Segala sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya,kau sedar ALLAH
sedang mengujiMu dengan memberikan kau dugaan ini.Apakah kau akan terus lemas
dan menyalahkan takdir atas apa yang berlaku padamu atau kau bangkit dan
menghadapi ujian ALLAH ini dengan menikmati kenikmatannya tanpa menyalahkan
takdir.Hidup memang seperti ini,kerana yang kita jalani sekarang hanyalah
sementara sedangkan kehidupan kita yang sebenarnya di akhirat kelak.
Dugaan yang kau hadapi sekarang,hanyalah kecil jika dibandingkan
dengan dugaan yang dihadapi saudara-saudara muslimmu di sana.Kau hanya diuji
dengan kesedihan yang hanya berpunca dari kebodohan dirimu sendiri,yang tidak
mampu mengawal hati dan diri.Kau menitiskan air mata kerana kekurangan
hidup,kekecewaan ditinggalkan orang yang disayangi,sedangkan mereka disana,air
mata yang mereka titiskan kerana mempertahankan agama mereka yang dipijak-pijak
kesuciannya oleh yahudi laknatullah.Sedarkah kau,betapa zalimnya kau sebagai
hamba ALLAH ,...
Tapi kadang-kala manusia leka dengan nikmat dunia yang ALLAH
anugerahkan ,tanpa mengucapkan Alhamdulillah kau dengan tanpa segan silu
menikmati setiap anugerahnya.Dimana malumu,dimana harga dirimu,kau menikmati
anugerahnya tapi kau tidak bersujud kepadanya.Kejamnya kau wahai manusia yang
telah diciptakan ALLLAH sebagai mahluk yang sempurna.
Harapan itu sentiasa ada,yang penting adalah keyakinan.Tanpa
keyakinan kau tidak akan mampu Berjaya,keyakinan hanya boleh dibentuk melalui
hati,hati yang penuh kerendahan dan tawakal kepada ALLAH.Biasakan lidahmu
dengan mengucapakan la haulawalaquataillah billahil aliyulazim...tawakal kepada
ALLAH,jika kau pernah merasai manisnya erti tawakal itu,pasti setiap saat di
dalam hidupmu,kau berusaha untuk tetap bertawakal kepada ALLAH.
Manusia memang secara lahiriah dilahirkan baik,kerana manusia
berasal daripada syurga.Tiada sebab untuk berkata, ‘aku memang ditakdirkan
untuk menjadi jahat’...itu semua tipu daya syaitan yang mahu menyesatkan hati
yang jauh dari ALLAH...tiada manusia dalam dunia ini dilahirkan untuk berbuat
kejahatan,sedangkan manusia yang zalim pun sebenarnya di dalam hatinya
tersembunyi rasa menyesal atas perlakuannya,namun dia tidak mampu mengalahkan
tipu daya syaitan.Itu semua kerana dia jauh dari ALLAH....manusia yang jauh
dari ALLAH adalah manusia yang paling rugi,bagaikan hilang diri sendiri,tanpa
arah tujuan yang jelas dalam hidup,dan tiada keyakinan dalam dirinya....
Insaflah wahai manusia,semakin kau jauh dari ALLAH,semakin jauh
jarakmu dari syurga yang penuh kenikmatan.Jangan kau leka dengan kenikmatan
dunia yang hanya sementara kerana nikmat yang sementara itu hanya akan
merosakkkan dirimu nanti kelak.ALLAH memang sengaja mengujimu dengan memberi
kenikmatan yang indah di dunia kerana jika kau terus leka dan hanyut dengan
kenikmatan yang sementara,kau hanya merugikan dirimu sendiri.Biarlah kau merasa
kesusahan,kerana itu semua hanya sementara,sedangkan di akhirat itulah
segalanya-galanya.ALLAH akan membalas kesabaranmu menghadapi kesusahan itu dengan nikmat syurga
yang tiada hentinya.
Hanya coretan untuk diri sendiri,dan jika diizinkan ALLAH ,insan yang sudi membacanya mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.