Wednesday

Adakah dia jodohku!!?



Muhammad Hazwan Hanif.Mungkin dia calon suami pilihan bagi kebanyakkan gadis,namun bukan bagi Naura Sufiya.Lelaki itu telah tersenarai dalam lelaki blacklist di dalam hidupnya,mungkin orang mengatakan dia gila kerana awal-awal sudah menolak lelaki itu sebagai calon suami,namun dia mempunyai sebabnya tersendiri.
“Kenapa kau marah sangat dengan Hazwan?Tengok reaksi kau masa dia tanya tadi pun dah nampak kau memang tak suka pada dia”.
“Sebab dia bajet bagus dan aku ada sebab aku sendiri.Kau tak perlu tahu kot”.Naura tidak mengendahkan kata-kata rakan usrahnya itu.Dia tetap meneruskan mengemas sejadah-sejadah di hadapannya.
“Jangan terlalu benci,nanti jadi sayang.Kadang-kadang orang yang kita benci tu la yang satu hari nanti akan jadi orang yang paling kita sayang”.
“Nonsense ok.Kata-kata tu dah tak boleh pakai lagi untuk zaman sekarang.Nampak Aqila tak,lagi tadi aku cari dia?Nak minta kunci kereta,nak amek telefon kat dalam tu”.
“Dia ada kat luar,tadi sedang kemas taman”.
Naura melangkah kaki keluar dari tempat solat menuju ke taman di luar Masjid Al-Hidayah.Dari jauh dia melihat Aqila sedang terbongkok-bongkok mencabut rumput-rumput liar di pasu-pasu bunga.


“Assalamualaikum.Dah macam nenek kebayan je,aku tengok dari jauh tadi.Terbongkok-bongkok”.
“Waalaikumussalam.Nenek kebayan?Sampai hati ko,tapi aku tahu mesti aku ni nenek kebayan yang comel kan.Dah siap kemas kat dalam tu?”.
“Ceh!Puji diri sendiri!Belum lagi,aku nak ambil telefon kat kereta,bak mai kunci kereta”.
“Kunci kereta pada kak Syifa,pergi minta pada dia.Dia ada kat dalam tu tengah berbincang dengan suami dia tentang majlis malam ni”.

Naura memandang ke dalam masjid.Kak Syifa sedang berbual-bual dengan seseorang.Seseorang yang sangat dia kenali,Hazwan Hanif!!Kenapa pula dia ada kat situ??Naura merungut sendirian.
“Aqila,boleh tak kau yang pergi minta dengan kak Syifa?Aku ni kan pemalu”.
“Tangan aku kotor ni,jangan nak mengada-ngada sangat,pergi je.Bukannya ada siapa pun,nak malu dengan siapa pula.Dah pergi sana,aku nak buat kerja ni”.

“Assalamualaikum”.Dua wajah memandang Naura yang sedang berjalan masuk ke dalam masjid.
“Waalaikumussalam.Ya,Naura,boleh akak bantu?”.Kak Syifa memandang wajah Naura yang masih menunduk.
“Nak minta kunci kereta Aqilah,dia kata akak yang tolong simpan”.
“Hazwan,tolong akak capaikan beg tu bagi dekat Naura,tangan kak Syifa ni masih ada bau minyak tanah.Beg yang warna biru”.
Hazwan menghulurkan beg biru tersebut kepada Naura,agak kasar tangan gadis itu merenggutnya dari Hazwan.
“Terima kasih kak Syifa”.Terus Naura berjalan laju,tak mahu dia berlama-lama di sini.Semakin bengkak hatinya melihat wajah Hazwan itu.



“Sombongnya!”.Spontan sahaja perkataan itu terkeluar dari mulut Hazwan sebaik sahaja gadis itu berlalu darinya.Dia seperti sedar,Naura memang sangat menjarakkan diri darinya,malah lebih tepat lagi Naura memang sangat membencinya,entah dia sendiri tidak tahu mengapa.
“Dia bukan sombonglah,dia menjaga pandangan”.Kak Syifa membela Naura.
“Owh,dengan ikhwat lelaki lain boleh pula dia berpandangan”.
“Mungkin dia tak selesa dengan Hazwan,lagipun dia baru je dua bulan ikut kumpulan usrah ni kan.Jangan terlalu cepat menilai seseorang”.
Hazwan hanya tersengih apabila ditegur oleh kakaknya itu.
“Ummi,abi nak pergi kedai sekejap,nak belikan air dengan makanan.Jom Hazwan teman abang,boleh tolong bawa barang sekali”.Abang Syauki mengajaknya.
Hazwan hanya mengangguk kepala bersetuju,dia mengikuti langkah abang iparnya itu menuju kereta.





“Naura!!!!!!!..................”.
Satu suara menjerit memanggil namanya dari  belakang.Dalam sekelip mata tubuh Naura sudah terduduk di tepi jalan .Segalanya berlalu begitu pantas.
“Arghhh..”.Terdengar suara orang mengerang kesakitan di belakang Naura,dia menoleh ke belakang.Hazwan sedang terbaring,tangannya terluka kerana terhentak di batu di tepi jalan raya tersebut.
“Hazwan bangun,buat kerja gila kau wan,lagi sikit kau nak kena langgar dengan kereta  tadi”.Abang iparnya membantu Hazwan untuk duduk.
“Naura ok”.Abang Syauki bertanya.
“Alhamdulillah,terima kasih.Kalau awak tiada tadi,mungkin sekarang saya dah tiada di sini”.
“Allah yang tolong awak bukan saya,kalau orang lain pun saya akan lakukan perkara yang sama”.
“Dah,jom masuk,kat dalam ada first aid,Naura boleh bangun sendiri ataupun nak abang Syauki panggil kak Syifa”.
Belum sempat Abang Syauki memanggil isterinya itu,mereka semua sudah pun sampai di luar masjid.
“Allah,apa yang terjadi ni abi?”.
“Adik ummi ni jadi superman tadi,nak selamatkan orang katanya”.Masing-masing memandang wajah Hazwan dan Naura saling berganti.





Hazwan  memandang sapu tangan yang berada di tangannya.Pemberian Naura sebelum dia bergerak balik tadi,nampak dari riak wajah gadis itu,merasa bersalah atas apa yang terjadi padanya.
Niatnya hanya untuk membantu,namun ada hikmah juga di sebalik kejadian ini,pertama kali Naura tersenyum kepadanya dan memandang wajahnya ketika bercakap.
Naura Sufiya..manis juga bila tersenyum macam tu!!Satu senyuman terukir di wajah Hazwan,tatkala wajah gadis itu memenuhi anak matanya.Astagfiruallahalazim!!Panjang Hazwan beristigfar,dia terleka dengan pujukan syaitan untuk  memikirkan  seseorang yang tidak halal baginya.Tapi ada sesuatu pertanyaan dalam kotak fikirannya,kenapa Naura tidak pernah memanggilnya dengan nama Hazwan.Selalunya jika Naura ingin bertanya sesuatu,dia hanya memanggil Hazwan dengan nama adik kak Syifa,tidak pernah sekali pun dia memanggil Hazwan dengan nama hadapannya.



Aqila memandang Naura yang sedang terlena di dalam kereta.Disuruh balik rehat,namun Naura tetap degil mahu terus berada di sini.
Hazwan bertarung nyawa untuk menyelamatkan Naura?Menurut Abang Syauki,Hazwan mengambil risiko untuk menyelamatkan Naura walaupun saat itu kereta yang hampir melanggar Naura sudah terlalu hampir dengan mereka.
“Orang yang kau benci sangat tu yang tolong kau Naura,tapi salah aku yang menyebabkan kau benci pada dia.Dia tak bersalah pun”.Aqila berkata sendiri.
Aqila masih ingat lagi reaksi Naura ketika dia memberitahu bahawa Hazwan menolak untuk disatukan dengan dia,kerana merasakan mereka berdua tidak sepadan.
“Macamlah dia tu baik sangat,siapa dia tu?Sempurna sangat ke dia tu?Bagus juga kau dengan dia tak jadi disatukan,aku yakin Allah nak jodohkan kau dengan orang yang lebih baik dari dia,malah beribu-ribu kali lebih baik dari dia.Aku macam menyampah pula bila dengar nama dia,siapa nama penuh dia?”.
“Hazwan Hanif”.Dan bermula dari hari itu,walaupun Aqila sudah mampu menerima Hazwan hanya sekadar sahabat usrah,namun tidak bagi Naura,dia tetap dengan pendiriannya,Hazwan lelaki poyo yang merasa dirinya sempurna dan layak mendapatkan gadis yang sempurna untuk melengkapi hidupnya.






Naura terduduk lemah.Menahan amarah,dia terpaksa menahan marah kepada Hazwan yang sesuka hati  telah menolak kertas kerja  kem solat yang akan diadakan pada hujung minggu ini.Dia bersusah payah sehingga tidak tidur malam tadi,senang-senang lelaki itu menolak hasil kerjanya.
“Kalau tahu macam ni,lebih baik dia seorang yang uruskan semua perkara,tak perlu ada pembantu,setiausaha.Kau memang lelaki poyo”.Naura berkata sendirian.
“Nah minum air  sejuk ni dulu,sejukkan hati tu”.Tiba-tiba kak Syifa datang dari belakang menghulurkan air mineral yang sejuk.
“Kak Syifa,akak dah lama ke kat dalam ni?”.Naura tersengih,dia bertanya sendiri,adakah kak Syifa mendengar kata-kata tentang adiknya itu tadi.
“Baru je sampai.Dah sejuk ke belum hati tu?Naura dengan Hazwan ni setiap kali ada discussion kamu berdua selalu tak sependapat.Kadang-kadang akak rasa Naura dengan Hazwan ni berjodoh”.
Hampir terkeluar semula air yang sedang diminum Naura mendengar kata-kata Kak Syifa.
“Dah baca bismillah ke belum tu?”.Kak Syifa sengaja mengusik Naura.
“Kak Syifa ni,seram Naura dengar perkataan jodoh tu.Hari-hari bergaduh agaknya kalau Naura dengan adik kak Syifa tu disatukan.Terlalu mustahil kerana kami sangat berbeza”.
“Perbezaan tu yang membuatkan sesuatu perhubungan tu lebih kekal lama.Kalau Naura dengan pasangan terlalu banyak persaan,mungkin satu hari nanti akan bosan”.
“Ada je kak Syifa ni.Taknaklah cakap pasal hal ni lagi,tak sedap nanti kalau orang lain dengar,Naura tahu ramai kawan-kawan usrah kat sini ada hati dengan adik Kak Syifa tu.Dan tak mungkinlah kami berdua ni”.
“Adik kak Syifa’,kenapa Naura susah sangat nak panggil dia dengan nama Hazwan?”.
“Insya Allah satu hari nanti kak Syifa akan tahu juga sebabnya nanti,sekarang Naura lebih selesa untuk panggil dia sebagai adik kak Syifa ataupun Hanif”.







“Kenapa ni Naura,dari tadi kakak tengok awak muram,macam orang ada masalah.Nak berkongsi,mungkin akak dapat membantu?”.Kak Syifa memandang wajah Naura.Dia perasan sejak Naura sampai tadi,gadis itu tidak banyak bercakap.Senyumannya pun seperti orang terpaksa,dia ada di sini tetapi fikirannya di tempat lain.
“Ada orang masuk merisik Naura”.
“Alhamdulillah tu berita baik.Bertambahlah generasi umat Nabi Muhammad s.a.w.Tapi kenapa Naura macam tak suka”.
“Bukan tak suka,tapi Naura tak bersedia.Perkahwinan bagi Naura,penyatuan dua hati kerana ingin mencari reda Allah.Jujur kak,dengan Naura yang baru sahaja hendak mendalami islam,Naura rasa tak bersedia.Bagaimana nanti kalau Naura tak mampu jadi isteri yang baik,sekarang ni pun dosa pada ayah dan ibu dah tak terhitung kak,apatah lagi nak menambah dosa pada suami”.
“Kalau semua orang berfikir macam tu,mesti ramai lagi yang belum berkahwin sekarang ni.Apa yang Naura rasa sekarang ni akan dirasai oleh semua gadis-gadis yang akan berkahwin.Akak pun pada mulanya tak bersetuju untuk menerima Abang Syauki,sebab akak tak pernah kenal dia langsung dan masa tu akak baru sahaja habis belajar,tapi kata-kata ibu kakak menyebabkan hati kakak terbuka untuk bersetuju dengan perkahwinan  yang dirancang keluarga”.
“Ibu kak Syifa cakap apa?”.
“Ibu dan ayah yakin dengan agama yang ada pada lelaki itu,kami pilihkan dia untuk kakak,supaya dia boleh memimpin kakak ke syurga bersama-sama.Namun keputusan masih terletak di tangan kakak,ibu dan ayah tidak akan memaksa,tetapi kakak buatlah keputusan setelah kakak betul-betul yakin dan tanyalah pada  Allah,Dia akan beri jawapannya”.
“Owh,jadi kakak terus terima abang Syauki ke?”.
“Kak Syifa terima,tapi kak Syifa ni degil orangnya  Naura,tak semudah itu untuk kakak menerima semuanya.Namun abang Syauki ni penyabar orangnya,hari pertama kakak menjadi isteri dia,itulah kali pertama kakak jatuh cinta pada dia.Kata-kata dia melembutkan hati kak Syifa yang keras ni,dan Alhamdulillah kakak tak pernah menyesal terima Abang Syauki,kami masih lagi bercinta walaupun dah hampir 6 tahun kami berkahwin,indahnya cinta selepas berkahwin,segala-gala yang dilakukan untuk suami atau isteri punca pahala.Kasih sayang kami semakin kuat dengan cahaya mata yang dikurniakan kepada kami.Dan setiap hari Abang Syauki tak pernah lupa untuk ucap ana uhibukki fillah,saya cintakan awak kerana Allah”.
“Sweetnya,ok jeles.Jadi Naura kena terima ke perkahwinan ini?”.
“Jawapan tu bukan ada pada akak,tapi pada diri Naura sendiri.Bagi akak,kalau ibu dan ayah yang pilihkan untuk Naura,pasti mereka pilihkan yang terbaik.Naura kenal ke orangnya?”.
“Kawan sekelas masa belajar,dia guru sekolah rendah dan ibu dia kawan baik ibu Naura”.
“Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya,pasti ada sesuatu pada dia yang menyebabkan ibu Naura suka padanya”.
“Mungkin ini memang jalannya,terima kasih kak Syifa beri pencerahan pada Naura”.
“Kak Syifa bercakap berdasarkan pengalaman,tapi keputusan Naura terletak di tangan Naura sendiri,tanyalah pada yang berhak,Dia AL-ALIM,Yang Maha Mengetahui.Sekarang senyumlah sikit,dari tadi asyik muram je”.
Naura tersengih,terasa berkurang beban fikiran yang ditanggungnya sejak dua hari lepas kerana memikirkan tentang hal ini,Alhamdulillah Allah beri pencerahan melalui kak Syifa,terima kasih Ya Allah ,kerana Kau telah menghantar insan yang betul saat aku memerlukannya.


Dari belakang pintu Hazwan Hanif hanya mendengar perbualan kakaknya dan Naura.Terdiam dia mendengar perbualan mereka berdua,niatnya untuk mengajak kakaknya pulang bersama hampir terlupa.
“Apa yang aku sedang buat ni Ya Allah?Kenapa aku perlu mengintip perbualan mereka,apa sebenarnya yang berlaku pada diriku ini,kenapa aku ingin sekali mengambil tahu tentang gadis itu?Telefon bimbit Hazwan Hanif berbunyi.

“Hazwan buat apa kat situ?”.Kak Syifa kenal benar dengan bunyi telefon Hazwan.Dia menolak daun pintu,Hazwan terdiam,telefon bimbitnya masih berbunyi.Tiada tempat dan peluang untuk dia melarikan diri,dia memandang wajah kak Syifa dan Naura.
“Hazwan nak ajak kakak balik sekali,Abang Syauki masih ada kerja”.Tergagap-gagap Hazwan menjawab.Kak Syifa memandang dalam wajah adiknya.
“Owh,Naura kakak balik dulu ye”.
“Ok,terima kasih kak atas kata-kata akak tadi”.



“Puteri sombong tu dah nak berkahwin ke kak?”.
“Puteri sombong?.Tak baik gelar orang macam tu”.Kak Syifa terdiam,dia tahu adiknya itu terdengar perbualan antara dia dan Naura tadi.
“Sejak bila pula Hazwan ni gelar Naura puteri?”.Kak Syifa merenung tajam wajah adiknya.Pertama kali adiknya itu memberi gelaran puteri bagi seorang perempuan.
“Akak nak singgah beli goreng pisang tak?”.Hazwan cuba mengalih perbualan mereka,mulutnya terlepas memanggil Naura dengan gelaran puteri sombong.
“Jangan cuba nak tukar topik,Hazwam suka Naura ke?”.
“No,itu perkara paling mengarut akak pernah cakap pada Hazwan”.
“Yelah,Hazwan mana pernah bagi gelaran kat orang lain,Naura nampaknya orang pertama yang dapat gelaran macam tu.Cakap betul-betul Hazwan memang tiada apa-apa perasaan pada Naura ke?”.
“Astagfiruallahalazim,kami ni macam anjing dengan kucing.Kalau bertemu ada je yang nak didebatkan,takkanlah Hazwan boleh suka pada Naura pula”.
“Akak percaya pada Hazwan,lagipun dia dah dirisik orang.Kalau betul pun Hazwan suka pada Naura,Hazwan dah terlambat,haram hukumnya meminang atas pinangan orang lain”.
Hazwan menelan air liur,melihat wajah kakaknya dia yakin kata-katanya tadi meyakinkan Kak Syifa bahawa dia tidak mempunyai perasaan pada Naura.
Dah terlambat,memang Hazwan tahu dia memang sudah cukup terlambat.Terlambat untuk menyedari ada yang telah memasuki hatinya saat ini.







Seminggu sebelum majlis perkahwinan Naura…
Perlahan Hazwan membuka pintu biliknya,Kak Syifa yang sudah siap bertudung berdiri di hadapannya.
“Hantar akak ke hospital sekarang”.
“Hospital?Siapa yang sakit?”.
“Aqila telefon,tunang Naura kemalangan,dia perlukan sokongan kita sekarang ni”.Berderau darah Hazwan.
“Kak,tunggu kat kereta ,Hazwan tukar baju”.



“Naura mana Aqila?”.Anak mata kak Syifa melilau mencari wajah Naura di antara ahli keluarga tunang dan keluarga Naura.
“Dia ada kat surau kak,dari tadi dia hendak menyendiri,Aqila dah cuba pujuk dia,tapi dia tetap berdegil nak bersendiri”.
Kak Syifa terdiam,dia mencari kelibat Hazwan.Dimana pula adiknya itu?


Dari jauh Hazwan memandang wajah Naura yang pucat itu,dia tahu pasti saat ini gadis itu sedang bersedih.Niatnya untuk mengambil telefon di kereta terhenti tatkala dia melihat Naura yang sedang duduk bersendirian di taman.
Kalaulah aku mampu hilangkan rasa sedih yang sedang kau alami saat ini??Namun kata-kata itu hanya terngiang-ngiang di kotak fikiran Hazwan.Untuk mengucapkannya,dia tidak punyai keberanian.Dia akui saat Naura sudah bergelar tunangan orang,saat itu juga dia belajar untuk melupakan gadis itu.Namun dia tidak mampu untuk menahan rasa hiba saat melihat gadis itu sedang bersedih saat ini.


“Hazwan,buat apa kat sini?”.Entah dari mana Kak Syifa tiba-tiba muncul di belakangnya.
“Astagfiruallahalazim!Kak,terkejut Hazwan.Tadi akak kat dalam,macamana boleh tiba-tiba muncul kat sini?”.
“Hazwan tu yang menghilang,buat apa kat sini?”.
“Tadi nak pergi ambil telefon kat kereta tapi nampak Naura duduk sendiri kat taman,risau pula.Itu yang Hazwan tunggu je kat sini dari tadi”.
“Mana Naura?”.
“Itu,Hazwan rasa dia perlukan akak sekarang ni.Pergilah tenangkan dia,asyik menangis je dari tadi”.




“Allah takkan uji kalau Dia tahu kita tak mampu,kembali pada Allah.Naura merancang,mereka semua merancang tapi Allah sebaik-baik perancang.Teruskan berdoa untuk tunang Naura,kuatkan hatimu,Allah sedang menguji sekuat mana Naura menerima qadak dan qadar dariNya”.
“Macamana kalau dia tak selamat kak?”.
“Kata-kata tu satu doa.Elakkan bercakap dan berfikir perkara yang negatif sekarang.Fikir positif”.
“Tapi kak melihat keadaan dia sebelum dimasukkan ke dalam bilik pembedahan,hancur luluh hati Naura,Naura takut untuk berharap sesuatu,jika nanti berlaku sesuatu yang Naura tak jangka,Naura takut,Naura akan jatuh kak”.
“Selagi ada Allah dalam hati kita selagi itu masih ada harapan.Berharap yang baik-baik pasti dapat juga yang baik”.



“Macamana kalau berlaku sesuatu pada tunang Naura kak,majlis perkahwinan akan berlangsung seminggu lagi”.
“Doakan yang terbaik,apa-apa boleh berlaku sekarang ni.Kakak cuma harap kalau apa-apa terjadi pada tunangnya,Naura tidak akan jatuh terlalu kecewa”.
Hazwan terdiam.Sebelum balik tadi sempat dia menatap wajah lesu dan pucat Naura yang sedang membaca Yassin di luar bilik pembedahan.Semoga Allah mempermudah urusan Naura,berikanlah kesembuhan kepada tunangnya,agar wajah yang lesu dan pucat itu mampu untuk kembali tersenyum semula nanti.



“Naurah,bangun!Bangun sayang!”.Ibu Naura menggerakkan tubuh Naura yang terbaring lemah di katil hospital.
Perlahan Naura membuka matanya,wajah ibu dan Aqila dapat dia lihat,kali terakhir perkara yang mampu diingatnya adalah ketika dia tiba-tiba merasa pening-pening dan pandangannya menjadi kabur saat berada di luar bilik pembedahan.
“Kenapa Naura ada kat sini ibu?”.
“Tadi Naura pengsan,sebab terlalu letih”.
“Macamana dengan pembedahan?”.
Ibu dan Aqila terdiam.
“Macamana dengan pembedahan tu,kenapa ibu dengan Aqila taknak cakap apa-apa pada Naura”.
“Dia dah tiada lagi dalam dunia ni Naura,pembedahan tu tak berjaya.Dia dah kembali pada PenciptaNya”.Kata-kata Aqila itu terus menusuk ke dalam hati,pandangan Naura kabur dengan perlahan sehingga kembali gelap.




“Akak tahu Naura kuat,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Jaga diri,jaga iman,dan jaga hati.Jangan biarkan apa yang berlaku ni menyebabkan Naura menjadi lemah”.Sayu kak Syifa melihat wajah Naura yang pucat itu,memang mudah untuk dia berkata memberi nasihat dan kekuatan kepada Naura,tetapi gadis itu yang menanggung segala kesedihan bersendiri.
“Ins Shaa Allah kak,terima kasih sebab datang.Majlis kenduri tu tetap akan berlangsung cuma ditukar kepada kenduri arwah,kalau ada kesempatan akak jemput datang”.
“Ins Shaa Allah.Naura kalau ada perlukan apa-apa bantuan,beritahu je akak atau abang Syauki,Ins Shaa Allah kami cuba membantu apa yang terdaya”.
“Takpe kak,akak jangan risau.Allah ada untuk bantu dan tolong jaga Naura”.Naura tersenyum kecil.
Kak Syifa tersenyum,dalam hati dia berdoa semoga hati gadis ini kuat dan tabah untuk tetap menempuh segala-galanya yang berlaku sekarang ini.







Dari luar rumah kedengaran suara ayah Naura.Semakin berderau dada Kak Syifa,suaminya disebelah menggenggam erat tangannya.Sebaik sahaja mendapat mesej dari Naura,dia bergegas mengajak suaminya datang ke rumah Naura.

“Assalamualaikum”.Abang Syauki memberi salam.
“Waalaikumussalam”.Semua mata memandang ke arah pintu.
Kak Syifa melihat Naura yang sedang terduduk lemah di lantai di hadapan pintu.
“Astagfiruallahalazim!!Naura,kenapa ni?”.
“Kak bawa Naura pergi dari sini”.Air mata gadis itu sudah pun mengalir deras.
“Bagus,kau bawa budak ni.Aku dah tak nak tengok dia dekat rumah aku lagi”.Sura ayah Naura bergema di dalam rumah.
“Kenapa pakcik buat Naura macam ni?”.Abang Syauki bertanya.
“Dia ni bawa malang dalam hidup kami sekeluarga.Seminggu sebelum majlis,tunang dia meninggal.Disebabkan itu pihak keluarga lelaki tuduh kami sekeluarga keluarga bawa malang.Satu kampung ni heboh,keluarga aku ni bawa malang,sehinggakan orang yang datang hendak merisik adik perempuan dia pun membatalkan rancangan kerana takut anak mereka mati kalau berkahwin nanti”.
“Astagfiruallahalzim!Pakcik,itu semua takdir,Naura tak pernah minta semua ni berlaku”.Abang Syauki berkata,dia menarik nafas dalam.Mendengar kata-kata itu dari seorang ayah,hatinya hiba.
“Kau jangan nak mengajar aku,aku ni orang tua.Aku tahu apa yang aku buat,kalau kau nak tolong sangat dia ni,kau bawa dia ni jauh-jauh dari keluarga aku”.
“Pakcik takkan menyesal dengan keputusan pakcik kerana sekali saya melangkah membawa Naura keluar dari rumah ini,saya takkan pernah biarkan dia  kembali ke sini lagi”.
“Aku takkan menyesal sebab malang dah hilang dari hidup aku sekeluarga,apa pun yang terjadi pada dia bukan masalah aku selepas ini”.
“Abang kita bawa Naura pergi dari sini,Syifa tak sanggup biarkan dia macam ni”.
“Kalau selepas ini dia nak berkahwin,jangan cari aku,biar berwalikan hakim.Kalaulah ada orang sanggup nak ambil risiko berkahwin dengan orang yang bawa malang seperti dia ni”.
“Saya bersedia jadikan Naura isteri saya pakcik,dan saya akan buktikan pada pakcik,Naura bukan pembawa malang”.Hazwan Hanif yang hanya berdiri diluar tadi melangkah masuk.
“Hazwan sedar tak apa yang Hazwan cakap ni?”.Soal Abang Syauki.
“Hazwan sedar.Tapi sekarang yang Hazwan lihat tak sedar adalah keluarga Naura,bagaimana keluarga sendiri lebih percaya dengan kata-kata orang berbanding dengan darah daging sendiri.Pakcik menyalahkan Naura atas apa yang berlaku,tapi sebenarnya pakcik menyalahkan Allah.Siapa yang mengizinkan semua itu berlaku,kalau tanpa keizinan Allah semua itu takkan berlaku.Di saat Naura perlukan sokongan dari keluarga,tapi malah penghinaan yang dia dapat”.
“Sudah Hazwan,kita balik.Allah dah tutup mata hati mereka untuk menerima ini takdir Allah bukan kerana malang”.Kak Syifa membantu Naura bangun.
Dari dapur adik perempuan dan ibu Naura mahu pergi ke arahnya,namun dihalang oleh ayahnya.
“Kalau kamu berdua pergi dekat dia,kamu berdua pun boleh pergi sekali dengan dia”.
Langkah kaki mereka terhenti mendengar kata-kata ayahnya.
“Ibu!!”.Naura separuh merintih,tangannya perlahan dipimpin Kak Syifa keluar.Beg baju yang telah disiapkan oleh ayahnya dibawa oleh Hazwan.
Pemergian Naura hanya dihantar dengan air mata oleh ibu dan adik perempuannya.Ya Allah berikan kekuatan kepada anakku itu!!Dalam hati ibu Naura berdoa.



Naura duduk berteleku di atas sejadah.Perlahan air matanya menitis membasahi pipi.Beratnya ujian yang Kau berikan pada hambaMu ini Ya Allah!Wajah dan suara ayah yang bengis masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.
Jujur dia tidak menyangka keluarga bekas tunangnya tergamak menuduhnya menjadi punca kematian anak mereka.Adakah mereka tidak tahu,dia sangat menderita dengan kehilangan lelaki itu?
Pintu bilik diketuk dari luar,Kak Syifa melangkah masuk.Naura mengelap air mata di pipinya.
“Perkara dah terjadi,Naura menangis air mata darah sekali pun,segala-galanya tidak akan berubah”.Kak Syifa tahu gadis itu masih menangis sejak malam tadi,matanya yang bengkak dan hidungnya yang masih merah tidak mampu menyembunyikan kesan daripada tangisan.
Tangisan yang ditahan itu dilepaskan juga apabila Kak Syifa menegur Naura.Dia tahu dia tidak kuat untuk bertahan menanggung semua ini bersendiri.
Kak Syifa menarik perlahan Naura ke dalam dakapannya,semakin kuat esak tangis gadis itu,dalam dia cuba menenangkan Naura,air matanya juga mengalir dengan sendiri.Besarnya Ujian yang Allah berikan,setelah dia kehilangan insan istimewa,sekarang keluarganya pula membuangnya.Semoga hatimu kuat untuk menempuh ujian ini!!Dalam hati Kak Syifa berdoa.



“Sudah seminggu Naura duduk kat rumah Kak Syifa,nanti kalau Aqila dah balik dari rumah pakcik dia,Naura akan duduk rumah dia”.
“Duduk je sini,kak Syifa yang bawa Naura keluar dari rumah tu,jadi sekarang Naura tanggungjawab akak dengan Abang Syauki”.
“Naura tak nak menyusahkan akak lagi”.
“Naura akan lebih menyusahkan akak kalau Naura keluar dari rumah akak.Lagipun tak lama lagi Naura dan Hazwan akan bernikah”.
“Naura tak rasa dia betul-betul berniat untuk memperisterikan Naura,dia cuba nak menyelamatkan keadaan masa tu”.
“Hazwan bukan orang macam tu,akak kenal dia,apa yang dia cakap dia akan buat.Akak rasa sudah sampai masanya Naura cerita kenapa Naura tak pernah panggil Hazwan dengan nama depan dia?”.
“Sebab dulu dia pernah menolak untuk dijodohkan dengan Aqila.Aqila mampu terima hakikat tu,tapi Naura marah dengan dia,Aqila tu baik orangnya,tak sepatutnya dia menolak orang seperti Aqila”.
“Mungkin Naura memang tak tahu cerita ni,ada sebab lain Hazwan tolak Aqila.Arwah tunang Hazwan dahulu mempunyai nama yang sama dengan Aqila.Hazwan tak pernah bercerita sebab dia memang nak lupakan semua tu”.
Naura terdiam,satu kebenaran yang membuat dia malu dengan dirinya.Hazwan bukan lelaki seperti yang difikirkannya selama ini.Rupanya dia mempunyai masa silam yang membuatnya harus membuat keputusan seperti itu.
“Kak Syifa rasa dah tiba masanya Naura cuba buka hati untuk Hazwan,dan satu yang Naura mungkin tak tahu.Naura adalah gadis pertama yang mampu menarik perhatian Hazwan selepas pemergian arwah tunangya”.
“Tapi kami tak pernah sefahaman kak,kalau bertemu kami asyik bergaduh”.
“Itu cara Hazwan untuk menarik perhatian Naura.Kalau kamu berdua tak bergaduh,Naura rasa ,Hazwan tu nak ke tiba-tiba berbual-bual kosong dengan Naura”.
“Tapi kak,…”.
“Jangan bagi jawapannya sekarang,Naura fikir dulu ye,akak tak nak Naura tergopoh-gopoh dalam membuat keputusan”.




“Penat menangis,dah seminggu aku rindu kat kau.Tapi ego,tak nak telefon kononnya tak nak menganggu kau”.Naura mengadu kepada Aqila.
“Tahu pun ego tu besar sangat.Sampai hati kau sembunyikan perkara besar ni daripada aku,kalaulah aku tak pergi rumah kau pagi tadi,sampai bila agaknya kau nak sembunyikan hal ni dari aku”.
“Aku tak nak susahkan kau.Lagipun aku dah ok sekarang ni”.Naura tersenyum pahit.
“Simpan je senyuman palsu kau tu depan aku,dengan orang lain kau bolehlah pura-pura senyum macam tu,dengan aku,tak mudah aku nak percaya kau dah ok sekarang”.
“Ibu dengan adik perempuan aku macamana,kau sempat jumpa mereka kan?”.
“Alhamdulillah sihat,tapi aku tengok ibu kau,wajah dia risau sangat masa dia beritahu aku apa yang berlaku”.
“Aku rindu pada ibu,adik dan ayah…”.
“Kenapa ayah kau boleh berubah macam tu sekali,aku betul-betul tak sangka.Masa aku datang,ayah kau takde.Kau tak marah ke dengan ayah kau,dia dah halau kau dari rumah?”.
“Kerana dia ayah.Apa pun yang berlaku dia tetap ayah aku,walaupun dia benci pada aku,dia tetap ayah aku”.
Aqila terdiam.Dia memegang bahu Naura.
“Sabar ye,ni ujian dari Allah untuk kau.Dia nak tambahkan pahala kau lagi,banyakkan berdoa,Insya Allah hati ayah kau akan lembut juga satu hari nanti”.
“Tapi aku ada masalah lain?”.
“Masalah apa pula?”.
“Ada orang nak kahwin dengan aku”.
“Kahwin?Siapa?”.
“Orangnya kau kenal,dan kau takkan percaya kalau aku beritahu siapa orangnya”.
“Siapa Naura?Beritahu aku?Cepatlah”.
Naura menelan air liur.Menatap wajah Aqila yang tidak sabar menunggu jawapannya.
“Hazwan Hanif”.





“Aku dah agak,Hazwan tu memang ada hati kat kau.Sejak dari kejadian dia selamatkan kau,aku macam dah agak ada sesuatu.So,kau dah setuju ke belum?”.
“Gila!”.
“Amboi,kejamnya jawapan”.
“Tak semudah itu Aqila.Aku rasa dia nak berkahwin dengan aku kerana rasa simpati dengan apa yang berlaku pada aku”.
“Kau ingat senang ke orang lelaki ni nak ajak orang perempuan ni berkahwin kalau memang dia tiada apa-apa perasaan pada kau.Dia mungkin pilihan Allah untuk kau Naura”.
Perbualan diantara Naura dan Aqila petang tadi masih terngiang-ngiang di benak fikiran Naura.Hazwan pilihan Allah untuknya??
Berilah hambaMu ini petunjuk Ya Allah!Adakah dia jodohku??Jika memang dia jodoh yang Kau tetapkan untukku,dekatkanlah hati kami,namun jika dia memang bukan untukku,jauhkanlah hati kami.Naura berdoa di dalam hati.





Hazwan Hanif memandang ke luar tingkap biliknya,Naura sedang menjemur pakaian di ampaian .
Sampai saat ini dia masih tidak faham mengapa Naura menolak lamarannya.Dia memang berniat untuk memperisterikan Naura kerana memang dia sudah jatuh kasih kepada gadis itu,bukan kerana dia simpati dengan apa yang terjadi pada Naura.
“Jangan ditenung lama-lama sangat anak dara orang tu”.Satu suara menengur Hazwan dari belakang.Kak Syifa sedang tersenyum kepada adiknya.Sah,memang tengah angau si Hazwan ni,dia berkata sendiri.
“Hazwan tengok tingkaplah kak.Kak Syifa cantik-cantik ni nak pergi mana?”
“Lupalah tu.Hari ni kan ada kenduri doa selamat kat umah mak usu.Apalah yang diingatkannya sampai terlupa majlis kat rumah mak usu”.Sempat kak Syifa mengusik Hazwan.
Hazwan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.


“Naura betul tak nak pergi sekali?”.
“Seganlah kak,lagipun malam ni Naura ada janji dengan Aqila nak keluar teman dia beli barang”.
“Owh,ok.Tapi sementara Aqila belum sampai ni,kunci pintu rapat-rapat”.
“Baik kak.Malam ni mungkin Naura tidur rumah Aqila,akak jadi ke nak tidur rumah mak usu?”.
“Jadi,kesian pula kalau nak biar mak usu kemas sendiri.Lagipun akak dah lama tak duduk berborak dengan adik-beradik mak akak”.
“Nanti kirim salam kat mak usu.Hati-hati ye kak”.
Hazwan keluar dari  rumah menuju ke kereta.Naura terus terdiam.Entah,dia belum berani untuk bertentang mata dengan lelaki itu sejak kejadian yang berlaku di rumahnya,dan juga setelah dia mengetahui sebab sebenar Hazwan menolak untuk dijodohkan dengan Aqila dahulu.Malu,kerana dia pernah bersangka buruk dengan Hazwan selama ini.
“Jaga diri baik-baik bila keluar dengan Aqila nanti”.Hazwan sempat menghadiahkan senyuman kepada Naura.
Naura hanya mengangguk faham.Untuk berkata-kata dia merasakan seperti ada sesuatu yang tersangkut di kerongkongnya saat ini.





“Hazwan tidur kat rumah kita je lah kak,lagipun malam ni Naura tidur rumah Aqila kan.Takut yang lain tak selesa pula bila tidur berhimpit kat rumah mak usu ni”.
“Ok,tapi dah pagi ni.Boleh ke drive sendiri?”.
“Ins Shaa Allah kak,boleh”.
Hazwan bersalaman dengan pakcik-pakcik saudaranya sebelum meminta izin untuk balik.Sempat dia singgah di kedai mamak untuk membungkus neslo ais supaya matanya tidak mengantuk untuk memandu sendirian.
Setengah jam perjalanan,sampai juga Hazwan di rumahnya,keadaan gelap dan sunyi meyakinkan Hazwan ,memang Naura bermalam di rumah Aqila.Dia membaringkan badan di sofa di ruang tamu,terlalu malas untuk masuk kebiliknya.






Ketukan pintu yang bertalu-talu membuatkan Hazwan memaksa anak matanya untuk terbuka.Perlahan dia membuka  pintu,di hadapannya berdiri beberapa orang lelaki.Terus segar anak matanya apabila melihat pak imam yang datang.
“Assalamualaikum Hazwan”.
“Waalaikumussalam.Pak imam,boleh saya bantu?”.
“Pak cik diberitahu ada pasangan yang bersekedudukan di rumah ini.Kalau boleh kami nak minta izin Hazwan untuk membuat pemeriksaan”.
“Boleh,saya malam ni tidur sendirian sebab kakak dan abang ipar saya tidur di rumah mak  usu”.
Sedang mereka berbual-bual,tiba-tiba pintu bilik Naura dibuka dari dalam.Naura keluar dari bilik apabila dia mendengar suara di ruang tamu,sangkanya Kak Syifa yang balik ke rumah.
“Awak tak tidur rumah Aqila ke Naura malam ni?”.
“Aqila kena jaga ayah dia sebab heart attack.Siapa yang ramai-ramai ni Hazwan?”.
“Maaf Hazwan,pakcik kena buat kerja.Laporan yang kami terima nampaknya betul.Hazwan dan gadis ini telah berdua-duaan di dalam rumah.Dan ini mampu mendatangkan syak.Boleh beri kad pengenalan”.
“Naura Sufiya!”.Satu suara menegur Naura yang sedang resah apabila mendengar kata-kata pak imam tadi bahawa mereka berdua ditangkap kerana berdua-duaan di dalam rumah.
“Pak usu!”.Semakin deras air mata Naura mengalir.



Hazwan terdiam.Keadaan sekarang betul-betul menyesakkan fikirannya.Dia betul-betul tidak menyangka Naura ada di dalam rumah,sangkanya Naura bermalam di rumah Aqila.
“Hazwan tak sepatutnya balik dari rumah mak usu tadi kak”.Melihat Naura yang tiada hentinya mengalirkan air mata semakin dia merasa bersalah.Memang dia ingin memperisterikan Naura tapi bukan dengan cara ini.
“Semua dah berlaku Hazwan.Tadi akak dengar pak imam  kata kamu berdua harus dinikahkan malam ni juga,kalau tidak kes ni akan dibawa ke mahkamah”.
“Tapi kami tak bersalah kak”.
“Hazwan,ini sahaja pilihan yang ada.Kalau betul Hazwan kasihan pada Naura,nikahi dia,selamatkan maruah dia.Bagi seorang perempuan,yang paling mahal adalah maruahnya”.
“Dia pasti akan semakin membenci Hazwan kak selepas ni”.
“Akak kenal Naura,dia takkan mudah menghukum orang.Kamu berdua mangsa  keadaan.Kita tunggu Naura berbincang dengan pak usu dia,Hazwan banyak-banyak berdoa”.

“Macamana Naura boleh ada di sini?Ayah tahu Naura ada kat sini?”.Pak Usu terkejut apabila melihat anak saudaranya sendiri yang ditangkap kerana berkhalwat.
“Ayah dah halau Naura dari rumah,sekarang Naura menumpang rumah Kak Syifa.Pelbagai perkara berlaku dalam hidup Naura pak su dan sekarang ini,pasti ayah semakin membenci Naura selepas ini”.
“Ayah Naura tu selalu buat keputusan tanpa berfikir panjang.Dulu pak su yang dihalau sekarang kamu pula,pak su minta maaf Naura sebab tak mampu ada saat kamu perlukan paksu”.
Naura terdiam.Peristiwa dulu masih terbayang dalam fikirannya,dia dan pak su mengalami nasib yang sama,ayah terlalu mudah mempercayai kata-kata orang lain sehingga sanggup membuang ahli keluarga sendiri.
“Tentang Naura dan Hazwan,paksu memang tak mampu untuk berbuat apa-apa.Jalan penyelesaian terakhir adalah dengan menikahkan kamu berdua supaya perkara ni tak dibawa ke mahkamah dan keluarga mendapat malu”
“Tapi kami tak bersalah paksu,ni semua salah faham”.
“Ya,paksu tahu Naura takkan melakukan perkara buruk tu tapi jikalau perkara ini dibawa ke mahkamah,keluarga Naura akan lebih malu dan Naura kena jaga maruah Naura sebagai seorang perempuan.Lagipun paksu tengok Hazwan tak keberatan untuk menikahi Naura dan dia nampak seperti seorang lelaki yang baik”.



Naura duduk termenung di hujung katil,nak menangis air mata darah sekalipun segala-galanya telah berlaku.Dengan sekali lafaz dia sah menjadi isteri Hazwan Hanif,berwalikan paksu yang merupakan wali tunggalnya selepas ayah.
Jam menunjukkan pukul 5 pagi,namun mata Naura tidak mampu untuk terlelap.Apatah lagi pertama kali berada di dalam bilik Hazwan.Jikalau boleh dia mengharapkan ini semua mimpi dan esok pagi apabila dia terbangun dia berada di rumah Aqilah.Ini semua bukan mimpi Ya Allah!Berikanlah aku kekuatan untuk menempuh ujian yang Kau berikan ini.Lembutkan hatiku agar aku mampu menerima semua ini dengan hati yang lapang.

Pintu bilik dibuka dari luar,Hazwan melangkah masuk.
“Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam”.Perlahan Naura menjawab.Dia kaku,berada di dalam bilik yang asing bersama lelaki yang begitu asing bagi dirinya,dia rasa dia perlukan waktu untuk menerima semua ini.
Hazwan terus mengambil tualanya,tidak mampu dia untuk bertentang mata dengan Naura saat ini,pasti gadis itu sangat membencinya saat ini.Memang dia mahu Naura menjadi isterinya namun bukan dengan cara seperti ini,dia akan lebih selesa jika Naura menerimanya dengan rela hati tanpa sebarang paksaan.
Naura menarik nafas dalam-dalam sebaik sahaja Hazwan menghilang diri masuk ke dalam bilik air.Melihat riak wajah lelaki itu,kasihan pula dia,memang awalnya ada rasa marah namun apabila memikirkan Hazwan juga mangsa keadaan,hatinya menjadi lembut.
Pilihan ada di tangannya,pertama;membenci Hazwan seperti dulu dan bila tiba masanya berpisah secara baik.Kedua;menerima Hazwan sebagai suaminya  dan bersama-sama cuba saling mengenali dan memahami.Semuanya terletak pada pilihannya saat ini.


Hazwan duduk berteleku di atas sejadah,sewaktu dia keluar dari bilik air,Naura sudah pun menghilangkan diri.Dia sudah bersedia dengan apa-apa kemungkinan yang akan berlaku kelak,jika  Naura memang tidak mampu untuk menerimanya,dia akan lepaskan gadis itu pergi.Dia tidak mahu ada sebarang paksaan dalam perhubungan ini.
Azan subuh berkumandang,Hazwan berdiri untuk menunaikan solat subuh.Pintu bilik diketuk dari luar,Naura melangkah masuk dengan siap bertelekung.
“Kita solat berjemaah”.Hazwan mengangguk, ada kegirangan di hatinya saat ini.

Hazwan masih kaku di atas sejadahnya sebaik sahaja dia habis mebaca doa.Hendak memandang  
kearah Naura,dia tidak mempunyai keberaniaan.
“Abang”.Lembut suara itu memanggilnya.
Naura menghulurkan tangan kepada suaminya untuk bersalam,dia yang perlu memulakan langkah kerana melihat suaminya yang masih rasa bersalah padanya.Dikucup lembut tangan suaminya.
“Abang minta maaf”.Tersenyum kecil Naura mendengar kata-kata itu.Yakinlah dia suaminya itu masih merasa bersalah atas apa yang berlaku.
Tadi bukannya dia menghilanglan diri,namun saat itu dia amat memerlukan bantuan Allah,selepas menunaikan solat taubat,hatinya menjadi tenteram.Dan dia memberanikan diri untuk memilih pilihan kedua kerana tidak salah rasanya memberi peluang pada Hazwan.Mungkin ini memang cara Allah nak satukan mereka berdua,dek kerana kedegilannya untuk menerima lamaran Hazwan,akhirnya mereka disatukan juga namun dengan cara yang mereka sendiri tidak jangka.Semuanya seakan skrip lengkap yang disertai dengan pelakon-pelakon,paksu sebagai wali,pak imam,tok kadi yang merupakan kawan paksu.Semuanya berlaku seperti sesuatu yang dirancang,rancangan Allah ;tiada siapa yang mampu menolaknya.Manusia merancang namun Allah sebaik-baik perancang.

“Terima kasih sebab sudi terima abang sebagai suami Naura.Amanah Allah ni takkan abang sia-siakan”.
“Sama-sama.Terima kasih sebab masih sudi ambil Naura menjadi isteri abang walaupun dulu layanan Naura pada abang sangat menyakitkan hati”.
“Sama-sama.Kerana layanan Naura yang endah tak endah pada abang tu lah yang membuatkan abang semakin jatuh hati pada Naura dulu,tapi masa tu Naura tunangan orang,abang hanya mampu pendam perasan tu”.
“Abang dah lama ke jatuh hati pada Naura?Tapi dulu abang suka marah-marah Naura,bila masa pula abang boleh jatuh hati pada Naura”.
“Abang marah-marah sayang.Suka tengok muka Naura marah kalau tak puas hati.Tapi abang tahu masa tu Naura mesti benci dengan abang”.
“Betul,macam nak langgar je dengan Hilux Kak Syifa masa tu”.
Tergelak besar Hazwan mendengar kata-kata isterinya.
“Dulu je kan benci,sekarang dah sayang kan?”.Sengaja Hazwan mengusik isterinya.
Naura tersenyum malu.Entah dia sendiri tidak pasti dengan apa yang dirasakannya saat ini.Tapi yang pasti dia selesa dan merasa selamat dengan lelaki yang baharu sahaja menjadi suaminya ini.
“Tipu kalau Naura beritahu Naura sudah jatuh hati pada abang,kerana kita baru sahaja berkenalan,tapi Naura akan cuba belajar untuk jatuh hati pada abang seperti mana abang jatuh hati pada Naura”.
“Dah cukup bagi abang bila Naura cuba belajar untuk menyayangi abang.Nanti kita pergi rumah Naura minta restu ayah,ibu”.
“Ayah masih marahkan Naura.Biarlah sampai hati ayah sejuk sedikit”.
“Ayah yang masih marah,atau Naura yang masih merajuk dengan kata-kata ayah”.
“Naura akui hati ni terguris dengan kata-kata ayah tapi dia tetap ayah,Ins Shaa Allah satu hari nanti,lembutlah hati ayah tu untuk menerima semua ini”.
“Ins Shaa Allah ,kita sama-sama berdoa semoga hati ayah jadi lembut”.
Hazwan merangkul lembut tubuh isterinya dari belakang.
“Terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup Hazwan Hanif,abang berdoa semoga jodoh kita berkekalan sehingga ke syurga dan Naura adalah ketua bidadari abang di dalam syurga kelak”.
“Ins Shaa Allah abang”. Naura tersenyum.Dia teringat kata-kata sahabat usrahnya suatu ketika dahulu,jangan terlalu membenci orang,kelak dialah yang akan menjadi orang yang paling kita sayang.Ya Allah titipkanlah kasih sayangMu untuk kami berdua dan untuk ulama-ulama kecil yang akan menjadi penguat kasih sayang  untuk kami kelak.Amin.Adakah dia jodohku??Ya,dia memang jodohku..