Wednesday

coretan pertama semenjak 5 tahun bersara daripada menulis


ISLAM IS BEAUTIFUL
Pertama kali aku mendengar perkataan itu dari mulut seorang gadis yang begitu asing bagi diriku.Nurul Ain,nama itu ku kenali semasa hari pertama aku memasuki kawasan kampus ini.Hari itu panas terik dan aku baharu sahaja meletakkan beg galas yang berisi barang-barang peribadiku di tepi kerusi  dan tiba-tiba aku di sapa oleh sesuatu…dan dalam masa beberapa detik,aku sudah pun berada di lantai  bersama buku-buku yang menyapaku secara tiba-tiba tadi.
“Astagfirullahalazim!Maafkan saya,saya betul-betul tak sengaja”,aku melihat seorang gadis yang berkulit cerah sedang berdiri di hadapanku.Dari riak wajahnya aku tahu dia merasa bersalah atas apa yang terjadi pada diriku.Perlahan dia mengutip buku-bukunya yang telah berselerak tadi,aku pula masih duduk mengharap dia menghulurkan tangan untuk membantuku bangun.Namun dia hanya berdiri sahaja memandangku,mahu atau tidak aku pun membangunkan diriku sendiri.
“Maafkan saya”,kali kedua dia meminta maaf.Aku hanya mendiamkan diri,sambil membersihkan seluarku yang terkena kotoran  di lantai tadi.
“Maafkan saya”,sekali lagi ungkapan itu di ucapkan,mudahnya dia mengucapkan kata-kata maaf itu,bukankah manusia terlalu ego untuk mengucapkan kata maaf walhal kadangkala memang itu kesalahan mereka sepenuhnya,namun manusia di hadapanku ini dengan rendah diri mengungkapkan kata maaf.Kasihan aku melihat wajahnya yang serba salah itu,lalu aku hanya tersenyum.
“Takpelah,saya tahu awak tak sengaja,cuma lain kali saya harap awak lebih berhati-hati”.
“Maaf….
“Saya dah maafkan awak,dah tiga kali awak ucapkan kata-kata tu,dah cukup memadai bagi saya”,aku memotong kata-kata gadis itu.Namun sempat aku melihat tag namanya,Nurul Ain.
Dia tersenyum ke padaku.  “Terima kasih sebab maafkan saya”.Dan dia berjalan mahu pergi.
“Maafkan saya cik Nurul Ain,sebelum saya terlupa nama saya Muhammad Adam,pelajar jurusan perniagaan,ini hari pertama saya masuk ke sini”.Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman,namun dia tidak menyambut ,hanya sekadar mengangguk.
Baru sahaja aku mahu berbual terus dengannya tiba-tiba kawannya datang menyapa dan membawanya pergi,namun aku perasaan,dia sempat menoleh ke arahku sebelum menghilang di sebalik bangunan.
Berkulit cerah,senyuman manis,sopan santun dan orangnya merendah diri.Adam menilai gadis yang baharu sahaja di temuinya tadi.Tetapi tag nama yang dipakainya itu bukan tag nama seorang pelajar,mungkinkah dia salah seorang pensyarah di kampus ini,tapi takkan lah muda sangat pensyarah kat kampus ni.Kalau aku yang jadi pelajar,memang tak belajarlah aku,menghadap muka pensyarah je lah jawabnya.Adam berkata sediri.

“Adam dah solat?”;pertanyaan dari teman serumah  aku biarkan sepi.Bukannya aku tidak mahu solat,cuma biarlah ia datang dari hati,barulah solat ku tidak sia-sia.Takkanlah aku nak solat sebab kawan-kawan.Tetapi nasib aku memang agak baik,aku mendapat teman serumah  yang alim,tidak pernah dia mengungkapkan perkataan aku dan kau,dia membahasakan dirinya saya,dan dia memanggil aku dengan namaku.
“Tidak elok melewat-lewatkan waktu solat Adam”.
“Saya nak solat kat surau,dah janji dengan kawan-kawan tadi,tengah tunggu mereka ni”,aku  memberi alasan.
“Alhamdulillah,solat  di surau berjemaah lebih elok,lain kali ajaklah saya Adam.Bolehlah kita berjemaah bersama-sama”.
“InsyaALLAH”,Adam menyarung t-shirtnya dan terus meminta diri untuk keluar.Dia tahu jikalau dia terus berada di dalam bilik ,pasti teman biliknya itu akan mengesan bahawa tadi cuma alasannya sahaja untuk mengelak.
Kadangkala aku ada terfikir juga,kalaulah hari ni hari terakir aku di dunia ni,masih sempatkah aku nak bertaubat??Tapi entah kenapa insaf yang aku rasa hanya sekejap,selaju mana masa berpusing,selaju itu insafku juga hilang entah ke mana.Bukan salah ibu dan ayahku,mereka adalah insan yang paling mulia di dalam hidupku,dari kecil aku dididik dengan ilmu agama namun apabila sudah meningkat dewasa dan aku sudah hidup berjauhan dengan mereka,aku sudah melupakan itu semua,dan jikalau aku solat pun selama ini hanya ketika aku pulang ke rumah.Rasa bersalah itu memang ada,tapi …………………………………ALLAH sahaja yang tahu.Biarlah aku tunggu pintu hatiku ini terbuka dengan seikhlas hatinya,dan aku berharap bila hari itu tiba,aku masih mempunyai kesempatan untuk  bertaubat.
ISLAM IS BEAUTIFUL.Aku membaca kata-kata itu di buku catatan Nurul Ain,tanpa sengaja aku terlihat ketika bertemunya di perpustakaan.Rupanya dia menjadi pembantu pensyarah di sini sementara sebelum melanjutkan pelajaran di  Sydney,Australia.
  ‘ISLAM IS BEAUTIFUL’boleh awak terangkan pada saya,maksud kata-kata itu”.Suatu hari aku bertanya kepada Nurul Ain sewaktu kami mengadakan belajar berkelompok,ketika itu rakan-rakan lain sedang mencari bahan rujukan,tinggal aku dan Nurul Ain sahaja di meja.
“Awak akan faham maksud kata-kata itu,bila awak selami diri awak sendiri.Saya tak mampu nak terangkan maksud kata-kata itu kepada awak.awak kena fahami dengan hati awak”.
Itu bukan jawapan yang ingin aku dengar daripadanya,namun baharu sahaja aku mahu membuka mulut,rakan-rakanku sudah kembali ke meja dan perbualan kami terhenti setakat itu sahaja.Tetapi aku masih tidak berpuas hati.


“Malam ni kita keluar,dah lama kita tak keluar macam dulu-dulu,takkanlah U buzy sangat,sampai tak sempat nak spent time dengan girlfriends U ni”,rengekan Nisa yang manja itu membuat Adam tidak selesa,apatah lagi kehadiran Nisa secara tiba-tiba di kampus memang memberi  kejutan kepada dirinya.Dengan skirt pendek dan baju tanpa lengan,membuat teman serumahnya  awal-awal tadi sudah meminta izin untuk keluar awal.Dia faham,teman serumahnya  itu tidak selesa dengan kehadiran Nisa di sini.
“Nisa,behave yourself.Ingat kita sekarang kat kawasan kampus,janganlah manja-manja sangat”.
“Biarlah,tahu tak I rindukan U,dahlah U sambung study tak beritahu I,tiba-tiba hilang macam tu je.Sejak U takde,hidup I sepi,dah tanpa orang nak teman I”.Nisa merangkul badan Adam,namun ditepis Adam perlahan.
“Adam kenapa ni?Dulu U paling suka bila I peluk U,takkan sebab U serumah dengan mat alim U pun dah berubah”,ada nada sindiran di kata-kata Nisa itu.
“Setiap orang perlu berubah Nisa,kita tak tahu apa akan terjadi pada diri kita esok”.
“Damn it!!!I memang dah tak kenal U lagi Adam,where my sweet boy?Come on,jangan sebab U kawan dengan budak alim,U pun nak terikut-ikut macam dia,seriously  Adam”.
“Tiada kena mengena I berkawan dengan siapa,kita makin dewasa Nisa,sedikit sebanyak kedewasaan itu merubah diri kita…
“Stop it.I tak datang sini hanya  untuk dengar U ceramah pada I.Kalau U nak berubah sangat,U berubah sendiri,I suka dengan kehidupan I yang sekarang”,Nisa memotong kata-kata Adam.Nisa terus menaiki keretanya dan terus memandu laju.Adam hanya memerhati dari jauh,entah mengapa dia tidak ada niat untuk menghalang Nisa pergi.

Malam itu entah mengapa tiba-tiba Adam merasa badannya seram sejuk,dia mengiring ke kiri tidak selesa,ke kanan apatah lagi.Akhirnya dia bangun daripada katilnya ,dia terpandang sejadah miliknya yang dihadiahkan oleh ibunya ketika dia baharu sahaja memasuki kampus ini.Berapa kali sahaja dia pernah menggunakan sejadah itu  untuk bersolat.
Air mata tiba-tiba menitis daripada tirai matanya,Astagfirullahalazim! Astagfirullahalazim! Astagfirullahalazim! Astagfirullahalazim! Astagfirullahalazim! Astagfirullahalazim!.
Teman serumah Adam yang sedang tidur terdengar esakan tangis Adam,dia bangun nak pergi ke bilik Adam.
“Kenapa Adam menangis,boleh saya bantu Adam?”.
“Aku nak solat,bantu aku,aku nak solat,aku dah lupa,dah lama sangat aku tinggalkan solat,boleh kau bantu aku”.
“InsyaALLAH,marilah saya bantu Adam”.Saat pertama kali aku menyucikan diriku dengan air sembahyang,hatiku terasa nyaman sekali,dan terngiang-ngiang kata-kata ibuku sewaktu mengajarku mengambil air sembahyang ketika aku masih kecil lagi.
“Adam,marilah kita solat hanya kerana ALLAH,ikhlaskan hatimu sahabat ,insyaALLAH semuanya akan menjadi lebih baik bagi dirimu”.Dengan hidayah yang ALLAH s.w.t berikan aku mula mengingat semula bacaan-bacaan solat yang telah lama aku tinggalkan dahulu dan aku bangga mempunyai teman serumah yang memang mempunyai tokoh sebagai seorang imam.

Malam itu setelah selesai menunaikan solat sunat taubat,aku menghabiskan malamku sehingga ke subuh dengan beristigfar.Dan selesai solat subuh aku membaringkan tubuhku menghadap kiblat,supaya aku mendapat keredaan daripadaNya.

Sudah dua bulan aku menjalani kehidupan baruku,hatiku semakin tenang,dan setiap apa yang berlaku aku hadapi dengan tabah.Ada juga teman-teman yang menyindir perubahan diriku,namun aku tersenyum.Biarlah bila mereka bosan nanti,tahulah mereka untuk tidak terus menyindirku.
ISLAM IS BEAUTIFUL.Barulah aku mengerti mengapa Nurul Ain tidak mampu menjawab pertanyaan aku.Barulah aku mengerti mengapa dia menyuruh aku menyelami diriku sendiri untuk mengetahui maksud ISLAM IS BEAUTIFUL  itu.
Nurul Ain,entah mengapa sejak akhir-akhir ini aku merasakan gadis itu seakan menjarakkan dirinya daripadaku.Jika bertemu,pasti ada sahaja alasannya utnuk pergi daripadaku.Dan entah mengapa hatiku pula terlalu ingin mendekatkan diri kepad Nurul Ain,seorang gadis yang telah memperkenalkan aku dengan kata-kata ISLAM IS BEAUITIFUL.
Petang itu aku memberanikan diri untuk bertemu dengannya,namun sampai sahaja di hadapan rumah sewanya,aku mula teragak-agak.Aku menarik nafas panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan.
“Maafkan saya,jika saya melakukan kesalahan kepada awak,mungkin tanpa disengaja saya membuat hati awak rasa terluka,maafkan saya”,  aku mengatakannya kepada Nurul Ain.
Dia hanya terdiam memandangku.Ada sesuatu yang disembunyikannya.
“Nurul Ain?”.
“Maafkan saya Adam”.Dia terus beredar pergi meninggalkan Adam termangu sendirian,dan Adam dapat melihat gadis itu pergi sambil menitiskan air matanya,tetapi air mata itu untuk apa,Adam bertanya-tanya.


“Ya ALLAH,Kau Yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hatiku.Kau yang telah menciptakan suatu perasaan di jiwa ini untuk dirinya,ampunilah aku Ya ALLAH.Aku sudah tidak mampu untuk terus menahan perasaan kasih yang telah wujud di dalam diri ini untuk dirnya Ya ALLAH.Namun aku takut Ya ALLAH,perasaan kasihku terhadapnya melebihi perasaanku kepadaMU.Janganlah kau biarkan jiwa dan perasaan ini menjauh dari diriMU Ya ALLAH.Bantulah aku untuk mengasihinya hanya kerana MU Ya ALLAH.Biarlah aku menjauhkan diri ini daripadanya jika itu sahaja yang mampu membuat aku mengasihi dirinya tidak melebihi diriMU”.
Nurul Ain duduk berteleku di atas sejadah,kejadian petang tadi memberi kesan kepada jiwanya,entah mengapa saat mendengar kata-kata maaf daripada Adam  hatinya tersentuh.Lelaki itu tidak melakukan kesalahan kepada dirinya,cuma dia,dia tidak mampu untuk terus bertemu dengan Adam  kerana telah tercipta suatu perasaan untuk Adam di dalam hatinya.Dalam diam dia telah menyimpan perasaan kasih kepada lelaki itu dan mungkikah ini namanya cinta.Namun dia bimbang,jika rasa cinta yang terlahir ini membuat kan dia lalai mencintai ALLAH.

“Assalamualaikum”.Adam memberi  salam kepada Nurul Ain yang sedang asyik mengemaskan sejadah-sejadah di surau kampus.Mungkin ini takdir yang menemukan mereka secara tidak sengaja.
“Waalaikumussalam”.Nurul Ain terkejut dengan kehadiran   Adam di situ,hari ini memang dia ditugaskan untuk membersihkan kawasan surau.
“Izinkan saya untuk berbicara dengan awak Nurul Ain”.Adam melihat Nurul Ain tidak selesa dengan kehadirannya.
Nurul Ain hanya mengangguk tanpa memandang wajah Adam.Bimbang dia jikalau dia memandang wajah lelaki itu,dia akan menjadi lemah .
“ISLAM IS BEAUTIFUL.Kata-kata yang tercatat di buku awak itu memberi saya sesuatu yang tidak pernah saya temui selama ini.Benar kata awak,saya akan memehami maksud kata-kata itu jika saya dapat menyelami diri saya,dan Alhamdulillah dengan bantuan ALLAH s.w.t dan seorang sahabat sejati saya mula dapat menyelami diri saya dan memahami kata-kata ISLAM IS BEAUTIFUL.Namun dalam perjalanan saya mencari maksud kata-kata itu,saya sebenarnya sudah terikat dengan orang yang menulis kata-kata itu.Setelah sekian lama saya mencari-cari erti kata cinta sejati,saya mula merasakan diri ini semakin dekat dengan awak,saya akui sebelum ini saya pernah mencintai seseorang,namun cinta yang saya berikan kepadanya di saat  saya belum mengenali  erti ISLAM IS BEAUTIFUL.Dan saat ini bila pintu hati saya terbuka untuk menerima bahawa islam itu memang indah,cinta yang saya pendamkan di dalam hati itu mula mencari –cari insan yang mampu memberi  saya cinta yang hakiki yang mampu membawa saya kepada cinta ALLAH yang lebih indah.Dan saat ini yang saya lihat,hanyalah awak Nurul Ain,insan yang telah memperkenalkan saya kepada ISLAM IS BEAUTIFUL”.
“Saya tahu semua ini terlalu cepat untuk awak terima,namun saya tidak mampu untuk terus memendam perkara ini.Awak ada hak untuk menolak saya kerana saya bukanlah seorang lelaki baik,dan saya tahu lelaki yang baik untuk wanita yang baik,awak seorang wanita yang baik dan amat istimewa di hati saya.Tetapi jikalau awak menerima saya,saya akan belajar untuk menjadi seorang lelaki yang baik,lelaki yang mampu membawa awak kepada kebahagiaan di dunia dan insyaALLAH di akhirat”.
“Adam,terima kasih untuk cinta yang terlalu besar daripada awak.Saya hanya insan biasa,bukanlah istimewa seperti yang awak katakan.Dan selamat kembali kepada islam yang indah,semoga awak menjadi seorang muslim yang diredai dan dicintai ALLAH.Tapi Adam janganlah awak mencintai diri saya kerana siapa saya,cintailah diri saya kerana ALLAH,saya bimbang rasa cinta awak terhadap saya akan melalaikan rasa cinta awak kepada ALLAH”.
“Mendengar kata-kata awak,semakin kagum saya pada awak Nurul Ain.InsyaAllah saya akan berusaha menjadi muslim yang diredai dan dicintai ALLAH,dan  saya tahu perasaan memang tidak boleh dipaksa,saya reda jika awak tidak menerima huluran cinta yang saya berikan……………….
“Saya tidak pernah berkata,saya menolak awak Adam.Cuma saya tidak mahu cinta yang awak berikan kepada saya melalaikan awak dan juga saya untuk terus mencintai ALLAH”,Nurul Ain memotong kata-kata Adam.
“Maksunya,awak terima saya dalam hidup awak”.
Nurul Ain mengangguk perlahan,mengiyakan kata-kata Adam.Dan pandangan mata mereka bersatu,Adam memanjatkan kesyukuran di dalam hatinya ke hadrat ALLAH s.w.t.Semoga ALLAH memberkati segala-galanya.

Ketukan yang bertalu-talu di pintu ,membuatkan Adam terjaga daripada tidur.Dia memandang jam dinding di belakangnya,pukul 2.30 pagi.Siapa pula yang datang pagi-pagi macam ni?Dia bertanya sendiri.Lemah kakinya melangkah menuju ke pintu.
“Astagfirullahhalazim!Apa salah saya?”,Adam meraba-raba mukanya yang sakit akibat tumbukan secara tiba-tiba abang Nisa  semasa dia membuka pintu tadi.
“Jangan nak berlagak alim ,kau dah buat tapi tak nak tanggungjawab.Lelaki jenis ape kau ni,kau dah buat adik aku sampai mengandung lepas tu kau nak tinggalkan dia macam tu je”.
Berderau darah Adam mendengar kata-kata abang Nisa itu.Dia melihat Nisa hanya terduduk diam di tepi abangnya.
“Betulkah apa yang abang awak beritahu saya tadi  Nisa?”.Nisa hanya mendiamkan diri tanpa menjawab pertanyaan Adam.
“Aku tak peduli,kau kena nikah dengan adik aku,aku  dengan keluarga aku taknak tanggung malu”.
“Tapi Nisa,saya dengan awak belum pernah melakukan apa-apa hubungan sejauh itu”,Adam memang bukanlah seorang lelaki yang baik,tapi untuk berzina dia masih mampu untuk mengawal dirinya.
“Abang,betul tak apa yang Nisa cakap,dia takkan mengaku ini anak dia”,Nisa tiba-tiba bersuara.
“Dia akan bertanggungjawab Nisa”,satu suara datang daripada muka pintu.Ayah dan ibu Adam datang bersama ayah dan ibu Nisa.Wajah ayah Adam tenang manakala ibunya hanya tertunduk sepi.Rupanya ayah dan ibu Nisa sudah pun memberitahu kedua ibu dan ayah Adam.Malam itu mereka mengambil keputusan untuk menikahkan Adam dan Nisa seminggu ke hadapan.Adam hanya terdiam,tidak mampu berkata apa-apa apabila ayahnya sudah campur tangan.
YA ALLAH,adakah ini balasan atas dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini!!!Adam berkata di dalam hati.Hatinya menangis sendiri dan semakin sayu taktala mengingati Nurul Ain.Maafkan saya Nurul Ain,saya memang bukan seorang lelaki yang baik untuk awak,mungkin ini memang balasan untuk saya atas segala dosa-dosa yang telah saya lakukan selama ini.

“Jangan memohon maaf kepada saya Adam.Mohonlah maaf kepada ALLAH,kerana Dia lebih berhak.Saya hanya manusia biasa yang tidak sempurna.Memang saya kecewa,namun saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini,mungkin awak memang bukan jodoh yang akan membahagiakan saya di dunia dan di akhirat seperti yang pernah awak katakan dahulu.Terimalah Nisa dengan ikhlas Adam,dialah jodoh yang telah ditentukan ALLAH untuk awak.Jangan risau tentang hati saya,insyaALLAH dengan izin Allah saya akan hilangkan kekecewaan yang awak telah berikan.Hidup,mati,jodoh dan pertemuan semua di tangan ALLAH.Saya ikhlaskan awak pergi dari hidup dan hati saya begitu juga saya harap awak ikhlaskan saya untuk pergi”.
“Awak nak pergi mana Nurul Ain?”.
“Saya akan melanjutkan pelajaran,dan kebetulan tarikh awak nikah sama dengan tarikh penerbangan saya ke Sydney.Saya doakan awak bahagia dan jikalau boleh doakanlah juga saya.Dan satu,saya takkan boleh benci dengan awak kerana awak hanya manusia biasa yang akan melakukan kesalahan sama seperti saya”.
“Boleh saya jumpa awak kalau awak balik ke Malaysia nanti?”.
“InsyaALLAH.Tapi seelok-eloknya biarlah kita jangan bertemu dahulu,biarlah saya hilangkan dahulu rasa kecewa yang saya rasa ini kerana saya hanya manusia biasa Adam,yang akan menangis bila sedih dan ketawa bila gembira.Dan jikalau ada keredaan ALLAH,insyaALLAH kita akan bertemu suatu hari nanti”.




“YA ALLAH,aku redha jika ini memang apa yang kau takdirkan.Jadikanlah aku seorang suami yang soleh yang mampu membimbing isteriku ke jalan yang yang diredai olehMu.Biarkanlah aku mencintai dirinya seperti mana layaknya seorang isteri dicintai dan bantulah aku untuk terus mencari keredaan daripaMu YA ALLAH”.Usai solat subuh,Adam turun ke bawah,ayah dan ibunya sedang duduk di ruang tamu sambil berbincang sesuatu.Mungkin sedang membincangkan tentang pernikahannya yang akan berlangsung hari ini.
“Assalamualaikum.Ayah,ibu”.Adam memberi salam kepada mereka.
“Waalaikumussalam,Adam kami nak beritahu Adam sesuatu,tetapi kami harap Adam sabar dan tabah dalam menghadapi  ini semua”.
“Keluarga Nisa baharu sahaja telefon,Nisa meninggal dunia.Dia mengalami pendarahan yang teruk,dan akan dikebumikan pagi ini”.
“Innalilahainnalilahirajiun.Ya Allah,macamana boleh berlaku semua tu?”.
“Nisa terjatuh semasa cuba melarikan diri dengan kekasihnya yang juga merupakan ayah kepada bayi yang di kandung oleh Nisa itu.Rupa-rupanya keluarga Nisa memang tahu bahawa anak yang dikandungkan Nisa itu bukan anak Adam,kerana mereka tidak menyukai kekasih Nisa,mereka mencari Adam sebagai mangsa.Tadi ayah Nisa telefon,dan mereka memohon maaf terutama kepada Adam”.
Adam terduduk lemah, perlukah dia gembira mendengar perkara ini bahawa dia bukanlah ayah kepada bayi yang dikandung Nisa.Namun mendengar kematian Nisa yang memilukan,membuatkan hatinya bertambah simpati.Semoga ALLAH mengampunkan segala dosa-dosa Nisa dan insyaALLAH doaku akan sentiasa ada untukmu Nisa.

“Dah lima tahunberlalu  Nurul Ain,ikhlaskan Adam dari hatimu seperti mana yang telah kau minta kepadanya.Mungkin sekarang dia sudah berbahagia bersama isteri dan anak-anaknya.Jalanilah hidupmu dengan tenang  dan insyaALLAH jika sudah sampai jodohmu pasti ALLAH akan menemukannya kepadamu kelak”,Nurul Ain berkata kepada dirinya sendiri.
Hari ini merupakan hari pelancaran koleksi lukisan-lukisan berunsur islam yang dilancarkan oleh Nurul Ain dan rakan-rakannya di Sydney.Semua lukisan ini akan dijual dan wangnya akan di derma kepada institusi  islam di Sydney.
“Nurul Ain,ada seorang lelaki datang,dia nak mendermakan lukisannya kepada kita”.Salah seorang sahabatnya datang menghampiri Nurul Ain yang asyik mengelamun dari tadi.
“Alhamdulillah,mana dia orangnya?”.
“Ada kat depan,cantik juga lukisan yang dia bawa tu”.
Nurul Ain tersenyum,bersyukur dia ke hadrat ALLAH s.w.t  masih ramai lagi insan yang suka menderma di saat ini.Maknanya masih ramai lagi insan-insan yang soleh dan solehah di dalm dunia ini.

“Assalamualaikum”.Nurul Ain memberi salam kepada lelaki yang sedang berdiri menghadap ke dinding itu.
“Waalaikumussalam”.Dia menoleh dan saat itu pandangan mata mereka bertemu dan senyuman lelaki itu membuat Nurul Ain terpaku seketika.
“Adam”.


No comments:

Post a Comment