“Perjodohan?”.Imran
terdiam seketika mendengar cadangan kakaknya.Memang sampai saat ini dia belum
bertemu dengan jodoh yang selama ini menjadi rahsia ALLAH swt.Namun dia
yakin,InsyaALLAH suatu hari nanti pasti dia akan bertemu dengan pemilik cinta
yang telah pun ditulis ALLAH swt di lauh mahfuz.
“Imran belum
tergesa-gesa nak beristeri,biarlah ia datang sendiri kak”.Imran menolak
cadangan kakaknya secara lembut.
“Imran Naufal,kakak
yakin dia jodoh Imran.Perkara yang baik ni takkan hadir
berkali-kali.Sekurang-kurangnya Imran bertemu dahulu,jika Imran memang yakin
untuk menolaknya,kakak reda”.Sumayyah masih cuba memujuk adik bongsunya
ini,umurnya yang sudah menjangkau 30 tahun menyebabkan ibu dan ayah semakin
risau.Imran seorang yang pemalu,dia lebih suka menyendiri atau menghabiskan
masa di masjid apabila ada waktu lapang.Kerisauan ibu dan ayahnya betul
juga kerana dia juga merasa Imran sudah selayaknya beristeri dan berkeluarga.
“Jodoh tu rahsia ALLAH
swt.Imran yakin suatu hari nanti pasti Imran akan bertemu dengan jodoh Imran”.
“Memang ,jodoh tu
rahsia ALLAH swt.Tapi kita sebagai manusia juga harus berikhtiar”.Imran
tersenyum mendengar kata-kata kakaknya.Memang dia tidak akan menang jika
berhujah dengan kakaknya yang juga seorang guru.
“Baiklah kak.Imran
setuju nak bertemu dengan dia.Siapa namanya tadi?”.Imran akhirnya
mengalah,Sumayyah tersenyum lebar kerana pujukannya berhasil,pasti ibunya
gembira.
“Nur Auni Husna”.
“Assalamualaikum”.
Imran memandang ke
belakang.Pak Mahbub berada di belakangnya.
"Waalaikumussalam.Pak
Mahbub,dah lama sampai.Tak sedar ada orang kat belakang saya".
"Baru sampai.Jauh
termenung Imran,apa yang difikirkan tu?".
"Tiada apa Pak
Mahbub.Biasalah fikir pasal kerja,keluarga.Apa tajuk kuliah subuh kita hari ni
Pak Mahbub?".
"Jodoh rahsia
ALLAH swt".
“Seorang wanita
dikahwini kerana empat perkara,kerana harta,kecantikkannya,kerana akhlak dan
kerana agamanya.Kahwinilah seorang wanita itu kerana agamanya kerana engkau
akan dapat memperoleh ketenteraman.(Riwayat al-Bukhari)
Kata-kata Pak Mahbub
itu bermain-main di benak fikiran Imran Naufal.Entah mengapa dia merasakan kuliah subuh pagi tadi memang dikhaskan
untuknya,saat ini hatinya memang gelisah memikirkan apa yang dibincangkan
bersama kakakya semalam.
Adakah dengan
perjodohan,dia akan mendapatkan jodohnya.
“Jauh termenung
Imran?Dah cari masa yang sesuai untuk bertemu dengan gadis yang kakak cakap
hari tu?”.Sumayyah menegur adikya yang sedang duduk di beranda rumah.
“Maaf kak,Imran agak sibuk minggu ni.Banyak kerja,lagipun kita tak perlu tergesa-gesa.Tergesa-gesa tu hasutan syaitan”.Imran tersengih,dia cuba memberi alasan supaya pertemuan dengan gadis yang hendak dijodohkan itu semakin lambat dan jika kakaknya sudah bosan menunggu pasti kakaknya itu akan melupakan perkara itu.

“Tapi kalau untuk
perkara yang baik,takpe.Ini sampai bila nak beri alasan,nanti kalau budak tu
dipinang orang lain,barulah nak menyesal”.
“Itu namanya tiada jodoh.Kenapa akak berminat sangat dengan dia”.
“Sebab dia gadis yang baik,kakak rasa Imran pasti akan bahagia jika dia menjadi isteri Imran.Dan satu lagi susah nak cari gadis yang baik macam tu”.
Imran Naufal hanya tersenyum mendengar kata-kata kakaknya.Dia pun belum dapat membayangkan seperti apa Nur Auni Husna itu,dari erti namanya,pasti dia seorang yang cantik dan manis di pandangan mata.Tapi bukan kecantikkan yang dia kejarkan,memadailah jika bakal isterinya nanti seorang yang sederhana penampilannnya namun tinggi akhlak dan agamanya.Kerna dia pernah mendengar,jika hendak mendapatkan anak yang soleh atau solehah,pilihlah calon isteri yang solehah.
“Baiklah kak,Imran setuju nak berjumpa dengan dia,tapi selepas Imran balik dari johor.Minggu ni Imran kena habiskan semua kerja kat johor,InsyaALLAH,Imran dan dia akan bertemu juga kalau kami berdua memang ada jodoh”.
“Alhamdulillah,kakak nak beritahu ibu berita gembira ni.Sekurang-kurangnya hilanglah sikit sakit kepala dia bila Imran dah buat keputusan macam ni”.Sumayyah bangun dan bergegas ke bilik ibunya.Melihat tingkah kakaknya ,Imran tahu betapa kakak dan ibunya mengharap dia bertemu dengan Nur Auni Husna.Selepas pertemuan dia dan Nur Auni Husna itu nanti ,Imran Naufal menyerahkan segala-galanya pada takdir.Jika takdir ALLAH swt telah menetapkan bahawa Nur Auni Husna adalah jodohnya,dia akan menerima gadis itu apa adanya.

“Astagfiruallahalazim!”.Imran
Naufal beristigfar panjang,apabila pandangan matanya tertumpu pada seorang
gadis di hadapannya.
“Kenapa dengan kau ni Imran,macam nampak hantu?”,kawan sekerjanya bertanya apabila melihat Imran Naufal tertunduk sambil beristigfar.
“Kau tak beritahu aku pun,kita ada teman sekerja perempuan,aku tak selesa ,dahlah bilik ni sempit”.
“Aku terlupa,lagipun boss beritahu aku last minute.Aku kan ada,bukan korang berdua je dalam bilik ni”.
Imran Naufal terdiam.Benar juga kata kawannya,mereka bertiga.

Imran duduk bersandar di tepi dinding masjid.Usai solat
isyak,dia tidak tahu ke mana arah tujuannya,kawan sekerjanya mengajak dia
berjalan-jalan di sekitar bandaraya Johor Baharu,namun dia malas.Dia lebih suka
menghabiskan masanya di persekitaran Masjid Abu Bakar yang besar dan cantik.
Subhanaallah,indahnya ciptaan Tuhan.Siang dengan awan yang biru dan malam pula bintang memenuhi ruang angkasa bumi.Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang telah dianugerahkan ALLAH swt kepada makhluknya,cuma manusia kadang-kadang yang terleka dengan dunia sehingga lupa akan ALLAH.

‘Nur ‘namanya seperti wajahnya yang
bercahaya.Imran Naufal memikirkan tentang teman kerjanya yang baharu dikenalinya
tadi.Saat pertama kali bertentang mata dengan gadis itu,Imran Naufal seakan
sesak nafas,ia tidak mampu berkata-kata dengan lancar dan kadang-kadang dia
seakan tenggelam dengan suara lemah –lembut milik gadis itu.
“Astagfiruallahalazim!Cepat-cepat
Imran beristigfar apabila dia tersadar dari lamunannya tentang Nur.
Imran bangun dari tempat duduknya.Mungkin dengan berjalan-jalan melihat pemandangan dia dapat melupakan wajah gadis itu yang sudah bermain-main di anak matanya.Baru sehari mereka berjumpa,Imran sudah tidak keruan hatinya.
‘Sesungguhnya ALLAH swt sedang menguji hatiku.Baru sehari aku menghabiskan waktu dengannya,hatiku sudah tidak tenang.Bagaimana untuk enam hari nantinya’.

“Imran,awak tak setuju dengan konsep yang saya buat
ke?”soal Nur.Jawapan Imran yang acuh tidak acuh itu kadang-kadang
membuatkan dia bimbang mereka tidak
sefahaman menyelesaikan projek ini.
“Taklah,saya setuju.Konsep yang awak buat ni dah cukup perfect saya tengok”.
“Tapi awak macam tak yakin”.
“Maafkan saya kalau saya buat awak terasa seperti itu.Saya memang macamni,kita teruskan kerja seperti yang dirancang.InsyaALLAH saya yakin,projek ni akan berjaya seperti yang kita harapkan”.
Nur tersenyum mendengar kata-kata Imran Naufal.Dia perasan lelaki di hadapannnya ini amat menjaga pandangan matanya,terutama kepada perempuan.Beruntunglah siapa yang dapat memilikinya.Melihat kepada perwatakkannya Nur sebenarnya tertarik untuk mengenalinya,namun hanya sebatas rakan sekerja.
Sebelum dia bertolak ke Johor Baharu,kakaknya awal-awal lagi sudh berpesan.
“Awak tu dah dikhitbah orang.Jaga kelakuan dan pergaulan kat sana.Nanti lepas awak balik,kita jumpa dengan lelaki yang kakak beritau hari tu”.

Perjodohan yang
ditentukan keluarga.InsyaALLAH inilah jalan yang terbaik buat Nur.Sudah dua
kali pertunangannya terputus di tengah jalan.Pasrah dengan ketentuan ALLAH
swt,akhirnya Nur akur dengan kehendak keluarga untuk dijodohkan.
“Hari ni saya dengan
kawan saya nak pergi site,Nur nak pergi sekali?”.
“Boleh juga,nanti kalau pergi sana,boleh improve mana-mana part yang kurang”.
“Ok,kita tunggu kawan saya sekejap.Dia masih bersiap-siap”.
Nur hanya mengangguk,hari ini dia melihat Imran Naufal seperti seseorang yang berbeza dengan jeans dan t-shirt.Selalunya dia berpakaian formal,hari ini dia nmpak sederhana dan santai.
“Sorry Imran lambat.Tadi wife aku call,dia ada kat Johor,rumah mak mertua aku.Boleh tak kalau hari ni aku off duty.Sehari je,nanti merajuk pula dia ,kalau aku tak pergi”.
“Tapi kita nak pergi site hari ni”.
“Aku janji esok aku cover semua kerja yang aku tertinggal hari ni.Sehari je aku minta izin Imran”.
Imran mengalah,kasihan pula dia melihat kawannya itu.Lagipun rasanya hari ini dia mampu melakukan kerja sendirian.
“Ok,tapi ingat janji kau sehari je.Malam ni kau balik hotel tak?”.
“InsyaALLAH tak balik.Kau dengan Nur hari ni memang janji nak pakai baju biru ke?Nampak sepadan”.Sempat lagi rakan sekerjanya itu mengusik sebelum pergi.
Merah muka Nur,Imran pula hanya terkedu.Sepanjang perjalanan ke site mereka berdua lebih banyak berdiam diri.

Nur duduk berehat di
bawah pokok sambil melihat pekerja-pekerja membersihkan kawasan taman.Dia
teringat usikan salah seorang pekerja tadi.Para pekerja menyangka mereka berdua
adalah pasangan suami isteri kerana pakaian mereka yang seakan sama
“Macam pasangan suami isteri yang baru kahwin”.Nur hanya tertunduk malu,Imran pula hanya tersenyum.Namun masing-masing tidak pula menafikan bahawa mereka berdua bukanlah suami dan isteri.Entah mengapa dia juga selesa membiarkan para pekerja menyangka mereka berdua adalah suami isteri.Mungkin dia adalah wanita yang paling bahagia saat ini,jika Imran Naufal betul-betul mejadi suaminya.Walaupun dia hanya berkenalan dengan lelaki itu beberapa hari,namun hatinya kuat mengatakan lelaki itu mampu menjadi seorang suami dan juga ayah yang baik.
“Astagfiruallahalazim!Berhenti fikir tentang Imran Naufal.Dia hanya rakan sekerja,ingat tu.Kau tu dah dikhitbah orang”.Nur memarahi dirinya sendiri apabila dia terikut-ikut dengan perasaannya.

“Nur!!!!Entah dari
mana Imran Naufal muncul.Nur ditolak ke tepi dan dia yang dihempap bongkah kayu
yang terjatuh dari tingkat atas .
Nur mengesat tangannya
yang sakit,namun kesakitannya menghilang apabila melihat Imran Naufal yang
tercedera kerana menyelamatkannya.
Setitis demi setitis
air mata mengalir ,dia tidak tahu mengapa.Walaupun doktor mengatakan bahawa Imran
Naufal hanya mengalami kecederaan biasa,dia tetap rasa bersalah dengan apa yang
terjadi.Lelaki itu terbaring di hospital kini kerana menyelamatkannya,sepatutnya
dia yang terbaring di situ.
“Nur,kenapa awak
menangis?”.Imran menegur gadis di hadapannya itu.Tersedar sahaja dia melihat
gadis itu sedang mengalirkan air mata.
“Awak dah bangun Imran.Maafkan saya,sebab saya awak jadi macam ni”.
“Jangan menyalahkan diri sendiri.Ini bukan salah awak,percaya ada qadak dan qadar.Apa sahaja yang berlaku telah ditakdirkan ALLAH swt”.
“Kenapa awak sanggup berkorban demi saya Imran,kenapa awak tak biarkan saya yang dihempap kayu tu?”.
“Sebab saya tak nak orang yang saya sayang cedera”.Imran Naufal akhirnya mengaku perasaannya terhadap Nur.Dia yakin dengan perasaannya,walaupun hanya mengenal gadis itu beberapa hari.Saat ini jika Nur menerimanya,dia pasti akan membatalkan pertemuan dengan gadis yang hendak dijodohkan oleh kakaknya.
Terdiam Nur,dia melarikan pandangannya dari melihat mata Imran Naufal,bimbang jika lelaki itu mula menyedari dia juga telah mula menyayanginya.Baru dia hendak bersuara,pintu dibuka dari luar.Rakan sekerja Imran Naufal melangkah masuk ,perbualan mereka terhenti di situ.

Hari ini adalah
terakhir Imran Naufal berada di sini,dan mungkin juga hari terakhirnya bersama
Nur.Dalam dua hari terakhir ni dia melihat gadis itu seakan cuba mengelak untuk
bertemu dengannya.Mungkin kerana kejadian di hospital,dia pun tidak tahu kenapa
dia begitu mudah untuk melafazkan kata-kata itu walaupun dia hanya mengenali
gadis itu beberapa hari.Dan sekarang
dari reaksi Nur,dia tahu gadis itu telah menolaknya.Dia reda,pasti ini yang
terbaik yang telah ditetapkan ALLAH swt untukya.
Imran menjengah ke
dalam pejabat,dia melihat Nur mengemas barang-barangnya.Alhamdulillah segala
kerja dapat disiapkan dalam masa yang di tetapkan.Dan nampaknya pemilik rumah
tersebut berpuas hati dengan pengubahsuaian yang dilakukan oleh mereka semua.
“Assalamualaikum”.Nur menoleh ke arah suara yang memberi salam.
“Waalaikumussalam.Imran,awak tak balik lagi?”.Hendak melarikan diri sudah terlambat ,dia mengutuk dirinya sendiri kerana terlambat mengemas barang-barang miliknya.Pasti dia tidak akan terserempak dengan lelaki ini,jika dia awal-awal sudah berkemas.
“Nak ambil barang dengan fail.Nur nanti balik dengan siapa?”.
“Balik dengan kakak.Kebetulan kakak ada kerja dekat sini,dia datang ambil saya sekali.Ok lah saya gerak dulu,nice knowing and working with you Imran.Assalamualaikum”.
“Nur!Saya minta maaf tentang kata-kata saya masa di hospital.Saya tak patut cakap macam tu”.

“Nur tak salahkan Imran.Apa yang terjadi antara kita,Nur anggap
sebagai takdir ALLAH swt.Semuanya memang sudah tertulis,kita nak elak macamana
pun,ia tetap akan berlaku juga.Cuma Nur tak mampu nak menerima huluran salam
yang Imran hulurkan,Nur telah dikhitbah oleh orang sebelum Nur ke sini”.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
( Surah al-Baqarah 2:216)
Imran teringat ayat Surah al-Baqarah yang pernah di dengarnya
semasa kuliah subub bersama Pak Mahbub.Nampaknya
ALLAH berkehendak yang lain untuknya,walaupun hatinya sudah mula terusik dengan
kehadiran Nur,namun takdir ALLAH swt mengatakan lain.Dia terlambat,gadis
dihadapannya ini sudah dikhitbah oleh orang lain.
“Saya faham.Takdir berkata lain nampaknya.Saya akan cuba
reda dengan apa yang berlaku,selepas ibu dan kakak saya,awak wanita pertama
yang mampu membuat saya kagum.Tentang apa yang saya katakan semasa di hospital
,saya harap Nur dapat melupakannya.Mungkin saya terlalu mengikut perasaan dan
terburu-buru membuat andaian,sedangkan saya tahu terburu-buru hasutan
syaitan.Maafkan saya,jika selama ini saya menyebabkan Nur merasa tidak selesa
bekerjasama dengan saya”.
Imran Naufal menarik nafas panjang,tak semua perkara dalam
dunia akan kita miliki.Dia harus menerima
hakikat bahawa jodohnya bukan dengan Nur.Dia hanya mampu melihat Nur
pergi ,SesungguhNya ALLAH swt lebih mengetahui apa yang lebih baik untuknya.
Bunyi telefon mengembalikan Imran dari lamunannya,satu sms daripada kakaknya.

Salam,Imran
jadi balik hari ni kan.Esok kita pergi rumah Nur Auni Husna,ummi dah tak sabar
nak jumpa dia.Semoga ini yang terbaik untuk Imran.
Imran Naufal tersenyum membaca sms daripada
kakaknya.Sekarang dia sedar,ALLAH swt mahu dia berjumpa dengan Nur Auni
Husna,mungkin gadis itu adalah jodohnya.InsyaALLAH mungkin dia lebih baik
daripada Nur.
“Kakak,Nur minta maaf.Nur tak mampu nak menahan apa yang Nur
rasa,Nur sayang dia.Tapi Nur tahu kakak dah berjanji dengan keluarga kawan
akak.Walaupun hanya seminggu perkenalan,tapi Nur yakin dia mampu membahagiakan
Nur di dunia dan di akhirat.Nur ingat setelah berjauhan rasa itu akan hilang,tapi
ia makin kuat”.
“Nur dah buat solat istikharah,minta petunjuk ALLAH swt?”.
“Dah,namun ALLAH swt,belum mengizinkan Nur mendapat petunjuk.Nur bingung,macamana Nur nak berkahwin dengan orang lain sedangkan hati Nur mendambakan dia”.
“Banyakkan istigfar ,jangan terlalu mengikut perasaan.Perbanyakkan solat tahajud dan istikharah,InsyaALLAH Dia akan memberi petunjuk.Tentang pertemuan esok,anggaplah sebagai pertemuan mengeratkan silaturahim,kakak akan terangkan pada keluarga kawan akak tu.Soal kahwin bukan perkara main-main,akak taknak Nur terima lelaki tu sebab terpaksa.Nur berhak tentukan siapa yang akan ada di sisi Nur.Sebab perkahwinan adalah untuk mencari redha ALLAH”.

Dengan mengenakan sepasang baju melayu,Imran Naufal nampak
segak.Ummi dan kakaknya tidak habis mengusiknya.
“Dah macam nak pergi menikah,untung siapa yang dapat Imran Naufal”.

Tepat pukul sembilan malam,keluarga Imran sampai di rumah
Nur Auni Husna.Dia bertekad untuk menerima gadis itu menjadi permata di dalam
hidupnya,tentang Nur.InsyaALLAH gadis itu juga pasti mendapat jodoh yang
terbaik.
“Assalammualaikum”.
“Waalaikummussalam.Alhamdulillah sampai juga tetamu yang di tunggu-tunggu”.Seorang lelaki dan perempuan menyambut mereka di pintu.Mungkin ayah dan ibu Nur Auni Husna,Imran berandaian sendiri.

Seorang gadis datang membawa dulang berisi air dan
kuih.Memakai baju kurung berwarna biru,bertudung labuh.Sejuk mata memandangnya,jika
inilah gadis yang kak Sumayah katakan,Imran Naufal yakin untuk
menerimanya.Gadis itu memandang Imran dan tersenyum,Imran membalas senyuman
gadis itu.Alhamdulillah,terima kasih YA ALLAH,jika ini jodohku aku terima.Imran
Naufal berdoa di dalam hati.
Kemudian gadis itu datang kembali,namun kali ini membawa
seorang bayi kecil.Imran bingung,menurut kakaknya Nur Auni Husna belum pernah
berkahwin,tapi gadis di hadapannya sedang membawa seorang bayi dan duduk
bersebelahan dengan kakaknya.
“Sebenarnya Sumayyah,keluarga kami ada perkara nak beritahu…
“Assalammualaikum”,satu suara memberi salam dari
luar.Kata-kata gadis yang disebelah kak Sumayyah terhenti.
“Waalaikummussalam”.Mereka semua memandang ke pintu,melihat siapa yang memberi salam,termasuklah Imran Naufal.Seorang gadis berjubah ungu dan bertudung putih melangkah masuk,saat itu juga Imran Naufal terbangun dari tempat duduknya seperti tidak percaya kehadiran gadis di hadapannya.Masing-masing terdiam.
“Nur,awak buat apa kat sini?”.Masih tidak percaya akan kehadiran gadis tersebut,Imran Naufal menggosok-gosok matanya.
“Ni rumah saya.Awak buat apa kat sini?”.
“Siapa nama penuh awak?”.

Saat itu juga air mata Imran Naufal jatuh berguguran,ALLAHU
AKBAR!Sesungguhnya air mata yang mengalir ini kerana terasanya dia atas
kurniaan yang ALLAH swt berikan.Sedikit kesedihan yang dia rasakan saat ditolak
oleh Nur,menyebabkan hari ini dia menangis kegembiraan.Sungguh baru dia
sedar,ALLAH swt ingin menguji hatinya,dia memberikan sedikit kesedihan untuk
mengurniakan seluas kebahagiaan.
Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar.Dengan sekali lafaz Nur Auni Husna sah menjadi isteri Imran
Naufal.Jodoh memang rahsia ALLAH swt,Imran Naufal sama sekali tidak menyangka
bahawa Nur Auni Husna adalah gadis sama yang ingin dijodohkan dengannya.Rencana
ALLAH memang tidak mampu dijangka.Kun fayakun;jadilah ia maka jadilah ia.Imran
Naufal mengucapkan syukur ke hadrat illahi,walaupun terkadang ia merasakan ini
mimpi,namun apabila melihat kehadiran Nur di sisinya,ia tersedar segalanya
memang berlaku.Dan malam ini untuk pertama kalinya dia dan isterinya melakukan
solat jemaah bersama-sama.Pertama kali dalam hidupnya dia mengimani seorang
wanita selain kakak dan ibunya.
“Terima kasih,kerana sudi menjadi isteri saya.Selagi saya
mampu dan selagi ALLAH swt mengizinkan saya hidup di dunia ini,selagi itu saya
akan sentiasa berada di sisi awak.Semoga ALLAH merahmati perkahwinan kita dari
dunia hingga ke akhirat”.
“InsyaALLAH.Saya manusia yang tak sempurna,saya harap awak boleh menerima semua kelemahan diri ini.Tapi insyaALLAH saya akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak”.
Imran Naufal mengucup kening isterinya.Dia amat bersyukur dikurniakan wanita sebaik Nur Auni Husna menjadi pendamping hidupnya.

Nur Auni Husna tiba-tiba menjadi sebak.Air matanya
mengalir,perlahan disapu oleh suaminya.
“Kenapa ni sayang,awak menyesal ke menjadi isteri saya?”.Risau pula Imran Naufal melihat isteri yang dikasihinya menitiskan air mata secara tiba-tiba.
“Menjadi isteri kepada Imran Naufal adalah anugerah terindah yang dikurniakan ALLAH swt kepada saya.Saya tak pernah rasa menyesal,dan saya yakin saya takkan menyesal terima awak menjadi suami saya.Saya menangis sebab saya bersyukur atas anugerah ALLAH yang tidak saya sangka.Sebenarnya sebelum berkahwin dengan awak,saya sudah pun jatuh hati pada awak.Cuma keadaan tak mengizinkan saya untuk berterus-terang.Jodoh rahsia ALLAH swt,ALLAH dah gerakkan hati saya ke arah awak sejak kita di Johor Baharu lagi”.
“Maknanya,bukan saya sahaja yang rasa semua tu.Tapi saya bersyukur awak tolak saya masa kat Johor tu”.
“Kenapa?”
“Sebab cinta yang kita rasa itu tidak seperti cinta halal yang kita rasa sekarang.ALLAH sangat menyayangi kita,dia tak izinkan saya mencintai awak tanpa ikatan yang sah,dan juga sebaliknya.SUBHANAALLAH atas segala nikmat yang Kau berikan”.
Nur Auni Husna tersenyum.Barulah dia sedar hikmah disebalik semua yang berlaku.ALLAH swt berikan dia kesedihan sementara untuk dia mendapatkan sebuah kebahagiaan yang tidak ternilai.ALHAMDULILLAH.Segala puji bagi ALLAH.

No comments:
Post a Comment