HANYA DALAM
HATI 4
“Apa mimpi datang rumah aku pagi-pagi ni?”.Amal yang agak
terkejut dengan kehadiran sahabatnya di pintu rumahnya di awal pagi ini seperti
dapat mengagak ada sesuatu yang penting.
“Aku nak minta tolong kau boleh tak?”.
“Kau nak berterus terang dengan Syah ke?”.
“Tak.Kau ni seriuslah sikit,ini hal penting.Antara hidup dan mati”.
“Kau jangan nak takutkan aku.Nak minta tolong apa?”.
“Teman aku pergi majlis perlancaran laman web Syah,aku kena ganti Sue.Sue ayah dia masuk hospital malam tadi,dia tak sempat nak balik pagi ni.Boleh ye Amal?”.
Amal tergelak kecil melihat telatah kawannya itu.Ingatkan masalah apa yang melibatkan hidup dan mati tadi..
“Cantik”.
“Gambar yang cantik ke orang yang ambil gambar tu yang cantik”.Amal sengaja menyakat Syahrul Aiman.
“Dua-duanya cantik.Tiada ciptaan ALLAH yang tak cantik dalam dunia ni.Terima kasih Ika,saya tahu sentuhan tangan awak akan menghasilkan sesuatu yang saya mahukan”.
Zulaika tersenyum mendengar pujian Syah.
“Selepas majlis ni awak ada apa-apa rancangan?”.
“Balik office,kerja saya banyak lagi belum siap,lagipun Sue tambah cuti lagi,ayah dia belum boleh keluar hospital.Nampaknya saya kena buat kerja sendiri”.
“Kerja tu memang tanggungjawab,tapi kesihatan jangan lupa.Amal pernah cerita kat saya,awak kalau buat kerja sampai lupa makan.Kejayaan tu tak bermakna kalau badan tak sihat Ika”.
Zulaika memandang Amal yang sedang menyuap makanan.
Bila masa pulak,Amal ni bercerita dengan Shah pasal aku.Sempat juga Zulaika menjeling Amal,namun Amal hanya bersahaja terus menyuap makanan.
“Baiklah,tapi saya taklah selalu careless selalu untuk lupa makan,kadang-kadang je”.
“Astagfiruallahalazim!! Ika,aku lupa.Petang ni aku ada appointment dengan doctor,kena jaga makan.Aduh!!”.
“Itulah makan macam tak ingat dunia.Semua makanan nak dirasanya”.
“Aku makan untuk anak aku.Dia yang teringin sangat nak makan semua tu”.
“Amal,kau dah pregnant.Alhamdulillah,tahniah Amal”.Amal tersenyum mendengar ucapan tahniah dari Syahrul Aiman.
“Alhamdulillah,aku pun memang tak merancang.Tak sangka juga dapat rezeki awal”.
“Ika bila lagi?”.Syahrul Aiman cuba mengusik Zulaika.
“Dia kan tunggu kau”.Selamba sahaja Amal menjawab.

Pagi itu semua kerja yang dilakukan Syahrul Aiman seperti ada yang tidak
kena.Kata-kata Amal di majlis semalam betul-betul menganggunya.Apatah lagi
apabila melihat reaksi Zulaika yang dingin selepas perbualan mereka itu.Betul
ke Zulaika menunggunya?Syahrul Aiman berfikir-fikir sendiri..entahlah Zulaika
tidak pernah menunjukkan tanda bahawa Zulaika menyukai dirinya,malah dia hanya
dapat melihat gadis itu seakan membencinya.
“Syah,jangan suka berfikir yang mustahil.Buat kerja,kerja
kau berlambak ni”.Syah berkata kepada dirinya sendiri.Dia membuka
laptopnya,cuba menyelesaikan kerja yang masih ada.Namun tidak sampai 5
minit,dia sudah duduk termenung kembali.
“Tak boleh jadi ni”.lantas telefon bimbit digapainya,nombor Amal di dail.

“Kau dapat rezeki bergolek ke?Tiba-tiba nak belanja aku
makan,kat restoran mahal pulak tu”.
“Aku dah lama tak belanja kau makan.Kau datang sorang je,Ika mana?”.
“Ika,dia kerja la apa lagi”.
“Hari minggu pun kerja ke?”.
“Ika tu,sakit je dia cuti.Selagi badan dia tak penat,selagi tu dia susah nak cuti”.
“Owh,nanti kita beli sesuatu untuk dia”.
“Kau ni,macam ada sesuatu je.Kenapa aku rasa perangai kau ni macam pelik sikit hari ni,kau macam ada sesuatu nak tanya aku”.
“Nampak sangat ke?”.Syahrul Aiman bertanya.Amal mengangguk mengiyakan pertanyaan Syahrul Aiman itu.
“Kau ni kenapa sebenarnya Syah?”.
“Ingat tak apa yang kau cakap kat majlis tu semalam.Betul ke Ika tunggu aku?”,akhirnya terluah walaupun terasa berat sangat untuk Syah mengatakannya.
Hampir tersedak Amal mendengar pertanyaan Syah itu.
“Kau ni,kau anggap apa yang aku cakap tu serius ke?”.
“Aku tak rasa kau main-main.Amal,beritahu aku.Betul ke?”.
“Kalau betul kenapa?Dan kalau tak betul pun kenapa?”.Amal sengaja mempermainkan Syah.Nampaknya lelaki dihadapannya ini begitu berminat untuk mengetahui tentang kata-katanya semalam.
“Aku cuma nak tahu Amal.Kalau betul Ika tunggu aku,kenapa dia dingin dengan aku.Bukan ke sepatutnya kalau kita suka dekat seseorang tu,kita akan rasa bahagia kalau dekat dengan dia.Tapi tengok gaya Ika aku rasa dia memang benci betul dengan aku”.
“Dia tunjuk kebencian sebab tak nak tahu kau tahu dia tu suka kat kaulah mangkuk”,namun Amal hanya mengungkapkan di dalam hati.Dia tidak berani untuk memberi apa-apa jawapan kepada Syahrul Aiman.Cukuplah semalam Zulaika merajuk dengannya kerana kata-katanya di majlis semalam,dia tidak mahu mengambil risiko untuk membuat sahabatnya itu merajuk lagi jika mengetahui dia telah membocorkan rahsia kepada Syahrul Aiman.
“Aku main-mainlah.Ika,dia tu bila je fikir tentang cinta.Aku rasa anak aku dah lima orang nanti ,baru dia terfikir nak menikah”.
“Betul ke Amal?Kau tak tipu aku?”.Syah masih lagi sangsi dengan kata-kata Amal.
“Tipu bukan dapat apa pun.Mak aku pesan masa makan jangan berbual,makanan dah sampai kan.Jemput makan”.Amal cepat-cepat mengalih topik perbualan,bimbang jika mereka masih berbual-bual tentang Ika,mulutnya akan berkata sesuatu yang mampu membuat Syahrul Aiman curiga kepadanya.

“Macam tahu je aku memang tengah lapar ni”.Zulaika membuka makanan yang dibawa Amal tadi.Set burger bakar dengan fries.
“Lapar,tapi taknak pergi makan.Kerja tu memang sampai bila-bila takkan habis.Kau nanti kalau dah sakit,tahulah aku stop semua kerja kau”.
Zulaika menjuihkan bibir,sengaja menyakitkan hati Amal.
“Tadi aku pergi keluar makan dengan Syah.Dia yang belikan kau burger tu”.Hampir terlepas burger yang dipegangan Ika.
“Macamana pula dia boleh belikan aku makanan dan kenapa kau pergi makan dengan dia?”.
“Ika,apa kata kau berterus-terang je dengan Syah.Aku rasa pertemuan kau dengan dia setelah hampir 6 tahun ni petanda,dah sampai masanya kau beritahu dia.Take a risk Ika,tak salah sesekali kita mengalah”.
Zulaika terdiam mendengar kata-kata Amal,selera makannya tiba-tiba hilang.
“Kenapa kau tiba-tiba cakap macam tu,kau dengan Syah ada berbual apa je masa korang makan tadi?”.
“Dia tanya,betul ke kau tunggu dia”.
“Kau jawab apa?”.
“Kalau ikutkan hati,aku beritahu je hal sebenarnya.Tapi disebabkan kau tu yang suka sangat berahsia,so aku pun rahsiakan je.Tapi entah kenapa,aku macam rasa dia suka kat kau Ika”.
“Amal,jangan cuba yakinkan aku sesuatu yang mustahil”.
“Sesuatu yang mustahil belum tentu takkan berlaku.Aku tak nak kau sedih lagi,bukannya aku tak tahu kau tu.Memang depan aku ni nampak kuat je,tapi bila kau sendiri,kau teringat juga kat si tompok tu kan”.
“Bukan aku tak nak berterus-terang. Kau tahu tak Amal,apa yang aku rasa sekarang ni dah cukup bahagia untuk aku,walaupun aku tak berada di sisinya.Menyayangi dia membuatkan aku semakin dekat dengan Allah,merindui dia membuatkan aku selalu mengingati Allah.Kau mungkin takkan faham,tapi aku rasa Syah tu selalu membuatkan aku semakin dekat dengan Allah”.
“Apa maksud kau Ika?”.
“Setiap kali aku merindui Syah,aku akan beristigfar.Sebab aku takut aku merindui Syah lebih dari aku merindui Allah.Setiap kali aku inginkan kasih sayang Syah,saat itu aku mula rasa kasih sayang yang berlipat ganda dari Allah.Perasaan yang datang untuk Syah adalah pinjaman dari Allah untukku,agar aku sentiasa mengingati Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang”.
“Tapi sampai bila Ika,kau hanya insan biasa.Mungkin kau rasa diri kau kuat untuk terus memendam perasaan.Dan akhirnya nanti kau yang akan terluka.Aku tak nak kau terus terluka”.
Amal tersenyum,dia tahu Amal tidak mahu dia terus terluka,namun ini yang dipilih oleh hatinya.Zulaika memandang wajah Amal,dipegang erat tangan sahabatnya.
“Takpe Amal,Allah kan ada untuk aku kalau aku terluka.Kau
pun ada kan,aku tak pernah rasa sepi dalam dunia ni sebab aku selalu ada Allah
dan kau sebagai kawan terbaik yang aku ada”.
No comments:
Post a Comment