Wednesday

HANYA DALAM HATI 10                                    





“Tidak salah rasanya kalau kau cuba beri dia peluang Ika?”.
“Macamana dengan wedding dia Amal?”.
“Cuba kau fikir,kalau Syah berkahwin dengan pilihan keluarga dia,tapi dalam hati dia ada kau.Kau tak rasa itu lebih kejam ke?”.
Zulaika terdiam mendengar kata-kata Amal.Saat ini fikirannya bercampur baur,di satu sisi dia menolak kehadiran lelaki itu,namun di satu sisi dia menerima Syahrul Aiman.
“Aku memang tak mampu bantu kau untuk mendapatkan jawapan yang pasti,tapi Allah selalu ada untuk kau.Mohonlah pada Dia ,kerana Dia Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya”.
Zulaika duduk termenung,kata-kata Amal sebelum dia balik ke rumah bersama suaminya masih bermain-main di fikiran Zulaika.





“Kau kenal dengan Syahrul Aiman,dia dapat top 10 students kat sekolah kita untuk trial spm hari tu”.
“Budak pandai kelas account tu.Pernah dengar juga nama dia,ramai budak-budak cakap dia pandai and handsome.Kenapa kau tanya pasal dia Ika?”.
“Top 10 students,teringin pula nak tengok orangnya macamana,sebab aku dengar ada ramai pelajar perempuan kelas lain suka kat dia”.
“Well,dia pandai lepas tu ada rupa ,mestilah ramai yang suka.Kau ni kenapa nampak macam berminat je?”.
“Takde maknanya,aku tanya jelah”.Perbualan Amal dan Zulaika terhenti apabila guru matematik mereka melangkah masuk.


“Teman aku jumpa roommate aku kat kelas depan”.Amal perlu memulangkan buku teks yang dipinjamnya pagi tadi.
“Kelas eletrik,taknaklah segan aku”.
“Bukannya kita nak masuk kelas pun,kat depan pintu je”.Amal dan Zulaika melangkah seiring menuju ke bangunan di hadapan kelas mereka.
Sementara menunggu Amal dan roomatenya berbual,Zulaika mengambil peluang untuk melihat-lihat keadaan kelas eletrikal,kagum dia melihat kepandaian pelajar-pelajar kelas tersebut menghias kelas mereka.Nampak kemas dan teratur.Mungkin kerana lebih ramai pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki di dalam kelas tersebut.
“Dah,jom balik”.Tiba-tiba langkah kaki Amal terhenti.
“Ika,budak pandai-budak pandai.Syahrul Aiman”.Amal mencuit Ika yang sudah berjalan dulu dihadapannya.Mereka  berdua memandang Syahrul Aiman yang sedang berbual dengan seorang pelajar lelaki lain.
Dap…Dup..Dap…Dup…..Jantung Zulaika berdenyut laju ketika lelaki itu berjalan disebelahnya ketika hendak turun ke kelasnya.
“Kau nampak tak apa yang aku nampak?”.Zulaika bertanya Amal.
“Dia ada tahi lalat kat leher dia”.
“Bukan tahi lalat,tompok.Macam tanda lahir,tapi kalau pandang sekali imbas tak perasan sangat”.
“Tompok?”.Amal dan Zulaika sama-sama tertawa.Dan sejak itu setiap kali mereka berdua terserempak atau terpandang Syahrul Aiman dari jauh,pasti mereka akan memandangnya dan gelaran si tompok sengaja mereka berdua berikan agar apabila mereka berdua berbual tentang Syahrul Aiman,rakan-rakan sekelas mereka tidak tahu tentang siapa yang mereka bualkan.




Lamunan Zulaika terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi.Astagfiruallahazim!Panjang dia beristigfar apabila melihat sudah lebih tiga kali ibu menelefonnya ,namun dia tidak menjawab kerana terlalu mengelamun tentang kisah lama.
“Assalamualikum ibu.Ika minta maaf,tadi tak perasan telefon berbunyi”.
“Waalaikumussalam.Owh,buat ibu risau je,tadi ibu telefon Amal.Kenapa tak beritahu ibu rumah Ika kena masuk orang”.
“Ika tak nak ibu risau”.
“Ya,tapi bila ibu tahu dari mulut orang lain,itu membuatkan ibu lebih risau.Lain kali kalau ada apa-apa terus beritahu ibu,Amal tu pun tadi dah kena ceramah panjang baru nak beritahu ibu apa yang terjadi”.
“Ika minta maaf ibu.Ibu,boleh tak Ika nak balik Melaka malam ni?”.
“Boleh,tapi kan dah malam ni.Nak drive sorang-sorang,awak tu perempuan”.
“Baru pukul 8 malam,lagipun esok Ika cuti”.
“Suka hatilah,tapi hati-hati”.
Selepas memberi salam Zulaika naik ke biliknya,mengemas sedikit baju persalinan.Mungkin selepas balik kampung fikirannya akan tenang dan mungkin dia dapat memberikan jawapan kepada Syahrul Aiman nanti.



Melihat keadaan rumah yang bertutup rapat dan kereta Zulaika yang tidak kelihatan di hadapan rumahnya,Syahrul Aiman mengagak gadis itu tiada di rumahnya.Dia ada juga cuba mendail nombor Ika,namun tidak berjawab.
Syahrul Aiman memandang sepi rumah Zulaika,perkahwinannya semakin hampir namun dia masih belum mendapat apa-apa kata putus dari Zulaika.Gadis itu seakan melarikan diri darinya.Adakah ini petanda bahawa Zulaika tidak dapat menerimanya.Namun senyuman yang terukir di wajah Zulaika ketika mengetahui dia adalah orang yang menghantar bunga kepadanya membuatkan dia ada sedikit keyakinan Ika akan menerimanya.Namun apabila melihat keadaan sekarang,Zulaika menghilangkan diri dan sedaya upaya mengelak bertemu dengannya,hatinya kembali gusar.






“Kenapa ni?”.Ibu mengelus-ngelus pipi Ika yang meletakkan kepalanya di ribanya.
“Ika rindu kat ibu”.
“Jangan tipu ibu,Ika dah hampir 8 tahun duduk dengan ibu.Ibu dah hafal sifat Ika macamana.Cerita kat ibu,manalah tahu ibu mampu tolong Ika”.
Zulaika terdiam.Perlukah dia memberitahu ibu tentang masalahnya.


Apa sebenarnya yang ada dalam hati Ika?Jawapan tu hanya Ika sahaja yang tahu.Ibu hanya mampu memberi nasihat dan pandangan tapi Ika yang melaluinya.Memang ibu tahu Ika dah buat istikharah,namun tak semestinya itu jawapan yang terbaik.Sebab kadang-kadang bila kita asyik terfikirkan orang itu,itu yang akan masuk dalam mimpi kita.Tawakal kepada Allah s,.w.t.Buat keputusan jangan kerana mengikut perasaan semata-mata,fikir apa yang perlu Ika lalui selepas membuat keputusan itu.Dan apa pun yang terjadi selepas itu,semuanya kehendak Allah,jangan pernah menyesalinya kerana itu adalah yang terbaik untuk Zulaika.

YA ALLAH,YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.HAMBAMU YANG LEMAH INI MENGHARAPKAN BANTUANMU.KUATKANLAH HATIKU MENGHADAPI DUGAAN DARIMU.AKU TIDAK MAHU KERANA RASA CINTA YANG TERWUJUD INI MEMBUATKAN AKU MERASA JAUH DARIMU.BERILAH AKU PETUNJUK YA ALLAH AGAR AKU MAMPU MEMBUAT KEPUTUSAN YANG AKU TIDAK AKAN PERNAH MENYESALINYA KELAK.SESUNGGUHNYA HATI DAN JIWA INI BERADA DALAM GENGAMANMU.KAU YANG BERKUASA KE ATAS HATI YANG TERLALU LEMAH INI,JIKA KAU MENEMUKAN KAMI SETELAH HAMPIR 6 TAHUN UNTUK KAMI BERSAMA KEMBALI,BERILAH PETANDA YA ALLAH.NAMUN JIKA KAU BERKEHENDAK YANG LAIN KUATKAN HATIKU UNTUK MENERIMA SEMUA TAKDIRMU YANG AKU PASTI ADALAH YANG TERBAIK UNTUKKU.SESUNGGUHNYA YANG BAIK ITU SEMUA DATANG DARIMU DAN YANG BURUK ITU KERANA KEALPAAN DAN KELALAIAN AKU SEBAGAI HAMBAMU….



“Ibu doakan Ika,Ika serahkan semuanya kepada Allah.Jika dia memang jodoh yang ditakdirkan untuk Ika,kami pasti akan bersama juga”.Ibu hanya mengangguk.Perlahan dia mengusap bahu Ika.
“Doa ibu sentiasa ada untuk anak-anak ibu.Ingat apa-apa pun yang terjadi,ALLAH selalu ada untuk Ika”.
Setelah bersalam,Zulaika masuk ke dalam kereta.Dengan lafaz bismilah dia menuju ke Johor.Dia tekad,inilah keputusannya.




“Jangan nak bermain dengan takdir Ika.Kau buat macam ni,tak adil untuk Syah,dan juga untuk kau”.Amal menarik nafas panjang.Kata-kata Zulaika di telefon betul-betul memeranjatkannya.Dia memberikan Syahrul Aiman satu hari untuk mencarinya di masjid-masjid di kawasan Bandar Johor.Jika mereka ditakdirkan bertemu,dia akan menerima Syahrul Aiman,jika mereka tidak bertemu dia akan menganggap mereka tidak berjodoh.Dan Syahrul Aiman harus menerimanya dengan hati yang terbuka.
“Amal,ini keputusan aku.Aku serahkan semuanya pada ALLAH.Aku tak pernah bermain dengan takdir,aku dah tak mampu nak memberikan jawapan kepada Syah.Biarlah Allah yang tentukan jawapan untuk aku sekarang”.
“Tapi Ika….”.Talian telefon terus dimatikan sebelum Amal dapat terus bercakap.Amal menggelengkan kepala.Ika,kau memang suka buat keputusan yang akan menyakitkan kau akhirnya nanti!!

Syahrul Aiman  masih terdiam di tempat duduknya.Seperti tidak percaya mendengar kata-kata Amal itu.
“Kawan kau tu,kenapa dia nak buat aku macam ni?”.
“Itu yang kau pilih,kalau kau betul sayangkan dia.Cari dia Syah,dia runsing.Kau tak boleh salahkan dia,dia harus membuat keputusan samada untuk menerima cinta seorang lelaki yang akan berkahwin tidak sampai lagi dua bulan”.
Syahrul Aiman tertunduk lemah.





Masjid Abu Bakar.Inilah destinasi terakhir Zulaika.Dia serahkan semuanya kepada yang Maha Esa,Zulaika yakin Allah akan memberikan jawapan yang dia mahukan.Kebetulan malam itu,ada majlis ceramah.Rasa tenang di dalam hati Zulaika apabila berada di dalam rumah Allah dan berada di samping para alim ulama dan para pencinta ilmu.


Peliharalah Allah,nescaya engkau akan dapatiNya dihadapan engkau.Kenalilah Allah ketika senang nescaya Dia akan mengenalimu ketika susah.Ketahuilah bahawa apa yang tidak ditakdirkan untukmu,tidak akan menimpamu.Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu.Kemenangan itu ada bersama kesabaran,terlepas dari kesempitan itu ada kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan. (Riwayat at-Thabrani).

Perlahan Zulaika mengelap air matanya yang mengalir di pipi.Mendengar kata-kata penceramah malam itu.Terlalu banyak nikmat yang telah Allah s.w.t kurniakan kepadanya namun dia jarang bersyukur.Memang manusia akan bersyukur ketika hanya diberikan sesuatu yang baru.Apa yang anda seharusnya kita syukuri.Segala nikmat yang telah diberikan oleh Yang Maha Esa.Nikmat mata,tangan,kaki ,,,kita jarang sekali mengucapkan Alhamdulillah atas anggota tubuh badan yang sempurna.Bayangkanlah jika kita tidak mempunyai angota tubuh badan yang sempurna,pasti kita tidak akan mampu mengecapi apa yang kita ada sekarang.Ya Allah,semakin laju air mata Zulaika menitis.Dia akui kerana terlalu memikirkan tentang hubungan dia dan Syahrul Aiman,hatinya sering terleka ketika mendirikan solat.Ampunilah aku Ya Allah,yang telah mementingkan urusan hatiku kepada insan berbanding urusan hatiku terhadapMu.


Zulaika melangkah menuju ke keretanya.Nampaknya takdir memang tidak berpihak kepada dia dan Syah.Jam sudah pun menghampiri pukul 12 malam dan mereka berdua belum  bertemu.Aku reda Ya Allah,jika ini memang yang Engkau takdirkan untukku.
Tiba-tiba seorang kanak-kanak kecil memeluk kaki Zulaika dari belakang.Seorang kanak-kanak perempuan yang mungkin berusia 4 tahun,lengkap bertudung sedang memandangnya.
“Sayang nak pergi mana ni?Ibu mana?”.Zulaika bertanya kepada si kecil itu.
“Ibu hilang”.Zulaika tergelak kecil mendengar kata-kata si kecil itu.Seorang wanita menghampirinya,mungkin ibu kepada si kecil ini.
“Zulaika?”.Wanita itu bertanya.
Zulaika mengangguk,bagaimana wanita di hadapannnya ini mengetahui namanya.
“Saya kakak kepada Syahrul Aiman.Dia ada kat luar masjid”.
Berderau darah Zulaika mendengar kata-kata wanita tersebut.
“Kakak tahu apa yang terjadi antara awak dan Syah.Kakak juga tahu malam ini menentukan perjalanan hubungan kamu berdua.Cuma satu je kakak minta kat awak,jumpa dengan ummi kakak sebelum Zulaika membuat apa-apa keputusan”.






“Ikhlaskan dia pergi dari hatimu,tak semua yang kita impikan dalam dunia ni akan kita miliki.Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang,dia tidak boleh di tahan oleh apa-apa tangan sekalipun.Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang ,dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun”.Kata-kata seorang penceramah bermain di fikiran Zulaika…tapi ikhlaskah aku jika aku menitiskan air mata ini kerananya.Perlahan dia mengesat air matanya.

Zulaika hanya mampu memandang wajah Syah dari luar pintu masjid.Dia dapat melihat kerunsingan di wajah lelaki itu.Maafkan saya Syah,mungkin ini memang yang terbaik untuk kita berdua…..






Amal membuka pintu pagar rumah Zulaika.Nasib baik dia mempunyai kunci pendua rumah Ika,kalau tidak susah juga dia hendak masuk ke dalam.Segala panggilan dan mesej darinya tidak mendapat respon dari Zulaika.Risau pula dia memikirkan apa yang terjadi kepada Zulaika.Dari Syah dia mendapat tahu,mereka berdua tidak bertemu malam tadi.Dari nada suara Syah yang bergetar dia tahu Syah cukup merasa kecewa dengan apa yang terjadi malam tadi.Tapi apa yang boleh dia lakukan,ini semua keputusan Ika.Sifat keras kepala Zulaika ini memang tidak mampu ditangani oleh sesiapa pun.Jika dia sudah teguh dengan kata-katanya,itulah yang dia akan lakukan,tak kira apa pun  kesannnya kelak.
Terngendap-ngendap Amal melangkah masuk dari pintu belakang.Dia yakin Ika ada di dalam rumah kerana keretanya ada di kawasan parking,walaupun nampaknya Zulaika sengaja meletakkan keretanya jauh dari rumah agar orang tidak tahu dia ada di rumah.
Di ruang tamu tiada orang,Amal melangkah menaiki tangga menuju ke bilik.Dia menolak pintu bilik Ika dengan perlahan.
“Astagfiruallahalazim!!Ika ,kau kenapa?”.Terus sahaja Amal begegas apabila melihat Zulaika terbaring di atas sejadah dan lengkap bertelekung.
Zulaika memisat-misat matanya.Tidurnya terjaga kerana mendengar suara Amal yang menjerit memanggil namanya.
“Amal,kau ni kenapa.Pagi-pagi datang rumah aku,lepas tu menjerit.Aku mengantuk ni”.
“Aku ingat kau pengsan.Kau ni kenapa tak baring atas katil,lepas tu siap pakai telekung lagi”.
“Aku solat subuh tadi,lepas solat terngantuk pula.Itu yang tertidur kat atas sejadah”.
“Malam tadi kau tak tidur kan?”.
“Tidurlah,kenapa kau tanya macam tu?”.
“Mata tu,bengkak semacam.Dah puas menangis ke malam tadi”.
Zulaika hanya mendiamkan diri,tahu Amal sedang menyindirnya.
“Kenapa diam pula ni,tiba-tiba dah tak boleh bercakap pula”.
“Tak ada apa nak cakap”.
“Kau menangiskan malam tadi?”.Amal bertanya lagi.
“Aku takde sebab untuk menangis Amal”.
“Kau menangis kerana kedegilan kau yang membuatkan kau takkan bersama dengan Syah”.
Besar biji mata Zulika mendengar kata-kata Amal.
“Kedegilan?Apa maksud kau Amal?”.
“Kalau dari air wajah kau yang berseri-seri bila setiap kali jumpa Syah,aku tahu kau dah lama terima dia,tapi dalam diri kau ada satu sifat degil yang suka
 menolak semua apa yang sebenarnya kau rasa dalam diri kau”.
“Kau tak tahu apa-apa,jangan pandai –pandai nak cakap aku macam tu Amal”.
“Marah?Kalau yang aku cakap tu tak betul,kau takkan marah.Maknanya betullah kan?”.
Zulaika terdiam.Amal bangun,dia terus keluar dari bilik Ika.Dia sengaja provoke Zulaika dengan kata-kata itu,dia ingin melihat reaksi Ika.Jika sahabatnya itu marah,bermakna betul apa yang difikirkannya.



“Kau marah aku,patutnya aku yang merajukkan”.Zulaika menghampiri Amal yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
“Aku bukan marah tapi nasihat”.
“Cara kau beri nasihat menakutkan aku”.
Amal tergelak juga akhirnya mendengar kata-kata Zulaika.
“Malam tadi apa yang terjadi,kau kat mana sebenarnya.Syah telefon aku malam tadi,dengar nada suara dia,aku tahu dia kecewa”.
“Kita balik jumpa ibu,nanti dekat kampung aku cerita semua yang berlaku malam tadi.Sekarang aku nak pergi pasar ,nak beli barang,nak ikut tak?”.
“Kau nak masak?Ika,kau ok tak ni?”.
“Ok,tak nampak ke aku senyuman aku yang manis ni”.Sengaja Zulaika melebarkan senyumannya.
“Kau nak masak untuk siapa?”.
“Adalah,nak ikut cepat.Aku tunggu dalam kereta”.




“Kita bawa untuk ibu sikit”.Zulaika memasukkan asam pedas ikan sembilang yang dimasaknya  itu ke dalam dua bekas.Dan bekas yang satu lagi itu siap dengan nasi dan sayur.
“Banyak sangat ,habis ke ibu dengan ayah makan ni.Nasi tak payahlah,mesti ibu ada masak nasi kat rumah nanti”.
“Yang ada nasi tu untuk orang lain.Jom siap,nanti lepas zuhur kita gerak”.Amal terdiam mendengar kata-kata Zulaika.Dia berteka-teki sendiri untuk siapakah bekas makanan yang satu lagi itu?



“Kau tunggu kat dalam kereta sekejap”.Zulaika mengambil beg yang berisi bekas nasi itu.Amal menjengah keluar melihat ke arah mana Zulaika melangkah.
“Kalau tak salah ni office Syah.Jadi nasi tu untuk Syah”.Amal terdiam seketika.
Apa yang terjadi sebenarnya malam tadi?Kalau betul mereka tak bertemu kenapa Zulaika masak untuk Syah.Tidak sabar rasanya Amal menunggu Ika balik semula ke kereta.Banyak soalan yang perlu Ika jawab.


Zulaika memandang sepi pejabat Syahrul Aiman yang tidak berpenghuni itu.Menurut setiausahanya Syah masuk pejabat lewat hari ini.Dia meminta tolong setiausaha Syah untuk meletakkan beg yang berisi bekas nasi itu di dalam pejabatnya.Bersamanya Zulaika memberikan sebuah buku kegemarannya,karangan Dr. ‘Aidh bin ’Abdullah Al –Qarni.La Tahzan,buku ini merupakan pemberian dari ibu apabila dia terlalu bersedih atas kehilangan kedua ibu dan bapanya.



TAK SEMUA YANG KITA IMPIKAN AKAN KITA MILIKI,NAMUN TAK SEMUA YANG KITA MILIKI SELALU KITA SYUKURI..MUNGKIN KITA BUKAN JODOH YANG DITETAPKAN OLEH ALLAH S.W.T..AWAK DAN SAYA AKAN MENEMUKAN KEBAHAGIAAN MASING-MASING.TERIMA KASIH KERANA PERNAH HADIR DALAM HIDUP SAYA WALAUPUN HANYA UNTUK SEKEJAP.SEMOGA AWAK BERBAHAGIA DAN SYAH KEBAHAGIAAN SEORANG ANAK ADALAH APABILA MELIHAT IBU DAN AYAHNYA BAHAGIA.

Zulaika menyelit satu nota kecil bersama buku tersebut.Perlahan dia melangkah ke kereta.Dia yakin ini yang terbaik,perlahan Zulaika menarik nafas.Dia tahu apabila dia melangkah masuk ke dalam kereta,pasti terlalu banyak soalan yang dia perlu jawab.Kalaulah kau tahu aku pun terluka dengan keputusan yang aku buat ni Amal.Zulaika mengesat perlahan air mata yang menitis di pipinya.LA TAHZAN INNALLAH HA MA’ANA.Zulaika cuba mengukir senyuman.







Thursday

HANYA DALAM HATI 9




“Ika ,minta maaf maksu.Ika memang tak mampu untuk memberi maksu jawapannya.Semuanya terlalu cepat,Ika pun baru kenal dengan anak maksu”.
“Maksu faham,ini semua terlalu cepat.Tapi maksu yakin Ika akan bahagia kalau bersama Fahmi.Maksu berharap sangat Ika menjadi menantu maksu”.
Zulaika menarik nafas lemah,dia bimbang jika dia terus dirayu-rayu dengan kata-kata maksu,dia akan bersetuju dengan risikan ini.
Amal yang berada di belakangnya memandang wajah ibu,dia sebenarnya tidak selesa maksu yang seakan memaksa Zulaika menerima Fahmi.Biarlah Zulaika membuat keputusannya sendiri,dan dia sendiri tahu siapa lelaki yang berada di dalam hati sahabatnya itu.
“Usu,kita bincang nantilah.Lagipun kita semua penat sekarang ni”.Ibu yang faham melihat reaksi Amal yang kurang senang itu mula berbicara.
“Bila lagi dapat jumpa dengan Ika kak?Dia jarang-jarang balik sini”.
“Kami ada tiga hari lagi kat sini maksu,Amal yakin Ika pun rasanya tak selesa bila asyik kena tanya je”.
“Amal”.Ibu menegur Amal,ibu bimbang jika adiknya itu terasa dengan kata-kata Amal.
“Ika,dah ada pilihan sendiri ke?”.Maksu bertanya lagi.
Zulaika terdiam.
“Assalamualaikum”.Satu suara memberi salam dari luar.Syahrul Aiman dan Aizad dan ayah melangkah masuk,mereka bertiga baru balik dari masjid.
“Tak balik lagi Usu?”.Ayah bertanya.
“Tak,belum lagi.Tunggu Fahmi datang ambil,mungkin sekejap lagi dia sampai”.
“Owh,ni kenapa semua duduk berkumpul.Ada mesyuarat keluarga ke?”.Aizad bertanya.
“Kakak awak ni Aizad,tak merasa muksu nak dapat menantu tahun ni.Dia dah ada pilihan sendiri nampaknya?”.
“Siapa kak?Si tompok ke?”.Aizad tiba-tiba teringat pertanyaan Syah semasa mereka berjalan balik dari masjid tadi.Abang seniornya itu menyangka dia mengetahui siapa si tompok yang berada di dalam hati kakaknya itu.
Zulaika,Amal dan Syahrul Aiman berpandangan sesama sendiri.Yang lain-lain pula tercengang mendengar kata-kata Aizad.
“Si tompok?Siapa tu Aizad?”,Ibu bertanya.Maksu yang disebelah juga tertanya-tanya.
“Entah.Aizad tak tahu.Tadi abang Syah yang tanya Aizad,samada Aizad kenal tak si tompok yang kak Ika tunggu sampai enam tahun,bila maksu cakap kak Ika dah ada pilihan.Aizad agak si tompok tu yang jadi pilihan kak Ika”.
“Syaah!”.Amal memandang Syahrul Aiman.Lelaki itu menjadi serba salah.Salahnya juga kerana terlampau ingin mengetahui siapa si tompok,dia nekad untuk bertanya dengan Aizad.
“Siapa si tompok tu Ika?”.Ibu menyoal Zulaika yang masih terkejut apabila satu rumah mengetahui tentang si tompok.
“Kawan lama”.Pendek sahaja jawapan yang diberikan,Zulaika sempat memberi satu pandangan kepada Syah.




“Kenapa awak sibuk sangat nak tahu siapa si tompok?Sebab awak satu rumah dah tahu tentang dia”.
Syahrul Aiman hanya menunduk,dia tahu ini salahnya.Yang mampu dia lakukan hanya memohon maaf,namun melihat reaksi gadis itu yang sedang marah,dia hanya mampu mendiamkan dirinya sahaja.
“Kenapa diam.Dengan Aizad bukan main lagi bertanya itu ini”.
“Saya minta maaf Ika”.
Amal yang menemani mereka berdua,hanya mendiamkan diri.Nasib baik dia memilih tempat duduk yang sedikit terlindung dari pelanggan lain,risau juga melihat Zulaika yang mula meninggi suaranya.
“Ika,Syah tak sengaja.Jangan marah-marah macam tu.Risau aku tengok kau macam ni”.Amal menghulurkan air kepada Zulaika.
Astagfiruallahalazim!!Zulaika beristigfar di dalam hati.Entah mengapa malam ini kesabarannya hilang,semuanya gara-gara Syahrul Aiman yang bertanya tentang si tompok kepada Aizad.
“Ika,saya sanggup buat apa sahaja,asalkan awak dapat maafkan saya”.
“Berhenti bertanya tentang si tompok,saya dah cukup berterima kasih jika awak dapat lakukan itu”.
“Penting sangatkah dia dalam hidup awak?”.
“Itu hal peribadi saya,saya tak rasa penting untuk jawab pertanyaan awak tu”.
“Penting bagi saya,sebab saya dah mula sayangkan awak lebih dari seorang kawan”.Amal yang berada di tepi,tersenyum.Akhirnya terungkap juga kata-kata itu dari mulut Syahrul Aiman.







Zulaika duduk termenung,hari sudah larut malam.Namun matanya masih belum mengantuk lagi,kata-kata Syahrul Aiman semasa di kedai makan tadi bermain-main di fikirannya.Ikhlaslah lelaki itu dengan kata-katanya.
“Ika,kenapa tak tidur lagi?”,Amal yang baru sahaja datang dari dapur menegur Zulaika yang sedang duduk di tepi katilnya.
“Kau tu,kenapa pula tak tidur?”.
“Anak aku lapar”.Amal mengusap-usap perutnya.Zulaika tersenyum,melihat perut Amal yang semakin membulat itu.
“Anak kau yang lapar ke ibu dia yang lapar.Nanti lepas bersalin kalau susah nak turun berat badan,jangan nak bising kat aku”.
“Suami aku kata chubby sikit takpe,selesa kalau peluk”.Amal menjuihkan bibir kepada Zulaika.
“Kenapa tak tidur lagi,terfikir hal petang tadi ke?”.Amal bertanya.
Zulaika mengangguk.
“Kau tak yakin dengan Syah?”.
“Tiga bulan lagi dia akan berkahwin,kau tak rasa ni semua kerja gila bila aku masih menaruh harapan pada dia”.
“Tak,sebab kau dah terlalu lama tunggu dia.Lagipun perkahwinan Syah tu rancangan keluarga”.
“Aku tak boleh Amal”.
“Kau boleh Ika.Syah bersetuju dengan perkahwinan ni sebab dia ingat kau masih belum boleh lupakan si tompok,dari dulu aku dah cakap berterus-terang dengan dia.Keadaan takkan menjadi seperti ini”.
“Aku…”.Amal sudah memotong kata-kata Zulaika sebelum sempat Zulaika menghabiskan kata-katanya.
“Berterus- terang dengan dia Ika.Beritahu dia siapa si tompok yang kau tunggu selama ini,jangan biar dia tertanya-tanya”.




Syahrul Aiman resah,dia memarahi dirinya sendiri.Adakah dia terlalu berterus-terang dengan Zulaika.Ini semua kerana dia tidak mampu untuk terus berdiam apabila Zulaika asyik mempertahankan si tompok.
Dan sekarang dia yang resah sendiri apabila mengingat reaksi Zulaika yang terkejut dengan kata-katanya.
“Terima saya dalam hati awak Ika.Saya tak mahu awak terluka lagi kerana menunggu seseorang yang belum pasti,jadi yang halal untuk saya rindui ,untuk saya sayangi”.
Bagaimana jika nanti Zulaika membencinya,sakit kepalanya memikirkan apa yang akan berlaku esok.




“Semuanya terlalu mengejut,dia memang ada di dalam hati aku.Tapi aku tak pernah membayangkan kami mungkin bersama.Terlalu mustahil”.
“Tiada yang mustahil dalam dunia ni Ika.Aku tahu apa yang kau rasa selama ini,walaupun kau tak pernah beritahu aku sakit yang kau rasa kerana memendam perasaan pada dia”.
“Kak Amal,kak Ika.Abang Syah dah nak gerak balik”.Kehadiran Aizad mematikan perbualan Ika dan Amal.Sejak dari awal pagi tadi Amal sentiasa cuba meyakinkan Zulaika tentang Syah.Kerana tanpa pengetahuan Zulaika,Syah telah pun berterus-terang dengan Amal tentang perasaannya yang sebenar.Atas permintaan Syah,Amal tidak memberitahu apa-apa pun kepada Zulaika.
Amal dan Zulaika keluar dari bilik.Syah sedang bersalaman dengan ayah dan Aizad.
“Terima kasih Syah,sebab sudi bersusah payah tolong kami”.
“Takde apalah pakcik,saya dah anggap Aizad ni macam adik saya sendiri”.
“Senang-senang datanglah rumah makcik lagi”.Ibu mempelawa Syah.
“Insya Allah,kalau ada kelapangan saya datang.Lagipun saya dah jatuh cinta dengan asam pedas makcik,beruntung pakcik dapat isteri yang pandai masak asam pedas”.
“Isteri Syah nanti suruhlah dia belajar dengan makcik.Dalam rumah ni yang mampu buat asam pedas macam makcik,Ika”.Ayah sempat memuji anak angkatnya itu.
Syahrul Aiman memandang wajah Zulaika sekilas,dia tersenyum.
“Amal,aku balik dulu.Jaga kandungan kau tu baik-baik”.
“InsyaAllah,kau tu bawa motor jangan berangan.Darah manis sekarang ni”.
Tiba di hadapan Zulaika ,lidah Syahrul Aiman kelu.Dia sebenarnya masih risau jika gadis itu marah kepadanya tentang hal semalam.
“Have a safe journey.Terima kasih sebab sudi tolong kami semua”.Zulaika yang memulakan kata apabila dia melihat lelaki itu hanya terdiam.
“Terima kasih Ika”.Syahrul Aiman menghulurkan sekeping kad berwarna putih kepada Zulaika.
“Baca selepas saya dah gerak balik”.




First time I met you,I never know that you would be so important in my life
Life is short and all I want is to be with someone I would love and be with her untkl my last breath…
Maybe its love,but maybe its fate
Fate that Allah brought you for me to make my life perfect

Zulaika merenung dalam isi kandungan kad yang baru dibacanya itu,Allah benarkah ini yang sedang berlaku kepadaku!Zulaika masih seakan tidak percaya,adakah ini hanya mimpi indah yang akan hilang saat dia terjaga dari tidur.Perlahan air matanya menitis.
“Kenapa kau menangis ika?”.Amal yang sedang mengemas beg pakaiannya terkejut apabila dia melihat Zulaika mengalirkan air mata saat dia memasuki bilik Zulaika.
“Aku takut Amal,aku takut bila aku dah sedia buka pintu hati aku untuk Syah sepenuhnya,namun tiba-tiba di kemudian hari dia kecewakan aku,atau mungkin aku kecewakan dia".
”Kau terlalu memikirkan hal yang terlalu jauh,yang penting sekarang bukan nanti.Ini semua takdir Ika,kau dengan Syah memang ditakdirkan bersama”.
“Menerima Syah bermakna perkahwinan Syah akan dibatalkan.Aku tak sanggup untuk cuba merobohkan masjid yang sedang dibina”.
Amal terdiam.Dia hampir terlupa tentang perkahwinan Syah yang akan berlangsung tiga bulan lagi.
“Mampukah aku bahagia nanti jika kebahagiaan yang aku miliki itu nanti atas kedukaan seorang wanita lain”.







Amal dan Zulaika tergamam,pintu rumah yang terbuka luas dan keadaan dalam rumah yang berselerak meyakinkan mereka bahawa rumah Zulaika telah dimasuki perompak.
“Telefon Syah Ika,minta tolong dia”.
Zulaika menggelengkan kepala.
“Aizad”.
“Aizad dah balik rumah mak mertua dia kat Selangor.Buat masa ni Syah yang paling dekat,cepat Ika.Aku takut perompak tu masih ada kat dalam tu”.
Mahu atau tidak Zulaika mendail juga nombor Syah.Tidak sampai 10 minit lelaki itu sampai di hadapan rumahnya.
“Awak dengan Amal ok”.Itu pertanyaan pertama Syah sewaktu turun dari kereta,apabila mendapat panggilan telefon dari Ika,dia terkejut.Kebetulan dia memang sedang mempunyai urusan di kawasan yang berdekatan dengan rumah Zulaika.
“Ok,Alhamdulillah.Kami cuma bimbang perompak masih ada di dalam”.
“Ika,awak telefon polis.Biar saya jenguk kat dalam tu”.
“Syah ,saya rasa lebih baik kita tunggu polis”.Zulaika mencegah Syah untuk masuk.Bagaimana nanti jika perompak itu memang masih ada di dalam,dia tidak mahu membiarkan Syah mengambil risiko.
“Ika,takpe.Lagipun sekejap lagi polis sampai”.
Syahrul Aiman melangkah masuk,habis laci di ruang tamu semuanya diselongkar.Semua barang disepahkan merata-rata.Syah melangkah menuju ke bilik Zulaika yang terletak di atas,dengan berhati-hati dia menaiki tangga.Seperti yang dijangka,keadaan bilik Zulaika lebih bersepah daripada ruang tamu.Syahrul Aiman menggelengkan kepala,pasti semua barang berharga milik Zulaika hilang.Kedengaran bunyi siren polis di bawah,baharu sahaja kaki Syahrul Aiman hendak melangkah keluar,matanya terpandang sesuatu di sebalik sepahan barang,ada beberapa keping nota berwarna-warni.





“I think I need a cctv,Syah ada kenal orang yang boleh pasang cctv,kalau boleh dalam masa terdekat ni”.Zulaika dan Syah berbual-bual ketika menunggu pihak polis mengeluarkan kertas laporan.
“You don’t need a cctv.You need a husband who can take care of you”.
Zulaika terdiam.Syah tergelak kecil,dia memang sengaja mengusik Zulaika.Amal datang menghampiri Syah dan Ika,di tangannya ada dua cawan kopi.
Amal menghulurkan kopi itu kepada Syah dan Ika.
“Asal kau gelak?”.Amal bertanya kepada Syah,sebab dari jauh tadi dia melihat Syah tergelak selepas berkata sesuatu kepada Ika.
“Ika beritahu aku dia nak pasang cctv,aku cakaplah dia tak perlukan cctv,yang dia perlukan adalah suami.Suami yang mampu jaga dia.Lepas tu dia terkejut,kelakar pula aku tengok reaksi dia tu”.
“Kau jangan dengar sangat cakap Syah ni Amal.Dia kalau tak cari hal dengan aku,memang tak lengkap hidup dia”.
“Betul tu,tanpa awak hidup saya memang tak lengkap”.Amal tersengih mendengar pengakuan Syah,nampaknya Syah memang sudah betul-betul yakin dengan perasaannya kerana tanpa berselindung lagi dia telah menyatakan rasa sayangnya kepada Zulaika.
Merah muka Zulaika mendengar kata-kata Syah,apatah lagi melihat reaksi Amal yang tersengih memandangnya.
Seorang anggota polis menghampiri mereka.
“Cik Zulaika,ini laporannya.Kalau ada apa-apa perkembangan tentang kes ni,kami akan hubungi cik”.
“Terima kasih.Dah siap semua kan,kami boleh baliklah maknanya”.
Anggota polis wanita itu mengangguk.Mereka bertiga balik menaiki kereta Syah,di dalam kereta yang hanya rancak berbual cuma Amal dan Syah,Zulaika lebih memilih berdiam.Namun dia dapat mengesan anak mata Syah yang kerap kali memandangnya melalui side mirror.Korek mata tu karang!Zulaika berkata di dalam hati.





“Surprise untuk kau Ika,dah tiga hari bunga ni datang.Aku dah beritahu kat budak delivery tu kau takde,tapi dia degil bunga ni kena hantar juga.So aku letak je atas meja kau”.Sue menerangkan kepada Zulaika apabila rakannya itu terkejut melihat ada tiga bakul bunga ros putih di atas mejanya.
“Takpe Sue.Terima kasih sebab cover kerja aku sepanjang aku cuti ni”.
“Sama-sama.Kau pun dulu rajin cover kerja aku masa ayah aku sakit kan.Ni kira balas budilah.Wedding Aizad macamana?”.
“Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar.Lagipun kami cuma buat majlis untuk saudara-mara je”.
“Owh,aku nak keluar ni.Kalau ada apa-apa yang kau nak tahu telefon je aku terus”.
Zulaika mengangguk,sekarang matanya tertumpu pada tiga bakul  bunga ros putih di atas mejanya.Pertama kali di dalam hidupnya dia mendapat  hadiah seperti ini.Dua bakul bunga sudah hampir layu,sebakul lagi masih segar.Tiada nama pengirim dan menurut Sue pengirim tersebut seseorang yang Zulaika kenal.
Zulaika menggaru kepalanya yang tak gatal itu,memikirkan siapakah orang yang mengirimkan bunga-bunga itu kepadanya.

‘Tercipta engkau dari rusuk lelaki,bukan dari kaki untuk di alasi,bukan dari kepala untuk dijunjung,tapi dekat di bahu untuk dilindung,dekat juga di hati untuk dikasihi,engkaulah wanita hiasan duniawi’.
Tiba-tiba satu suara kedengaran dari belakangnya,Syahrul Aiman sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum.Di tangannya ada sebakul bunga ros putih persis seperti bunga yang berada di atas meja Zulaika.