“Kau ni kenapa,masuk bilik nak marah-marah.Dahlah tadi tak
sabar -sabar nak suruh aku balik ,sebab kau aku tinggalkan je roti canai aku tu
atas meja tanpa bersentuh”.Adira meletakkan beg galasnya di tepi.Melihat wajah
masam mencuka Maya,dia tahu ada sesuatu berlaku pada sahabatnya itu.
“Mama aku kata selagi along aku tak berkahwin,dia takkan
benarkan aku berkahwin.Kau tak rasa gila ke semua ni,kau tengok gaya along aku
tu ,dia tu jenis nak kahwin ke,pagi sampai petang kat office,malam mesti lepak
dengan geng buskers dia,ada ke perempuan gila yang nak terima dia jadi suami”.Maya
melepaskan apa yang dirasanya.Terkejut dia apabila dia menyuarakan hasrat Ikmal
untuk melamarnya kepada ibunya ditolak kerana mamanya tidak mahu dia langkah bendul.Alongnya
harus berkahwin dulu,selepas itulah barulah mama melepaskan dia untuk
berkahwin.
“Pasal tu je ke?Kau ni cepat sangat melatah,setiap masalah
ada penyelesaiannya.Jom kita pergi makan,aku kalau lapar tak boleh
berfikir,lepas aku dah kenyang nanti,Insya Allah aku boleh tolong kau”.Adira
memegang perutnya yang berkeroncong kerana belum di isi sejak dari tengahari
tadi.
“Tak payah keluar,aku dah masak tadi,itu kat bawah.Tunggu
kau balik sempat aku masak,kau tu kalau cakap lagi 10 minit maknanya setengah
jam”.Maya yang memang ada kunci pendua rumah sewa Adira sudah biasa keluar
masuk rumah Adira,apatah lagi Adira memang tinggal bersendiri.
“Masak apa?”.Tertarik Adira mendengar kata-kata Maya.
“Megi goreng dengan telur dadar je.Itu je yang ada kat dapur
kau tu”.
“Kau ni boleh jadi bibik part time kat rumah aku.Jom-jom
kita pergi makan dulu,lepas tu kita cari penyelesaian masalah kau ni
sama-sama”.
“Suruhlah along kawin,kan simple.Lagipun dia dah 30 tahun
kan ,mestilah dia dah bersedia untuk berkahwin”.
“Kau macam tak kenal along aku tu.Ingat dia ada masa untuk
cari isteri,setakat yang aku tahu,hidup dia tu membosankan,takkan ada perempuan
boleh tahan dengan dia”.
“Kalau dia tak sempat cari bakal isteri ,apa kata kau je
yang carikan untuk dia”.
Terdiam Maya mendengar cadangan Adira itu.Kenapa dia tak
pernah terfikir tentang hal ini.
“Ok,set.Disebabkan ini cadangan kau,so kau yang kena tolong
aku.Perkara pertama yang kita kena buat ialah pujuk along untuk terima cadangan
kita ni”.
“Apahal nak libatkan aku.Taknaklah,aku ni buzy,hari sabtu
,ahad je cuti.Takkanlah waktu cuti aku nak habiskan dengan carikan along kau
bakal isteri”.
“Kau yang bagi cadangan macam tu,lepas tu tak nak tolong aku
pula.Sampai hati”.Maya sudah pun menarik muncung panjang.Merajuk.Dia nak
harapkan siapa lagi kalau Adira tak nak tolong dia.
“Itu muncung tu,nak buat sangkut hanger baju ke
apa?Yelah,aku tolong kau,aku kan baik orangnya.Tapi sebagai upahnya,kau kena
bekalkan aku megi goreng setiap hari sampai kita jumpa calon isteri along kau”.
“Ok,set.Terima kasih Adira,aku tahu kau memang baik.Megi
goreng tu,setiap hari ada kat depan rumah kau,jangan risau”.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Zulkarnain melangkah masuk ke dalam kafe .Kalau tidak kerana
Maya merajuk dan mengugut untuk tidak bercakap dengannya,malas rasanya dia
untuk mengikut rancangan gila Maya untuk mencarikan dia calon isteri.Salah dia
juga yang terlalu sibuk dengan diri sendiri sehinggakan tidak perasan umurnya
sudah menjangkau 30 dan adiknya kini sudah pun berumur 26 tahun,kasihan pula
apabila Maya memberitahu bahawa mama menghalang Maya berkahwin selagi dirinya
belum berkahwin.
Kalau menurut kata-kata adiknya,perempuan yang menjadi blind
datenya memakai baju biru,dan rambut panjang.Matanya melilau mencari gadis yang
memakai baju biru.Di hujung kafe,ada seorang gadis duduk bersendiri.Zulkarnain
mengatur langkah menuju ke meja tersebut.
Terbahak-bahak Maya dan Adira mentertawakan along yang balik
dalam keadaan muka berlebam.Rupanya gadis yang berbaju biru itu adalah isteri
orang,dan tanpa bertanya terus alongnya mendekati.Blind date sebenar
along,tidak dapat datang kerana tidak sihat,dan Maya terlupa untuk memberitahu
alongnya.
“Kelakar sangatlah tu.Along nak cakap apa dengan mama
ni,lebam ni”.Geram pula dia tengok budak berdua ni.
“Along ni,jadi lelaki jangan lembik sangat.Sekejap lagi
lebam tu hilanglah,Adira tengah ambil ais kat dapur tu”.
Adira datang dari dapur membawa beberapa ketulan ais yang
dibungkus dengan tuala.
“Nah,tuamkan muka along kau tu”.Adira menghulurkan bekas ais
tiu kepada Maya.
“Kau buatlah,aku nak angkat call,Ikmal telefon aku ni”.Maya
bangun dari tempat duduknya.
“Sakit.Tahanlah sikit,along kan lelaki”.Adira menuamkan ais
di muka along.
“Boleh minta tolong tak?Cakap dekat kawan Adira,lepas ni
along dah tak nak blind date lagi.Maya tak payah susah-susah cari calon isteri
untuk along,nanti along pujuk mama supaya izinkan dia kahwin dengan Ikmal”.
“Makcik tak setuju,hari tu Adira pun dah cuba pujuk
makcik.Kita cubalah sekali atau dua kali lagi,kalau betul along tak jumpa juga
calon isteri,barulah kita cari jalan lain”.
“Aduh!!”.Terjerit kecil along apabila Adira tak sengaja
tertekan kuat di bekas lebamnya.
Digenggam erat tangan Adira,mereka saling berpandangan.
“Sorry along,tak sengaja”.
Adira meleraikan pegangan tangan
along,cepat-cepat dia beredar dari kerusi dan menuju ke dapur.
“Ikmal kata dia ada seorang kakak senior nak kenalkan pada
along,minggu depan kita jumpa dia”.Maya baru muncul kembali,setelah hampir
setengah jam bercakap di telefon dengan Ikmal.
“Malaslah.Maya dah tak payah susah-susah carikan along bakal
isteri,along rasa dah jumpa orang yang sesuai,Maya pun kenal orangnya”.
“Serius,siapa orangnya.Owh ,along diam-diam sorok
kekasih”.Teruja Maya mendengar kata-kata alongnya.
“Siapa orangnya along?’.Sekali lagi Maya bertanya apabila
along masih tidak memberitahu siapa gerangan gadis itu.
“Adira”.Along menunjukkan jari ke arah Adira yang baru
muncul dari dapur sambal memegang dulang berisi air.
“Mana boleh,Adira kawan Maya.Lagipun Maya tak nak Adira
ambil risiko berkahwin dengan orang macam along,hari-hari makan hati
nanti”.Pantas Maya menghalang.Biar betul along suka dekat Adira.
“Kau percaya sangat cakap along tu.Dia tu nak mengelak jumpa
calon isteri,itu yang dia buat lawak bodoh”.Adira buat muka selamba,padahal
dalam hatinya berdegup kencang apabila along
menunjuk pada dirinya tadi.
Ketawa besar along,dia mengelak bantal besar yang dibaling
oleh Maya kepadanya tanda protes kerana mempermainkannya tadi.
“Masa dah singkatlah along,tolong ya,lagi sebulan rombongan
Ikmal nak datang rumah,kalau sebelum tu along tak jumpa calon,mama takkan
izikan adik berkahwin”.
“Gatal sangat adik along ni.Adira ni relax je,tak sibuk pun
nak kahwin”.Sengaja along menyindirnya.
“Bukan pasal gatal atau tak gatal,Maya dah berjumpa dengan
lelaki idaman Maya,sedangkan Adira masih menunggu alien planet marikh untuk
pinang dia”.
“Alien planet marikh?Tak payahlah nak babitkan aku
pula,korang berbincang adik -beradik,jangan nak libatkan aku pula”.Adira tahu
Maya menyindirnya,bukannya tiada lelaki yang cuba untuk mendekatinya,cuma dia
rasa belum bersedia untuk berumahtangga.
“Yelah,along jumpa dengan calon tu.Tapi pastikan dia bukan
isteri ,tunang ataupun kekasih lelaki lain.Tak pasal-pasal lebam lagi sebelah
biji mata ni.Jom balik,nanti mama bising pula kita balik lambat”.
“Maya tidur rumah Adira malam ni.Along baliklah sorang”.Maya
sudah pun membaringkan badannya di ruang tamu Adira.Kebiasaan bagi dia untuk
tidur di ruang tamu sambal menonton tv jika tidur di rumah Adira.
“Kalau macam tu,along nak tidur sini jugaklah.Nak juga
merasa tidur rumah sewa”.Tergelak besar along apbila Maya dan Adira menunjukkan
penumbuk tanda protes tidak bersetuju dengan kata-kata along tadi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Along nak balik,kalau Maya dengan Adira rasa nak lama lagi
kat sini,suruh Ikmal hantar nanti”.Tegang muka along ketika bercakap dengan
Maya dan Adira.
Rupanya kakak senior Ikmal adalah kenalan along semasa di
universiti,tidak tahu apa yang pernah terjadi antara mereka berdua,tapi
nampaknya along memang sangat tidak
selesa apabila bersua muka dengan kak Aida tadi.
“Siapa kak Aida dalam hidup along?”.Maya memberanikan diri
bertanya.Adira yang duduk di belakang hanya mendiamkan diri,tidak mahu masuk
campur.
“Maya boleh temukan along dengan perempuan mana
sekalipun,tapi bukan dengan perempuan macam tu.Pastikan dia tak tahu apa-apa
tentang along,beritahu Ikmal,along tak nak dia cakap apa-apa tentang along pada
perempuan tu”.
“Ok”.Seram pula Maya melihat along yang masih dalam keadaan
tegang itu.
“Along?”.Adira pula mahu bertanya sesuatu.
“Nak tanya apa,along takkan beritahu apa-apa tentang
perempuan tu”.
“Bukan,tak nak tahu pun tentang tu.Boleh singgah mana-mana
masjid,takut tak sempat nak magrib kat rumah nanti”.
“Ok”.Ringkas sahaja jawapan along,dia membelokkan kereta ke
masjid besar,Adira mendengar keluhan berat along ketika mereka turun dari
kereta.
“Dah tenang sikit kan”.Adira menghulurkan air kopi yang
dibeli di mesin air di masjid tersebut.Maya disebelah hanya tersenyum kecil.
“Alhamdulillah,sorry marah kamu berdua tanpa sebab tadi”.
“Takpe,kami berdua ok”.Maya berkata,dia duduk bersebelah
dengan alongnya.
“Adira tak tahu apa yang pernah terjadi antara along dengan
kakak senior Ikmal dulu.Tapi mungkin ada berlaku sesuatu dulu yang membuat along tak selesa bila nampak
dia,selama Adira kenal along pertama kali Adira nampak along marah seperti itu”.
“Cerita lama.Tapi apa yang berlaku betul-betul menyakitkan
along dan sebab tu along pernah tak balik rumah hampir setengah tahun dulu.Maya
ingat lagi tak,along hilangkan diri selama setengah tahun dulu,bawa diri pergi
Sabah.Itu semua sebab perkara tu”.
“Sorry along,sepatutnya Maya lebih berhati-hati pilih calon
untuk along”.Maya rasa bersalah,kerana dia along terpaksa mengingat kembali
kesedihan dia yang lalu.
“It’s ok.Maya pun tak pernah tahu tentang perkara ni.Jom
kita balik,takut mama risau je nanti”.Along bangun dari tempat duduknya.
“Maya nak pergi toilet sekejap,korang tunggu kat
kereta”.Maya berjalan laju menuju ke tandas.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Manusia tu kalau dia ada masalah baru dia cari Allah,itu
memang sifat semulajadi setiap manusia,tapi baiknya Allah,setiap kali manusia
datang kembali padaNya,setiap kali itu juga dia menerima kita kembali sebagai
hambaNya.Tinggal kita ni je yang selalu bongkak dan sombong tak nak kembali
pada Allah walaupun Allah selalu beri kita peluang”.
Kata-kata Adira ketika di dalam kereta itu masih
terngiang-ngiang di telinga Zulkarnain.
‘Sorry along menganggu malam-malam ni.Ustazah Adira pernah
beritahu,kalau nak kenal erti sabar dan syukur,sewaktu diuji dengan dugaan yang
berat kita bersujud padaNya.Manalah tahu berkesan untuk ubat luka dekat hati
along tu.Assalamualaikum’.
“Waalaikumussalam”.Zulkarnain terdiam,mesej daripada Adira
itu di pandang sepi.Dia bangun dari katilnya ,menuju ke bilik air.
Bangkitlah Zulkarnain,Allah dah beri kau peluang untuk
bersujud padaNya.Sampai bila nak bongkak dan sombong pada Allah!!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Calon kali ni,Adira punya kakak senior masa dekat
sekolah.Dia memang tengah cari calon suami sebab umur dia dah meningkat,kalau
tak silap umur dia 29,setahun muda daripada along”.Maya menunjukkan gambar
seorang perempuan yang bertudung biru.Manis orangnya.
“Nak jumpa kat mana?”.
“Dia jemput kita datang masa majlis kahwin adik dia,hujung
minggu ni”.Adira memberitahu.
“Ok,tapi Maya dengan Adira kena teman along masa jumpa dia
nanti.Rasa macam seram sejuk pula,dahlah jumpa dia pertama kali,lepas tu dekat
rumah family dia pula”.
“Baguslah macam tu,boleh berkenalan dengan bakal mertua
sekali”.Maya mengusik.
“Adira kenapa muka macam pucat je,tak sihat ke?”.Tanpa
sengaja along terletak tangannya di dahi Adira.
“Panasnya.Dah pergi klinik ke belum ni?”.
“Dah makan Panadol tadi,sekejap lagi ok ni.Lagipun Maya dah
masakkan bubur kat dapur tu”.Adira mengalihkan tangan along dari dahinya.Tak
tahulah lelaki di hadapannya ini sengaja atau pun tidak,sudah berkali-kali
dengan sengaja dia menyentuh dirinya walaupun ada alasan.Lepas tu boleh pula
buat muka tak bersalah,tak tahu ke haram sentuh perempuan bukan muhrim.
“Makan bubur ni,lepas tu makan ubat yang aku beli tadi.Lepas
ni terus tidur,malam ni aku tidur sini,jaga kau”.
“Tak payahlah,buat susah kau je”.Adira menolak.
“Diam boleh tak,dah sakit tu,jangan nak sombong pula.Makan
bubur ni ,lepas tu makan ubat dan tidur”.
Bagaikan seorang kakak memarahi
adiknya,tergelak pula along apabila melihat ketegasan Maya itu.Takut juga si
Adira dengan Maya,bila Maya dah bertegas seperti itu.
“Along ni bila nak balik?Asyik menyemak kat sini je,ni rumah
sewa anak dara,tak eloklah kalau along selalu datang sini”.
“Tadi dia yang suruh datang sini.Nak baliklah ni,sekali
membebel macam nenek tua,semua sekali kena bebel dengan dia”.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Maya kenapa tak siap lagi?”.Along yang sudah siap
berpakaian baju melayu itu pelik melihat Maya yang masih memakai t.shirt dan seluar tidurnya.
“Maya sakit perut,sejak dari malam tadi asyik keluar masuk
toilet.Along pergi dengan Adira je,sekejap lagi Maya nak pergi klinik dengan
mama”.
“Kenapa tak beritahu awal-awal.Kalau macam tu,along tak
payah pergi la,nak pula Adira tu kalau pergi berdua je dengan along.Biar along
tukar baju sekejap,along hantar Maya pergi klinik”.
“Along,janganlah macam tu.Adira dah siap tu,Maya dah
beritahu dia awal-awal,dia setuju nak pergi dengan along,dia tengah tunggu
dekat rumah dia tu,lagipun kita dah janji dengan kakak senior Adira untuk jumpa
hari ni kan”.
Suasana sepi sejak dari Adira melangkah masuk ke dalam
kereta along.Mereka tahu Maya mengenakan mereka berdua,along diberitahu bahawa
Adira tahu tentang ketiadaan Maya,manakala Adira pula diberitahu Maya akan
pergi bersama.
“Along tahu,Adira tak selesa kita berdua macam ni.Kalau
Adira nak kita boleh pusing balik,kita batalkan pertemuan hari ni”.Along memulakan
bicara.
“Dah separuh jalan,teruskan jelah.Lagipun ,kakak senior
Adira mungkin dah tunggu”.
“Sorry along,Adira tak sangka hari ni kakak senior Adira tu
akan bertunang.Dia tak pernah cakap apa-apa pun”.Rasa bersalah Adira pada along
kerana dia yang memperkenalkan calon ini kepada along.
“Takpe,sekurang-kurangnya,taklah kena lebam sebiji kat muka
sebab kacau bakal tunang orang”.
“Adira nak balik terus ke?Boleh teman along pergi satu
tempat?Sekejap je,tak lama”.
“Nak pergi mana?”.
“Kawan along hari ni ada buat shoot untuk contoh gambar pra
wedding,dia minta tolong along sebab dia tak biasa dengan tempat ni.Kalau tak menyusahkan
Adira,boleh kita pergi tempat kawan along sekejap”.
“Boleh rasanya,lagipun Adira takde nak buat apa pun kat
rumah”.Along tersenyum,dia membelokkan kereta ke taman yang dijadikan tempat
shooting.
“Orang rumah ke bro.Cantik dan sepadan”.Tersipu malu Adira
apabila kawan along salah sangka hubungan dia dan along.
“Kawan baik adik aku,dia teman aku pergi wedding tadi.Dah
siap shoot semua,aku nak tengok gambar yang kau ambil”.
“Eh,kenapa semua gambar ni macam ni,tadi aku buka ok je”.
“Kena virus ni bro,kau ada cucuk usb kau ni kat mana-mana
komputer ke?”.
“Habislah aku bro,boss nak tengok semua ni esok”.
“Chill,semua ada penyelesaian.Panggil model kau kita shoot
semula”.
“Diorang dah balik KL.Masing-masing ada tugas lain”.
Along terdiam,dia memandang Adira yang sedang duduk berteduh
di bawah pokok bersama krew.
“Aku rasa aku boleh tolong kau,tapi aku kena minta
persetujuan tuan badannya dulu”.Along bangun dan menuju ke arah Adira.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Adira kenal dengan Zulkarnain kan?Kalau masih ingat,kita
pernah jumpa kat rumah Ikmal”.
Adira ditegur oleh seseorang ketika dia sedang
menunggu giliran untuk bertemu doktor.
“Kak Aida,kakak senior Ikmal”.Wajah itu,pasti tidak hilang
dari ingatan Adira.
“Boleh kak Aida minta tolong Adira?”.
“Kalau berkenaan abang Zulkarnain,Adira memang tak boleh
tolong.Awal-awal dia dah beri amaran supaya tak beritahu kak Aida apa-apa”.
“Dia berdendam lagi dengan akak”.Aida tersenyum
pahit.Tiba-tiba dia terbatuk dan berdarah.Pucat wajah Adira melihat keadaan kak
Aida.
“Kak Aida nak berbual dengan Adira,ada perkara penting yang
kak Aida nak beritahu,dan kak Aida rasa hanya Adira seorang yang mampu tolong
kak Aida sekarang ni”.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Along tengok apa tu?”.Mama menegur along yang sedang
khusyuk menatap laptop dihadapannya.
“Gambar contoh pra wedding,kawan minta tolong edit.Mama tak
tidur lagi?”.
“Mama haus pula,tadi baru lepas tengok movie dengan
Maya.Along jangan tidur lambat sangat,esok kerja kan”.
“Baik mama.Sekejap lagi siap ni”.
Pandangan mama terlekat di laptop along,dia seperti kenal
perempuan yang memakai baju pengantin itu.
“Mama macam kenal model along tu.Kawan-kawan along ke?”.
“Adiralah mama,dia terpaksa jadi model kawan along masa
tu.Nasib baik dia nak tolong”.
“Adira.Patutlah mama kenal,cantik Adira tu kan along.Siapa-siapa
yang ada simpan perasaan pada dia lebih baik luahkan awal-awal,takut nanti kena
pinang dengan orang lain”.
Along hanya tergelak kecil,sedar mama seperti menyindirnya.
Mama tersenyum kecil selepas berkata begitu.Dia meninggalkan
along untuk menyiapkan kerjanya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Tepi Adira”.Along menyuruh Adira ketepi supaya dia dapat
keluar dari bilik ini.
“Dengar dulu apa yang kak Aida nak beritahu.Lepas ni mungkin
along akan marah dan benci pada Adira,tapi Adira tak kisah.Tolong along
,sekejap sahaja”.
Along merengus .Dia mengundurkan langkah ke
belakang.Hatinya sebenarnya tersentuh
melihat keadaan Aida sekarang,Cuma ego lelakinya masih meninggi.
“Maaf Zul.Aida Cuma minta peluang untuk mohon maaf pada Zul
atas apa yang pernah berlaku dulu.Aida sakit Zul,Aida dah tiada masa
lagi.Mungkin pertemuan kembali ini peluang yang Allah beri untuk Aida minta
maaf pada Zul”.
“Along,pandanglah kak Aida”.Geram pula Adira dengan sikap
along,tiada belas kasihankah atas kak Aida,orang tu tengah sakit teruk macam tu
pun masih nak berkeras.
“Takpe Aida.Cukuplah Zul dapat dengar permohonan maaf kak
Aida”.
“Zul dah banyak berubah.Dulu Zul panas baran,keras kepala,degil,tak
peduli perasaan orang lain,tapi Zul yang ada depan Aida sekarang berbeza.Aida
yakin ,siapa gadis yang memiliki hati Zul dia adalah gadis yang bertuah”.
Along berpaling ke arah kak Aida.Dalam sakit-sakit kak Aida
masih cuba memberi senyuman padanya.
Tiba-tiba kak Aida batuk berdarah.
“Panggil doktor Adira”.Along menuju ke katil Aida.Adira
berlari keluar untuk memanggil doktor.
“Maafkan Aida”.Dalam kesakitan gadis itu masih memohon maaf.
“Zul,maafkan”.Menitis air mata Zulkarnain saat itu.Dia ikhlas
maafkan Aida atas apa jua yang pernah berlaku antara mereka dahulu.
“Adira gadis yang bertuah.Jaga dia baik-baik”.
Zulkarnain tersenyum pahit.Semakin banyak darah yang keluar
dari mulut Aida,doktor dan jururawat datang.Mereka berdua disuruh tunggu di
luar bilik rawatan.
“Jangan nangis.Aida tu kuat”.Along cuba mententeramkan
Adira yang sudah menangis teresak-esak
di tepinya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Along dah ada pilihan sendiri.Aku rasa baik kita hentikan
pencarian calon isteri untuk along”.Adira memberitahu Maya yang sedang asyik
memandang telefon bimbitnya.
“Mana kau tahu?”.
“Masa dekat hospital,aku terdengar along berbual dengan
arwah kak Aida.Along tak nafikan hati dia dah dimiliki seseorang”.
“Siapa orangnya?”.
“Tak tahu.Nanti kau cubalah tanya along”.
“Adira dah makan,hari ni makcik masak spagethi,Adira suka
makan tu kan”.Mama muncul dari dapur membawa tiga gelas air untuk Maya dan
Adira.
“Dah,sedap.Untung Maya ada ibu yang pandai masak macam
makcik”.Tersenyum mama apabila dipuji Adira.
“Maya,beritahu Ikmal mama izinkan dia hantar rombongan
meminang bulan depan”.
“Serius mama”.Bagaikan tak percaya,Maya bertanya sekali
lagi.
“Yes,beritahu Ikmal kalau boleh masa meminang tu kita terus
bincangkan tarikh tunang,nikah dan sanding”.
“Kenapa mama tiba-tiba berubah fikiran.Along kan belum
berkahwin,mama nak suruh Maya langkah bendul ke?”.
“Taklah,Maya akan berkahwin dengan Ikmal selepas majlis
along.Along dah janji dengan mama untuk kenalkan bakal isteri dia pada mama
waktu hari keluarga Ikmal datang nanti.Suprise katanya”.
Maya dan Adira saling berpandangan.
Sebaik sahaja mama beredar,mereka berdua saling bertanya-tanya.Siapakah
gerangan kekasih misteri along yang disembunyikan along selama ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akhirnya dia kalah juga,menitis juga air matanya saat
ini.Entah kenapa saat dia melihat senyuman yang terukir di wajah along,hatinya
menjadi pilu.Dia tahu apa yang dia rasa saat ini salah,menyimpan perasaan pada
kekasih orang lain.Adira akui lambat untuk dirinya mangakui yang sebenarnya dia
sudah mula menyayangi along lebih daripada seorang abang.Saat dia mendengar
bahawa along mahu memperkenalkan bakal isteri di majlis Maya ini,saat itu baru
dia tersedar,ada kepiluan yang tersemat di hatinya saat mendengar along sudah
berpunya.
Adira mengelap air mata yang masih bersisa di pipinya.Dengar
derapan langkah kaki along menuju ke arahnya.
“Kenapa duduk sorang-sorang kat sini.Tadi Maya tercari-cari
kawan baik dia ni”.Along duduk berhadapan dengan Adira.
“Ambil angin.Tadi baru lepas makan,berpeluh pula badan bila
duduk berhimpit ramai-ramai dalam bilik tu”.
“Adira ok?”.Along menatap wajah gadis dihadapannya itu.
“Ok,kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu”.Tidak selesa
pula Adira apabila mereka berpandangan berhadapan sebegitu.
“Itu,air mata tu,nak minta along tolong lapkan ke?”.Seraya
tangan along mengelap air mata di pipi Adira.
“Along!!Jangan,kita bukan muhrim.Memang Adira dah anggap
along seperti abang,tapi kita masih ada batas”.Adira terus berdiri tegak.Geram
pula dengan sikap along ni,pergilah dekat kekasih dia,buat apa pula nak
menyibuk kat sini!Getus hati Adira.
“Sorry,tak sengaja”.
“Dah berapa kali tak sengaja”.Adira mengomel sendiri,namun
masih didengar along.
Adira mengatur langkah untuk masuk ke rumah.
“Adira,jangan anggap along ni sebagai abang lagi”.Along
berkata kepada Adira.Langkah kaki gadis itu terhenti,dia berpaling.
“Habis tu,nak anggap sebagai apa?Ayah?”.Adira sengaja
menyakitkan hati along.
“Ayah??”.Hampir tergelak along mendengar kata-kata Adira tu.
“Calon suami”.Tersenyum along memandang Adira.
“Jangan nak mengada sangatlah”.Adira kembali berjalan masuk
ke dalam rumah.
“Adira,be my wife”.
Along menghulurkan sebentuk cincin
kepadanya.Adira tergamam.Maya yang kebetulan
berada di situ terdiam melihat situasi yang berlaku di hadapannya saat
ini.Mama yang berada di sebelah Maya tersenyum.
“Sejak bila ni pandai simpan rahsia dari aku”.Maya membebel.
Adira hanya mendiamkan diri,memang sejak dari situasi di
bawah pokok itu,dia belum bercakap apa-apa dengan Maya tentang lamaran along
padanya.
“Along memang dah lama suka Adira,tapi dia ni jual mahal
sangat.Kenalah usaha lebih sikit”.Along memandang wajah mama.Sebenarnya mama
sudah lama tahu perasaan along pada Adira,cuma dia lebih memilih untuk
membiarkan semuanya berlaku dengan sendirinya.Dan rancangan along untuk melamar
Adira hari ini juga atas cadangannya apabila dia yakin Adira sebenarnya suka
pada along,cuma dia tak berani untuk meluahkan.
“Kau ni tiba-tiba jadi pendiam pula.Pandai kau simpan
rahsia,dalam diam-diam dah nak jadi kakak ipar aku”.Maya menegur Adira di
sebelahnya.
“Kau tak marah?”.
“Marah.Taklah,buat apa nak marah.Dapat kakak ipar yang baik
macam kau.Cuma satu je,kau tak menyesal ke pilih along jadi suami kau.Nanti kau
bosan”.
Along mengetus kepala Maya,geram pula dengan mulut Maya
ni.Susah payah dia meyakinkan Adira untuk menerimanya,boleh pula dia cakap
macam tu.
“Sakitlah along!!Betullah,along tu membosankan”.Maya
menggosok kepalanya yang sakit itu.
“Aku akan lebih menyesal kalau aku tak pilih dia”.Tersenyum
along mendengar kata-kata Adira itu.Yakin dia bahawa Adira juga ada menyimpan
perasaan sama seperti dirinya.
“Tak sangka,kita sibuk cari calon isteri along
sama-sama,rupanya orangnya dah ada depan mata”.Maya berkata.
Adira tersenyum.Dia dan along saling berpandangan.Dia akui
sebenarnya berat untuk dia membuat keputusan untuk menerima along,namun
kata-kata along membuatkan dia yakin untuk menerimanya sebagai suami.
“Abang tak janji kita akan bahagia ,tapi abang janji abang
akan cuba belajar untuk bahagiakan Adira.Kita takkan tahu apa yang akan terjadi
nanti,tapi apa yang abang pasti,saat ini,detik ini,satu je yang abang nak,iaitu
buat Adira bahagia menjadi isteri dan Insya Allah ibu yang baik pada anak-anak
kita nanti”.
No comments:
Post a Comment