima tahun berlalu.Adam,mengapa namamu masih lagi terpahat di hati ini?

“Dah lima tahun berlalu  Nurul Ain,ikhlaskan Adam dari hatimu seperti mana yang telah kau minta kepadanya.Mungkin sekarang dia sudah berbahagia bersama isteri dan anak-anaknya.Jalanilah hidupmu dengan tenang  dan insyaALLAH jika sudah sampai jodohmu pasti ALLAH akan menemukannya kepadamu kelak”,Nurul Ain berkata kepada dirinya sendiri.
Hari ini merupakan hari pelancaran koleksi lukisan-lukisan berunsur islam yang dilancarkan oleh Nurul Ain dan rakan-rakannya di Sydney.Semua lukisan ini akan dijual dan wangnya akan di derma kepada institusi  islam di Sydney.
“Nurul Ain,ada seorang lelaki datang,dia nak mendermakan lukisannya kepada kita”.Salah seorang sahabatnya datang menghampiri Nurul Ain yang asyik mengelamun dari tadi.
“Alhamdulillah,mana dia orangnya?”.
“Ada kat depan,cantik juga lukisan yang dia bawa tu”.
Nurul Ain tersenyum,bersyukur dia ke hadrat ALLAH swt masih ramai lagi insan yang suka menderma di saat ini.Maknanya masih ramai lagi insan-insan yang soleh dan solehah di dalm dunia ini.
“Assalamualaikum”.Nurul Ain memberi salam kepada lelaki yang sedang berdiri menghadap ke dinding itu.
“Waalaikumussalam”.Dia menoleh dan saat itu pandangan mata mereka bertemu dan senyuman lelaki itu membuat Nurul Ain terpaku seketika.
“Adam”.


"Macamana kehidupan Nurul Ain kat sini".
Pertanyaan Adam itu dibiarkan sepi,Nurul Ain masih tidak yakin saat ini dihadapannya adalah Adam.Pasti sebentar lagi Najwa kan membangunkannya daripada mimpi ini.
"Nampaknya awak masih belum memaafkan saya tentang kisah saya lima tahun yang lalu.Maafkan saya Nurul Ain kerana menganggu awak".Adam melangkah pergi.
Nurul Ain seakan tersadar dari mimpi melihat Adam mahu melangkah pergi.
"Adam".Langkah kaki Adam terhenti,hatinya kembali ceria,Nurul Ain akhirnya memberi respon padanya.
"Banyak perkara yang saya harus ceritakan kepada awak Nurul Ain.Tentang saya dan apa yang terjadi selama lima tahun ketiadaan awak di Malaysia".


"Buatlah pilihan berdasarkan hati nurani awak.Adam,cinta pertama awak,tapi awak juga tak boleh menafikan rasa kasih yang telah wujud untuk Aiman Hakim.Semua yang terjadi pada Adam dan awak dulu betul-betul menguji kasih sayang antara awak berdua.Dan saya lihat setelah hampir lima tahun,Adam masih lagi menunggu awak untuk menerimanya semula.Namun Aiman Hakim telah wujud saat awak cuba untuk melupakan Adam,dan saya nampak keikhlasan dia terhadap awak.Mintalah bantuan dari yang Maha Esa Nurul Ain,InsyaALLAH ,Dia akan memberi awak hidayahnya".
Kasihan Najwa melihat sahabatnya yang kebingungan ini.Nurul Ain betul-betul sedang diuji oleh ALLAH swt.ALLAH itu amat menyayangi sahabatnya ini,disebabkan itulah dia mendapat ujian sebesar ini.


"Ya ALLAH,Tuhan yang Maha Agung,Maha Pengasih,Maha penyayang.Kau yang menciptakan langit dan bumi ini,ampunilah dosaku Ya ALLAH,dosa kedua ibu dan bapaku,dan juga dosa adik -beradikku.Sesungguhnya kau yang berkuasa di dunia ini Ya ALLAH,aku adalah hambamu yang paling lemah,bantulah aku Ya ALLAH untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang telah kau berikan,Sesungguhnya hati dan perasaanku ini telah ku serahkan sepenuhnya kepadamu Ya ALLAH.Kasih dan cinta ini telah lama ku berikan hanya untukMu.Namun telah wujud perasaan kasih dan sayang untuk insan-insan yang menyayangiku Ya ALLAH.Aku bimbang Ya ALLAH jika keputusan yang kan ku buat itu nanti bukanlah suatu keputusan yang diredai olehMu Ya ALLAH.Bantulah aku Ya ALLAH untuk memilih pasangan hidupku yang nantinya apabila aku mencintainya ,akan menambahkan lagi rasa cintaku kepadaMu.Sesungguhnya aku mahu pasangan hidupku kelak akan mencintaiku keranaMu Ya ALLAH,bukan kerana diriku.Dan jika nanti telah sampai titik keputusannya ikhlaskanlah hati ini Ya ALLAH untuk menerima segala qada dan qadarMu.SesungguhNya hanya kepadaMU tempat aku bergantung harapan".



Adam menghulurkan sampul berisi tiket kapal terbang kepada Nurul Ain.Dia reda dengan segala keputusan yang akan dia terima.Memang dia akui tujuan utama dia ke Sydney ini adalah untuk memujuk hati Nurul Ain agar menerimanya semula.Namun hati dan perasaan memang tidak boleh dipaksa,sekuat mana pun rasa kasihnya kepada gadis itu dia reda jika memang bukan dia pilihan hati Nurul Ain."
"Saya cuma nak awak bahagia,kalau dibukakan pintu hati awak untuk menerima saya,saya harap kita boleh kembali ke Malaysia bersama-sama dengan tiket yang saya berikan itu.Namun jika memang kita tiada jodoh ,saya terima kerana awak berhak buat keputusan dalam hidup awak tanpa sebarang paksaan".
"Saya minta maaf Adam.Saya belum mampu untuk memberikan jawaannya sekarang.Saya tidak mahu membuat keputusan ketika hati saya masih lagi tidak tenang".
"Nurul Ain,awak masih tidak berubah macam dulu.Suka meminta maaf sedangkan awak tiada salah".Adam tersenyum,dia masih ingat pertama kali dia berjumpa dengan Nurul Ain,gadis itu asyik meminta maaf kepadanya.Dan sejak itulah dia mula menyayangi gadis itu dalam diam.
"Saya tak pernah berubah Adam,saya masih orang yang sama.Orang yang awak kenali lima tahun lalu".
"Memang awak masih orang yang sama ,cuma perasaan awak terhadap saya mungkin dah berubah.Lima tahun,macam-macam boleh berlaku.Tapi saya tak salahkan awak,awak berhak jalani kehidupan awak macam biasa".
Nurul Ain terdiam mendengar kata-kata Adam.Benarkah perasaannya terhadap Adam telah berubah?Dia sendiri tidak tahu,sebab saat ini dia masih lagi bingung.
"Assalamualaikum",satu suara memberi salam kepada mereka berdua.
"Waalaikumussalam",mereka berdua menjawab serentak,seraya Nurul Ain berpaling ke arah suara itu.Aiman Hakim!

"Awak tak nak cakap apa-apa pasal Adam?",Nurul Ain memulakan perbualan ketika mereka berdua berjalan pulang ke hostel Nurul Ain.
"Itu hal peribadi awak.Saya tak berhak campur tangan".
Nurul Ain terdiam,dia tahu walaupun Aiman Hakim tidak bertanya dari riak wajahnya sejak bertemu dengan Adam,lelaki itu merasa gusar.Apatah lagi Aiman Hakim lebih banyak berdiam diri ketika ini,Aiman Hakim yang dia kenali selalunya seorang yang suka mengusik dan kelakar,namun Aiman Hakim di hadapannya ini telah berubah menjadi pendiam sejak tadi.Masing-masing mendiamkan diri.
"Saya lelaki biasa Nurul Ain,ada rasa cemburu ketika mengetahui ada lelaki lain juga menyayangi awak.Tapi saya tahu awak bukan hak saya".Lemah nada suara Aiman Hakim.Akhirnya dia ungkapkan jua kata-kata itu.
"Maafkan saya".
"Bukan salah awak,cuma saya yang terlalu lemah menghadapi kenyataan".
"Aiman,boleh awak jawab dengan jujur pertanyaan saya".Langkah kaki Aiman Hakim terhenti.
"Awak berubah seperti ini kerana siapa?.Saya kenal awak,dulu awak tak pernah kenal erti sebenar seorang islam,tapi perubahan awak yang drastik ini,membuatkan saya tertanya,untuk siapa awak berubah".Terdiam seketika Aiman Hakim mendengar soalan Nurul Ain.
"Jujur,saya berubah kerana awak.Awak yang menyebabkan saya berubah,hati saya terlalu mendesak untuk mengenali awak dengan lebih dekat.Memang pada mulanya saya berubah kerana ingin mendekati awak,tapi selepas saya menyelami erti islam yang sebenar,saya bersyukur.Saya mula merasakan nikmatnya menjadi islam yang sebenar,dan awak memainkan peranan yang penting dalam perubahan diri saya".
"Aiman Hakim,berubahlah kerana ALLAH,kerana diri awak sendiri,bukan kerana saya.InsyaALLAH awak akan mengecapi kebahagiaan sebagai seorang muslimJangan terlalu memuji saya,saya hanya manusia biasa.Saya takut suatu hari nanti saya akan kecewakan awak.".
"Itu hak awak Nurul Ain,insyaALLAH saya akan reda dengan segala keputusan yang akan awak buat nanti".Pedih tapi itu memang hakikat yang harus Aiman Hakim terima kelak,apatah lagi tadi dia bertemu dengan lelaki yang telah dulu pernah mencuri hati Nurul Ain,dan lelaki itu lebih sempurna daripada dirinya.

Adam melangkah lemah masuk ke biliknya.Pertemuan tadi benar-benar membuatkan hatinya gusar.Siapa Aiman Hakim di dalam hidup Nurul Ain?Kenapa dia merasa ada sesuatu di antara mereka.Jika semasa pertama kali bertemu Nurul Ain dia yakin gadis itu akan menerimanya semula,namun sekarang dia merasakan keyakinannya sedikit berkurang.
"Ya ALLAH,tenangkanlah hatiku menerima segala dugaan daripaMu.Jika dia memang jodohku,kau satukanlah kami dalam ikatan yang sah hanya untuk kami bersama-sama mencintaiMu dengan lebih keredaan.Namun jika memang dia bukan jodohku,aku reda Ya ALLAH,namun temukanlah dia dengan seseorang yang mampu membahagiakan dia dunia dan akhirat,walaupun bukan dengan diriku Ya ALLAH".

29.02.2012:
"Kau yakin dengan keputusan kau ni Nurul Ain",Najwa membantu Nurul Ain mengemas barang-barangnya.Hari ini Nurul Ain akan pulang ke Malaysia bersama-sama Adam.Ya,dia telah memilih Adam sebagai teman hidupnya.Dia perlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya di dunia dan akhirat,dan dia melihat Adam mampu membimbingnya.Aiman Hakim reda dengan keputusan yang dia buat,namun dia tahu lelaki itu kecewa.
"Aku tak mampu untuk berkata aku yakin dengan keputusan aku ni,semua ni aku serahkan kepada ALLAH swt".
"Semoga kau bahagia Nurul Ain,aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kau".
"Terima kasih Najwa,kau memang sahabat aku dunia dan akhirat.Kau dah macam kakak aku yang sentiasa ada untuk aku dan kau je yang mampu memahami apa yang tersirat di dalam hatiku.Terima kasih kerana selalu ada untuk aku dan insyaALLAH aku juga akan sentiasa mendoakan kau Najwa,agar kau juga sentiasa bahagia di dunia dan akhirat".


Adam dan Nurul Ain menunggu di balai pelepasan,setengah jam lagi mereka berdua akan berangkat pulang ke Malaysia.
"Terima kasih kerana terima saya dalam hidup awak.Saya berjanji Nurul Ain,saya takkan sia-sia kan peluang yang awak berikan ini".
"Jangan mudah berjanji Adam,saya bimbang awak tak mampu untuk memenuhinya nanti,cukuplah sekadar saya tahu awak menyayangi saya dengan tulus".
Adam tersenyum,akhirnya doanya dimakbulkan ALLAH swt,Nurul Ain memilih dia walaupun pada awalnya dia seperti tidak yakin dengan keputusan gadis itu,namun apabila melihat kesungguhan Nurul Ain untuk mengikutnya pulang ke Malaysia,dia seakan tersedar yang dia bukan bermimpi.Nurul Ain benar-benar telah memilihnya.


Bunyi telefon mematikan perbualan Nurul Ain dan Adam,Nurul Ain bangun dan menjawab panggilan Najwa jauh sedikit dari  Adam.
"Najwa,kenapa saya tak sedap hati.Betulkan keputusan yang saya buat ni?",soal Nurul Ain.
"Saya bukan di tempat awak.Hanya awak dan ALLAH sahaja yang mengetahui apa yang tersirat di dalam hati awak".
"Doakan saya Najwa,agar hati saya tenang".
"Doa saya selalu ada untuk awak Nurul Ain".


"Jangan panggil saya Ain,awak tahu saya tak suka orang panggil saya dengan nama tu".
"Alar,kan sama je.Ain,Ain,Ain,Ain,Ain,Ain".
"Aiman Hakim!".Nurul Ain berkata dalam nada separuh menjerit.
"Nurul Ain,kenapa ni?Awak ok?",Adam yang berada di sebelah Nurul Ain terkejut apabila secara tiba-tiba Nurul Ain memanggil nama Aiman Hakim.
Nurul Ain mengesat-ngesat matanya,dia baru tersadar dari mimpi,tadi dia termimpikan Aiman Hakim.
"Nurul Ain,awak ok?".Adam bertanya lagi,dia melihat gadis itu kebingungan.Perasaan Adam mula tidak tenang,dia tahu Nurul Ain termimpikan Aiman Hakim.
"Saya ok,maafkan saya.Saya tertidur tadi".
"Mari kita solat dahulu,sempat lagi sebelum naik flight".
Nurul Ain hanya mengangguk bersetuju,mereka berdua pergi ke masjid yang berdekatan.

Setelah selesai berdoa,Adam menghadap Nurul Ain yang berada di belakangnya.Dia memandang wajah Nurul Ain,tenang hatinya.Alangkah indahnya jika dia dan Nurul Ain di satukan dalam ikatan yang sah dan menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri,pasti dia adalah lelaki yang paling beruntung di dalam dunia ini.
"Kenapa awak pandang saya macam tu Adam?".
Pertanyaan Nurul Ain dibiarkan Adam tanpa sebarang jawapan.
"Pejamkan mata awak Nurul Ain,dan tenangkan diri awak sejenak.Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Penyayang,siapa yang betul-betul berada di dalam hati awak,saya atau Aiman Hakim".
"Adam".
"Tolonglah jangan menolak,saya perlukan kepastian kerana ini melibatkan kehidupan tiga insan".
Perlahan Nurul Ain memejamkan matanya,dia menarik dan menghembus nafas dengan perlahan.Fikirannya mula menerawang,..........


"Aku memang tak layak untuk Nurul Ain,dia memang sepatutnya memilih Adam.Adam boleh menjadi seorang ketua keluarga yang baik,bukan seperti aku yang masih jahil tentang islam".
"Tapi awak boleh belajar".Aiman Hakim mengalihkan pandangannya ke arah suara itu.Dia melihat Nurul Ain sedang tersenyum kepadanya.
"Ya ALLAH,janganlah kau biarkan aku terus termimpi-mimpikan dia lagi.Dia bukan milikku".Aiman Hakim berdoa,dia tahu pasti yang berdiri di hadapannya ini hanyalah bayangan Nurul Ain kerana saat ini dia sangat merindui gadis itu.
"Aiman Hakim,awak tak bermimpi.Ini memang saya".
Aiman Hakim mengesat-ngesat matanya.'Nurul Ain'.
"Bukan ke sepatutnya awak dah naik flight balik Malaysia sekarang".
"Saya memang nak balik ke Malaysia,tapi saya tertinggal barang,dan barang tu ada pada awak".
"Barang awak pada saya.Barang apa?".
"Hati saya".
"Apa maksud awak?",semakin pelik Aiman Hakim mendengar kata-kata Nurul Ain itu.
"Saya minta maaf.Saya terlalu mencari kesempurnaan ,sedangkan dalam dunia ni tiada yang sempurna.Lima tahun yang lalu hati saya memang masih berada pada Adam,tapi saat saya bertemu awak,pintu hati saya mula terbuka untuk menerima awak,apabila melihat kesungguhan awak".
"Macamana dengan Adam?".
"Dia ikhlas merelakan saya pergi kerana dia tak mahu saya bersama dengan dia dalam keadaan hati saya masih di sini".
"Alhamdulillah,awak tahu keputusan awak ni betul-betul satu anugerah ALLAH buat saya.Terima kasih Nurul Ain kerana sudi menjadi pendamping hidup saya,walaupun saya bukanlah seorang lelaki yang sempurna imannya".
"Hanya ALLAH yang mampu mengukur setinggi mana keimanan seseorang,bukan manusia biasa.Jangan berterima kasih kepada saya Aiman Hakim,berterima kasihlah kepada ALLAH swt yang telah membukakan pintu hati saya untuk menerima awak".
Aiman Hakim tersenyum,doanya telah diperkenankan ALLAH swt,Nurul Ain akan menjadi miliknya,insyaALLAH.
"Tapi untuk saya menerima awak dalam kehidupan saya.Awak harus penuhi lima syarat saya,awak sanggup?".
"InsyaALLAH,saya sanggup.Kalau dulu saya sanggup terima lima syarat awak kerana terpaksa,tetapi sekarang saya sanggup terima lima syarat awak dengan sepenuh hati saya".

"Syarat yang pertama:
Majlis perkahwinan kita haruslah  sederhana,tanpa bersanding.Memadailah jika hanya kenduri kesyukuran.
Syarat yang kedua:
Awak tak boleh tinggalkan saya dalam gelap,sebab saya memang takut gelap.
Syarat yang ketiga:
Kalau ditakdirkan saya mengandung nanti,awak tak boleh kerja jauh-jauh sebab saya tak nak anak kita rasa jauh dengan ayah dia,walaupun dia belum lahir.
Syarat yang keempat:
Mulai saat ini,detik ini,awak kena panggil saya dengan nama Ain,sebab saya suka bila awak panggil saya dengan nama tu.

Syarat yang kelima:....tapi saya takut awak tak mampu penuhi syarat saya ni..

"Saya terima apa pun Ain,sebab saya yakin ALLAH swt merahmati cinta dan kasih saya pada awak.Saya mencintai awak kerana ALLAH,dan insyaALLAH saya akan menikahi awak juga kerana ALLAH swt.Beritahu saya apa syarat yang kelima itu?".

"Awak harus menyayangi dan mencintai saya dengan sepenuh hati dan takkan sia-siakan hidup saya".
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih,saya akan menyayangi dan mencintai Nurul Ain dengan seikhlas dan sepenuh hati saya hingga pernafasan nafas saya yang terakhir".Dengan satu nafas Aiman Hakim melafazkan kata-kata itu,dia yakin dengan apa yang dikatakannya kerana dia tahu ALLAH swt akan merahmatinya.
Nurul Ain tersenyum.Alhamdulillah,barulah kini hatinya menjadi tenang.Dia yakin dengan keputusannya ini,dia harus berterima kasih kepada Adam yang membantunya membuat keputusan yang adil,bagi dirinya,Aiman Hakim dan Adam.Semoga Adam bertemu dengan gadis yang akan membahagiakan dia di dunia dan akhirat.Dan Aiman Hakim,insyaALLAH,kasih dan sayang yang wujud untukmu di dalam hati ini akan ku bawa sehingga ke hujung pernafasan nyawaku,dan akan ku tunggu kau di syurga.InsyaALLAH.