Imam Abu Hamid Al-Ghazali berkata, "Carilah hatimu di tiga tempat: pertama, ketika membaca al-Qur'an; kedua, ketika solat; ketiga, ketika mengingat kematian. Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!" [Amru Khalid, 'Ibadatul Mu'min, m/s 43 (Aqwam, 2010)]
Thursday
Anugerah Terindah
Assalamualaikum..
Post kali ni aq tergerak nak tulis tentang anugerah..bukan anugerah yg award tu tapi anugerah terindah dari Allah yang telah dipinjamkan pada hambaNya
Bagi aq anugerah terindah yg Allah pinjamkan untuk aq ialah kedua ibu dan ayah..n lagi senang aq panggil mak ngan abah..
Terdetik hati ni nak menulis tntg ni sbb aq sedar waktu semakin berlalu entah sempat atau tidak aq untuk melalui hari2 bersama mereka..aq sedar ada perkara dalam dunia ni yg memang pasti akan terjadi iaitu mati..
Salah seorang sahabat aq baru sahaja kehilangan ayahnya tengah malam tadi..n yg sedihnya dia akan melangsungkan perkahwinan dlm masa yg terdekat..x dpt bygkn perasaan dia skrg ni..semoga dia tabah!
Terkejut sebenarnya,sebab aq nmpk ayah dia nmpk sihat,tapi lepas terjatuh dia terus pengsan dan disahkan meninggal dunia..ajal..kita memang takkan mampu menahan atau lari daripadanya..dan aq terus terfikir..mak ngan abah pun dah tua sebenarnya..macamana klau esok pagi aq bangun tanpa dapat melihat senyuman mereka...Ya Allah,aq belum bersedia...jujur kalau aq diberi pilihan,biarlah aq yg pergi dulu sblum mereka..
Pernah dengar kan cara nak khusyuk dlm solat adalah menganggap itu adalah solat terakhir kita...aq rse kita boleh guna asas yg sama tapi untuk tujuan yg berbeza...kita anggap apa sahaja yg kita lakukan untuk ibu dengan ayah kita setiap hari adlah hal terakhir yang kita lakukan bersama mereka..dgn cara tu..kita akan lebih bersungguh-sungguh..dan pahala berbakti kepada ibu bapa pun semakin tinggi...
Aq memang susah untuk melafazkan kata2 aq syg pada mak n abah..tapi aq hadirkan rasa syg tu dgn selalu ada untuk mereka,bantu mereka,dengar luahan hati mereka,fahami hati mereka yg semakin tua..dan cuba selalu mengalah walaupun kdg2 dalam hati tu memberontak..hehe
Mak,abah,mungkin mak ngan abah takkan baca blog angah ni,sebab tu berani tulis kat sini..haha
Dalam hidup ni Allah dah bagi macam2 pada angah,dan salah satu yang paling angah syg pemberian dari Allah ialah mak dengan abah...dlm dunia ni biarlah satu dunia mencaci tapi kalau mak ngan abah ada untuk angh,angh dah cukup bahagia...
Love both of u so much,doakan angh jadi anak yg solehah,dan semoga kita satu keluarga ditempatkan di dalam syurga yg mengalir air sungai di bawahnya..Aminn....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment