Wednesday


Melepaskanmu

Tak semudah itu untuk melepaskan insan yang pernah berada di dalam hati kita..
Perlukan masa yang sangat lama kerana hati manusia tidak semudah itu untuk berubah..terutama bagi seorang yang bernama wanita

Namun sebagai seorang hamba Allah kita harus redha dengan ketentuan yang telah Allah tentukan.Ya..memang pahit,pedih,berdarah untuk memujuk hati supaya sedar ini mungkin lebih baik.
Kita sebagai hamba memang kadang tidak pernah sedar setiap apa yang Allah tentukan itu ada hikmah si sebaliknya.

Sesuatu yang kamu sangkakan baik untukmu sedangkan ia memberi mudarat..dan sesuatu yang kamu sangkakan buruk  untukmu sedangkan ia memberi manfaat untukmu..

Untuk hati-hati yang sedang diuji dengan ujian bertimpa-timpa dari Allah..bangunlah dari kesedihan yang berlebihan..

Tidak salah untuk bersedih,menangis..kerana lumrah seorang insan memang dicipta lemah..tapi cukuplah bersedih dan merintih..bangun dan ucapkan pada diri sendiri...Allah sayang aku sebab tu aku diuji sebegini..

Dekatkan diri pada Allah,jauhkan diri dan perasaan daripada memikirkan hal yang membuat kau jauh dari Allah.Tepis segala dugaan..kau ada Allah..pedulikan semua kata-kata nista manusia sedangkan dia juga tidak sempurna..

Hiduplah dengan bahagia untuk hidupmu..jangan biarkan kata-kata janji manis dan kata-kata nista manusia membuat kau lemah dan kembali menagih kasih manusia..sedangkan yang kau lebih perlukan kasih dari Allah.

Kadang manusia mampu memberikan kata-kata nasihat yang baik untukmu tapi dia sendiri sedang mengumpulkan kekuatan untuk dia terus bertahan menghadapi hidupnya..dan kau harus sedar jika kau merasakan saat ini kau insan yang paling susah ,paling malang dalam dunia..ketahuilah ada insan yang lebih malang daripadamu namun di dalam hatinya masih ada rasa syukur dan di mulutnya masih terucap kata Alhamdulillah..