Wednesday

APA SAYA NAK JAWAB DENGAN ALLAH NANTI






Dia duduk termenung,kereta yang lalu lalang dihadapannya tidak mampu menarik perhatiannya.Memandang jauh ke lautan,setitis air matanya mengalir.ALLAH,semakin deras air mata mengalir apabila nama itu terbit dari bibirnya.



Pertemuan dengan seseorang yang baru dikenalinya benar-benar mencuit hatinya saat ini.


Kenapa menangis sendirian kat sini?Adik ada masalah ke?
Tolong saya kak,tolong saya..apa saya nak jawab dengan Allah nanti
Air mata gadis itu semakin deras mengalir,dia menundukkan kepalanya,air matanya mengalir..tersentuh hati Sufiya melihat keadaan gadis itu..
Jangan bersedih,Allah selalu ada
Sufiya cuba memeluk gadis itu,semakin deras air mata gadis itu mengalir,tersedu-sedu dia menangis di bahu Sufiya.



Selesai menunaikan solat zuhur,Sufiya mengajak gadis yang dikenali sebagai Aida itu duduk berehat di taman yang berdekatan dengan masjid yang mereka singgahi.
Kalau Aida nak bercerita ,kak Sufiya sudi mendengar
Saya berdosa kak
Tiada manusia yang tak mempunyai dosa dik,tapi pintu taubat Allah tu luas,Dia yang Maha Pemaaf dan Maha Penyayang,kalau tak keberatan,boleh cerita apa sebenarnya yang berlaku pada Aida.
Aida terdiam.Dia memandang wajah Sufiya dalam-dalam.Ada kerunsingan di anak mata gadis itu apabila Sufiya melihat Aida.


Saya dulu jahil kak,apa yang akak tengok saya sekarang sangat berbeza dengan saya yang dahulu.Tapi Alhamdulillah,Allah bukakan pintu hati saya untuk berubah,sampai saat ini saya masih terfikir kalaulah saya terus bergelimpangan dengan kehidupan saya yang dahulu dan saat itu Allah tarik nyawa saya,tentu saya ahli neraka di akhirat kelak.
Semua orang pasti ada masa silam,walaupun  seburuk mana masa silam kita,itu suatu proses pembelajaran dari Allah untuk hambaNya.Allah masih beri Aida peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan untuk tempat yang lebih baik di akhirat kelak,Insya Allah.Allah dah beri hidayah tapi kenapa Aida sedih?



Di asrama saya dikelilingi oleh orang-orang yang hatinya dekat pada Allah.,kami sama-sama berdakwah,mengajak orang ke arah kebaikan,Alhamdulillah Allah permudah urusan kami.Kami mampu menarik hati anak-anak muda untuk bersama kami berkumpul dan bersama-sama berdakwah.Tapi bila tiba cuti semester,saya pulang ke rumah,masing-masing sibuk mengurus hal dunia.Melihat ayah ,ibu dan adik-beradik yang jauh dari Allah,hati saya pilu.Saya takut dekat akhirat nanti Allah pertanyakan pada saya,kenapa kau mampu berdakwah pada orang lain,tapi kau tak mampu dakwah ahli keluargaMu sendiri.Apa saya nak jawab dengan Allah nanti kak,saya nak menegur mereka,namun saya takut,takut mereka berkecil hati dengan saya,terutama ibu dan ayah.Saya nak kami sekeluarga masuk syurga bersama-sama.Saya tak nak anggota badan mereka disambar api neraka kerana mereka terus terleka dengan dunia.



Allah!Terdiam Sufiya mendengar kata-kata Aida.Mulianya hati gadis ini,di umurnya yang masih muda dia sudah menetapkan syurga sebagai matlamatnya di akhirat kelak.Sufiya teringat dia dahulu saat berumur 19 tahun,dia masih lagi terbuai dengan dunia,sekarang umur hampir menjejak 30 baru dia mampu untuk menetapkan matlamatnya di akhirat kelak.Tanpa disedari air matanya mengalir perlahan.Ya,dia pernah merasakan perasaan seperti Aida  4 bulan  yang lalu.


Aida beruntung,di usia yang muda Allah dah beri peluang Aida untuk berdakwah.Apa yang Aida rasa sekarang ni ramai orang pernah rasa,apabila kita dekat dengan Allah,kita nak semua orang keliling kita dekat dengan Allah.Akan sampai satu saat hati Aida merasa pilu apabila melihat orang lain jauh dari agama,apatah lagi keluarga sendiri.Akak nak tanya,kenapa Aida tiba-tiba mampu berubah?Dari mana datangnya kekuatan untuk berubah tu?



Rasa nak berubah tu dah lama ada,tapi  Aida takut.Lepas satu kejadian berlaku dan Aida sedar kalau Allah nak,dia boleh je ambil nyawa Aida masa tu tapi Dia beri peluang Aida untuk bertaubat.Dan selepas SPM Aida melanjutkan pelajaran ke universiti dan Alhamdulillah Allah memang sayangkan Aida,Dia temukan Aida dengan orang-orang yang baik.Allah baik sangat pada Aida kak,macam-macam nikmat dan rahmat Dia bagi pada Aida,tapi Aida ni yang tak tahu bersyukur.Kekuatan untuk berubah tu bila Allah permudah segala jalan Aida untuk berubah,Aida yakin ini memang apa yang Aida nak.Tapi keluarga Aida,ayah,ibu….



Mereka perlukan masa seperti mana Aida perlukan masa untuk mengenal ALLAH.Beri mereka masa,Insya Allah dengan berkat doa dan kesabaran Aida,pintu hati mereka terbuka untuk berubah menjadi lebih baik.

Macamana kalau mereka masih tidak berubah kak?
Insya Allah,mereka akan berubah tapi bukan kerana Aida nak mereka berubah,tapi kerana hati mereka yang terbuka untuk berubah.

Apa lagi yang mampu Aida buat untuk mereka kak?
Belajar untuk bangun dan menangis di tengah malam,..rasa semua yang berlaku kerana salah kita yang tak mampu bawa keluarga dalam islam yang sebenarnya.



Kita dulu pun pernah menjadi seperti mereka sebelum Allah ambil kita dan beri rahmat untuk kenal Dia.Jangan pandang mereka dengan rasa benci,marah kerana mereka jauh dari Allah,tapi pandang mereka dengan kasih sayang.Jangan mendongak dengan apa yang kita ada sekarang sebab mungkin kalau ditakdirkan suatu hari nanti orang yang kita tengok jauh dari agama tu berubah,mungkin dia lebih baik daripada kita.Dan Aida kena bersyukur,kerana ayah dan ibu lah Aida lahir terus dapat islam.Dalam dunia ni ada 7 billion manusia,hanya 2 billion yang beragama islam,yang selebihnya masih belum mengenal islam.Banyak saudara-saudara baru kita yang baru memeluk islam.Mereka perlu belajar sendiri untuk mengenal islam,sedangkan Aida,celik mata sahaja,Aida sudah mengenal islam.Kadang-kadang kita ni suka mengingat keburukan daripada kebaikan,termasuk akak.Hinanya kita sebagai hamba Allah,Allah tak pernah berhenti beri rahmat pada kita,tapi jarang sekali kita bersyukur,kita asyik meminta sahaja.
Terdiam seketika Aida setelah mendengar kata-kata dari Sufiya.
Maaf,kalau kata-kata akak membuat Aida tersinggung.
Terima kasih kak.Aida memeluk erat Sufiya.Ya,ini mungkin kali  pertama mereka bertemu,namun Aida merasa selesa dengannya.
Malu Aida pada Allah kak,hinanya Aida sebab tak mampu bersyukur dengan rahmat yang tiada hentinya dari Allah.
Tanda Allah belum berpaling dari hambaNya ialah Dia masih letakkan hati hambaNya untuk terus berada di atas jalanNya.Allah sayang semua hamba-hambaNya,melebihi kasih sayang seorang ibu pada anaknya.Setiap langkah sertakan nama Allah,Insya Allah segalanya dipermudah.




Sufiya mengelap air matanya yang masih lagi mengalir.Jujur pertemuan dengan Aida tadi membuat hatinya pilu..dia masih lagi duduk bersendiri di tepi pantai ini.Aida sudah pun balik satu jam yang lalu,gadis itu berkali-kali memeluknya sebelum balik tadi.

Aku nak jawab apa pada Allah di akhirat nanti,aku tak mampu bawa keluarga aku dekat pada Allah?.Persoalan ini empat bulan lalu pernah dia pertanyakan pada sahabatnya.
Saat itu dia membawa diri kerana cubaan dia berdakwah kepada keluarganya seakan tidak diterima.Air matanya tiada hentinya mengalir saat itu.

Air mata ni yang akan jawab di akhirat kelak,air mata yang mengalir saat kau merasa sedih sebab tak mampu bawa keluarga kau pada islam yang sebenarnya.Allah tahu kau dah usaha,jangan menyeksa diri.Tugas kau hanya menyampaikan tapi yang memberi Hidayah hanya Allah.Kita hanya berusaha,Allah yang tentukan segala-galanya.






Mungkin ibu atau ayah bukanlah insan yang baik,tapi itulah ibu dan ayah yang Allah hadiahkan pada kau di dunia untuk bantu kau kenal dunia ni.Di akhirat Allah takkan pertanyakan pada kau apa yang ibu dan ayah kau buat ketika di dunia,tapi Allah akan pertanyakan sudahkan kau menjalankan tanggungjawab kau sebagai seorang anak.Tapi alangkah indahnya jika kau mampu menjadi anak yang solehah yang mampu mendoakan kedua ibu dan ayahnya kelak.
Maafkan mereka kerana mereka belum faham apa yang kau cuba sampaikan pada mereka.Tak salah kita merendah diri,sebab kita ni bukannya mulia sangat pun,berasal dari tanah juga kan.Kalau kau rasa susah untuk maafkan mereka,cari sebab untuk maafkan mereka.Ingat ,siapa yang menjaga kau sejak kau lahir di bumi ini,cari alasan untuk maafkan mereka,cari alasan untuk bahagiakan mereka…

Kau juga memerlukan masa untuk mengenali Allah,mengenali diri kau yang sebenarnya,apa salahnya beri mereka masa.Beri mereka masa untuk mengenal Allah,kadang-kadang kita ni doa sampai menangis-nangis supaya orang tu diberi Hidayah,tapi kita lupa yang mengurniakan Hidayah tu Allah.Mungkin kau pernah dengar,Hidayah itu milik Allah.Kau doa,usaha macamana sekalipun kalau Allah dah tutup pintu hati mereka,mereka tetap takkan berubah.
Bangun malam,belajar tadah tangan,belajar menangis,cakap pada diri.Ini semua salah saya!!Ini semua salah saya!!Semua yang berlaku sekarang semua kerana dosa-dosa saya.Dosa-dosa saya yang membuat insan-insan disekeliling saya jauh dari Allah,kalau saya jadi hamba yang baik,tentu saya mampu mendoakan mereka,tapi sebab saya ni jahat,saya ni banyak buat dosa,akhirnya mereka semua jauh dari Allah.

Betulkan hati kau dulu sebelum kau nak sentuh hati orang lain.Bersihkan hati dengan zikir,solat malam,buat ihsan pada ibu bapa,.ya..memang kadang-kadang ibu bapa tak nampak apa yang kau buat untuk mereka,tapi Allah nampak.Itu yang penting,betulkan niat,aku tolong ibu dan ayah kerana Allah,kerana aku nak jadi anak yang solehah,kerana aku nak mereka dekat dengan Allah.Ye,aku tahu tak mudah,tapi kau sendiri tahu,Allah takkan uji hambaNya kalau Allah tahu kita tak mampu.

Akhir sekali,bila kau dah usaha,berdoa,serahkan semuanya pada Allah.Belajar tadah tangan, “Allah,dalam dunia ni saya takde apa –apa pun saya tak peduli,tapi kalau saya tiada Kau,tiada kasih sayang Kau,Kau berpaling dari saya,Kau jauh dari saya,itu yang paling saya takutkan Ya Allah.Saya serahkan segala urusan hidup  dan mati saya kepadaMu Ya Allah".


No comments:

Post a Comment