Tuesday

HANYA DALAM HATI (11)






“Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam”.Zulaika menarik nafas panjang.Cuba mencari kekuatan untuk bercakap dengan Syahrul Aiman.Sudah lebih tiga puluh kali lelaki itu menelefonnya ,namun sekarang dia baru mempunyai kekuatan untuk mengangkat telefon,itu pun setelah ibu memujuknya agar jangan melarikan dari masalah,masalah takkan selesai dengan melarikan diri darinya.Dia tahu selagi dia dan Syah tidak bercakap,lelaki itu akan terus menelefonnya.
“Ika”.Hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan Zulaika sebak.Nada suara Syah kedengaran sayu.
“Kenapa awak buat saya macam ni Ika?”.
“Mungkin ini  takdir yang terbaik untuk kita Syah”.
“Awak permainkan takdir,awak permainkan saya”.
“Saya tak pernah bagi harapan atau janji pada awak.Saya serahkan segala-galanya pada Dia.Ini semua ketentuan Allah yang kita tak mampu ubah,terima hakikat Syah.Kita takkan bersama”.
“Senang untuk awak Ika,tapi tidak bagi saya”.
“Syah,kita kenal sejak dari sekolah lagi.Awak sendiri tahu saya pun masih bergelut untuk melupakan seseorang.Kalau saya boleh cuba ,kenapa awak tidak?”.
“Saya tak sekuat awak Ika untuk menahan perasaan pada seseorang selama 6 tahun tanpa mengungkapkannya”.
“Sebab saya tahu,walaupun saya tak dapat bersamanya ,saya masih ada ALLAH s.w.t yang selalu ada setiap masa untuk saya”.
Syahrul Aiman terdiam.Kata-kata Zulaika menusuk masuk ke dalam hatinya.

 “Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Ketika Allah merindui akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman;
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah).
“Allah sedang menguji kita Syah,mungkin ini tanda kasih sayang dari Allah s.w.t  untuk kita berdua agar lebih bermunajah padaNya”.
“Lupakan saya,terima perjodohan keluarga awak.Kita mempunyai takdir masing-masing.Semalam merupakan peluang terakhir untuk kita,namun takdir tidak berpihak pada kita.Dan saya yakin awak pasti akan bahagia bersama jodoh yang telah dipilih oleh ummi awak.Kerana bersamanya ada restu dan doa dari seorang ibu”.
Perlahan menitis air mata Syahrul Aiman mendengar bait-bait hadis yang dibaca oleh Zulaika.Kerana keperibadian Zulaika inilah yang menyebabkan hatinya tertawan namun semuanya sudah terlambat.Dia harus ikhlas melepaskan gadis itu pergi dari hatinya.


“Mungkin ini memang yang terbaik untuk kita”.Pahit untuk diungkapkan namun itu realitinya.Syahrul Aiman sedar,apa pun yang dia lakukan,dia tidak mungkin dapat bersama dengan Zulaika.
“Saya akan cuba ikhlaskan awak pergi dari hati saya Ika .Tapi saya ada satu permintaan terakhir,anggaplah ini satu permintaan dari seorang sahabat dan jikalau permintaan saya ini tidak membebankan awak”.
“InsyaAllah,kalau saya mampu untuk tunaikan permintaan awak.Saya akan cuba”.
“Saya teringin nak rasa asam pedas yang awak masak”.






“Owh ,jadi malam tadi Syah ada bercakap dengan kau.Sebab tu kau hantar asam pedas kat office dia tadi.Habis tu kau ok ke tak ni?Kalau kau nak menangis kat bahu aku,aku sedia”.Amal yang terdiam dari tadi bersuara.
Zulaika tergelak kecil.
“Aku dah penat menangislah malam tadi.Kau sendiri yang beritahu aku kat rumah tadi kan.Hidup kena diteruskan,Syahrul Aiman ataupun si tompok,dia memang bukan jodoh yang telah Allah s.w.t tetapkan untuk aku”.
“Tapi pertemuan Ika dengan ummi Syah kat masjid ,Ika ada beritahu Syah tak?”.Tiba-tiba ibu baru teringat,malam tadi Zulaika menelefonnya dan menceritakan semua yang berlaku dalam keadaan menangis.
Amal memandang Zulaika dengan penuh minat.Belum habis lagi cerita ni rupanya!Hatinya berkata sendiri.
“Ika dah berjanji pertemuan kami hanya kami sahaja yang tahu”.
“Apa yang mak Syah cakap kat kau?”.Amal seperti menyedari ada sesuatu yang disembunyikan oleh sahabatnya.
“Perkara dah lepas Amal,aku pun dah tak nak ingat.Sebagai Ibu,aku tahu ummi Syah hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya”.
“Ceritalah,Ika.Aku tahu kau ada rahsiakan sesuatu ni?”.
“Amal,perkara dah lepas.Jangan diungkit lagi,biarlah Ika berehat.Penat memandu pun tak habis lagi tu”.Ibu menegur apabila melihat Amal yang asyik bertanya soalan kepada Zulaika.
“Tapi ibu..”.Kata-kata Amal habis sahaja di situ apabila melihat Zulaika yang berada ditepinya mengesat air mata yang jatuh di pipinya.
“Ika,sorry.Aku janji,aku tak tanya lagi dah.Kau janganlah sedih lagi”.
Zulaika tersenyum pahit.Entah mengapa apabila teringat pertemuan di antara dia dan ummi Syah,hatinya tersentuh.Keperibadian ummi Syah yang lemah lembut dan sopan ketika berbicara,membuat dia tidak sampai hati jika dia mengecewakan hati wanita tersebut.




“Sebenarnya ibu,malam tu Ika jumpa dengan Syah.Tapi hanya Ika yang nampak dia,dia tak nampak Ika”.Zulaika memberitahu ibu ketika Amal sedang mandi.Bukannya dia tidak mahu memberitahu Amal,namun dia bimbang reaksi sahabatnya itu nanti.
“Habis tu,kenapa tak tegur dia”.
“Kerana janji Ika pada ummi Syah”.
“Apa sebenarnya yang ummi Syah beritahu Ika,sampai Ika boleh berjanji dengan dia”.
“Selain ibu,dia adalah wanita yang lemah lembut dan sopan yang Ika pernah jumpa.Kata-kata dia tiada sindiran atau pun kurang sopan.Yang keluar hanyalah kata-kata memohon maaf dan memohon supaya Ika tinggalkan Syah.Macamana Ika mampu pentingkan perasaan Ika ketika Ika terpaksa mengecewakan hati seorang wanita yang mulia seperti dia.Sebagai ibu,dia hanya menginginkan yang terbaik untuk anaknya”.
“Ibu tahu,anak ibu ni sudah melakukan yang terbaik.Takpe ,mungkin hati Ika terluka namun ingatlah Allah sedang menguji Ika.Allah sedang menguji sekuat mana Ika mampu menghadapi ujian yang di timpakannya.La tahzan Innallaha ma’ana”.
Zulaika memeluk erat ibu,walaupun ibu hanyalah ibu angkatnya,namun dia tidak pernah merasa apa-apa kekurangan dari kasih sayang ibu untuknya.Dan saat ini,dia memang sangat memerlukan pelukan hangat dari seorang ibu agar hatinya lebih tenang.





‘Encik Syah,ada seorang perempuan hantar barang untuk encik di pejabat’.

Sebaik sahaja membuka mesej yang di hantar dari setiausahanya itu,Syahrul Aiman bergegas ke pejabat.Dengan hanya mengenakan baju t-shirt biasa dan seluar track suit Syahrul Aiman sudah pun berada di dalam pejabatnya.Setiausahanya hanya tersenyum simpul melihat penampilan santai bosnya itu.
Melihat asam pedas di atas mejanya,Syah sudah dapat mengagak siapa yang menghantar barang tersebut untuknya.Dia duduk memandang asam pedas dan buku di hadapannya.
‘Andainya waktu dapat aku undur kembali,pertama kali kita bertemu aku pasti menyuntingmu sebagai suri hidupku yang aku yakin pasti dapat membahagiakan aku di dunia dan juga di akhirat’.
Syahrul Aiman menulis kata-kata itu di belakang nota kecil yang diselitkan Zulaika di dalam buku yang diberinya.Terima kasih YA ALLAH,walaupun aku tidak akan memilikinya,namun Kau telah memberi peluang hati ini untuk merasai secebis kasih sayang darinya.



“Tak kerja hari ni Syah?”.Ummi menegur Syah yang sedang duduk menghadap laptop di dalam biliknya.
“Tak ummi.Tadi Syah ingat nak masuk half day,tapi badan rasa tak sihat”.
“Syah demam ke?Syah belum mandi lagi kan,pergi mandi ,lepas tu turun makan.Nanti ummi masakkan bubur”.
Syah bangun dengan perlahan,dia mencapai tuala ditepinya.Langkah kakinya terhenti sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.Dia mendapatkan ummi yang sedang mengemas meja kerjanya.
“Ummi,Syah minta maaf kalau selama ni Syah banyak susahkan hati ummi.Syah tahu ummi hanya mahukan yang terbaik untuk Syah.Mulai hari ini,Syah akan dengar semua kata-kata ummi.Syah akan teruskan pernikahan ini,Syah yakin pilihan ummi adalah pilihan dari Allah s.wt. untuk Syah.Terima kasih untuk kasih sayang ummi selama ini”.
Ummi terdiam mendengar kata-kata Syah,terasa sayu hatinya mendengar kata-kata maaf dari anaknya itu.
“Syah,anak ummi yang baik.Ummi tak pernah terasa susah hati kerana Syah,kerana Syah selalu menyenangkan hati ummi.Tiada apa yang perlu Syah mohon maaf,dari dulu sampai sekarang,ummi selalu maafkan anak-anak ummi.Pergilah mandi,lepas tu turun makan”.
Syahrul Aiman melangkah masuk ke dalam bilik air.Barulah lega hatinya apabila dia dapat memohon maaf kepada ummi yang terpaksa melayan karenahnya selama ini.Dia ingat lagi,bagaimana ummi terpaksa menebalkan muka apabila dia sengaja tidak datang semasa pertemuan dengan keluarga tunangnya.Dan semasa itu dia pergi ke kampung Aizad,kononnya untuk menenangkan fikiran.


Ummi memandang satu bungkusan di atas meja di tepi katil Syahrul Aiman.
“Siapa yang bagi Syah asam pedas ni?”.Ummi bertanya sendiri.Di tepinya ada sebuah buku.Ummi mengambil buku tersebut,di dalamnya terselit sekeping nota.
‘TAK SEMUA YANG KITA IMPIKAN AKAN KITA MILIKI,NAMUN TAK SEMUA YANG KITA MILIKI SELALU KITA SYUKURI..MUNGKIN KITA BUKAN JODOH YANG DITETAPKAN OLEH ALLAH S.W.T..AWAK DAN SAYA AKAN MENEMUKAN KEBAHAGIAAN MASING-MASING.TERIMA KASIH KERANA PERNAH HADIR DALAM HIDUP SAYA WALAUPUN HANYA UNTUK SEKEJAP.SEMOGA AWAK BERBAHAGIA DAN SYAH KEBAHAGIAAN SEORANG ANAK ADALAH APABILA MELIHAT IBU DAN AYAHNYA BAHAGIA’.

Terdiam ummi membaca nota tersebut,entah mengapa dia seperti dapat meneka siapa gerangan insan yang menghantar barangan tersebut.Peristiwa malam semalam bermain di fikirannya.
Jujur hatinya sudah terpaut dengan perwatakan Zulaika,walaupun itu pertama kali mereka bertemu.Senyuman gadis itu,mungkin itulah yang membuatkan hati anaknya terpaut.Namun kerana janjinya pada arwah ibu dan kepada bakal besannya,ummi harus melakukan sesuatu,walaupun akhirnya dia tahu Syah yang akan terluka.
“Maafkan ummi Syah”.Perlahan dia menyeka air matanya.
“Berdosakah aku kerana memisahkan dua hati ini Ya Allah??SesungguhNya semua ini aku serahkan hanya padaMu.Kuatkanlah hati anakku dan gadis yang tidak bersalah itu”.






Dua bulan selepas itu..

“Jaga diri baik-baik.Jangan lupa makan,kalau Ika ada masa terluang,baliklah rumah.Ibu selalu menunggu Ika”.Zulaika terdiam.Hari ini adalah hari pelepasannya ke Sarawak.Dia mendapat tawaran untuk menjadi professional photographer bersama salah syarikat terkemuka di Sarawak.
“InsyaAllah ibu.Ibu jaga diri baik-baik,jaga ayah.Segala pesanan ibu akan Ika ingat sebab dalam dunia ni,Ika hanya ada ibu,Amal,ayah dan Aizad.Hanya ibu dan keluarga yang sudi menyayangi anak yatim macam Ika ni.Ika mintak halal segala makan dan minum selama Ika duduk bersama ibu”.
“Ibu dah halalkan semua Ika.Ika satu je pesanan ibu.Hati yang terluka tu jangan dibiarkan terlalu lama berdarah,cuba buka hati untuk orang lain.Di tempat baru,mungkin akan hadir insan yang mampu mengubati hati Ika,janji dengan ibu.Kalau ada lelaki yang baik datang dalam hidup Ika,tolonglah buka pintu hati Ika untuk dia”.
Zulaika tersenyum pahit.
“InsyaAllah ibu,Ika serahkan semua pada Allah s.w.t.Amal tak datang ke ibu,dia marah lagi agaknya dengan Ika?”.
“Marah-marah sayang.Ika kenal Amal tu kan,lagipun mesti dia sedih nak berpisah dengan kawan baik dia ni”.
“Tak sempat Ika nak jumpa baby Amal,dia dah 8 bulan kan ibu.Sedih pula nak tinggalkan dia dengan keadaan perut dia dah terboyot-boyot tu”.
“Kalau sedih,kenapa nak tinggalkan juga aku?”.Satu suara menegur Zulaika dari belakang.
Amal dan suaminya sedang berdiri di belakang kerusi Ika.
“Kau tak payah pergilah.Aku takde kawan nanti kat sini”.Air mata Amal sudah pun menitis-nitis.
“Amal.kau janganlah menangis.Nanti aku menangis juga”.Zulaika sudah pun menitiskan air mata.Dia masih ingat reaksi Amal yang membantah ketika dia menyuarakan hasrat untuk menerima tawaran kerja di Sarawak selama 7 tahun.
“Aku pergi demi masa depan aku.Janganlah sedih-sedih macam ni,nanti anak kau yang kat dalam tu mengikut cengeng macam ibu dia”.
“Kau jujur dengan aku Ika,kau pergi sebab kau masih belum lupakan Syah kan?”.
Zulaika tersenyum kecil mendengar pertanyaan Amal.
“Ika,Syah dah tiada kena mengena dalam hidup aku lagi sekarang ni.Lagipun dia bakal suami orang.Semuanya sudah berakhir Amal,aku dah lupakan dia”.
“Aku kenal kau Ika,tak semudah itu untuk kau buang dia dalam hati kau”.
“Memang,tapi sekurang-kurangnya aku sedang cuba.Dahlah,tak mahu cakap pasal dia lagi.Hadiah untuk anak kau,ada kata dalam rumah aku.Selama aku pergi Sarawak ni,aku minta tolong Sue tengok-tengokkan rumah.Pejabat,aku dah jual semua syer aku pada Sue”.
“Cara kau cakap,macam kau dah tak nak balik sini lagi?”.
“Aku akan balik Amal,sebab keluarga aku ada kat sini,tapi mungkin bukan dalam masa terdekat ni”.
“Kau balik nanti anak aku dah besar,tak dapatlah jumpa makcik dia”.
“Skype kan ada?Bila-bila je kau rindu aku on je skype tu,aku pun dah buatkan account skype untuk ibu”.

“Ika,flight berlepas pukul berapa?”.Ayah bertanya.
“Pukul 11 pagi,nasib baik ayah ingatkan.Lupa pula nak tengok jam bila berbual dengan Amal”.
Zulaika bersalaman dengan ibu dan Amal untuk terakhir kali.Meninggalkan insan-insan yang menyayangi dirinya bukanlah sesuatu yang mudah,tapi ini mungkin yang terbaik.
Dengan langkah kaki yang berat Zulaika menuju ke balai pelepasan.







“Aku terima nikahnya Zulaika Binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai”.Sudah berulang-ulang kali dia menyebut lafaz akad nikah tersebut.
Syahrul Aiman duduk termenung di biliknya,sebentar lagi dia akan bergelar seorang suami.Dari malam tadi lidahnya seperti terbelit-belit ketika menyebut lafaz akad nikah menggunakan nama isterinya.Namun apabila nama Zulaika yang disebutnya,lancar pula lidahnya menyebut.Betullah kata orang,lain di mulut,lain pula di hati.

Ketukan di pintu mematikan lamunan Syah.Masuk anak saudaranya yang kecil bersama kakaknya.
“Dah boleh gerak sekarang?”.
“InsyaAllah,akak turun dulu.Syah nak ambil wudhu sekejap”.
“Kuatkan hatimu dik,mungkin ini yang terbaik”.Syah tersenyum kecil mendengar kata-kata kakaknya.


Zulaika bersandar di tempat duduknya,nasibnya baik kerana dia duduk bersebelahan dengan tingkap.Berada di kepulan awan atas sana,mungkin dapat menghilangkan segala resah di dalam hatinya.
Telefon bimbitnya berbunyi,dia melihat nombor yang tertera di skrin telefon.
Syah!
Zulaika berkira-kira untuk mengangkat panggilan tersebut.Makcik disebelahnya tersenyum kepada Zulaika.
“Angkatlah ,mungkin ada yang penting dia nak beritahu tu”.

“Assalammualaikum”.
“Waalaikumussalam”.
“Hari ni majlis pernikahan saya”.
“Saya tahu”.
“Awak tak nak datang?”.
“Untuk apa?”.
“Beri saya kekuatan”.
“Saya bukanlah orang yang penting untuk beri kekuatan pada awak”.
“Saya rasa tak mampu untuk teruskan pernikahan ini”.
“Awak mampu Syah,awak wajib mampu.Jangan jatuhkan maruah keluarga awak”.
“Maruah keluarga…”.
“Jagalah hati ummi awak Syah,dia terlalu banyak berkorban untuk awak selama ini”.
“Siapa nak jaga hati saya”.
“ALLAH”.
“Bantulah saya Ika,agar saya mampu teruskan pernikahan ini”.
“Ikhlas Syah.Ikhlaskan hati awak menerima semua ini”.



“Aku terima nikahnya Aisya Humaira binti Ismail dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai”.Dengan sekali lafaz,Syahrul Aiman sah menjadi suami kepada Aisya Humaira.Memandang wajah lembut milik isterinya,hati Syahrul Aiman menjadi lemah.Kata-kata Zulaika di akhir perbualan tadi bermain di fikirannya.
“Ikhlas.InsyaAllah aku ikhlas menerima Aisya Humaira sebagai suri hidupku”.-Syahrul Aiman.



  “Dan aku tahu, walau tanpa doaku, kau tetap akan berbahagia. Ketahuilah, rasa ini akan pudar akhirnya. Dan doanya, mungkin nanti tidak akan lagi aku titipkan. Dan harapan, mungkin akan terlupakan. Tapi satu yang pasti, yang membuat mu bahagia, adalah rahmat dan kasihNya. Bukan aku, bukan doaku, dan mungkin juga bukan harapanku.Memang perasaan ini untuk ku simpan hanya dalam hati”.-Zulaika

Cinta tak semestinya akan bersama.Realiti kehidupan harus dijalani,Zulaika memandang ke luar kapal terbang.Bandaraya Sarawak terbentang luas di hadapannya,InsyaAllah satu hari nanti dia juga akan menemukan kebahagiaannya sendiri.Walaupun bukan dengan si tompok ataupun mungkin dia akan bertemu dengan si tompok yang lain.