Saturday

ANA UHIBBUKI FILLAH



Bagaimana kau tahu dia adalah jodohmu yang telah ditetapkan oleh Dia?Terdiam Aishah mendengar pertanyaan salah seorang rakannya.Dia sendiri sebenarnya belum ada jawapan pada persoalan itu,namun saat ini ,dia hanya mengikut gerak hatinya yang mahu menerima Ahmad Ammar sebagai bakal suaminya.

“Kenapa awak terima saya,walaupun saya dan awak baru sahaja berkenalan dan ini adalah pertemuan kita yang kedua kalinya?”.

“Lillahitaala.semuanya kerana Allah.Saya pernah menerima insan lain kerana hati dan perasaan,namun saya kecewa.Ins Shaa Allah,jika saya terima awak kerana Allah s.w.t bukan kerana siapa awak dan bukan kerana berapa lama kita berkenalan,saya yakin Allah s.w.t takkan kecewakan saya.Walaupun mungkin ada ujiannya kelak,tapi saya optimis,setiap manusia perlu diberikan peluang”.

“Kenapa awak pilih saya?”.Ringkas soalan Aishah,namun dia memang sangat memerlukan jawapan agar hatinya semakin teguh dengan keputusannya ini.
“Sebab awak jodoh yang Allah s.w.t. hantar untuk saya.Saya yakin kerana di saat saya sedang mencari suri di dalam hidup saya,awak hadir tanpa saya pinta”.


Ahmad Ammar tersenyum sendiri.Melihat persiapan perkahwinannya yang sudah hampir selesai,dia sangat bersyukur kerana bantuan ibu,ayah dan adik-beradiknya segala-galanya hampir berjalan dengan lancar.Ins Shaa Allah sebulan lagi dia akan bergelar seorang suami.
“Alhamdulillah semuanya sudah selesai ummi.Terima kasih sebab tolong Ammar,melihat persiapan ni rasa macam kurang percaya Ammar akan menjadi seorang suami tidak lama lagi”.
“Anak ummi dah mampu pikul tanggungjawab sebagai seorang suami sebab tu Allah s.w.t. permudahkan urusan Ammar.Ammar masih jadi nak pergi ke Makkah minggu depan,tak bolehkah ganti dengan orang lain?”.
“Ummi,Ammar dah berjanji.Lagipun Ammar hanya duduk sana seminggu untuk uruskan masalah visa para jemaah haji kita.Ummi berat hati ke nak lepaskan Ammar pergi?”.
“Taklah,ummi hanya bertanya.Kalau pihak syarikat izinkan Ammar rehat,biar orang lain yang gantikan Ammar,bolehlah ummi luangkan masa dengan anak ummi ni”.
“Kenapa ummi cakap macam tu?”. “Ammar tak lama lagi akan menjadi suami.Nanti mesti ummi rindu dengan anak bongsu ummi ni”.
“Ummi,walaupun Ammar sudah berkahwin.Ammar takkan lupakan ummi,bagi seorang anak lelaki.Cinta pertamanya Allah s.w.t.,cinta keduanya junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,cinta ketiganya kedua ibu dan ayahnya,dan cinta keempatnya untuk isterinya”.
“Ya,ummi tahu tu.Tapi jangan terlalu melebihkan kami hingga menyebabkan isteri Ammar terasa dizalimi.Isteri Ammar tetap ada hak pada Ammar,biarlah adil”.
“Ins Shaa Allah ummi.Segala nasihat ummi,Ammar akan simpan dalam diri ini.Terima kasih sebab selama ini ummi dan abi berikan didikan agama yang secukupnya buat kami adik-beradik.Ammar berjanji,Ammar akan sedaya upaya menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abi”.
“Ins Shaa Allah.Semoga semua anak ummi dan abi menjadi anak yang soleh dan solehah.Semoga Allah s.w.t mempermudahkan urusan anak ummi dan abi di dunia dan di akhirat”.


Aishah mundar-mandir di biliknya.Mesej yang dia dapat pagi tadi membuatkan dia tidak tenteram.Hari ini tunangnya akan datang ke rumah sebelum bertolak pergi ke Makkah kerana urusan kerja selama seminggu.Memang di dalam mesej tunangnya itu tidak memberitahu untuk bertemu dengannya,tunangnya memberitahu dia datang untuk menghantar baki duit hantaran dan untuk meminta restu kedua ibu dan ayahnya untuk ke Makkah.
“Kenapa ni Aishah,lagi tadi angah tengok awak ni mundar-mandir je.Ada masalah ke?”.
“Ammar nak datang rumah hari ni sebelum dia berangkat ke Makkah”.
“Yelah,apa salahnya.Lagipun dia datang nak jumpa ayah dengan ibu,bukannya nak jumpa awak.Yang awak ni risau semacam kenapa?”.
Angah tergelak kecil melihat reaksi adiknya itu,yakinlah dia memang Aishah sudah mula terpaut dengan bakal suaminya itu.Dia masih ingat lagi reaksi adiknya yang seakan tidak yakin di hari pertunangannya,saat itu Aishah sedang belajar melupakan kawan lelakinya yang sudah dia kenal sejak belajar di matrik.Persetujuan Aishah untuk menerima lamaran Ammar memang tidak dijangka,kerana adiknya itu lebih suka bersendiri apabila sudah dua kali dikecewakan oleh cinta.
“Aishah nak pakai baju apa ye kak ngah?”.
“Pakai baju biasa je.Ammar datang sini bukannya nak jumpa awak tapi nak jumpa ibu dengan ayahlah.Jangan nak perasan ye adikku”.
“Biarlah,Aishah nak pakai sesuatu yang membuatkan Ammar teringat je kat Aishah nanti”.
“Awak nak buat dia teringatkan awak sampai dia lalai nanti.Awak nak tanggung dosa dia ke kalau dia tak boleh khusyuk dalam solat sebab teringatkan awak”.
“Kak ngah ni.Takdelah sampai ke situ.Yelah-yelah,orang pakai baju biasa je,lagipun orang memang dah comel,pakai apa pun tetap comel”.
Ketawa kecil angah mendengar kata-kata Aishah. Dari dalam bilik Aishah mencuri dengar perbualan di Antara Ammar dan kedua orag tuanya.Dia sendiri seperti tidak percaya,di zaman ini saat dia yakin susah untuk berjumpa lelaki yang sangat menjaga pandangan dan tutur kata dari perkara-perkara yang kurang elok,namun akhirnya Allah s.w.t mempertemukan dia dengan insan ini.Ramai lagi insan yang baik dalam dunia ni!Cuma kita je tak tahu mereka ada di mana!Dia teringat kata-kata salah seorang sahabat sekolahnya yang sering menjadi teman bualnya.

“Ins Shaa Allah,jika tiada apa-apa masalah.Saya akan kembali ke Malaysia minggu hadapan,doakan saya makcik,pakcik”.
“Ins Shaa Allah kami akan sentiasa doakan Ammar.Nak bertolak ke KLIA pukul berapa,sempat tak makan tengahari dulu kat sini.Kalau tak keberatan,Ammar makan tengahari di sini ye”.
“Saya bertolak malam,dalam pukul 9 malam.Saya rasa kalau bertolak dari sini lepas zuhur,sempat,lagipun saya memang dah lama teringin nak makan masakan kampung”.
“Ehem..Ehemm…jangan nak mengintai anak teruna orang.Jom ikut angah pergi depan,takkan awak tak nak jumpa tunang awak tu”.
“Boleh ke kak ngah?”.
“Bukannya awak jumpa berdua,lagipun senyum sikit-sikit,bual sikit-sikit,lepas tu masuklah bilik semula.Takkan nak tersengih-sengih lama-lama depan dia”.
“Orang tanya betul-betul,dia jawap macam tu pula”.
“Betullah kak ngah cakap,awak nak berbual apa je dengan dia,lagipun ayah dengan ibu ada je kat depan tu,paling pun nanti satu cakap satu patah perkataan lepas tu korang berdua diam membisu”.
Perlahan Aishah mengatur langkah mengikuti angah yang berjalan di hadapannya. Seperti jangkaan angah,selepas memberi salam dan menjawap salam.Aishah dan Ammar terdiam membisu,yang banyak berbual hanyalah ayah dan Ammar. Namun sesekali pandangan mata mereka bertemu membuatkan Ammar cepat- cepat mengalihkan pandangannya.

“Kita makan tengahari ya,rasanya Ammar pun dah penat berbual dengan pakcik.Angah,Aishah pergi tolong kak Ita sediakan meja,nanti dah siap panggil kami”.


Tidak habis-habis dari tadi Angah tergelak,dia sengaja membuli adiknya itu.
“Pakai baju cantik-cantik untuk beri salam je.Ingatkan nak berbual sakan depan ibu dan ayah”.
“Biarlah,dia tak nak berbual dengan Aishah sebab dia nak menjaga pandangan dia,pandangan Aishah.Aishah rasa lebih sweet macam tu,sebab dia seperti melindungi Aishah”.
“Yelah-yelah kena usik macam tu pun nak ambil hati.Tahulah Ammar awak tu baik orangnya”.
“Eleh,suami dia tu ustaz merangkap imam masjid kampung.Angah tak ingat ke,angah dengan suami angah dulu lagi sweet,korang taaruf sekali lepas sebulan terus majlis.Lepas berkahwin baru bercinta kan”.
“Kami memang sweet pun,macam gula kapas”. Kak Ita yang mendengar perbualan dua beradik itu hanya menggelengkan kepala.
“Angah,Aishah jangan nak berbual je.Cepat tolong kak Ita senduk lauk-lauk ni,nanti bising pula ayah”. Kedua adik-beradik itu tersengih mendengar kata-kata kakak ipar mereka itu.
“Kak Ita yang masak ke semua ni?”. Kak Ita menggelengkan kepala.Dia menunjuk ke arah Aishah yang sedang sibuk menyusun pinggan di atas meja makan.
“Serius ke,Aishah yang masak semua ni”.
“Kak Ita pun macam tak percaya,tapi itulah hakikatnya.Semangat nak jadi isteri orang agaknya,itu yang sanggup berpeluh-peluh masak kat dapur”.
“Mengumpat ke?”.Tiba-tiba Aishah datang dari belakang mereka. Angah dan Kak Ita sama-sama tergelak.Nampaknya Aishah sudah betul-betul berubah.
“Alhamdulillah,akhirnya ada juga lelaki yang boleh buat adik angah ni menjejakkan kaki ke dapur”.
“Kenalah belajar awal-awal.Nanti nak masak untuk encik suami,senang nak pikat hati suami,betul tak kak Ita?”. Mereka sama-sama tergelak.Ibu turun ke dapur,dari tangga dia mendengar gelak tawa menantu dan anak perempuannya.
“Astagfiruallahalazim!Orang suruh sediakan makanan,dia boleh bergelak-gelak pula kat dapur.Dah siap ke semuanya?”.
“Dah ibu,angah dengan Aishah ni ibu.Tak habis-habis buat Ita tergelak je dari tadi”.
“Ibu nak tahu tak,hari ni anak dara ibu masak.Nak belajar pikat hati suami katanya”.Angah menyampaikan cerita.Masih belum puas dia menyakat adiknya.
Ibu tersenyum mendengar kata-kata angah,dia tahu hari ini yang memasak di dapur adalah Aishah.Pagi-pagi lagi dia melihat anak gadisnya itu sibuk menyiang ikan dan sayur untuk dimasak.Sebab itulah dia sengaja memujuk suaminya untuk mengajak
Ammar makan tengahari bersama mereka. Ammar menghulurkan bungkusan kecil kepada bakal kakak iparnya.
“Tolong berikan pada Aishah kak.Hadiah kecil dari saya,semoga bermanfaat untuk dia”.
“Ins Shaa Allah,sedap tak makanan tengahari tadi?”.
“Alhamdulillah sedap.Kak Ngah yang masak ke?”.
“Taklah,bakal suri awak yang masak”. Tersenyum kecil Ammar mendengarnya.Patutlah dia melihat Aishah asyik memandangnya ketika sedang makan tadi.Aishah,terima kasih!
“Boleh kak ngah tolong sampaikan salam terima kasih saya pada dia”.
“Ins Shaa Allah,Ammar jaga diri di sana,kami semua berdoa untuk Ammar semoga selamat pergi dan selamat kembali”.
“Ins Shaa Allah kak ngah.Pakcik,makcik,Ammar gerak dahulu.Terima kasih untuk makan tengahari yang istimewa tadi”.

Aishah membuka bungkusan kecil dari Ammar dengan debaran di hati.Dia berteka-teki sendiri apa hadiah dari lelaki pemalu itu. UMMUL MUKMININ AISYAH KEPERIBADIAN SEJATI.Buku berwarna merah itu dipegangnya rapat ke dada,mungkin dia terlalu teruja dengan hadiah yang diterima,wajahnya menjadi merah merona.
“Ammar bagi apa?”.Angah yang dari tadi mengintai Aishah dari pintu bilik masuk ke dalam bilik.
“UMMUL MUKMININ AISYAH KEPERIBADIAN SEJATI”.
“Buku tentang saidatina Aisyah,isteri Nabi s.a.w.Nak pinjam boleh tak?”.
“Nak pinjam!Suruhlah suami kak ngah beli”.Aishah sengaja menyakat kakaknya itu.
“Tahulah tunang awak yang beri.Suka lah tu”.
“Mestilah,tak sangka Ammar tu sweet.Dia kan pemalu”.
“Angah pernah beritahu awak kan,awak takkan menyesal terima Ammar dalam hidup awak.Semoga awak bahagia dengan dia”.
“Terima kasih kak ngah,kalau bukan sebab kak ngah yang pertemukan kami.Tentu sampai sekarang,Aishah masih leka dengan dunia cinta yang Aishah cipta sendiri”.
“Allah s.w.t. yang mempertemukan Ammar dengan Aishah,bukan angah.Angah percaya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,perempuan yang baik untuk lelaki yang baik”.
Aishah tersenyum sendiri.Terima kasih Ya Allah,Kau telah mempertemukan aku dengan Ammar,Ins Shaa Allah kami akan bahagia kerana cintaMu!


Astagfiruallahalazim!Ammar terus terjaga dari lelapnya,dia memegang wajahnya,perlahan dia meraup wajahnya itu.Mimpi yang baru dia alami tadi betul-betul terasa seperti sedang berlaku kepadanya.Di dalam mimpinya dia terperangkap di sebuah lubang dan di dalam lubang tersebut dipenuhi dengan ular yang besar dan berbisa.
“Kenapa Ammar?”tegur rakan sepejabatnya yang duduk di sebelahnya.
“Ana bermimpi sesuatu yang menakutkan”.
“Tiada yang lebih menakutkan dari seksaan dan api neraka.Mungkin antum terlalu penat dan runsing memikirkan majlis perkahwinan antum,tenang sahabatku.Mimpi hanya mainan tidur,istigfar,semoga Allah melindungimu”.
Ammar terdiam,mimpi hanya mainan tidur!Perlahan mulutnya membaca ayat kursi,Ya Allah,lindungilah hambaMu yang lemah dan tidak berdaya ini.Hanya kepadaMu aku berserah tentang hidup dan matiku,hanya Engkau sebaik-baik penolong!


Alhamdulillah ,Ammar selamat sampai di tanah suci.Nampaknya tahun ni,jemaah haji agak berkurangan sedikit kerana pihak Arab Saudi telah mengehadkan kuota para jemaah haji bagi setiap negara kerana sedang menaik taraf bangunan-bangunan dan masjid-masjid untuk kemudahan memuatkan lebih jemaah haji untuk tahun-tahun berikutnya. Hati Ammar menjadi tenang apabila dapat menatap rumah Allah,kerunsingan yang melanda dirinya kerana mimpi yang dialami olehnya di dalam kapal terbang tadi beransur-ansur hilang.Ins Shaa Allah semuanya akan baik-baik sahaja!Ammar meyakinkan dirinya.



Aishah meraup wajahnya,mimpi yang dia alami tadi betul-betul menakutkannya.Panjang dia beristigfar.Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi,Aishah turun dari katil menuju ke bilik air.Dia mengambil wudhuk,tahajud malam.Dia sangat memerlukan kedekatan dengan Allah,hatinya tidak tenteram saat ini.
“Kenapa ni Aishah,angah tengok awak ni sejak dari subuh tadi .Runsing,macam sedang terfikirkan sesuatu”. “Malam tadi Aishah mimpi sesuatu yang menakutkan.Lepas terjaga dari tidur tu tak boleh tidur langsung”. “Mimpi apa?”.
“Aishah mimpi Ammar terjatuh ke dalam satu lubang dalam dan dipenuhi dengan ular yang besar dan berbisa”.
“Astagfiruallahalazim!Mimpi tu mainan tidur.Jangan terlalu percaya sangat dengan mimpi tu,ni mesti malam tadi tidur tak basuh kaki kan”.
“Entahlah angah,Aishah pun berharap itu hanya mainan tidur”.



Terdiam ummi ,hatinya menjadi tidak tenteram.Dia hanya melihat anak perempuannya mengemas kaca daripada cawan yang tiba-tiba terlepas dari pegangannya.
“Ummi,kenapa ni?”.Sumayah bertanya apabila melihat riak risau di wajah umminya.
“Ummi teringatkan Ammar,dia ada telefon kakak tak?”.
“Ada semalam,tadi pun dia ada telefon kakak,tapi tak sempat bercakap talian terputus”.
“Kakak ada cuba telefon dia semula?”.
“Ada tapi tak berjawap.Mungkin dia sibuk ummi,dia hanya ada seminggu untuk selesaikan semua perkara.Tenanglah ummi,Ins Shaa Allah Ammar selamat”.Sumayah menghampiri umminya,perlahan dia memeluk erat ummi.
Ummi terdiam,mampukah hatinya tenang saat ini.Naluri keibuannya mengatakan anak bongsunya itu dalam kesusahan.




Ammar terjaga dari tidurnya.Mendengar bunyi riuh-rendah di hadapan pejabatnya.Dia bangun dari kerusi dan mengintai apa yang sedang berlaku diluar,jam sudah menunjukkan pukul 4.30 pagi.
Astagfiruallahalazim!Mata Ammar yang sedang layu itu terus terbuka segar melihat apa yang sedang berlaku dihadapannya. Tiga orang lelaki Arab sedang memperlakukan sesuatu yang tidak baik kepada seorang wanita. Baru sahaja Ammar hendak melangkah keluar,teman sepejabatnya menghalangnya.
“Ammar ,mungkin bahaya.Telefon polis,kita tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi”.
“Tapi,kalau sesuatu yang buruk berlaku kepada wanita itu bagaimana?”.
“Jangan bertindak sehingga membahayakan nyawamu sendiri.Sekarang sudah pagi,ana takut terjadi apa-apa yang buruk kepada antum”.
“Ana,lebih rela membahayakan nyawa ana untuk saudara seagama ana,daripada ana masih hidup namun ana tidak berupaya menyelamatkan saudara seagama ana”.
Ammar mencapai kayu di belakang pintu,dia bergegas menuju ke arah wanita tersebut.



“Ammar!!!”.
Ummi terjaga dari tidurnya.Astagfiruallahalazim!Ummi meraup wajahnya yang sudah berpeluh itu.Di dalam mimpinya Ammar menjerit kesakitan meminta tolong kepadanya.
“Ummi,kenapa?”.Sumayah menghampiri.
“Ummi mimpi Ammar dalam kesusahan.Kakak boleh tolong ummi telefon Ammar,ummi tak tenang selagi tak dapat bercakap dengan Ammar”.
“Baiklah ummi,kakak cuba”.Sumayah mendail nombor telefon milik adiknya,namun sudah berkali-kali dia mendail,panggilannya tidak berjawab.
“Mungkin Ammar sedang sibuk ummi,kakak percaya.Nanti dia akan telefon ummi”. “Tapi mimpi ummi tadi”. “Mimpi mainan tidur,mungkin ummi terlalu terfikirkan Ammar agaknya tadi sebelum tidur”.


Hampir terlepas cawan di tangan Aishah,namun sempat di sambut oleh angah yang berada di sebelahnya. “Awak ni kenapa,nasib baik cawan ni tak jatuh tadi”.
“Aishah tak sedap hati,dari malam tadi.Macam ada sesuatu yang buruk akan berlaku”.
“Astagfiruallahalazim!Angah dah kata,awak ni terlalu fikirkan sangat tentang mimpi tu.Ins Shaa Allah tiada apa yang berlaku,jangan terlalu ikut perasaan sangat”.
“Macamana kalau ada sesuatu yang buruk berlaku pada Ammar”.
“Awak tahu tak kata-kata itu satu doa”.
“Bunyi telefon bimbit milik Aishah mematikan perbualan mereka berdua.Tertera nama bakal kakak iparnya. Saat Aishah berpusing untuk mengambil telefon bimbitnya,dia terlanggar pasu bunga di tepi meja katilnya.
Astagfirualallahalazim!Aishah dan angah berpandangan sesama sendiri,telefon bimbit milik Aishah masih lagi berbunyi.


“Buat masa ni,pihak polis masih belum dapat menjejaki kemana perompak-perompak tersebut membawa Ammar dan wanita itu.Menurut salah seorang pegawai yang mengendalikan kes ni,kemungkinan Ammar dan wanita tersebut,dijadikan tebusan kerana wanita tersebut adalah anak kepada salah seorang ahli perniagaan yang terkenal.Kakak harap Aishah bersabar,kalau ada apa-apa kakak akan beritahu.Banyakkan berdoa ye”.
Aishah meletakkan semula telefon bimbit di atas meja.Mencari kekuatan untuk berdiri,saat ini lututnya terasa amat lemah.
“Kenapa ni?Kenapa kakak Ammar telefon awak?”.
ALLAH!ALLAH!ALLAH!Saat ini Aishah terasa pilu di hatinya,mimpi Ammar jatuh di dalam lubang besar yang dipenuhi ular,nampaknya benar-benar memberi petanda ada sesuatu yang buruk berlaku kepada tunangnya itu. Hanya air mata yang menjawap segala pertanyaan angah,bibirnya terasa berat untuk berkta-kata,hanya air mata yang mampu mengalir.Besar dugaan yang ALLAH s.w.t. berikan padanya kali ini.Aishah terduduk lemah,angah sudah pun memanggil ahli keluarganya apabila melihat keadaan Aishah yang tiba-tiba terduduk lemah.
“Beritahu ibu,apa yang berlaku Aishah?”.
“Ammar ibu,Ammar dalam kesusahan”.
Tidak sempat Aishah memberitahu,fikirannya tiba-tiba melayang,yang terakhir diingatannya adalah panggilan ibu dan adik-beradiknya.
“Dah bangun.Alhamdulillah,pergi mandi.Kita solat magrib sama-sama,ayah tunggu kat ruang tamu”.
“Angah!Ammar”.Air mata Aishah mengalir lagi.
“Pergi mandi,kita solat dulu ye.Nanti lepas solat,Aishah boleh luah semua apa yang Aishah rasa,angah tahu adik angah kuat kan”.
Angah mengesat perlahan air mata yang mengalir di pipi adiknya,dia menghulurkan tuala kepada Aishah. Angah teringat pesanan suaminya tadi,Aishah sedang bersedih,jadi kita jangan tambah kesedihan dia dengan menangis depan dia.Berikan dia kekuatan,bukan hadirkan rasa kasihan.Angah kuatkan hati melihat air mata yang mengalir di pipi Aishah,semasa Aishah sedang tidur tadi,dia melihat ada air mata yang mengalir di pipi gadis tersebut.Kuatkan hatinya Ya Allah!



"ALLAH pandang hamba-Nya yang sedang diuji kesakitan dan kesengsaraan dengan penuh kasih sayang.. DIA nak melatih kita..supaya jadikan DIA tempat mengadu yang PERTAMA..tempat menyandarkan harapan..DUNIA AKHIRAT.. Mengadu sampai penat ...sampai hati rasa tenang..sampai jiwa rasa gagah menghadapi hari-hari yang mendatang.. Kita bersama-sama sedang usaha..mengharungi ujian dengan kekuatan iman.. Bukan DIA tidak tahu betapa remuknya hati kita..betapa terlukanya jiwa kita..betapa sayunya perasaan kita..DIA lebih tahu..dan DIA yang taqdirkan jalan hidup kita sebegini..sebab DIA rindu mendengarkan rintihan kita sebagai hamba yang mengharap dan bergantung hanya pada-NYA..bukan manusia lain.. Bisikan mulia ni..insya Allah menjadikan hati tenang.. Dengan ujianlah..ALLAH rendahkan hati.. Dengan ujianlah..ALLAH tambahkan kasih sayang dan simpati pada manusia lain.. Sentiasa ingat ALLAH sentiasa bersama-sama kita..bayangkan kasih sayang ALLAH sentiasa memeluk dan mengiringi setiap langkah kita..”.

“Tapi,Aishah pun manusia biasa.Dugaan yang Allah berikan ni terlalu berat untuk Aishah hadapi”.
“Angah tahu,tapi cuba Aishah berada di tempat ibu Ammar.Seorang ibu yang kehilangan anaknya,pasti dia lebih menderita.Namun Aishah masih mampu melihat dia tersenyum ketika datang untuk menenangkan Aishah tadi.Sebab dia ikhlas terima takdir Allah,dia tahu apa pun yang berlaku,Allah jualah sebaik-baik perancang.Mungkin Aishah masih ingat kata-kata sahabat kak ngah masa kita pergi usrah minggu lepas,mungkin kita rasa putus asa,rasa kecewa dengan apa yang berlaku.Tapi pasti disebalik semua tu pasti ada hikmahnya,manusia memang merancang,tapi Allah adalah sebaik-baik perancang kerana Allah merancang dengan cintaNya”.
“Perkahwinan akan berlangsung hanya dalam masa sebulan.Mungkin kalau Ammar tidak pergi,dia masih lagi selamat di sini”.
“Kalau sudah ditakdirkan Allah,di mana sahaja Ammar berada,setiap apa yang seharusnya berlaku padanya tetap akan berlaku.Kun fayakun.Sekarang ni,Aishah banyakkan berdoa,yang mampu kita lakukan sekarang adalah berdoa semoga Allah memberikan keselamatan kepada Ammar dan dia selamat kembali ke Malaysia”.
Aishah masih terduduk diam mendengar kata-kata angah.Angah sudah pun keluar dari biliknya,melihat buku merah pemberian terakhir tunangnya,hatinya menjadi pilu.Setitis demi setitis air mata mengalir di pipinya.
YA ALLAH,kuatkanlah hatiku menerima qadak dan qadar yang telah ditetapkan olehMu,ikhlaskan hatiku YA ALLAH menerima segala-galanya!!Buku merah itu didekatkan di dadanya.


Hampir dua minggu berlalu,pihak Arab Saudi masih belum menemui apa-apa berkenaan Ammar dan anak kepada ahli perniagaan tersebut.Dan sepanjang waktu itu juga Aishah tiada hentinya memohon kepada Allah s.w.t. agar Ammar ditemui dalam keadaan selamat.Aishah yakin,hati kecilnya berkata,tunangnya itu masih selamat.
“Aishah,ayah panggil”.Angah masuk ke dalalm bilik adiknya itu.Dia serba salah,perlukah dia memberitahu Aishah apa yang dibincangkan oleh ayah dan ibunya tadi.
“Kenapa kak ngah,ada berita dari Ammar ke?”.
“Pergi jumpa ayah dulu,nanti ayah yang beritahu awak.Apa pun yang berlaku,apa pun yang ayah cakap,awak kena sabar,kita anak ,mereka ibu dan ayah,mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk anak-anaknya”.
“Kenapa kak ngah cakap macam tu?”.Pelik Aishah mendengar kata-kata kakaknya itu,kata-kata akhir kakaknya itu seperti menyatakan sesuatu.
“Pergi jumpa ayah dengan ibu”.


“Lagi tiga minggu majlis perkahwinan Aishah,namun sudah dua minggu Ammar hilang tanpa pihak polis dapat jejak.Ayah dengan ibu Ammar sudah berbincang,kami terpaksa batalkan perkahwinan ini selagi tiada apa-apa khabar dari Ammar.Ayah harap Aishah faham dengan tindakan kami,kami tidak mahu Aishah terus mengharap pada sesuatu yang tidak pasti”.
“Ammar pasti akan kembali ayah,dia masih hidup.Hati kecil Aishah kuat berkata,Ammar masih hidup”. “Ya,tapi buat masa ini kita tidak boleh berharap apa-apa.Biarlah Ammar kembali dahulu,barulah perkahwinan ini kita teruskan”. Aishah terdiam ,dia memandang wajah angah yang bersembunyi di dapur.Angah meletakkan tangannya di dada,sabar!Mulutnya berkata tanpa mengeluarkan suara. “Baiklah,Aishah terima.Mungkin ini memang yang terbaik”.




“Macamana kalau Ammar sebenarnya telah tiada lagi dalam dunia ni kakak.Ummi kasihan tengok Aishah yang masih berharap Ammar masih lagi selamat”.
“Ummi,selagi belum ada apa-apa berita dari pihak polis,kakak yakin Ammar masih selamat.Tentang Aishah,biarlah dahulu ummi.Kakak tahu Aishah masih sukar untuk menerima kehilangan Ammar,setiap hari dia menelefon kakak untuk bertanyakan perkembangan Ammar.Mungkin dengan memberikan dia sedikit ruang untuk berharap,akan menyembuhkan luka di dalam hatinya.Seperti ummi,kakak tahu walaupun ummi tak tunjukkan kesedihan ummi,sebenarnya dalam hati ummi menangis,ummi cuma tidak mahu tunjukkan kesedihan ummi kerana ummi tak nak kami bersedih”.
Ummi tersenyum mendengar kata-kata anak sulungnya itu.Memang dia tidak mampu menyembunyikan hakikat itu di hadapan Sumayah .Sumayah seperti arwah suaminya,yang lembut,tenang orangnya dan sentiasa memahami keadaan orang lain walaupun dia sendiri dalam kesulitan atau kesedihan.
“Kalau ummi tunjuk kesedihan ummi,ummi risau anak-anak ummi bersedih.Terima kasih kakak kerana kakak sentiasa memberikan ummi semangat,walaupun ummi tahu kakak juga terpaksa menelan kesedihan atas kehilangan Ammar”.
“Kita sama-sama kehilangan orang yang kita sayangi,mungkin kakak mampu faham perasaan ummi kerana kakak juga pernah kehilangan seorang anak”.
Ummi memeluk erat Sumayah,hatinya pilu mendengar kata-kata Sumayah.Anaknya ini hidupnya penuh dengan kedukaan namun jarang sekali dia menitiskan air mata di hadapannya.Senyuman yang terukir saat Sumayah kembali dari hospital setelah hampir tiga bulan koma di hospital,dan kehilangan suami dan anaknya dalam kemalangan jalanraya.
“Ummi,Allah dah ambil semua insan-insan yang dipinjamkannya kepada Sumayah,walaupun sekejap,Alhamdulillah,Sumayah mampu merasai manisnya bersama insan-insan istimewa tersebut.Kalau dah pinjam tentu kena pulang kan ummi,abang dengan anak Sumayah dah pulang pada pemilikNya”.



“Sepatutnya hari ni merupakan hari yang terindah buat Aishah,hari ini Aishah mungkin sudah bergelar isteri”.
“Dah hampir sebulan Ammar hilang.Aishah masih lagi mengharap Ammar kembali”.
“Harapan tu sentiasa ada dalam hati ni angah.Cuma Aishah takut kalau Aishah berharap terlalu tinggi,jika satu hari nanti Aishah kecewa,Aishah tidak mampu menahan sakitnya rasa di dalam hati ini kelak”.
“Kalau ada orang masuk meminang Aishah dalam waktu terdekat ni,Aishah terima?”.
Aishah memandang wajah angah,kakaknya ini.Setiap kata-kata atau soalan pasti ada tersirat sesuatu. “Terus-terang dengan Aishah,apa sebenarnya yang berlaku.Aishah tahu angah sembunyikan sesuatu dari Aishah”.
“Mana ada”.
“Jangan tipu,dari riak wajah angah,Aishah tahu ada sesuatu yang Aishah perlu tahu sekarang ni.Beritahu atau Aishah merajuk dengan angah,angah tahu kalau Aishah merajuk,buruk padahnya”.
Aishah separuh mengugut.
“Sampai hati awak ugut angah macam tu?”.
“Angah pun sampai hati nak sembunyikan perkara penting dari Aishah.Cepat cakap,tolonglah angah,kalau perkara ni melibatkan kehidupan Aishah,Aishah perlu tahu”.
“Awak ingat tak dengan Izwan,bekas kekasih awak masa dekat matrik dulu”.
“Kenapa dengan dia?”.Berdebar-debar jantung Aishah tatkala nama Izwan disebut di hadapnnya.
“Dia masuk meminang awak semalam masa awak pergi rumah Ammar,dan ayah seperti bersetuju”.
Hampir terhenti nafas Aishah.Air mata menitis di pipinya,kenapa orang dalam rumah ni suka membuat keputusan tanpa memikirkan akan hatinya.Hatinya yang masih lagi sedih dengan kehilangan Ammar,pembatalan perkahwinan.
“Sabar,angah tahu awak kuat.Ibu masih lagi pujuk ayah untuk menolak pinangan tu.Angah tahu ,ayah cuma tak mahu awak terus bersedih”.
“Dengan berkahwin dengan Izwan,itu cara ayah nak hilangkan kesedihan Aishah.Kenapa semua orang tak nak faham Aishah,angah tahu Aishah tak merungut pun bila ayah membatalkan perkahwinan kami,mungkin sebab ayah yakin Ammar takkan balik sebelum majlis kami.Namun menerima pinangan orang lain tanpa persetujuan Aishah,seperti sedang menikam Aishah dari hadapan.Bagaimana sakitnya apabila keluarga sendiri yang memperlakukan kita seperti itu”.



Izwan terdiam,memandang wajah Aishah yang seperti tiada perasaan itu membuatkan dia semakin berdebar.Marahkah gadis itu padanya kerana tindakannya yang berani itu.Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh nekad meminta kedua ibu dan ayahnya masuk meminang Aishah apabila dia mendapat tahu gadis itu terpaksa membatalkan perkahwinannya kerana tunangnya menjadi tebusan perompak di Arab Saudi dan masih belum dapat dijejak sehingga sekarang.
“Awak tak nak cakap apa-apa ke?”.
Aishah hanya menggelengkan kepala.Kalau diikutkan hati dia tidak mahu bertemu dengan Izwan,namun kerana ingin tahu alasan lelaki itu masuk meminangnya ,dia gagahkan juga kaki untuk berada di sini.Dia juga memaksa angah dan abang iparnya untuk menemaninya ,cuma mereka duduk di meja belakang,membiarkan Aishah dan Izwan duduk di satu meja.
“Saya tahu awak masih marahkan saya Aishah.Tapi awak kena tahu,saya nekad meminang awak kerana saya tak nak awak terus bersedih mengingati orang yang telah pergi.Saya tahu rasanya bagaimana kehilangan orang yang disayangi semasa saya kehilangan awak dahulu.Dua tahun kita berpisah,tiada sehari pun hari yang saya lalui tanpa mengingati awak”.
“Saya yakin saya mampu bahagiakan awak.Berikan saya peluang Aishah,dengan izinNya saya yakin awak dan saya akan bahagia bersama”.
“Cakaplah sesuatu Aishah,bila awak berdiam diri seperti ini,saya rasa sangat bersalah pada awak”.
Aishah bangun dari kerusinya.
“Terima kasih Izwan.Kalau tiada apa saya balik dahulu,namun pertemuan ni bukan bererti saya dapat terima awak semula.Mungkin ayah boleh terima awak,tapi bukan saya,bukan hati saya”.
Izwan termangu di kerusinya,melihat gadis dihadapannya itu melangkah pergi.Yakinlah dia bahawa Aishah masih belum memaafkannya dan gadis itu takkan menerima pinangannya.



“Dia lelaki yang baik.Cuma hati Aisyah masih belum mampu menerima sesiapa lagi saat ini.Angah tahu kan kami dulu putus kerana masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya.Biarlah Aishah merawat hati ni,yang masih degil untuk menunggu kepulangan Ammar”.
“Tapi sampai bila?”.
“Sampai hati ni faham”.Aishah mendekatkan tangan angah didadanya.


“Aishah,ayah panggil,dekat ruang tamu sekarang,apa yang Aishah cakap dengan Izwan sehingga tiba-tiba dia telefon ayah untuk membatalkan pinangan untuk Aishah.Jangan melawan cakap ayah ye sayang,ibu tahu anak ibu ni mampu bersabar”.
Berderau dada Aishah,apa lagi yang harus dia lalui sekarang.
“Ibu,angah pergi duduk dapur.Biar Aishah dengan ayah sahaja yang bercakap.Ayah tak perlukan pendapat orang lain,tinggalkan ayah dengan Aishah”.
“Tapi ayah”.
“Angah,ikut ibu.Biarlah,dah tiba masanya mereka bercakap dari hati ke hati.Berikan mereka peluang untuk bercakap berdua”.Ibu menarik tangan angah menuju ke dapur.


“Mungkin silap saya.Saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga Aishah terasa dirinya diabaikan.Namun setelah kehilangan dia,saya baru sedar,dia bermakna dalam hidup saya,tapi saya telah terlambat kerana Aishah sudah memilih insan lain untuk berada di dalam hatinya.Sebaik sahaja saya mendengar tentang kehilangan tunangnya,saya nekad untuk meminangnya.Seharusnya saya tahu,saat ini Aishah masih lagi bersedih,saya seperti sedang menambahkan garam di atas luka.Saya seharusnya faham bagaimana perasaan kehilangan insan yang kita sayangi.Saya minta maaf pakcik kalau kehadiran saya ni membuatkan pakcik sekeluarga merasa susah,malu rasanya hendak menatap wajah pakcik,wajah Aishah.Saya seperti mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.Saya tahu pakcik risau tentang jodoh Aishah,tapi saya yakin pakcik bila tiba masanya jodoh Aishah pasti akan tiba.Walaupun bukan saya,saya sentiasa doakan dia bertemu dengan insan yang mampu menyayanginya.Ini semua kerja Allah,kita sebagai hamba hanya perlu melaluinya dengan ikhlas.Saya ikhlas lepaskan Aishah pergi ,dan saya rasa pakcik pun perlu ikhlaskan Aishah membuat keputusan untuk dirinya.Dia anak yang baik pakcik,pakcik beruntung dapat anak yang solehah seperti dia,cuma dia mungkin perlukan ruang untuk lupakan tunangnya”.



“Ayah tanpa sedar kadang-kadang telah melukai hati anak-anak ayah.Ayah ingin meminta maaf kepada Aishah,tanpa ayah sedar ayah telah melukai hati anak ayah sendiri.Sepatutnya di saat hati Aishah masih bersedih dengan kehilangan Ammar,ayah memberikan semangat untuk Aishah,namun ayah terlalu mengikut perasaan.Ayah terlalu takut Aishah terus bersedih kerana kehilangan Ammar sehingga ayah membuat keputusan yang ternyata membuatkan hati Aishah semakin terluka.Maafkan ayah”.
“Ayah,kenapa ni.Aishah tak pernah marah dengan ayah.Mungkin Aishah terkejut dengan tindakan ayah,namun Aishah yakin,ayah hanya mahukan yang terbaik untuk Aishah.Sebagai anak ,Aishah yang seharusnya memohon maaf,bukan ayah.Maafkan Aishah kerana membuatkan ayah terfikir bahawa ayah telah melukai hati Aishah”.
“Tak,kali ni memang ayah yang silap.Aishah,kadang-kadang ibu bapa ni ada juga melakukan silap kepada anak-anak,cuma kadang-kadang mereka ego untuk mengakui kesalahan masing-masing.Ayah bersyukur Allah dah bukakan pintu hati ayah untuk sedar,ayah juga melakukan silap.Mulai hari ni,ayah akan pertimbangkan dulu sesuatu perkara sebelum ayah membuat keputusan,supaya anak-anak ayah kelak tak menyalahkan ayah apabila berlaku sesuatu nanti.Ayah tak nak anak-anak ayah benci kami,ayah dengan ibu dah tua,yang kami ada hanyalah anak-anak,kalau anak-anak dah benci kami,tiada apa lagi ertinya hidup ini”.
“Ayah,kami tak pernah salahkan ayah.Tidak pernah sedetik pun dalam hati ini untuk membenci ayah dengan ibu,insan yang telah mendidik kami selama ini”.
Rasa pilu menyelubungi hati Aishah,tidak menyangka ayahnya meminta maaf kepadanya.Jujur di dalam hatinya dia tidak pernah sedikit pun membenci segala keputusan ayahnya,cuma mungkin penerimaannya lambat dalam menganggapi sesuatu perkara.
“Ayah beri Aishah peluang untuk menentukan jalan kehidupan Aishah.Mungkin dah tiba masanya,ayah perlu berikan sedikit kelonggaran untuk anak-anak ayah membuat keputusan dalam hidup kamu semua.Tentang Izwan,ayah takkan paksa Aishah untuk terima dia.Dia pun ikhlas lepaskan Aishah”.
“Terima kasih ayah”.

Aishah memeluk erat bahu ayahnya,perlahan dia meyeka air mata yang mengalir di pipi tua milik ayahnya.
“Aishah sayangkan ayah.Jangan fikirkan perkara-perkara lepas.Aishah yakin,abang long,angah semua tak pernah salahkan ayah.Kami semua sayangkan ayah”.


Angah sudah pun tersedu-sedu menangis di dapur.Diam-diam dia dan ibu mencuri dengar perbualan dua beranak tersebut.Ibu menyeka air matanya,dia mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana telah membuka pintu hati suaminya untuk belajar menerima keputusan anak-anak.

Setahun kemudian,..

“Betul ke awak nak ikut ayah pergi umrah?Awak kuat nak jejak tanah di tempat kehilangan Ammar?”.Angah bertanya.Dia seperti tidak yakin dengan keputusan Aishah untuk mengikut ibu dan ayahnya menunaikan umrah minggu hadapan.
“Ins Shaa Allah.Angah ni,sekarang Aishah dah mampu terima hakikat,Ammar memang sudah tiada lagi dalam dunia ni.Aishah yakin di alam sana dia lebih berbahagia”.
Angah terdiam,dua bulan selepas kehilangan Ammar pihak polis Arab Saudi menemui dua tengkorak yang telah terbakar di sebuah rumah tinggal,dan pihak polis mengesahkan itu adalah Ammar dan wanita yang dijadikan tebusan oleh perompak-perompak tersebut.Dan kesan darah yang ada di baju yang ditemui di tempat kejadian juga sepadan dengan DNA darah Ammar.Namun melihat reaksi Aishah yang tabah mendengar berita itu menyebabkan dia pelik,apabila ditanya.
“Ammar hanyalah pinjaman Allah s.w.t. untuk Aishah.Sudah tiba masanya Ammar kembali pada pemilik asalnya.Bila tiba masanya kelak,Aishah pun akan kembali pada pemilik Aishah,dunia ni terlalu sempit untuk kita menangisi insan-insan yang pergi meninggalkan kita,yang pergi tetap akan pergi. Aishah ikhlas lepaskan Ammar.Semoga Ammar ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh”.


Alhamdulillah,hampir 8  jam penerbangan dari Malaysia ke Jeddah.Aishah dan kedua ibubapanya menaiki bas pula untuk menuju ke Mekkah selama 9 jam.Sampai juga Aishah di bumi penuh barokah ini.Sayu hatinya saat menjejakkan kaki ke tanah suci,pilu hatinya,dengan izinNya dia dan kedua ibu dan ayahnya dapat menjejakkan kaki ke sini.Tidak tergambar rasanya kesyukuran di dalam hatinya.Terima kasih Ya Allah ,Kau telah memberikan kami kesempatan untuk menjejakkan kaki di tanah suci ini!!


Masjid Nabawi tersergah indah di waktu malam.Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar.Hampir dua minggu Aishah dan kedua ibubapanya berada di sini.Esok atau lusa mereka akan berangkat pulang ke Malaysia,.rasa berat hati untuk meninggalkan tanah suci ini,.Sementara menunggu ayah dan ibunya mengerjakan solat sunat,Aishah duduk bersandar di tepi.
“Rasa macam cepat sangat masa berlalu kan?”.Ibu duduk menghampiri Aishah.
“Betul,rasa macam tak nak balik,bila dah sampai sini.Ins Shaa Allah kalau ada rezeki nanti kita pergi sekali lagi ye,tapi kali ni kita pergi haji”.
“Ins Shaa Allah,boleh ibu tanya Aishah sesuatu?”.
Aishah hanya mengangguk.
“Aishah tak nak ziarah kubur arwah Ammar,ibu dapat tahu dari kakak arwah,Ammar dikuburkan di kawasan perkuburan terletak tak jauh dari sini”.
Aishah terdiam,seperti sudah mengagak pertanyaan ibunya.
“Besok atau lusa kita akan balik ke Malaysia.Aishah mungkin nak menziarahi arwah,bukan senang kita nak pergi tempat ni selalu”.
“Aishah takut tak kuat ibu”.Akhirnya terluah juga kata-kata itu.Memang selama ini dia berlagak kuat di hadapan mereka semua namun sebenarnya di dalam hatinya,kenangan tentang arwah Ammar masih lagi bersarang dalam hatinya.


Pagi itu dengan bantuan seorang Jemaah yang kebetulan mahu menziarahi kubur arwah anaknya yang telah meninggal di sini,Aishah,ibu dan ayah pergi menuju ke Perkuburan Asha Sharaya yang terletak lebih kurang 15 km dari Masjidil Haram.
Aishah cuba menguatkan hatinya saat van yang membawa mereka berhenti di hadapan kawasan tanah perkuburan.
“Maaf,pakcik lupa nak beritahu.Perempuan tidak dibenarkan menziarahi kawasan perkuburan di sini.Memang undang-undang di sini,hanya lelaki sahaja yang dibenarkan menziarah”.


“Biar ayah yang wakilkan Aishah”.
Aishah hanya mengangguk.Dia menarik nafas panjang,mungkin ada sebab perempuan tidak dibenarkan memasuki kawasan perkuburan tersebut,Allah  masih tahu hatiku ni ini masih tidak lagi kuat,walaupun hanya melihat pusaranya.
Dari dalam van,Aishah membacakan Yassin untuk arwah Ammar.
 
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
 (Yaa Siin 36:82)

Ayat ke 82 dari surah Yassin itu dibaca Aishah berulang kali.Setitis demi setitis air mata mengalir di pipinya.Kun fayakun!Jika Allah kehendaki berlaku,pasti akan berlaku juga.Aishah meletak tangannya di dadanya.Sudah sampai masanya untuk dia melepaskan Ammar dalam hatinya.
“Tak mengapa,ALLAH kan ada”.Ibu memeluk erat Aishah.
“Sudah sampai masanya Aishah lepaskan Ammar sepenuhnya kan ibu.Hidup kena diteruskan”.
“Ibu tahu anak ibu ni kuat.Lap air matamu sayang”.


“Aishah”.Satu suara menyapa Aishah dari belakang.
“Ammar!”.Seperti tidak percaya melihat sosok lelalki di hadapannya.Ammar sedang berdiri dan tersenyum kepadanya.Dengan memakai pakaian serba putih,lelaki itu tersenyum ke arahnya.
“Ammar,awak masih hidup?”.
Namun tidak berjawab,Ammar memusingkan badannya.Dia berjalan menuju ke arah pintu keluar Masjidil Haram.Aishah mahu mengejar,namun kakinya tidak mampu mengejar.
“Ammar!Jangan pergi!Ammar!”.Aishah memanggil-manggil Ammar,namun lelaki itu terus berjalan sehingga menghilang di sebalik orang ramai.

“Aishah!Bangun sayang!Aishah mimpi ni”.Ibu dan ayah yang sedang mengemas pakaian terkejut apabila tiba-tiba Aishah menyebut-nyebut nama Ammar dalam mimpinya.
Aishah terbangun dari tidurnya,memandang wajah kedua ibubapanya yang risau melihat keadaannya.Ibu menghampiri Aishah,dia mengelap air mata yang mengalir di pipi Aishah.Sayu hatinya melihat anaknya yang menangis di dalam tidurnya.
“Istigfar.Ayah tahu anak ayah kuat”.
Aishah menarik nafas panjang,bagaimana Ammar mampu masuk dalam mimpinya.Kuasa Allah,dan mungkin dia asyik teringatkan lelaki itu sejak kembali dari kawasan perkuburan.

“Boleh tak Aishah turun bawah sekejap?”.
“Nak pergi mana?”.
“Melawat Masjidil Haram untuk terakhir kali.Ayah dengan ibu jangan risau,sekejap sahaja.Boleh ya”.
“Tapi hati-hati”.






Seperti di dalam mimpi,Aishah pergi ke pintu-pintu keluar di masjidil haram.Mengharapkan mimpi menjadi kenyataan.Dia akui,mulut memang mengiyakan dia melupakan Ammar,namun hatinya masih berdegil.Adakah kehadiran Ammar di dalam mimpinya tadi kerana lelaki itu mahu dia melepaskan dirinya sepenuh hati.
Perlahan air mata Aishah menitis.Mimpi yang dialaminya tadi  itu membuatkan dadanya sebak.Sudah lama dia tidak menggambarkan wajah Ammar di dalm fikirannya.
Memandang langit yang dipenuhi dengan awan yang  biru.Adakah mungkin itu terakhir kali Allah perlihatkan aku wajahnya sebelum hati ini harus ikhlas melepaskannya.Aishah mengelap air mata yang mengalir di pipinya.Dia memegang dadanya dan berkata..
“Ikhlaslah hati.Lepaskan dia,sekarang dia mungkin sedang berbahagia di sana”.
Sebenarnya ada sesuatu yang dia rahsiakan dari keluarganya.Bagaimana dia mampu menerima kenyataan pemergian arwah Ammar.Genap empat puluh hari pemergian Ammar ketika dia sedang mengemas biliknya,dia terjumpa semula buku yang pernah dihadiahkan oleh tunangnya itu.Rupa-rupanya buku itu terselit di antara kitab-kitab milik angah yang dipinjamnya.Diselak helaian demi helaian dan di helaian terakhir ada tertulis kata-kata untuknya.
‘Jadilah insan seteguh dan setabah Saidatina Aisyah yang tetap memperjuangkan agama Allah walaupun setelah ketiadaan baginda Nabi s.a.w..Dari Allah kita datang,kepada Allah jualah kita kembali.Tetaplah tersenyum,walaupun Allah mengujimu’.
Kata –kata itu yang menambahkan kekuatan untuk dia menerima hakikat tentang pemergian Ammar.Setitis demi setitis air mata mengalir di pipinya.

“Perempuan duduk sendirian kat tepi masjid sambil menangis,awak tak risau ke nanti ada orang salah faham”.Satu sapu tangan di hulurkan kepada Aishah.Aishah memandang wajah orang yang menyapanya itu.
“Izwan??”.
Lelaki itu tersenyum padanya.
“Awak buat apa kat sini?”.
“Umrah.Saya macam awak,mencari ketenangan dalam hati.Alhamdulillah Allah hadirkan rasa tenang dalam hati saya,tapi nampaknya selain itu Allah juga hadirkan sesuatu dalam hati dan hidup saya”.Izwan tersenyum penuh makna.
Aishah mengerutkan kening mendengar kata-kata Izwan.Sungguh dia tidak menyangka mereka akan bertemu di sini.
“Dah lama ke ada kat sini?”.Aishah bertanya.Dia bangun dari tempat duduknya.
“Saya sampai tiga hari sebelum Aishah sampai.Minggu lepas ada juga terserempak dengan ayah…ops…pakcik…tapi saya sengaja tak bagi pakcik bagitahu  awak ,takut awak terganggu masa beribadah”.
“Kenapa pula saya rasa terganggu?”.
“Awak kan benci kat saya,saya tak nak ibadah awak tak sempurna,kerana rasa benci awak tu pada saya”.
“Saya tak pernah cakap saya benci awak”.
“Jadi awak sayang sayalah.So,balik Malaysia nanti bolehlah saya masuk meminang”.
Aishah membesarkan matanya.
“Awak dari dulu memang tak pernah berubah kan.Suka anggap sesuatu tu untuk gurauan.Dah ,saya nak balik hotel.Sekejap lagi kami akan berangkat pulang ke Malaysia”.
“Saya tak bergurau Aishah.Saya masih menunggu awak”.
“Tapi saya tak tunggu awak dan saya tak pernah minta awak tunggu saya”.Aishah terus beredar,entah bukan niatnya untuk berkasar dengan lelaki itu.Namun dia sendiri runsing dengan apa yang difikirkannya sekarang ini.Sebenarnya semalam semasa dia berdoa di jabal rahmah,dia seakan ternampak Izwan di saat dia berdoa di sana,namun kerana terlalu ramai orang di sana.Dia menganggap itu hanyalah bayangan fikirannya sahaja,namun kehadiran lelaki itu yang berada di hadapannya,membuatkan hatinya gementar.



Aishah hanya menundukkan pandangannya.Dia tidak mahu bertemu mata dengan Izwan.Lelaki itu asyik memerhatikannya dari tadi.Dari dalam bilik hotel dia berdoa semoga dia dan Izwan menaiki kapal terbang yang berlainan,namun takdir Allah berkehendak lain.Izwan yang hadir bersama kedua ibu dan ayahnya membuat Aishah tidak mampu untuk menolak kehadirannya di sini.Dan dia perasan ibu dan ayahnya seakan mesra dan ramah dengan ibu dan ayah Izwan.Dia sedaya upaya mengelak untuk berbual dengan mereka namun ibu asyik mengajaknya bersama-sama .
“Aishah ni memang pemalu orangnya?Makcik pernah ternampak gambar awak dalam bilik Izwan masa dia sedang belajar dulu.Tak sangka akhirnya dapat juga berjumpa dengan orangnya”.
Aishah terdiam,gambarnya berada di dalam bilik Izwan.Mungkin itu sewaktu mereka masih bersama dahulu.
“Aishah ni memang pemalu.Adik-beradik dia semua pun sama.Kalau ada tetamu datang rumah,masing-masing sembunyi dalam bilik,walaupun saudara mara yang datang”.
“Izwan pula mudah mesra dengan orang.Terlalu peramah,kadang-kadang orang baru kenal pun boleh berbual macam dah kenal 10 tahun.Kalau makcik nak tanya Aishah sesuatu boleh?”.
“Ins Shaa Allah boleh”.Berdebar jantung Aishah,dia berteka-teki sendiri tentang soalan yang akan ditanya kepadanya.
Ibu Izwan meraih tangan Aishah,dipegangnya lembut.
“Sudi tak terima Izwan kembali,makcik tengok selepas dia dan awak berpisah,hidup dia banyak berubah.Dia lebih bertanggungjawab dengan diri sendiri,dengan ibubapa,dengan adik dia.Mungkin ada salah dan silap Izwan pada Aishah dulu,boleh tak Aishah maafkan dia dan terima dia.Makcik tahu sampai sekarang dia masih simpan perasaan pada Aishah”.
Aishah terdiam kaku.Kata-kata yang diucapakan oleh ibu Izwan tidak terduga olehnya.Saat ini dia tidak tahu untuk berkata apa.
“Mungkin permintaan makcik ni agak melampau.Tapi boleh tak sekali ni sahaja,Aishah berikan Izwan peluang.Saat Aishah menolak peminangan dia setahun yang lalu,makcik dapat melihat kesedihan di wajah dia,namun dia sembunyikan dari kami.Bila solat malam,selalu makcik tengok dia tertidur atas sejadah.Semalam saat dia beritahu kami Aishah ada di sini,wajahnya berseri-seri.Dalam setahun ini,itulah kali pertama kami melihat dia tersenyum bahagia apabila bercakap tentang Aishah”.
“Ibu!”.Entah dari mana Izwan datang,tiba-tiba dia muncul dari belakang mereka.
“Aishah,saya minta maaf bagi pihak ibu saya.Saya tahu awak tak selesa,ibu jom ayah dah panggil sekejap lagi flight kita berlepas”.
“Ibu cuma nak tolong Izwan.Ibu tak nak Izwan terus bersedih”.
“Bukan ini caranya ibu.Izwan tak nak Aishah terima Izwan kerana kasihan atau pun kerana pujukan ibu.Izwan nak Aishah terima Izwan kerana siapa diri Izwan,bukan yang lain”.
“Ego tak pernah berubah”.Tiba-tiba Aishah bersuara.
“Apa maksud awak?”.
“Sejak tiga tiga tahun lepas saya kenal awak,satu je perangai awak ni yang buat saya selalu rasa tak selesa dengan awak.Ego awak yang terlalu tinggi”.
“Sebab ni ke awak tinggalkan saya dulu”.
“Mungkin ini salah satu daripadanya”.
“Ok,saya malas nak bertekak dengan awak.Saya cuma tak mahu ibu seakan mendesak awak untuk menerima saya”.
“Sekurang-kurangnya ibu cuba untuk meyakinkan saya,bukan seperti awak.Hanya sekali mencuba,selepas kena tolak,terus mengalah.Macamana saya nak menerima lelaki yang berusaha hanya separuh jalan”.
“Kalau saya mampu yakinkan awak,awak akan terima saya?”.
“Bergantung”.
“Suka jual mahal”.Aishah tergelak kecil melihat lelaki dihadapannya itu mengerutkan dahinya.Ibu dan ibu Izwan tersenyum apabila melihat anak mereka mampu tersenyum apabila berbual.


Alhamdulillah dengan sekali nafas,Izwan dan Aishah bersatu dalam sebuah ikatan perkahwinan.Aishah memasuki biliknya,setelah membantu keluarganya mengemas di dapur,dia akhirnya dapat merehatkan badan.
“Penat ke?”.Satu suara menegur Aishah dari tepinya.
“Awak buat apa kat sini?Keluar”.Aishah menarik selimut untuk menutupi rambutnya.
“Saya dah agak dah,awak lupa agaknya.Saya ni dah jadi suami awak kan”.Izwan ketawa kecil.
“Astagfiruallahalazim.Maaf,saya dah terbiasa sendiri kat dalam bilik ni,tiba-tiba dengar suara lelaki,itu yang tiba-tiba jadi agresif”.
“Comel je isteri saya ni.Terima kasih sebab sudi terima saya dalam hidup awak.Ins Shaa Allah amanah dari Allah yang saya miliki ini akan saya jaga dengan penuh kasih sayang.Dan kepercayaan ibu dengan ayah pada saya,takkan saya sia-sia kan”.
“Terima kasih juga sebab masih sudi tunggu saya.Walaupun saya tahu kadang-kadang tindakan saya melukakan hati awak”.
Izwan tersenyum,dia meraih jari-jemari isterinya.
“Kalau saya nak tanya sesuatu boleh tak?”.Aishah ingin bertanya sesuatu yang sudah lama juga dia pendam di dalam hatinya.
“Boleh je”.Izwan mengangguk.
“Kenapa awak tetap nak tunggu saya.Kenapa awak pilih saya?”.
“Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, (Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat)”.
Aishah tersenyum mendengar jawapan dari suaminya.Semakin bertambah yakinlah dia dengan keputusan yang telah dibuatnya ini.
‘Ya Allah,segala yang berlaku adalah takdirMu.Sungguh aku menyedari,aku hanya mampu merancang,tapi Engkau jua yang menentukan.Terima kasih Ya Allah atas ujian yang Kau berikan padaku agar bertambah keyakinanku padaMu.SesungguhNya aku hanya merancang dengan rencana ku,namun Engkau Yang Maha Mengetahui merancang dengan cintaMu’.
“Ana uhibbuki fillah sayang”.Aishah mengenggam erat tangan suaminya.Ins Shaa Allah dia yakin kebahagiaan akan sentiasa hadir jika cinta yang mereka rasakan adalah kerana anugerah dan nikmat dari ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang





Sunday

SWEET USRAH

  Alhamdulillah,hari ni hati terasa lapang…Memang betul,jika pagi-pagi kita dah isi hati ni dengan ayat-ayat Al-Quran dan kata-kata penuh hikmah dan positif,Ins Shaa Allah sepanjang hari hidup ni akan lebih bermakna.. First time berusrah..rasa excited!Selalu hanya dengar je orang cerita,Alhamdulillah Allah bagi rasa bagaimana rasanya perasaan bila kita berkumpul kerana ingin mengingati Allah… Jumaat malam,tiba-tiba dapat mesej..nombor tak kenal..huhu…rupanya Naia…kawan baru…bak kate kak fatin…cikgu yang sweet tu…:)…dia ajak sitting-sitting kat pantai Rambah,macam yang pernah kami buat…macam segan,sebab da lama juga tak jumpa dia,tapi fikir balik,nak cari ilmu tapi nak segan…poyo je..haha


Pagi Sabtu,bangun awal.Mandi siap-siap pergi jalan pelan-pelan pergi pantai…excited nak jumpe dengan diorang..Awalnye sampai,takde orang pun…cari port kat jambatan rambah,pandang laut…YA ALLAH!!Rasa lapngnya hati ni bila dapat melihat keindahan ciptaan Allah,ambil nafas panjang lepas tu tunggu diorang datang..

Lebih kurang pukul 8.30..da ada tiga orang…saya,naia dengan kak fatin…sementara tunggu kami baca Al-mathurat..Alhamdulillah zima pun datang…tapi sedih sikit…najwa tak dapat datang,saya dah la pemalu..ni semua kawan-kawan najwa,saya dengan diorang ni kawan-kawan baru…kekok jugalah,tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.. Mula-mula kami memperkenalkan diri.saya ,naia dengan zima sudah saling kenal,kami pernah berjumpa dua kali sebelum ni…kak fatin yg lebih banyak bercakap…takpe kami memang suka mendengar…comel je kak fatin…n dia ni sgt jujur…n sedang mengejar syurga Allah.seperti kami Ins Shaa Allah..

Naia mulakan proses pembelajaran kami,baca surah Al-Baqarah ayat 28 -37.
Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).( Al Baqarah2:28)

Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:29)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah 2:30)


Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". (Al-Baqarah 2:31)

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah 2:32)

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". (Al-Baqarah 2:33)

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. (Al-Baqarah 2:34)

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim". (Al-Baqarah 2:35)

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". (Al-Baqarah 2:36)

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:37)


Selepas habis membaca…kami semua berkongsi pendapat tentang ayat tersebut..menurut naia ayat ni macam satu sumber kekuatan pada dia,setiap kali bangun dari tidur,ayat ni macam inpirasi bagi dia..Setiap kali kita tidur,itu adalah saat Allah mematikan kita,bila kita bangun pagi esok,Allah jualah yang hidupkan kita…bila terdengar je…ok…terkesan…macamana kalau malam ni saya tidur lepas tu tak bangun-bangun :(


 Ayat ni banyak berkisah tentang manusia yang dijadikan Allah s.w.t. khalifah di muka bumi (Adam a.s)…tentang kisah Nabi Adam dan Hawa yang dikeluarkan dari syurga,kisah Syaitan yang menghasut Adam a.s.dan tentang Allah s.w.t yang menerima taubat Nabi Adam walaupun Nabi Adam telah melakukan dosa…

Alhamdulillah,first time review maksud ayat Al-quran dengan lebih mendalam..tetiba terfikir…macamana boleh habiskan novel yg tebal..tpi satu hari satu juzuk Al-Quran pun tak sempat…rasa malu sangat…Allah dah bagi jalan selama ni,tapi memang lumrah manusia kan…lalai…taubat ye sayang…jadikan Al-Quran sahabat karibmu..

Sebelum balik,naia sempat sharing apa yang dia penah dapt masa dia pergi usrah…sgt berpengalaman cikgu ni :)…Surah an-nas sebelum balik…Rabb,Maliki,Illahi…Kalau ikut maksud ni semuanya menjerumus kepada Allah sebagai Rabb,Allah sebagai Maliki,dan Allah sebagai illahi…Tapi sebenarnya ayat tu menerangkan Rabb tu sebagai pemilik,Maliki sebagai penguasa…dan Illahi yang disembah..dalam tiga perkataan yang mungkin bermaksud sama tapi yang satu sahaja khas untuk Allah…Illahi..yang disembah…TUHAN YANG DISEMBAH…Hanya Allah Ayat ke empat pula tentang manusia yang berlindung dari kejahatan was-was,dan ayat keempat tentang was-was yang membisikkan ke dalam hati manusia…dan ayat yang kelima was-was itu datang daripada jin dan manusia…

Ayat ni sunat dibaca sebelum solat,untuk mengelak was-was dalam solat…boleh amalkan :)… Lebih kurang pukul 10.40 pagi,masing-masing ada kerja.Ins Shaa Allah kalau ada izin Allah untuk kami bertemu lagi,pasti ada ruang dan peluang yang Allah buatkan untuk kami nanti…

Balik rumah,hati penuh dengan keazaman baru….nak kejar syurga,…insan lain berlari mengejar syurga tapi saya masih merangkak menuju syurga…speed up ye sayang!!Ins Shaa Allah,mulai hari ni segala perkongsiaan Usrah sweet kami,saya akan kongsi di sini…Rasa rugi pulak kalau tak share… Barulah terasa nikmatnya,bertemu dan berpisah kerana Allah…:)