Thursday

HANYA DALAM HATI 9




“Ika ,minta maaf maksu.Ika memang tak mampu untuk memberi maksu jawapannya.Semuanya terlalu cepat,Ika pun baru kenal dengan anak maksu”.
“Maksu faham,ini semua terlalu cepat.Tapi maksu yakin Ika akan bahagia kalau bersama Fahmi.Maksu berharap sangat Ika menjadi menantu maksu”.
Zulaika menarik nafas lemah,dia bimbang jika dia terus dirayu-rayu dengan kata-kata maksu,dia akan bersetuju dengan risikan ini.
Amal yang berada di belakangnya memandang wajah ibu,dia sebenarnya tidak selesa maksu yang seakan memaksa Zulaika menerima Fahmi.Biarlah Zulaika membuat keputusannya sendiri,dan dia sendiri tahu siapa lelaki yang berada di dalam hati sahabatnya itu.
“Usu,kita bincang nantilah.Lagipun kita semua penat sekarang ni”.Ibu yang faham melihat reaksi Amal yang kurang senang itu mula berbicara.
“Bila lagi dapat jumpa dengan Ika kak?Dia jarang-jarang balik sini”.
“Kami ada tiga hari lagi kat sini maksu,Amal yakin Ika pun rasanya tak selesa bila asyik kena tanya je”.
“Amal”.Ibu menegur Amal,ibu bimbang jika adiknya itu terasa dengan kata-kata Amal.
“Ika,dah ada pilihan sendiri ke?”.Maksu bertanya lagi.
Zulaika terdiam.
“Assalamualaikum”.Satu suara memberi salam dari luar.Syahrul Aiman dan Aizad dan ayah melangkah masuk,mereka bertiga baru balik dari masjid.
“Tak balik lagi Usu?”.Ayah bertanya.
“Tak,belum lagi.Tunggu Fahmi datang ambil,mungkin sekejap lagi dia sampai”.
“Owh,ni kenapa semua duduk berkumpul.Ada mesyuarat keluarga ke?”.Aizad bertanya.
“Kakak awak ni Aizad,tak merasa muksu nak dapat menantu tahun ni.Dia dah ada pilihan sendiri nampaknya?”.
“Siapa kak?Si tompok ke?”.Aizad tiba-tiba teringat pertanyaan Syah semasa mereka berjalan balik dari masjid tadi.Abang seniornya itu menyangka dia mengetahui siapa si tompok yang berada di dalam hati kakaknya itu.
Zulaika,Amal dan Syahrul Aiman berpandangan sesama sendiri.Yang lain-lain pula tercengang mendengar kata-kata Aizad.
“Si tompok?Siapa tu Aizad?”,Ibu bertanya.Maksu yang disebelah juga tertanya-tanya.
“Entah.Aizad tak tahu.Tadi abang Syah yang tanya Aizad,samada Aizad kenal tak si tompok yang kak Ika tunggu sampai enam tahun,bila maksu cakap kak Ika dah ada pilihan.Aizad agak si tompok tu yang jadi pilihan kak Ika”.
“Syaah!”.Amal memandang Syahrul Aiman.Lelaki itu menjadi serba salah.Salahnya juga kerana terlampau ingin mengetahui siapa si tompok,dia nekad untuk bertanya dengan Aizad.
“Siapa si tompok tu Ika?”.Ibu menyoal Zulaika yang masih terkejut apabila satu rumah mengetahui tentang si tompok.
“Kawan lama”.Pendek sahaja jawapan yang diberikan,Zulaika sempat memberi satu pandangan kepada Syah.




“Kenapa awak sibuk sangat nak tahu siapa si tompok?Sebab awak satu rumah dah tahu tentang dia”.
Syahrul Aiman hanya menunduk,dia tahu ini salahnya.Yang mampu dia lakukan hanya memohon maaf,namun melihat reaksi gadis itu yang sedang marah,dia hanya mampu mendiamkan dirinya sahaja.
“Kenapa diam.Dengan Aizad bukan main lagi bertanya itu ini”.
“Saya minta maaf Ika”.
Amal yang menemani mereka berdua,hanya mendiamkan diri.Nasib baik dia memilih tempat duduk yang sedikit terlindung dari pelanggan lain,risau juga melihat Zulaika yang mula meninggi suaranya.
“Ika,Syah tak sengaja.Jangan marah-marah macam tu.Risau aku tengok kau macam ni”.Amal menghulurkan air kepada Zulaika.
Astagfiruallahalazim!!Zulaika beristigfar di dalam hati.Entah mengapa malam ini kesabarannya hilang,semuanya gara-gara Syahrul Aiman yang bertanya tentang si tompok kepada Aizad.
“Ika,saya sanggup buat apa sahaja,asalkan awak dapat maafkan saya”.
“Berhenti bertanya tentang si tompok,saya dah cukup berterima kasih jika awak dapat lakukan itu”.
“Penting sangatkah dia dalam hidup awak?”.
“Itu hal peribadi saya,saya tak rasa penting untuk jawab pertanyaan awak tu”.
“Penting bagi saya,sebab saya dah mula sayangkan awak lebih dari seorang kawan”.Amal yang berada di tepi,tersenyum.Akhirnya terungkap juga kata-kata itu dari mulut Syahrul Aiman.







Zulaika duduk termenung,hari sudah larut malam.Namun matanya masih belum mengantuk lagi,kata-kata Syahrul Aiman semasa di kedai makan tadi bermain-main di fikirannya.Ikhlaslah lelaki itu dengan kata-katanya.
“Ika,kenapa tak tidur lagi?”,Amal yang baru sahaja datang dari dapur menegur Zulaika yang sedang duduk di tepi katilnya.
“Kau tu,kenapa pula tak tidur?”.
“Anak aku lapar”.Amal mengusap-usap perutnya.Zulaika tersenyum,melihat perut Amal yang semakin membulat itu.
“Anak kau yang lapar ke ibu dia yang lapar.Nanti lepas bersalin kalau susah nak turun berat badan,jangan nak bising kat aku”.
“Suami aku kata chubby sikit takpe,selesa kalau peluk”.Amal menjuihkan bibir kepada Zulaika.
“Kenapa tak tidur lagi,terfikir hal petang tadi ke?”.Amal bertanya.
Zulaika mengangguk.
“Kau tak yakin dengan Syah?”.
“Tiga bulan lagi dia akan berkahwin,kau tak rasa ni semua kerja gila bila aku masih menaruh harapan pada dia”.
“Tak,sebab kau dah terlalu lama tunggu dia.Lagipun perkahwinan Syah tu rancangan keluarga”.
“Aku tak boleh Amal”.
“Kau boleh Ika.Syah bersetuju dengan perkahwinan ni sebab dia ingat kau masih belum boleh lupakan si tompok,dari dulu aku dah cakap berterus-terang dengan dia.Keadaan takkan menjadi seperti ini”.
“Aku…”.Amal sudah memotong kata-kata Zulaika sebelum sempat Zulaika menghabiskan kata-katanya.
“Berterus- terang dengan dia Ika.Beritahu dia siapa si tompok yang kau tunggu selama ini,jangan biar dia tertanya-tanya”.




Syahrul Aiman resah,dia memarahi dirinya sendiri.Adakah dia terlalu berterus-terang dengan Zulaika.Ini semua kerana dia tidak mampu untuk terus berdiam apabila Zulaika asyik mempertahankan si tompok.
Dan sekarang dia yang resah sendiri apabila mengingat reaksi Zulaika yang terkejut dengan kata-katanya.
“Terima saya dalam hati awak Ika.Saya tak mahu awak terluka lagi kerana menunggu seseorang yang belum pasti,jadi yang halal untuk saya rindui ,untuk saya sayangi”.
Bagaimana jika nanti Zulaika membencinya,sakit kepalanya memikirkan apa yang akan berlaku esok.




“Semuanya terlalu mengejut,dia memang ada di dalam hati aku.Tapi aku tak pernah membayangkan kami mungkin bersama.Terlalu mustahil”.
“Tiada yang mustahil dalam dunia ni Ika.Aku tahu apa yang kau rasa selama ini,walaupun kau tak pernah beritahu aku sakit yang kau rasa kerana memendam perasaan pada dia”.
“Kak Amal,kak Ika.Abang Syah dah nak gerak balik”.Kehadiran Aizad mematikan perbualan Ika dan Amal.Sejak dari awal pagi tadi Amal sentiasa cuba meyakinkan Zulaika tentang Syah.Kerana tanpa pengetahuan Zulaika,Syah telah pun berterus-terang dengan Amal tentang perasaannya yang sebenar.Atas permintaan Syah,Amal tidak memberitahu apa-apa pun kepada Zulaika.
Amal dan Zulaika keluar dari bilik.Syah sedang bersalaman dengan ayah dan Aizad.
“Terima kasih Syah,sebab sudi bersusah payah tolong kami”.
“Takde apalah pakcik,saya dah anggap Aizad ni macam adik saya sendiri”.
“Senang-senang datanglah rumah makcik lagi”.Ibu mempelawa Syah.
“Insya Allah,kalau ada kelapangan saya datang.Lagipun saya dah jatuh cinta dengan asam pedas makcik,beruntung pakcik dapat isteri yang pandai masak asam pedas”.
“Isteri Syah nanti suruhlah dia belajar dengan makcik.Dalam rumah ni yang mampu buat asam pedas macam makcik,Ika”.Ayah sempat memuji anak angkatnya itu.
Syahrul Aiman memandang wajah Zulaika sekilas,dia tersenyum.
“Amal,aku balik dulu.Jaga kandungan kau tu baik-baik”.
“InsyaAllah,kau tu bawa motor jangan berangan.Darah manis sekarang ni”.
Tiba di hadapan Zulaika ,lidah Syahrul Aiman kelu.Dia sebenarnya masih risau jika gadis itu marah kepadanya tentang hal semalam.
“Have a safe journey.Terima kasih sebab sudi tolong kami semua”.Zulaika yang memulakan kata apabila dia melihat lelaki itu hanya terdiam.
“Terima kasih Ika”.Syahrul Aiman menghulurkan sekeping kad berwarna putih kepada Zulaika.
“Baca selepas saya dah gerak balik”.




First time I met you,I never know that you would be so important in my life
Life is short and all I want is to be with someone I would love and be with her untkl my last breath…
Maybe its love,but maybe its fate
Fate that Allah brought you for me to make my life perfect

Zulaika merenung dalam isi kandungan kad yang baru dibacanya itu,Allah benarkah ini yang sedang berlaku kepadaku!Zulaika masih seakan tidak percaya,adakah ini hanya mimpi indah yang akan hilang saat dia terjaga dari tidur.Perlahan air matanya menitis.
“Kenapa kau menangis ika?”.Amal yang sedang mengemas beg pakaiannya terkejut apabila dia melihat Zulaika mengalirkan air mata saat dia memasuki bilik Zulaika.
“Aku takut Amal,aku takut bila aku dah sedia buka pintu hati aku untuk Syah sepenuhnya,namun tiba-tiba di kemudian hari dia kecewakan aku,atau mungkin aku kecewakan dia".
”Kau terlalu memikirkan hal yang terlalu jauh,yang penting sekarang bukan nanti.Ini semua takdir Ika,kau dengan Syah memang ditakdirkan bersama”.
“Menerima Syah bermakna perkahwinan Syah akan dibatalkan.Aku tak sanggup untuk cuba merobohkan masjid yang sedang dibina”.
Amal terdiam.Dia hampir terlupa tentang perkahwinan Syah yang akan berlangsung tiga bulan lagi.
“Mampukah aku bahagia nanti jika kebahagiaan yang aku miliki itu nanti atas kedukaan seorang wanita lain”.







Amal dan Zulaika tergamam,pintu rumah yang terbuka luas dan keadaan dalam rumah yang berselerak meyakinkan mereka bahawa rumah Zulaika telah dimasuki perompak.
“Telefon Syah Ika,minta tolong dia”.
Zulaika menggelengkan kepala.
“Aizad”.
“Aizad dah balik rumah mak mertua dia kat Selangor.Buat masa ni Syah yang paling dekat,cepat Ika.Aku takut perompak tu masih ada kat dalam tu”.
Mahu atau tidak Zulaika mendail juga nombor Syah.Tidak sampai 10 minit lelaki itu sampai di hadapan rumahnya.
“Awak dengan Amal ok”.Itu pertanyaan pertama Syah sewaktu turun dari kereta,apabila mendapat panggilan telefon dari Ika,dia terkejut.Kebetulan dia memang sedang mempunyai urusan di kawasan yang berdekatan dengan rumah Zulaika.
“Ok,Alhamdulillah.Kami cuma bimbang perompak masih ada di dalam”.
“Ika,awak telefon polis.Biar saya jenguk kat dalam tu”.
“Syah ,saya rasa lebih baik kita tunggu polis”.Zulaika mencegah Syah untuk masuk.Bagaimana nanti jika perompak itu memang masih ada di dalam,dia tidak mahu membiarkan Syah mengambil risiko.
“Ika,takpe.Lagipun sekejap lagi polis sampai”.
Syahrul Aiman melangkah masuk,habis laci di ruang tamu semuanya diselongkar.Semua barang disepahkan merata-rata.Syah melangkah menuju ke bilik Zulaika yang terletak di atas,dengan berhati-hati dia menaiki tangga.Seperti yang dijangka,keadaan bilik Zulaika lebih bersepah daripada ruang tamu.Syahrul Aiman menggelengkan kepala,pasti semua barang berharga milik Zulaika hilang.Kedengaran bunyi siren polis di bawah,baharu sahaja kaki Syahrul Aiman hendak melangkah keluar,matanya terpandang sesuatu di sebalik sepahan barang,ada beberapa keping nota berwarna-warni.





“I think I need a cctv,Syah ada kenal orang yang boleh pasang cctv,kalau boleh dalam masa terdekat ni”.Zulaika dan Syah berbual-bual ketika menunggu pihak polis mengeluarkan kertas laporan.
“You don’t need a cctv.You need a husband who can take care of you”.
Zulaika terdiam.Syah tergelak kecil,dia memang sengaja mengusik Zulaika.Amal datang menghampiri Syah dan Ika,di tangannya ada dua cawan kopi.
Amal menghulurkan kopi itu kepada Syah dan Ika.
“Asal kau gelak?”.Amal bertanya kepada Syah,sebab dari jauh tadi dia melihat Syah tergelak selepas berkata sesuatu kepada Ika.
“Ika beritahu aku dia nak pasang cctv,aku cakaplah dia tak perlukan cctv,yang dia perlukan adalah suami.Suami yang mampu jaga dia.Lepas tu dia terkejut,kelakar pula aku tengok reaksi dia tu”.
“Kau jangan dengar sangat cakap Syah ni Amal.Dia kalau tak cari hal dengan aku,memang tak lengkap hidup dia”.
“Betul tu,tanpa awak hidup saya memang tak lengkap”.Amal tersengih mendengar pengakuan Syah,nampaknya Syah memang sudah betul-betul yakin dengan perasaannya kerana tanpa berselindung lagi dia telah menyatakan rasa sayangnya kepada Zulaika.
Merah muka Zulaika mendengar kata-kata Syah,apatah lagi melihat reaksi Amal yang tersengih memandangnya.
Seorang anggota polis menghampiri mereka.
“Cik Zulaika,ini laporannya.Kalau ada apa-apa perkembangan tentang kes ni,kami akan hubungi cik”.
“Terima kasih.Dah siap semua kan,kami boleh baliklah maknanya”.
Anggota polis wanita itu mengangguk.Mereka bertiga balik menaiki kereta Syah,di dalam kereta yang hanya rancak berbual cuma Amal dan Syah,Zulaika lebih memilih berdiam.Namun dia dapat mengesan anak mata Syah yang kerap kali memandangnya melalui side mirror.Korek mata tu karang!Zulaika berkata di dalam hati.





“Surprise untuk kau Ika,dah tiga hari bunga ni datang.Aku dah beritahu kat budak delivery tu kau takde,tapi dia degil bunga ni kena hantar juga.So aku letak je atas meja kau”.Sue menerangkan kepada Zulaika apabila rakannya itu terkejut melihat ada tiga bakul bunga ros putih di atas mejanya.
“Takpe Sue.Terima kasih sebab cover kerja aku sepanjang aku cuti ni”.
“Sama-sama.Kau pun dulu rajin cover kerja aku masa ayah aku sakit kan.Ni kira balas budilah.Wedding Aizad macamana?”.
“Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar.Lagipun kami cuma buat majlis untuk saudara-mara je”.
“Owh,aku nak keluar ni.Kalau ada apa-apa yang kau nak tahu telefon je aku terus”.
Zulaika mengangguk,sekarang matanya tertumpu pada tiga bakul  bunga ros putih di atas mejanya.Pertama kali di dalam hidupnya dia mendapat  hadiah seperti ini.Dua bakul bunga sudah hampir layu,sebakul lagi masih segar.Tiada nama pengirim dan menurut Sue pengirim tersebut seseorang yang Zulaika kenal.
Zulaika menggaru kepalanya yang tak gatal itu,memikirkan siapakah orang yang mengirimkan bunga-bunga itu kepadanya.

‘Tercipta engkau dari rusuk lelaki,bukan dari kaki untuk di alasi,bukan dari kepala untuk dijunjung,tapi dekat di bahu untuk dilindung,dekat juga di hati untuk dikasihi,engkaulah wanita hiasan duniawi’.
Tiba-tiba satu suara kedengaran dari belakangnya,Syahrul Aiman sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum.Di tangannya ada sebakul bunga ros putih persis seperti bunga yang berada di atas meja Zulaika.







No comments:

Post a Comment