Assalamualaikum...
Huhu...tetiba terbaca blog seseorang ni..n sebab ape yg die tulis best..terus screen shot..
Dalam beberapa hari ni asyik duk terfikir bercinta selepas nikah or bercinta sebelum nikah..nampak x dah gatai...haha....nak nikah calon pun xde hihi
Ok lah jujur..ni pendapat aq..sebagai seseorang yg belum berkahwin..bercinta selepas nikah ni perlu kekuatan..luaran dan dalaman..luaran tu sbb takut kita rasa rendah diri dgn suami sbb dia hensem kite tembam sikit..dalaman pula tentang persefahaman dalam kehidupan nanti..yelah kita berkahwin dengan orang yg x dikenali ..mcm2 nti kita perlu hadap..that's why kekuatan dalam tu penting...nak mintk kat siapa kekuatan dalaman tu...of course lah Allah..
So ..bagi aq yg masih naif ni..terpulang pada diri individu tu klau nak bercinta selepas or sebelum nikah...klau bercinta selepas nikah..dpt byk pahala kate salah sorg kwn aq.coz ape yg kita buat utk suami adalah ibadah..mcm best je...
Tpi klau nak bercinta sebelum nikah pun aq rse mcm ok je..tpi kena berwaspada lah hehe...coz skrg ni ramai sgt gne istilah CINTA ISLAMIK ..kononnye cinta yg mengawal tingkah laku..haha..tingkah laku mmg boleh kawal..perasaan.n hati ko..ko rse..haha..bak kte ayat kt atas tu cinta itu fitrah jgn smpai jadi fitnah..
Dan konklusinya..aq rse aq memilih cinta sebelum nikah sbb nak Allah syg..nak dpt banyak pahala nanti..n sebab aq rse x kuat klau nak bercinta sebelum nikah..takut byk sgt tambah dosa kering nti..TAPI sekurg-kurngnye aq perlu kenal die n family die ..sbb aq xrse mampu utk habiskan hidup dgn lelaki yg aq x kenal ..
Rasa cinta itu hadiah dari Allah..sebelum kita mencintai insan..lebih baik kita belajar mencintai pemilik asal yg beri rasa cinta tu...ok done..
Imam Abu Hamid Al-Ghazali berkata, "Carilah hatimu di tiga tempat: pertama, ketika membaca al-Qur'an; kedua, ketika solat; ketiga, ketika mengingat kematian. Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!" [Amru Khalid, 'Ibadatul Mu'min, m/s 43 (Aqwam, 2010)]
Sunday
Wednesday
APA SAYA NAK JAWAB DENGAN ALLAH NANTI
Dia duduk termenung,kereta yang lalu lalang dihadapannya
tidak mampu menarik perhatiannya.Memandang jauh ke lautan,setitis air matanya
mengalir.ALLAH,semakin deras air mata mengalir apabila nama itu terbit dari
bibirnya.
Pertemuan dengan seseorang yang baru dikenalinya benar-benar
mencuit hatinya saat ini.
Kenapa menangis sendirian kat sini?Adik ada masalah ke?
Tolong saya kak,tolong saya..apa saya nak jawab dengan Allah nanti
Air mata gadis itu semakin deras mengalir,dia menundukkan kepalanya,air matanya mengalir..tersentuh hati Sufiya melihat keadaan gadis itu..
Jangan bersedih,Allah selalu ada
Sufiya cuba memeluk gadis itu,semakin deras air mata gadis itu mengalir,tersedu-sedu dia menangis di bahu Sufiya.

Selesai menunaikan solat zuhur,Sufiya mengajak gadis yang
dikenali sebagai Aida itu duduk berehat di taman yang berdekatan dengan masjid
yang mereka singgahi.
Kalau Aida nak bercerita ,kak Sufiya sudi mendengar
Saya berdosa kak
Tiada manusia yang tak mempunyai dosa dik,tapi pintu taubat Allah tu luas,Dia yang Maha Pemaaf dan Maha Penyayang,kalau tak keberatan,boleh cerita apa sebenarnya yang berlaku pada Aida.

Aida terdiam.Dia memandang wajah Sufiya dalam-dalam.Ada
kerunsingan di anak mata gadis itu apabila Sufiya melihat Aida.
Saya dulu jahil kak,apa yang akak tengok saya sekarang
sangat berbeza dengan saya yang dahulu.Tapi Alhamdulillah,Allah bukakan pintu
hati saya untuk berubah,sampai saat ini saya masih terfikir kalaulah saya terus
bergelimpangan dengan kehidupan saya yang dahulu dan saat itu Allah tarik nyawa
saya,tentu saya ahli neraka di akhirat kelak.
Semua orang pasti ada masa silam,walaupun seburuk mana masa silam kita,itu suatu proses pembelajaran dari Allah untuk hambaNya.Allah masih beri Aida peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan untuk tempat yang lebih baik di akhirat kelak,Insya Allah.Allah dah beri hidayah tapi kenapa Aida sedih?
Di asrama saya dikelilingi oleh orang-orang yang hatinya dekat pada Allah.,kami sama-sama berdakwah,mengajak orang ke arah kebaikan,Alhamdulillah Allah permudah urusan kami.Kami mampu menarik hati anak-anak muda untuk bersama kami berkumpul dan bersama-sama berdakwah.Tapi bila tiba cuti semester,saya pulang ke rumah,masing-masing sibuk mengurus hal dunia.Melihat ayah ,ibu dan adik-beradik yang jauh dari Allah,hati saya pilu.Saya takut dekat akhirat nanti Allah pertanyakan pada saya,kenapa kau mampu berdakwah pada orang lain,tapi kau tak mampu dakwah ahli keluargaMu sendiri.Apa saya nak jawab dengan Allah nanti kak,saya nak menegur mereka,namun saya takut,takut mereka berkecil hati dengan saya,terutama ibu dan ayah.Saya nak kami sekeluarga masuk syurga bersama-sama.Saya tak nak anggota badan mereka disambar api neraka kerana mereka terus terleka dengan dunia.
Allah!Terdiam Sufiya mendengar kata-kata Aida.Mulianya hati gadis ini,di umurnya yang masih muda dia sudah menetapkan syurga sebagai matlamatnya di akhirat kelak.Sufiya teringat dia dahulu saat berumur 19 tahun,dia masih lagi terbuai dengan dunia,sekarang umur hampir menjejak 30 baru dia mampu untuk menetapkan matlamatnya di akhirat kelak.Tanpa disedari air matanya mengalir perlahan.Ya,dia pernah merasakan perasaan seperti Aida 4 bulan yang lalu.

Aida beruntung,di usia yang muda Allah dah beri peluang Aida
untuk berdakwah.Apa yang Aida rasa sekarang ni ramai orang pernah rasa,apabila
kita dekat dengan Allah,kita nak semua orang keliling kita dekat dengan
Allah.Akan sampai satu saat hati Aida merasa pilu apabila melihat orang lain
jauh dari agama,apatah lagi keluarga sendiri.Akak nak tanya,kenapa Aida
tiba-tiba mampu berubah?Dari mana datangnya kekuatan untuk berubah tu?
Rasa nak berubah tu dah lama ada,tapi Aida takut.Lepas satu kejadian berlaku dan Aida sedar kalau Allah nak,dia boleh je ambil nyawa Aida masa tu tapi Dia beri peluang Aida untuk bertaubat.Dan selepas SPM Aida melanjutkan pelajaran ke universiti dan Alhamdulillah Allah memang sayangkan Aida,Dia temukan Aida dengan orang-orang yang baik.Allah baik sangat pada Aida kak,macam-macam nikmat dan rahmat Dia bagi pada Aida,tapi Aida ni yang tak tahu bersyukur.Kekuatan untuk berubah tu bila Allah permudah segala jalan Aida untuk berubah,Aida yakin ini memang apa yang Aida nak.Tapi keluarga Aida,ayah,ibu….

Mereka perlukan masa seperti mana Aida perlukan masa untuk
mengenal ALLAH.Beri mereka masa,Insya Allah dengan berkat doa dan kesabaran
Aida,pintu hati mereka terbuka untuk berubah menjadi lebih baik.
Macamana kalau mereka masih tidak berubah kak?
Insya Allah,mereka akan berubah tapi bukan kerana Aida nak mereka berubah,tapi kerana hati mereka yang terbuka untuk berubah.
Apa lagi yang mampu Aida buat untuk mereka kak?
Belajar untuk bangun dan menangis di tengah malam,..rasa semua yang berlaku kerana salah kita yang tak mampu bawa keluarga dalam islam yang sebenarnya.

Kita dulu pun pernah menjadi seperti mereka sebelum Allah
ambil kita dan beri rahmat untuk kenal Dia.Jangan pandang mereka dengan rasa
benci,marah kerana mereka jauh dari Allah,tapi pandang mereka dengan kasih
sayang.Jangan mendongak dengan apa yang kita ada sekarang sebab mungkin kalau
ditakdirkan suatu hari nanti orang yang kita tengok jauh dari agama tu
berubah,mungkin dia lebih baik daripada kita.Dan Aida kena bersyukur,kerana
ayah dan ibu lah Aida lahir terus dapat islam.Dalam dunia ni ada 7 billion
manusia,hanya 2 billion yang beragama islam,yang selebihnya masih belum
mengenal islam.Banyak saudara-saudara baru kita yang baru memeluk islam.Mereka
perlu belajar sendiri untuk mengenal islam,sedangkan Aida,celik mata
sahaja,Aida sudah mengenal islam.Kadang-kadang kita ni suka mengingat keburukan
daripada kebaikan,termasuk akak.Hinanya kita sebagai hamba Allah,Allah tak
pernah berhenti beri rahmat pada kita,tapi jarang sekali kita bersyukur,kita
asyik meminta sahaja.
Terdiam seketika Aida setelah mendengar kata-kata dari
Sufiya.
Maaf,kalau kata-kata akak membuat Aida tersinggung.
Terima kasih kak.Aida memeluk erat Sufiya.Ya,ini mungkin kali pertama mereka bertemu,namun Aida merasa selesa dengannya.
Malu Aida pada Allah kak,hinanya Aida sebab tak mampu bersyukur dengan rahmat yang tiada hentinya dari Allah.
Tanda Allah belum berpaling dari hambaNya ialah Dia masih letakkan hati hambaNya untuk terus berada di atas jalanNya.Allah sayang semua hamba-hambaNya,melebihi kasih sayang seorang ibu pada anaknya.Setiap langkah sertakan nama Allah,Insya Allah segalanya dipermudah.

Sufiya mengelap air matanya yang masih lagi mengalir.Jujur
pertemuan dengan Aida tadi membuat hatinya pilu..dia masih lagi duduk
bersendiri di tepi pantai ini.Aida sudah pun balik satu jam yang lalu,gadis itu
berkali-kali memeluknya sebelum balik tadi.
Aku nak jawab apa pada Allah di akhirat nanti,aku tak mampu
bawa keluarga aku dekat pada Allah?.Persoalan ini empat bulan lalu pernah dia
pertanyakan pada sahabatnya.
Saat itu dia membawa diri kerana cubaan dia berdakwah kepada
keluarganya seakan tidak diterima.Air matanya tiada hentinya mengalir saat itu.
Air mata ni yang akan jawab di akhirat kelak,air mata yang mengalir saat kau merasa sedih sebab tak mampu bawa keluarga kau pada islam yang sebenarnya.Allah tahu kau dah usaha,jangan menyeksa diri.Tugas kau hanya menyampaikan tapi yang memberi Hidayah hanya Allah.Kita hanya berusaha,Allah yang tentukan segala-galanya.

Mungkin ibu atau ayah bukanlah insan yang baik,tapi itulah
ibu dan ayah yang Allah hadiahkan pada kau di dunia untuk bantu kau kenal dunia
ni.Di akhirat Allah takkan pertanyakan pada kau apa yang ibu dan ayah kau buat
ketika di dunia,tapi Allah akan pertanyakan sudahkan kau menjalankan
tanggungjawab kau sebagai seorang anak.Tapi alangkah indahnya jika kau mampu
menjadi anak yang solehah yang mampu mendoakan kedua ibu dan ayahnya kelak.
Maafkan mereka kerana mereka belum faham apa yang kau cuba
sampaikan pada mereka.Tak salah kita merendah diri,sebab kita ni bukannya mulia
sangat pun,berasal dari tanah juga kan.Kalau kau rasa susah untuk maafkan
mereka,cari sebab untuk maafkan mereka.Ingat ,siapa yang menjaga kau sejak kau
lahir di bumi ini,cari alasan untuk maafkan mereka,cari alasan untuk bahagiakan
mereka…
Kau juga memerlukan masa untuk mengenali Allah,mengenali
diri kau yang sebenarnya,apa salahnya beri mereka masa.Beri mereka masa untuk
mengenal Allah,kadang-kadang kita ni doa sampai menangis-nangis supaya orang tu
diberi Hidayah,tapi kita lupa yang mengurniakan Hidayah tu Allah.Mungkin kau
pernah dengar,Hidayah itu milik Allah.Kau doa,usaha macamana sekalipun kalau
Allah dah tutup pintu hati mereka,mereka tetap takkan berubah.
Bangun malam,belajar tadah tangan,belajar menangis,cakap
pada diri.Ini semua salah saya!!Ini semua salah saya!!Semua yang berlaku
sekarang semua kerana dosa-dosa saya.Dosa-dosa saya yang membuat insan-insan
disekeliling saya jauh dari Allah,kalau saya jadi hamba yang baik,tentu saya
mampu mendoakan mereka,tapi sebab saya ni jahat,saya ni banyak buat
dosa,akhirnya mereka semua jauh dari Allah.
Betulkan hati kau dulu sebelum kau nak sentuh hati orang
lain.Bersihkan hati dengan zikir,solat malam,buat ihsan pada ibu
bapa,.ya..memang kadang-kadang ibu bapa tak nampak apa yang kau buat untuk
mereka,tapi Allah nampak.Itu yang penting,betulkan niat,aku tolong ibu dan ayah
kerana Allah,kerana aku nak jadi anak yang solehah,kerana aku nak mereka dekat
dengan Allah.Ye,aku tahu tak mudah,tapi kau sendiri tahu,Allah takkan uji
hambaNya kalau Allah tahu kita tak mampu.
Akhir sekali,bila kau dah usaha,berdoa,serahkan semuanya
pada Allah.Belajar tadah tangan, “Allah,dalam dunia ni saya takde apa –apa pun
saya tak peduli,tapi kalau saya tiada Kau,tiada kasih sayang Kau,Kau berpaling
dari saya,Kau jauh dari saya,itu yang paling saya takutkan Ya Allah.Saya
serahkan segala urusan hidup dan mati
saya kepadaMu Ya Allah".
Subscribe to:
Posts (Atom)