Saturday

HANYA DALAM HATI 5




“Jodoh atau kebetulan”.Syahrul Aiman berkata kepada Zulaika yang berada di hadapannya.Pertemuan dengan gadis itu membuatkan dirinya semakin ingin mengenali Zulaika.Dari reaksi Zulaika dia tahu Zulaika tidak selesa dengan kehadirannya di sini.
“Kebetulan”.Ringkas sahaja jawapan Zulaika.Kalau diikutkan hatinya,sejak terserempak dengan Syah di kawasan parking,awal-awal lagi dia sudah angkat kaki untuk balik ke Johor.Namun apabila mengenangkan dia dan tiga lagi kawannya menyewa kereta dan dia sudah pun membayar yuran untuk seminar tersebut,digagahkan juga hatinya untuk terus berada di sini.
Selesai taklimat dari moderator acara,Zulaika cepat-cepat melangkah keluar dari dewan.Hatinya tidak kuat untuk terus bertentang mata dengan Syah.
“Ika.awak tak makan dulu?”.Langkah kaki Zulaika terhenti apabila ada satu suara menenegurnya dari belakang.
Nampaknya dia terlambat,Syahrul Aiman sudah pun berada di hadapannya saat ini.
“Tak,saya mengantuk.Saya balik bilik dulu”.
“Ika,kenapa awak….”.Belum sempat Syahrul Aiman menghabiskan kata-katanya Zulaika sudah pun melangkah masuk ke dalam lif.
Kenapa reaksi Zulaika sebegitu.Begitu dingin!Suatu masa nanti dia harus bertanya kepada gadis itu,apa salahnya sehingga Zulaika seringkali mengelak untuk bertemu dengannya.



Zulaika menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Saat ini dia sendiri tidak tahu untuk berkata apa.Mahu atau tidak dia terpaksa menerima bantuan Syahrul Aiman untuk balik ke Johor.Kereta yang disewanya bersama rakan-rakannya yang lain,tiba-tiba rosak.Rakan-rakannya dijemput suami masing-masing.Kerana tidak mahu menyusahkan  dia memberitahu mereka bahawa ada saudara maranya yang tinggal berdekatan.Dia nekad untuk mengambil bas dan semasa dia sedang menunggu di stesen bas,tiba-tiba Syahrul Aiman muncul dan saat itu pula tiket bas untuk ke Johor kehabisan.
“Ika sejuk ke?”.Syah melihat dari tadi Zulaika asyik menggosok-gosok kedua tapak tangannya.
“Sejuk sikit”.
“Saya bukan air-cond tak kuat pun.Takpelah,ambil baju sejuk kat belakang tu,pakai”.
“Takpelah,saya boleh tahan lagi”.
Syahrul Aiman memanjangkan tangannya ke belakang,dan mengambil baju sejuk,dihulurkan kepada Zulaika.
“Pakai,saya tak suruh bayar pun.Cuba jangan degil sangat,ke awak nak saya pakaikan?”.
Huluran baju cepat-cepat disambut Zulaika,Syah hanya tersenyum melihat reaksi Zulaika,dia sengaja menakutkan Zulaika dengan berkata sebegitu.
“Terima kasih sebab sudi tumpangkan saya”.Perlahan Zulaika mula memulakan bicara.
“Sama-sama.Lagipun kita satu haluan,sekurang-kurangnya saya ada kawan berbual.Saya nak tanya Ika sesuatu boleh tak?”.
Zulaika hanya mengangguk.
“Amal ada beritahu saya,awak ada menunggu seseorang.Betul ke?”.
“Amal,kau memang nak kena!!”.Perlahan Zulaika berkata,namun masih didengar oleh Syah.
“Jangan marah Amal,Amal terpaksa beritahu tu sebab saya salah faham tentang hal masa tu.Saya ingat awak betul-betul tunggu saya”.
“Awak kenal Amal,dia memang suka cakap ikut sedap mulut dia.Masa kita kat sekolah,saya cuma kenal awak sebagai kawan Amal,kita tak pernah berbual pun.Takkanlah saya boleh jatuh hati pada awak”.
“Betul juga tu.Saya je yang terperasan,tapi betullah awak ada tunggu seseorang?”.
Zulaika terdiam,nampaknya Syah masih lagi berminat untuk mengetahui siapakah lelaki yang ditunggunya selama tujuh tahun ini.
“Si tompok”.
“Si tompok,siapa tu?”.
“Dialah orang yang saya tunggu selama tujuh tahun.Saya dengan Amal je yang beri gelaran tu pada dia,sebab kami tak nak orang tahu bila kami bercakap tentang dia”.
“So,bila awak nak berterus-terang dengan si tompok tu?”.
“Saya sedang belajar melupakan dia,saya rasa saya takkan berterus-terang dengan dia”.
“Selama tujuh tahun awak tunggu dia,tiba-tiba awak nak lupakan dia.Kenapa Ika?”.
“Saya baru tersedar,perasaan yang saya simpan untuk dia selama ini hanya untuk disimpan bukan untuk diluahkan”.
“Saya tak faham”.
“Takpelah Syah,awak tak perlu fahamkan.Saya pun dah tak nak berfikir tentang dia lagi”.




Mereka berdua berhenti rehat untuk makan dan solat dihentian Pagoh.Syah mempelawa Zulaika untuk makan bersamanya,namun Zulaika lebih selesa bersendirian,apatah lagi setelah perbualan tentang si tompok di dalam kereta.Semakin berat beban perasaan yang ditanggungnya jika harus terus menatap wajah lelaki itu.
Zulaika memesan bihun sup untuk mengalas perutnya.Dia menuju ke meja di hujung perhentian yang tidak sesak dengan orang.Baru sahaja dia hendak menyuapkan makanan,tiba-tiba seorang lelaki datang dan duduk dihadapannya.


“Assalamualaikum,boleh saya teman awak makan?”.
“Waalaikumussalam,takpelah.Saya lebih suka makan sendiri”.
“Masalahnya saya suka temankan orang makan”.
“Kalau awak tak pergi dari sini,saya yang akan pergi”.
“Saya cuma nak berkenalan dengan awak”.Lelaki dihadapannya ini masih lagi tidak mahu mengalah.Belum sempat Zulaika membalas kata-kata lelaki itu,satu suara  menyampuk dari belakangnya.
“Kalau orang dah tak sudi,fahamlah bahasa sikit.Lagipun siapa bagi izin kat kau untuk duduk semeja dengan wife aku”.Syahrul Aiman sedang berdiri di belakangnya.
“Wife!!.Dia suami awak ke?”.Lelaki itu seakan tidak percaya dengan kata-kata Syah.Malas untuk melayan,Zulaika hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Syahrul Aiman.Perlahan lelaki itu bangun dan beredar.
Syah meletakkan nasi goreng pataya miliknya.
“Saya tahu awak tak suka orang temankan awak makan,tapi awak nak ke,kena ngurat lagi?”.Zulaika mengalah,bimbang juga dia jika lelaki tadi datang semula jika dia dan Syah makan di meja berasingan.

“Ika,saya rasa awak tak boleh jauh-jauh dengan saya lagi”.
“Apa maksud awak?”.Zulaika membulatkan matanya memandang Syah.
“Ada orang masih tak puas hati dengan pengakuan kita tadi.Lelaki tadi masih mengintai awak dari jauh”.Syahrul Aiman tergelak kecil,popular juga Ika ni,diam-diam ada stalker.
“Apa yang kelakar,tak payah nak gelak sangat Syah”.
“Pegang saya,kita jalan sama-sama”.
“Awak jangan nak mengada-ngada.Haram”.
“Saya tahulah,saya tak cakap habis lagi,saya suruh pegang baju saya.Pegang baju pun haram ke?”.
Mereka berjalan beriringan sehingga tiba di surau.Nampaknya lelaki yang mengintai Zulaika tadi sudah pun beredar saat melihat mereka berdua jalan beriringan.
“Ika”.
“Ya”.
“Saya nak solat”.
“Saya pun”.
“Saya tak boleh solat kalau awak tak lepaskan baju saya”.Seperti terkena kejutan eletrik,Zulaika menarik tangannya.Dia malu sendiri.Syahrul Aiman tergelak kecil melihat reaksi Zulaika.
“Awak ni kadang-kadang comel bila buat reaksi macam tu.Nanti lepas solat terus balik ke kereta,saya tunggu kat sana”.Syah berjalan menuju ke surau lelaki,meninggalkan Zulaika yang termangu mendengar kata-kata Syah tadi.Ada senyuman kecil terukir di bibirnya.




“I’m, smell something fishy here.Kau dengan Syah satu kereta dari Terengganu ke Johor.Baik kau cakap dengan aku,apa yang terjadi kat sana”.
Amal yang memang berada di rumah sewa Zulaika terkejut apabila melihat Syahrul Aiman yang menghantar Zulaika balik.
“Esok aku cerita,aku penat.Goodnite mother to be,goodnite baby”,Zulaika berkata sambil menggosok-gosok perut Amal.Dia tersenyum sendiri,Mimpi indah dia agaknya malam ni.   



   




   

No comments:

Post a Comment