Saturday

PABILA KU TERSEDAR


Segala sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya,kau sedar ALLAH sedang mengujiMu dengan memberikan kau dugaan ini.Apakah kau akan terus lemas dan menyalahkan takdir atas apa yang berlaku padamu atau kau bangkit dan menghadapi ujian ALLAH ini dengan menikmati kenikmatannya tanpa menyalahkan takdir.Hidup memang seperti ini,kerana yang kita jalani sekarang hanyalah sementara sedangkan kehidupan kita yang sebenarnya di akhirat kelak.

Dugaan yang kau hadapi sekarang,hanyalah kecil jika dibandingkan dengan dugaan yang dihadapi saudara-saudara muslimmu di sana.Kau hanya diuji dengan kesedihan yang hanya berpunca dari kebodohan dirimu sendiri,yang tidak mampu mengawal hati dan diri.Kau menitiskan air mata kerana kekurangan hidup,kekecewaan ditinggalkan orang yang disayangi,sedangkan mereka disana,air mata yang mereka titiskan kerana mempertahankan agama mereka yang dipijak-pijak kesuciannya oleh yahudi laknatullah.Sedarkah kau,betapa zalimnya kau sebagai hamba ALLAH ,...

Tapi kadang-kala manusia leka dengan nikmat dunia yang ALLAH anugerahkan ,tanpa mengucapkan Alhamdulillah kau dengan tanpa segan silu menikmati setiap anugerahnya.Dimana malumu,dimana harga dirimu,kau menikmati anugerahnya tapi kau tidak bersujud kepadanya.Kejamnya kau wahai manusia yang telah diciptakan ALLLAH sebagai mahluk yang sempurna.

Harapan itu sentiasa ada,yang penting adalah keyakinan.Tanpa keyakinan kau tidak akan mampu Berjaya,keyakinan hanya boleh dibentuk melalui hati,hati yang penuh kerendahan dan tawakal kepada ALLAH.Biasakan lidahmu dengan mengucapakan la haulawalaquataillah billahil aliyulazim...tawakal kepada ALLAH,jika kau pernah merasai manisnya erti tawakal itu,pasti setiap saat di dalam hidupmu,kau berusaha untuk tetap bertawakal kepada ALLAH.

Manusia memang secara lahiriah dilahirkan baik,kerana manusia berasal daripada syurga.Tiada sebab untuk berkata, ‘aku memang ditakdirkan untuk menjadi jahat’...itu semua tipu daya syaitan yang mahu menyesatkan hati yang jauh dari ALLAH...tiada manusia dalam dunia ini dilahirkan untuk berbuat kejahatan,sedangkan manusia yang zalim pun sebenarnya di dalam hatinya tersembunyi rasa menyesal atas perlakuannya,namun dia tidak mampu mengalahkan tipu daya syaitan.Itu semua kerana dia jauh dari ALLAH....manusia yang jauh dari ALLAH adalah manusia yang paling rugi,bagaikan hilang diri sendiri,tanpa arah tujuan yang jelas dalam hidup,dan tiada keyakinan dalam dirinya....

Insaflah wahai manusia,semakin kau jauh dari ALLAH,semakin jauh jarakmu dari syurga yang penuh kenikmatan.Jangan kau leka dengan kenikmatan dunia yang hanya sementara kerana nikmat yang sementara itu hanya akan merosakkkan dirimu nanti kelak.ALLAH memang sengaja mengujimu dengan memberi kenikmatan yang indah di dunia kerana  jika kau terus leka dan hanyut dengan kenikmatan yang sementara,kau hanya merugikan dirimu sendiri.Biarlah kau merasa kesusahan,kerana itu semua hanya sementara,sedangkan di akhirat itulah segalanya-galanya.ALLAH akan membalas kesabaranmu  menghadapi kesusahan itu dengan nikmat syurga yang tiada hentinya.


Hanya coretan untuk diri sendiri,dan jika diizinkan ALLAH ,insan yang sudi membacanya mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.