Wednesday

Hanya dalam hati {3}




“Macam tak percaya persahabatan awak dengan Amal masih berpanjangan sampai sekarang.Dah 6 tahun,sejak kita semua habis sekolah”.
Syah memulakan bicara apabila dia melihat Zulaika lebih selesa mendiamkan diri apatah lagi selepas Amal meminta diri untuk balik dahulu.
“Amal kawan yang baik.Dia selalu ada untuk saya and takde sebab untuk kami      putuskan persahabatan.Sebenarnya saya masih ada kerja kat office,saya minta diri dulu”…Zulaika sudah pun bangun dari tempat duduknya dan mahu segera keluar dari kafe ini dan jauh daripada lelaki itu.
“Zulaika Binti Ahmad !”, Sharul Aiman memberanikan diri memanggil nama gadis itu.Langkah kaki gadis itu terhenti,dia berpaling kepada Sharul Aiman.Wajahnya berkerut memandang lelaki dihadapannya itu.
“Saya ada buat sesuatu yang menyakitkan hati awak ke?Kenapa awak seakan membenci saya,walaupun kita baru berjumpa selepas 6 tahun”.
“Apa yang awak merepek ni Syah.Awak panggil nama penuh saya  sampai satu kafe ni dengar,hanya untuk bertanya soalan bodoh tu”.
“Saya tahu bila orang membenci saya,saya dah rasa sejak kita betemu di majlis Amal,awak mengelak untuk bertemu saya,dan keputusan awak untuk membatalkan kontrak  secara tiba-tiba walaupun saya dah dapat persetujuan dari partner awak.Memang saya bodohlah kalau saya buat-buat tak faham yang awak benci dengan saya”.
“Benci tu terlalu kasar bunyinya,saya lebih suka guna perkataan saya tak selesa.Kalau awak jadi macamni disebabkan pembatalan kontrak tu,saya rasa awak kena belajar jadi matang untuk terima sesuatu keputusan”.
“Speak for yourself Ika,awak batalkan kontrak tu sebab ‘tak selesa’ dengan saya.So keputusan awak tu memang menunjukkan awak sangat matang”.
Terasa panas pula telinga Zulaika mendengar kata-kata lelaki dihadapannya ini.Siapa dia untuk mempersoalkan keputusan yang dibuatnya.Baru sahaja Zulaika ingin berkata-kata Amal muncul dibelakangnya.Dia memegang bahu Zulaika.
“Ika,sabar.Jom kita balik,jangan layan perasaan marah kau tu.And Syah seriously,korang berdua bergaduh walaupun baru 10 minit aku tinggalkan.Childish!”.


“Dah?”,Amal menghulurkan air Nescafe kepada Ika yang baru sahaja turun dari biliknya.
“Apa maksud kau tanya macam tu?Kenapa  tak balik lagi?”.
“Yelah dah puas menangis ke?Ke nak sambung lagi lepas ni”.
Ika memuncungkan bibirnya.Dia menghirup perlahan nescafe yang diberikan Amal
tadi.                                                              
 “Macam iklan kat tv pula,yang anak dia balik rumah menangis and mak dia buatkan air Nescafe untuk tenangkan dia”.Ika tersenyum sendiri,Amal ni kadang-kadang macam budak kecil tapi  kadang-kadang dia nampak matang.Comel je!   

                                                                                                                                                                                           
“Jangan nak tukar topik,tadi beria sangat menangis,sekarang tersenyum pula.Kau dah ok belum?”.
“ Menangis memanglah kena beria.Kau ni bila nak balik”.
“Aku tidur sini malam ni.Takut sawan kau tiba-tiba datang,siapa yang susah nanti”.
“Sawan?”,terjegil mata Ika mendengarnya.Dia membaling bantal kecil di tepinya ke arah Amal.Amal tergelak besar melihat reaksi Zulaika.
“Macamana kau dengan Syah boleh bergaduh,nasib baiklah aku cuma sembunyi dekat tandas,tadi kalau aku balik betul-betul,gaduh besar korang agaknya”.
“Amal!!Kau ni memang sengaja kan.Aku dah pelik bila kau tiba-tiba ada hal.Rupanya ni rancangan kau”.
“Yelah,kau ingat senang nak temukan kau dengan dia berdua.Macam sekali dalam seribu kali,tapi macamni pula jadinya”.
“Padan muka,lain kali jangan nak buat lagi.Lagi sekali kau buat macamtu,aku merajuk dengan kau,aku lari jauh-jauh”.Sengaja Zulaika menakutkan Amal,kerana dia memang tidak mahu berjumpa dengan Syahrul Aiman,yang pastinya akan membuat luka lamanya berdarah kembali.
“Alah,Ika janganlah.Aku dah tak buat lagi,aku buat ni semua sebab nak tengok sangat kau dengan Syah bersatu”.
“Semua tu tak mungkin Amal,aku dah tak berharap apa-apa dengan dia,dah sampai masanya untuk aku lepaskan dia.Betul cakap kau,aku je yang macam orang gila,simpan perasaan pada orang yang tak pasti suka kita.Bodohkan aku”.
“ Bukan bodoh.Tapi kurang pandai,kalau kau dah cakap macamtu.Aku dah tak boleh nak buat apa lagi,lagipun dalam dunia ni bukan dia seorang je lelaki.Betul tak?”.Amal memaut erat tangan sahabatnya itu.
“Betul,so mulai hari ni kau dengan aku kena buang di dalam fikiran kita”.
“Aku sekali,sorry ye,sejak aku dari sekolah lagi aku dah tak minat kat dia,kau tu je yang angau tak sudah.Lagipun suami aku lagi handsome daripada Si Tompok kau tu”.
“Untunglah,suami kau handsome”.
“Oii,tak ikhlas sangat bunyinya tu”.



“Manalah makcik ni,kalau berjanji memang susah betul nak tepati masa,dahlah orang call pun tak angkat”,Ika merungut sendirian di hadapan pejabatnya.Dari pukul 5 tadi dia  menunggu Amal yang berjanji untuk mengambilnya ,tapi sudah 15 minit masa berlalu dan bayang Amal pun tidak kelihatan.
Sebuah kereta Alza hitam berhenti dihadapan Ika,keluar seorang lelaki.Syahrul Aiman sedang berjalan ke arahnya,cepat-cepat dia berpusing untuk menyembunyikan diri,namun terlambat lelaki itu sudah pun melihatnya dari dalam kereta tadi.Ini mesti kerja Amal,desis hati Ika.
“Ika,awak kena ikut saya sekarang”.
“Syah,kenapa dengan awak ni,tak puas hati lagi ke tentang hal semalam”.
“Ops,saya bukan nak cari pasal lagi dengan awak.Sorry kalau awak masih marah pasal semalam.Amal ada kat hospital,saya jumpa dia pengsan kat depan rumah awak”.Berderau darah Ika,Amal pengsan.Patutlah dia tak sampai-sampai.
“Dia macamana sekarang.Apa awak buat kat rumah saya?”.
“Ika,boleh tak saya jawab soalan awak nanti.Kita pergi hospital dulu ye”.

“Sorry,aku terpaksa minta tolong Syah ambil kau kat pejabat.Aku tahu kau mesti marah kat aku kan”.
“Memang aku marah,tapi bukan pasal tu.Kenapa kau sakit tak beritahu aku,sampai pengsan.Kalau Syah tak datang rumah aku,tak tahulah apa jadi kat kau”.
“Manalah aku tahu,aku ingat pening-pening biasa je.Tiba-tiba masa nak pergi ambil kau kat pejabat,mata aku berpinar-pinar.Sedar je,aku dah ada kat sini”.
“Tapi kenapa Syah datang rumah?And macamana dia tahu alamat rumah aku”,Ika mengecilkan mata memandang Amal.
“Bukan aku!Aku tak terlibat.Ingat tak dulu Sue pernah bagi alamat rumah kau,sebab Syah personally nak jumpa kau,bincang tentang project yang kau reject tu ”.
Ika ketawa kecil melihat telatah Amal apabila dia sengaja membuat Amal merasa dialah yang memberitahu Syah alamat rumahnya.
“Kenapa kau gelak?”.
“Amal,kau tahu tak.Kau ni comel bila buat muka bersalah macam tu”.
“Itu aku dah tahu dari dulu”,Amal tergelak besar.
“Perasan betul makcik ni”.
“Opss..sebut pasal makcik.Tahu tak kau tak lama lagi nak jadi makcik”.
“Kau biar betul”.
Amal mengangguk dan tersenyum lebar.
“Wahhhhhhhhh!!!!!!!!!!!….. Alhamdulillah,tahniah Amal.Tapi taknak panggil makcik,panggil auntie kan nampak comel”.
“Suami kau dah tahu?”.
“Belum,nak suprisekan dia.Tadi aku dah telefon,dia on the way nak datang sini.Panjang umur sayang aku,itu dia dah datang.Siap sedia kena bebel la aku nanti”.
“Aku keluar dulu,gudluck Amal”.
“Ika,jangan marah-marah lagi dengan Syah.Dia rasa bersalah dengan kau pasal semalam.Berdamai ye”.



“Biar saya hantar awak balik,bukan senang nak dapat teksi malam-malam macamni”.
“Saya boleh naik bas,saya tak suka susahkan orang”.
“Saya tak rasa susah pun.Biar saya hantar awak balik Ika”.
“Awak ni memang annoying macamni ke?Dulu masa sekolah saya tak tahu perangai awak macamni”.
“Dan awak ni memang degil macamni ke?Setahu saya Zuaika yang saya dengar dari cerita Amal,bukan orang yang degil”.
“Isyhh….”,Zulaika menahan geram melayan kerenah Syahrul Aiman yang seperti tidak faham bahasa.
“Ok,sorry again.Sekali ni je,izinkan saya tolong awak.Kalau awak memang tak suka saya tolong awak sebagai Syah,anggap je saya tolong awak sebagai kawan Amal”.
Seekor kucing tiba-tiba keluar melompat dari tepi perhentian teksi,dengan sendirinya tanpa dipaksa Ika masuk ke dalam kereta Syahrul Aiman.
“Kata nak hantar saya,cepatlah”.
“Awak takut kucing ke?”,soal Syah apabila melihat Ika terjenguk-jenguk kepala melihat kucing di tepinya.
“Awak nak hantar saya balik tak?”soalan Syah dibiarkan sepi,dia takkan memberitahu lelaki itu kelemahannya yang takut pada kucing.

“Apa yang kelakar sangat takut pada kucing sampai awak tak berhenti gelak dari tadi?”.
“Saya bukan gelakkan awak,dj radio ni dia buat kelakar awak tak dengar ke”.Syahrul Aiman berdalih,bimbang mereka akan bertikam lidah lagi jika Ika tahu dia memang tergelak kerana Zulaika takut pada kucing.
Syahrul Aiman membelokkan keretanya ke kiri.
“Nak pergi mana ni,awak jangan macam-macam”.
“Ika,saya nak pergi singgah masjid,saya takut tak sempat nanti,magrib ni singkat”.
Zulaika tertunduk malu.
“Jom kita sembahyang sekali.Awak memang sempat sembahyang kat rumah,tapi dah ada kat masjid ni rugi kalau tak sembahyang sekali”.
“Awak pergi dulu,nanti saya pergi”.
“Takpelah,kita pergi sekali” .
“Saya tak boleh sembahyang,sakit orang perempuan”. Zulaika mengalah terpaksa juga dia memberitahu dia tidak boleh sembahyang kerana datang bulan.

“Owh,patutlah susah sangat diajak.Ok,tunggu saya kat kereta je”.Zulaika melihat lelaki dihadapannya itu berjalan,sehinggalah hilang dibalik pintu masjid.
Zulaika memegang jantungnya yang berdegup kencang dari tadi.Perasaan itu masih ada nampaknya,mulut memang boleh berkata tidak,tapi hati.
‘YA ALLAH kuatkanlah hatiku.Tetapkan hatiku untuk betul-betul membuangnya dari dalam hatiku.Zulaika menulis nota kecil di kereta Syah.


‘Syah,saya balik dulu,saya terlupa saya ada perjumpaan dengan client malam ni.Sorry dah susahkan awak hantar saya’.

No comments:

Post a Comment