Sunday

CALON ISTERI ALONG





“Kau ni kenapa,masuk bilik nak marah-marah.Dahlah tadi tak sabar -sabar nak suruh aku balik ,sebab kau aku tinggalkan je roti canai aku tu atas meja tanpa bersentuh”.Adira meletakkan beg galasnya di tepi.Melihat wajah masam mencuka Maya,dia tahu ada sesuatu berlaku pada sahabatnya itu.

“Mama aku kata selagi along aku tak berkahwin,dia takkan benarkan aku berkahwin.Kau tak rasa gila ke semua ni,kau tengok gaya along aku tu ,dia tu jenis nak kahwin ke,pagi sampai petang kat office,malam mesti lepak dengan geng buskers dia,ada ke perempuan gila yang nak terima dia jadi suami”.Maya melepaskan apa yang dirasanya.Terkejut dia apabila dia menyuarakan hasrat Ikmal untuk melamarnya kepada ibunya ditolak kerana mamanya tidak mahu dia langkah bendul.Alongnya harus berkahwin dulu,selepas itulah barulah mama melepaskan dia untuk berkahwin.

“Pasal tu je ke?Kau ni cepat sangat melatah,setiap masalah ada penyelesaiannya.Jom kita pergi makan,aku kalau lapar tak boleh berfikir,lepas aku dah kenyang nanti,Insya Allah aku boleh tolong kau”.Adira memegang perutnya yang berkeroncong kerana belum di isi sejak dari tengahari tadi.

“Tak payah keluar,aku dah masak tadi,itu kat bawah.Tunggu kau balik sempat aku masak,kau tu kalau cakap lagi 10 minit maknanya setengah jam”.Maya yang memang ada kunci pendua rumah sewa Adira sudah biasa keluar masuk rumah Adira,apatah lagi Adira memang tinggal bersendiri.

“Masak apa?”.Tertarik Adira mendengar kata-kata Maya.

“Megi goreng dengan telur dadar je.Itu je yang ada kat dapur kau tu”.

“Kau ni boleh jadi bibik part time kat rumah aku.Jom-jom kita pergi makan dulu,lepas tu kita cari penyelesaian masalah kau ni sama-sama”.



“Suruhlah along kawin,kan simple.Lagipun dia dah 30 tahun kan ,mestilah dia dah bersedia untuk berkahwin”.

“Kau macam tak kenal along aku tu.Ingat dia ada masa untuk cari isteri,setakat yang aku tahu,hidup dia tu membosankan,takkan ada perempuan boleh tahan dengan dia”.

“Kalau dia tak sempat cari bakal isteri ,apa kata kau je yang carikan untuk dia”.

Terdiam Maya mendengar cadangan Adira itu.Kenapa dia tak pernah terfikir tentang hal ini.

“Ok,set.Disebabkan ini cadangan kau,so kau yang kena tolong aku.Perkara pertama yang kita kena buat ialah pujuk along untuk terima cadangan kita ni”.

“Apahal nak libatkan aku.Taknaklah,aku ni buzy,hari sabtu ,ahad je cuti.Takkanlah waktu cuti aku nak habiskan dengan carikan along kau bakal isteri”.

“Kau yang bagi cadangan macam tu,lepas tu tak nak tolong aku pula.Sampai hati”.Maya sudah pun menarik muncung panjang.Merajuk.Dia nak harapkan siapa lagi kalau Adira tak nak tolong dia.

“Itu muncung tu,nak buat sangkut hanger baju ke apa?Yelah,aku tolong kau,aku kan baik orangnya.Tapi sebagai upahnya,kau kena bekalkan aku megi goreng setiap hari sampai kita jumpa calon isteri along kau”.

“Ok,set.Terima kasih Adira,aku tahu kau memang baik.Megi goreng tu,setiap hari ada kat depan rumah kau,jangan risau”.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Zulkarnain melangkah masuk ke dalam kafe .Kalau tidak kerana Maya merajuk dan mengugut untuk tidak bercakap dengannya,malas rasanya dia untuk mengikut rancangan gila Maya untuk mencarikan dia calon isteri.Salah dia juga yang terlalu sibuk dengan diri sendiri sehinggakan tidak perasan umurnya sudah menjangkau 30 dan adiknya kini sudah pun berumur 26 tahun,kasihan pula apabila Maya memberitahu bahawa mama menghalang Maya berkahwin selagi dirinya belum berkahwin.
Kalau menurut kata-kata adiknya,perempuan yang menjadi blind datenya memakai baju biru,dan rambut panjang.Matanya melilau mencari gadis yang memakai baju biru.Di hujung kafe,ada seorang gadis duduk bersendiri.Zulkarnain mengatur langkah menuju ke meja tersebut.

Terbahak-bahak Maya dan Adira mentertawakan along yang balik dalam keadaan muka berlebam.Rupanya gadis yang berbaju biru itu adalah isteri orang,dan tanpa bertanya terus alongnya mendekati.Blind date sebenar along,tidak dapat datang kerana tidak sihat,dan Maya terlupa untuk memberitahu alongnya.

“Kelakar sangatlah tu.Along nak cakap apa dengan mama ni,lebam ni”.Geram pula dia tengok budak berdua ni.

“Along ni,jadi lelaki jangan lembik sangat.Sekejap lagi lebam tu hilanglah,Adira tengah ambil ais kat dapur tu”.

Adira datang dari dapur membawa beberapa ketulan ais yang dibungkus dengan tuala.

“Nah,tuamkan muka along kau tu”.Adira menghulurkan bekas ais tiu kepada Maya.

“Kau buatlah,aku nak angkat call,Ikmal telefon aku ni”.Maya bangun dari tempat duduknya.

“Sakit.Tahanlah sikit,along kan lelaki”.Adira menuamkan ais di muka along.

“Boleh minta tolong tak?Cakap dekat kawan Adira,lepas ni along dah tak nak blind date lagi.Maya tak payah susah-susah cari calon isteri untuk along,nanti along pujuk mama supaya izinkan dia kahwin dengan Ikmal”.

“Makcik tak setuju,hari tu Adira pun dah cuba pujuk makcik.Kita cubalah sekali atau dua kali lagi,kalau betul along tak jumpa juga calon isteri,barulah kita cari jalan lain”.

“Aduh!!”.Terjerit kecil along apabila Adira tak sengaja tertekan kuat di bekas lebamnya.
Digenggam erat tangan Adira,mereka saling berpandangan.

“Sorry along,tak sengaja”.

Adira meleraikan pegangan tangan along,cepat-cepat dia beredar dari kerusi dan menuju ke dapur.

“Ikmal kata dia ada seorang kakak senior nak kenalkan pada along,minggu depan kita jumpa dia”.Maya baru muncul kembali,setelah hampir setengah jam bercakap di telefon dengan Ikmal.

“Malaslah.Maya dah tak payah susah-susah carikan along bakal isteri,along rasa dah jumpa orang yang sesuai,Maya pun kenal orangnya”.

“Serius,siapa orangnya.Owh ,along diam-diam sorok kekasih”.Teruja Maya mendengar kata-kata alongnya.

“Siapa orangnya along?’.Sekali lagi Maya bertanya apabila along masih tidak memberitahu siapa gerangan gadis itu.

“Adira”.Along menunjukkan jari ke arah Adira yang baru muncul dari dapur sambal memegang dulang berisi air.

“Mana boleh,Adira kawan Maya.Lagipun Maya tak nak Adira ambil risiko berkahwin dengan orang macam along,hari-hari makan hati nanti”.Pantas Maya menghalang.Biar betul along suka dekat Adira.

“Kau percaya sangat cakap along tu.Dia tu nak mengelak jumpa calon isteri,itu yang dia buat lawak bodoh”.Adira buat muka selamba,padahal dalam hatinya berdegup kencang apabila along  menunjuk pada dirinya tadi.

Ketawa besar along,dia mengelak bantal besar yang dibaling oleh Maya kepadanya tanda protes kerana mempermainkannya tadi.

“Masa dah singkatlah along,tolong ya,lagi sebulan rombongan Ikmal nak datang rumah,kalau sebelum tu along tak jumpa calon,mama takkan izikan adik berkahwin”.

“Gatal sangat adik along ni.Adira ni relax je,tak sibuk pun nak kahwin”.Sengaja along menyindirnya.

“Bukan pasal gatal atau tak gatal,Maya dah berjumpa dengan lelaki idaman Maya,sedangkan Adira masih menunggu alien planet marikh untuk pinang dia”.

“Alien planet marikh?Tak payahlah nak babitkan aku pula,korang berbincang adik -beradik,jangan nak libatkan aku pula”.Adira tahu Maya menyindirnya,bukannya tiada lelaki yang cuba untuk mendekatinya,cuma dia rasa belum bersedia untuk berumahtangga.

“Yelah,along jumpa dengan calon tu.Tapi pastikan dia bukan isteri ,tunang ataupun kekasih lelaki lain.Tak pasal-pasal lebam lagi sebelah biji mata ni.Jom balik,nanti mama bising pula kita balik lambat”.

“Maya tidur rumah Adira malam ni.Along baliklah sorang”.Maya sudah pun membaringkan badannya di ruang tamu Adira.Kebiasaan bagi dia untuk tidur di ruang tamu sambal menonton tv jika tidur di rumah Adira.

“Kalau macam tu,along nak tidur sini jugaklah.Nak juga merasa tidur rumah sewa”.Tergelak besar along apbila Maya dan Adira menunjukkan penumbuk tanda protes tidak bersetuju dengan kata-kata along tadi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



“Along nak balik,kalau Maya dengan Adira rasa nak lama lagi kat sini,suruh Ikmal hantar nanti”.Tegang muka along ketika bercakap dengan Maya dan Adira.

Rupanya kakak senior Ikmal adalah kenalan along semasa di universiti,tidak tahu apa yang pernah terjadi antara mereka berdua,tapi nampaknya along  memang sangat tidak selesa apabila bersua muka dengan kak Aida tadi.

“Siapa kak Aida dalam hidup along?”.Maya memberanikan diri bertanya.Adira yang duduk di belakang hanya mendiamkan diri,tidak mahu masuk campur.

“Maya boleh temukan along dengan perempuan mana sekalipun,tapi bukan dengan perempuan macam tu.Pastikan dia tak tahu apa-apa tentang along,beritahu Ikmal,along tak nak dia cakap apa-apa tentang along pada perempuan tu”.

“Ok”.Seram pula Maya melihat along yang masih dalam keadaan tegang itu.

“Along?”.Adira pula mahu bertanya sesuatu.

“Nak tanya apa,along takkan beritahu apa-apa tentang perempuan tu”.

“Bukan,tak nak tahu pun tentang tu.Boleh singgah mana-mana masjid,takut tak sempat nak magrib kat rumah nanti”.

“Ok”.Ringkas sahaja jawapan along,dia membelokkan kereta ke masjid besar,Adira mendengar keluhan berat along ketika mereka turun dari kereta.


“Dah tenang sikit kan”.Adira menghulurkan air kopi yang dibeli di mesin air di masjid tersebut.Maya disebelah hanya tersenyum kecil.

“Alhamdulillah,sorry marah kamu berdua tanpa sebab tadi”.

“Takpe,kami berdua ok”.Maya berkata,dia duduk bersebelah dengan alongnya.

“Adira tak tahu apa yang pernah terjadi antara along dengan kakak senior Ikmal dulu.Tapi mungkin ada berlaku sesuatu dulu  yang membuat along tak selesa bila nampak dia,selama Adira kenal along pertama kali Adira nampak along marah seperti itu”.

“Cerita lama.Tapi apa yang berlaku betul-betul menyakitkan along dan sebab tu along pernah tak balik rumah hampir setengah tahun dulu.Maya ingat lagi tak,along hilangkan diri selama setengah tahun dulu,bawa diri pergi Sabah.Itu semua sebab perkara tu”.

“Sorry along,sepatutnya Maya lebih berhati-hati pilih calon untuk along”.Maya rasa bersalah,kerana dia along terpaksa mengingat kembali kesedihan dia yang lalu.

“It’s ok.Maya pun tak pernah tahu tentang perkara ni.Jom kita balik,takut mama risau je nanti”.Along bangun dari tempat duduknya.

“Maya nak pergi toilet sekejap,korang tunggu kat kereta”.Maya berjalan laju menuju ke tandas.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



“Manusia tu kalau dia ada masalah baru dia cari Allah,itu memang sifat semulajadi setiap manusia,tapi baiknya Allah,setiap kali manusia datang kembali padaNya,setiap kali itu juga dia menerima kita kembali sebagai hambaNya.Tinggal kita ni je yang selalu bongkak dan sombong tak nak kembali pada Allah walaupun Allah selalu beri kita peluang”.

Kata-kata Adira ketika di dalam kereta itu masih terngiang-ngiang di telinga Zulkarnain.

‘Sorry along menganggu malam-malam ni.Ustazah Adira pernah beritahu,kalau nak kenal erti sabar dan syukur,sewaktu diuji dengan dugaan yang berat kita bersujud padaNya.Manalah tahu berkesan untuk ubat luka dekat hati along tu.Assalamualaikum’.

“Waalaikumussalam”.Zulkarnain terdiam,mesej daripada Adira itu di pandang sepi.Dia bangun dari katilnya ,menuju ke bilik air.

Bangkitlah Zulkarnain,Allah dah beri kau peluang untuk bersujud padaNya.Sampai bila nak bongkak dan sombong pada Allah!!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





“Calon kali ni,Adira punya kakak senior masa dekat sekolah.Dia memang tengah cari calon suami sebab umur dia dah meningkat,kalau tak silap umur dia 29,setahun muda daripada along”.Maya menunjukkan gambar seorang perempuan yang bertudung biru.Manis orangnya.

“Nak jumpa kat mana?”.

“Dia jemput kita datang masa majlis kahwin adik dia,hujung minggu ni”.Adira memberitahu.

“Ok,tapi Maya dengan Adira kena teman along masa jumpa dia nanti.Rasa macam seram sejuk pula,dahlah jumpa dia pertama kali,lepas tu dekat rumah family dia pula”.

“Baguslah macam tu,boleh berkenalan dengan bakal mertua sekali”.Maya mengusik.

“Adira kenapa muka macam pucat je,tak sihat ke?”.Tanpa sengaja along terletak tangannya di dahi Adira.

“Panasnya.Dah pergi klinik ke belum ni?”.

“Dah makan Panadol tadi,sekejap lagi ok ni.Lagipun Maya dah masakkan bubur kat dapur tu”.Adira mengalihkan tangan along dari dahinya.Tak tahulah lelaki di hadapannya ini sengaja atau pun tidak,sudah berkali-kali dengan sengaja dia menyentuh dirinya walaupun ada alasan.Lepas tu boleh pula buat muka tak bersalah,tak tahu ke haram sentuh perempuan bukan muhrim.

“Makan bubur ni,lepas tu makan ubat yang aku beli tadi.Lepas ni terus tidur,malam ni aku tidur sini,jaga kau”.

“Tak payahlah,buat susah kau je”.Adira menolak.

“Diam boleh tak,dah sakit tu,jangan nak sombong pula.Makan bubur ni ,lepas tu makan ubat dan tidur”.
Bagaikan seorang kakak memarahi adiknya,tergelak pula along apabila melihat ketegasan Maya itu.Takut juga si Adira dengan Maya,bila Maya dah bertegas seperti itu.

“Along ni bila nak balik?Asyik menyemak kat sini je,ni rumah sewa anak dara,tak eloklah kalau along selalu datang sini”.

“Tadi dia yang suruh datang sini.Nak baliklah ni,sekali membebel macam nenek tua,semua sekali kena bebel dengan dia”.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




“Maya kenapa tak siap lagi?”.Along yang sudah siap berpakaian baju melayu itu pelik melihat Maya yang masih  memakai t.shirt dan seluar tidurnya.

“Maya sakit perut,sejak dari malam tadi asyik keluar masuk toilet.Along pergi dengan Adira je,sekejap lagi Maya nak pergi klinik dengan mama”.

“Kenapa tak beritahu awal-awal.Kalau macam tu,along tak payah pergi la,nak pula Adira tu kalau pergi berdua je dengan along.Biar along tukar baju sekejap,along hantar Maya pergi klinik”.

“Along,janganlah macam tu.Adira dah siap tu,Maya dah beritahu dia awal-awal,dia setuju nak pergi dengan along,dia tengah tunggu dekat rumah dia tu,lagipun kita dah janji dengan kakak senior Adira untuk jumpa hari ni kan”.


Suasana sepi sejak dari Adira melangkah masuk ke dalam kereta along.Mereka tahu Maya mengenakan mereka berdua,along diberitahu bahawa Adira tahu tentang ketiadaan Maya,manakala Adira pula diberitahu Maya akan pergi bersama.

“Along tahu,Adira tak selesa kita berdua macam ni.Kalau Adira nak kita boleh pusing balik,kita batalkan pertemuan hari ni”.Along memulakan bicara.

“Dah separuh jalan,teruskan jelah.Lagipun ,kakak senior Adira mungkin dah tunggu”.



“Sorry along,Adira tak sangka hari ni kakak senior Adira tu akan bertunang.Dia tak pernah cakap apa-apa pun”.Rasa bersalah Adira pada along kerana dia yang memperkenalkan calon ini kepada along.

“Takpe,sekurang-kurangnya,taklah kena lebam sebiji kat muka sebab kacau bakal tunang orang”.

“Adira nak balik terus ke?Boleh teman along pergi satu tempat?Sekejap je,tak lama”.

“Nak pergi mana?”.

“Kawan along hari ni ada buat shoot untuk contoh gambar pra wedding,dia minta tolong along sebab dia tak biasa dengan tempat ni.Kalau tak menyusahkan Adira,boleh kita pergi tempat kawan along sekejap”.

“Boleh rasanya,lagipun Adira takde nak buat apa pun kat rumah”.Along tersenyum,dia membelokkan kereta ke taman yang dijadikan tempat shooting.


“Orang rumah ke bro.Cantik dan sepadan”.Tersipu malu Adira apabila kawan along salah sangka hubungan dia dan along.

“Kawan baik adik aku,dia teman aku pergi wedding tadi.Dah siap shoot semua,aku nak tengok gambar yang kau ambil”.

“Eh,kenapa semua gambar ni macam ni,tadi aku buka ok je”.

“Kena virus ni bro,kau ada cucuk usb kau ni kat mana-mana komputer ke?”.

“Habislah aku bro,boss nak tengok semua ni esok”.

“Chill,semua ada penyelesaian.Panggil model kau kita shoot semula”.

“Diorang dah balik KL.Masing-masing ada tugas lain”.

Along terdiam,dia memandang Adira yang sedang duduk berteduh di bawah pokok bersama krew.

“Aku rasa aku boleh tolong kau,tapi aku kena minta persetujuan tuan badannya dulu”.Along bangun dan menuju ke arah Adira.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




“Adira kenal dengan Zulkarnain kan?Kalau masih ingat,kita pernah jumpa kat rumah Ikmal”.

Adira ditegur oleh seseorang ketika dia sedang menunggu giliran untuk bertemu doktor.
“Kak Aida,kakak senior Ikmal”.Wajah itu,pasti tidak hilang dari ingatan Adira.

“Boleh kak Aida minta tolong Adira?”.

“Kalau berkenaan abang Zulkarnain,Adira memang tak boleh tolong.Awal-awal dia dah beri amaran supaya tak beritahu kak Aida apa-apa”.

“Dia berdendam lagi dengan akak”.Aida tersenyum pahit.Tiba-tiba dia terbatuk dan berdarah.Pucat wajah Adira melihat keadaan kak Aida.

“Kak Aida nak berbual dengan Adira,ada perkara penting yang kak Aida nak beritahu,dan kak Aida rasa hanya Adira seorang yang mampu tolong kak Aida sekarang ni”.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




“Along tengok apa tu?”.Mama menegur along yang sedang khusyuk menatap laptop dihadapannya.

“Gambar contoh pra wedding,kawan minta tolong edit.Mama tak tidur lagi?”.

“Mama haus pula,tadi baru lepas tengok movie dengan Maya.Along jangan tidur lambat sangat,esok kerja kan”.

“Baik mama.Sekejap lagi siap ni”.

Pandangan mama terlekat di laptop along,dia seperti kenal perempuan yang memakai baju pengantin itu.

“Mama macam kenal model along tu.Kawan-kawan along ke?”.

“Adiralah mama,dia terpaksa jadi model kawan along masa tu.Nasib baik dia nak tolong”.

“Adira.Patutlah mama kenal,cantik Adira tu kan along.Siapa-siapa yang ada simpan perasaan pada dia lebih baik luahkan awal-awal,takut nanti kena pinang dengan orang lain”.

Along hanya tergelak kecil,sedar mama seperti menyindirnya.

Mama tersenyum kecil selepas berkata begitu.Dia meninggalkan along untuk menyiapkan kerjanya.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


“Tepi Adira”.Along menyuruh Adira ketepi supaya dia dapat keluar dari bilik ini.

“Dengar dulu apa yang kak Aida nak beritahu.Lepas ni mungkin along akan marah dan benci pada Adira,tapi Adira tak kisah.Tolong along ,sekejap sahaja”.

Along merengus .Dia mengundurkan langkah ke belakang.Hatinya  sebenarnya tersentuh melihat keadaan Aida sekarang,Cuma ego lelakinya masih meninggi.

“Maaf Zul.Aida Cuma minta peluang untuk mohon maaf pada Zul atas apa yang pernah berlaku dulu.Aida sakit Zul,Aida dah tiada masa lagi.Mungkin pertemuan kembali ini peluang yang Allah beri untuk Aida minta maaf pada Zul”.

“Along,pandanglah kak Aida”.Geram pula Adira dengan sikap along,tiada belas kasihankah atas kak Aida,orang tu tengah sakit teruk macam tu pun masih nak berkeras.

“Takpe Aida.Cukuplah Zul dapat dengar permohonan maaf kak Aida”.

“Zul dah banyak berubah.Dulu Zul panas baran,keras kepala,degil,tak peduli perasaan orang lain,tapi Zul yang ada depan Aida sekarang berbeza.Aida yakin ,siapa gadis yang memiliki hati Zul dia adalah gadis yang bertuah”.

Along berpaling ke arah kak Aida.Dalam sakit-sakit kak Aida masih cuba memberi senyuman padanya.

Tiba-tiba kak Aida batuk berdarah.

“Panggil doktor Adira”.Along menuju ke katil Aida.Adira berlari keluar untuk memanggil doktor.

“Maafkan Aida”.Dalam kesakitan gadis itu masih memohon maaf.

“Zul,maafkan”.Menitis air mata Zulkarnain saat itu.Dia ikhlas maafkan Aida atas apa jua yang pernah berlaku antara mereka dahulu.

“Adira gadis yang bertuah.Jaga dia baik-baik”.

Zulkarnain tersenyum pahit.Semakin banyak darah yang keluar dari mulut Aida,doktor dan jururawat datang.Mereka berdua disuruh tunggu di luar bilik rawatan.

“Jangan nangis.Aida tu kuat”.Along cuba mententeramkan Adira  yang sudah menangis teresak-esak di tepinya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




“Along dah ada pilihan sendiri.Aku rasa baik kita hentikan pencarian calon isteri untuk along”.Adira memberitahu Maya yang sedang asyik memandang telefon bimbitnya.

“Mana kau tahu?”.

“Masa dekat hospital,aku terdengar along berbual dengan arwah kak Aida.Along tak nafikan hati dia dah dimiliki seseorang”.

“Siapa orangnya?”.

“Tak tahu.Nanti kau cubalah tanya along”.

“Adira dah makan,hari ni makcik masak spagethi,Adira suka makan tu kan”.Mama muncul dari dapur membawa tiga gelas air untuk Maya dan Adira.

“Dah,sedap.Untung Maya ada ibu yang pandai masak macam makcik”.Tersenyum mama apabila dipuji Adira.

“Maya,beritahu Ikmal mama izinkan dia hantar rombongan meminang bulan depan”.

“Serius mama”.Bagaikan tak percaya,Maya bertanya sekali lagi.

“Yes,beritahu Ikmal kalau boleh masa meminang tu kita terus bincangkan tarikh tunang,nikah dan sanding”.

“Kenapa mama tiba-tiba berubah fikiran.Along kan belum berkahwin,mama nak suruh Maya langkah bendul ke?”.

“Taklah,Maya akan berkahwin dengan Ikmal selepas majlis along.Along dah janji dengan mama untuk kenalkan bakal isteri dia pada mama waktu hari keluarga Ikmal datang nanti.Suprise katanya”.
Maya dan Adira saling berpandangan.

Sebaik sahaja mama beredar,mereka berdua saling bertanya-tanya.Siapakah gerangan kekasih misteri along yang disembunyikan along selama ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Akhirnya dia kalah juga,menitis juga air matanya saat ini.Entah kenapa saat dia melihat senyuman yang terukir di wajah along,hatinya menjadi pilu.Dia tahu apa yang dia rasa saat ini salah,menyimpan perasaan pada kekasih orang lain.Adira akui lambat untuk dirinya mangakui yang sebenarnya dia sudah mula menyayangi along lebih daripada seorang abang.Saat dia mendengar bahawa along mahu memperkenalkan bakal isteri di majlis Maya ini,saat itu baru dia tersedar,ada kepiluan yang tersemat di hatinya saat mendengar along sudah berpunya.

Adira mengelap air mata yang masih bersisa di pipinya.Dengar derapan langkah kaki along menuju ke arahnya.

“Kenapa duduk sorang-sorang kat sini.Tadi Maya tercari-cari kawan baik dia ni”.Along duduk berhadapan dengan Adira.

“Ambil angin.Tadi baru lepas makan,berpeluh pula badan bila duduk berhimpit ramai-ramai dalam bilik tu”.

“Adira ok?”.Along menatap wajah gadis dihadapannya itu.

“Ok,kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu”.Tidak selesa pula Adira apabila mereka berpandangan berhadapan sebegitu.

“Itu,air mata tu,nak minta along tolong lapkan ke?”.Seraya tangan along mengelap air mata di pipi Adira.

“Along!!Jangan,kita bukan muhrim.Memang Adira dah anggap along seperti abang,tapi kita masih ada batas”.Adira terus berdiri tegak.Geram pula dengan sikap along ni,pergilah dekat kekasih dia,buat apa pula nak menyibuk kat sini!Getus hati Adira.

“Sorry,tak sengaja”.

“Dah berapa kali tak sengaja”.Adira mengomel sendiri,namun masih didengar along.

Adira mengatur langkah untuk masuk ke rumah.

“Adira,jangan anggap along ni sebagai abang lagi”.Along berkata kepada Adira.Langkah kaki gadis itu terhenti,dia berpaling.

“Habis tu,nak anggap sebagai apa?Ayah?”.Adira sengaja menyakitkan hati along.

“Ayah??”.Hampir tergelak along mendengar kata-kata Adira tu.

“Calon suami”.Tersenyum along memandang Adira.

“Jangan nak mengada sangatlah”.Adira kembali berjalan masuk ke dalam rumah.

“Adira,be my wife”.

Along menghulurkan sebentuk cincin kepadanya.Adira tergamam.Maya yang kebetulan  berada di situ terdiam melihat situasi yang berlaku di hadapannya saat ini.Mama yang berada di sebelah Maya tersenyum.



“Sejak bila ni pandai simpan rahsia dari aku”.Maya membebel.

Adira hanya mendiamkan diri,memang sejak dari situasi di bawah pokok itu,dia belum bercakap apa-apa dengan Maya tentang lamaran along padanya.

“Along memang dah lama suka Adira,tapi dia ni jual mahal sangat.Kenalah usaha lebih sikit”.Along memandang wajah mama.Sebenarnya mama sudah lama tahu perasaan along pada Adira,cuma dia lebih memilih untuk membiarkan semuanya berlaku dengan sendirinya.Dan rancangan along untuk melamar Adira hari ini juga atas cadangannya apabila dia yakin Adira sebenarnya suka pada along,cuma dia tak berani untuk meluahkan.

“Kau ni tiba-tiba jadi pendiam pula.Pandai kau simpan rahsia,dalam diam-diam dah nak jadi kakak ipar aku”.Maya menegur Adira di sebelahnya.

“Kau tak marah?”.

“Marah.Taklah,buat apa nak marah.Dapat kakak ipar yang baik macam kau.Cuma satu je,kau tak menyesal ke pilih along jadi suami kau.Nanti kau bosan”.

Along mengetus kepala Maya,geram pula dengan mulut Maya ni.Susah payah dia meyakinkan Adira untuk menerimanya,boleh pula dia cakap macam tu.

“Sakitlah along!!Betullah,along tu membosankan”.Maya menggosok kepalanya yang sakit itu.

“Aku akan lebih menyesal kalau aku tak pilih dia”.Tersenyum along mendengar kata-kata Adira itu.Yakin dia bahawa Adira juga ada menyimpan perasaan sama seperti dirinya.

“Tak sangka,kita sibuk cari calon isteri along sama-sama,rupanya orangnya dah ada depan mata”.Maya berkata.

Adira tersenyum.Dia dan along saling berpandangan.Dia akui sebenarnya berat untuk dia membuat keputusan untuk menerima along,namun kata-kata along membuatkan dia yakin untuk menerimanya sebagai suami.


“Abang tak janji kita akan bahagia ,tapi abang janji abang akan cuba belajar untuk bahagiakan Adira.Kita takkan tahu apa yang akan terjadi nanti,tapi apa yang abang pasti,saat ini,detik ini,satu je yang abang nak,iaitu buat Adira bahagia menjadi isteri dan Insya Allah ibu yang baik pada anak-anak kita nanti”.