Friday

Kisah kita



“Jangan sebab kau pernah ada pengalaman yang buruk dengan lelaki,kau nak anggap semua lelaki dalam dunia ni sama…aku tak salahkan penilaian kau pada lelaki tapi tolong jangan keterlaluan..kau sebagai kawan baik sepatutnya kau boleh beri pandangan  dan nasihat yang lebih baik pada dia..kau tahu dia dan suami  baru sahaja mendirikan rumah tangga..beri diorang masa ,takkan kau nak harapkan mereka terus sefahaman sedangkan baru je berkahwin sebulan..jangan keruhkan keadaan..

Ya..memang ada lelaki yang jenis tak bertanggungjawab..tapi bukan semua…beri kawan baik kau dan suami dia peluang untuk lebih mengenali hati budi masing-masing..kau tahu mereka baru je berkenalan dan terus berkahwin..ambil masa untuk lebih memahami..

Kalau kawan baik kau minta pandangan atau nasihat kau,..cakaplah sesuatu yang positif,,jangan asyik nak tuding jari pada kami kaum lelaki..mungkin kami ada silap..tolonglah tegur bukan terus menyalahkan…


Tak semua lelaki sama..ya..mungkin di awal perkahwinan kami tak tahu apa-apa…tapi kami mampu belajar untuk jadi suami yang baik kalau isteri mampu ajar kami..bimbing kami..ya..sepatutnya suami yang bimbing isteri..tapi tiada salahnya kita saling mengajar..ada kekurangan suami yang isteri mampu topup,dan sebaliknya..suami zaman sekarang bukannya hanya mengharap isteri yang mampu memasak,mengemas rumah,menjaga anak-anak,tapi kami perlukan isteri sebagai sahabat yang terbaik..di dunia dan di akhirat”.



Terdiam Ainur,tidak menyangka Halim yang selama ini pendiam tiba-tiba bersuara.Dan apa yang dikatakan Halim sebenarnya ada kebenarannya,cuma dia masih ego untuk mengalah dengan lelaki itu.

Amri dan Sofia yang duduk berhadapan dengan Halim pun tercengang dengan kata-kata Halim.Tidak menyangka kawan mereka yang pendiam ini tiba-tiba mampu bersuara dengan lantang.

“Sofia ,aku nak balik.Malas nak terus berada di sini”.Ainur mengambil beg galas di tepinya.

“Aku ikut”.

Sofia yang masih merajuk dengan suaminya,bangun untuk mengikut jejak langkah Ainur.

“Sofia duduk,kau dengan Amri ada masalah yang nak korang selesaikan.Biar aku pergi cakap dengan Ainur,aku tahu dia marah sebab tiba-tiba aku betah cakap dia tadi”.

“Kau tak kenal Ainur,dia tu panas baran sikit”.

“Takpe,kau lupa ke aku ni masa belajar dulu ahli persatuan bimbingan dan kaunseling.Korang berdua ada masalah yang nak diselesaikan,Amri kau jangan balik selagi Sofia tak baik dengan kau”.

Sempat lagi Halim berpesan pada kawan serumahnya itu.Dia mengatur langkah laju mengikuti langkah Ainur yang sudah pun keluar dari kafe.


Sakit betul hati Ainur saat ini.Kalau tidak mengenangkan si mamat  tu kawan sekolej Sofia,dah lama kena sembur dia kat situ.Pandai-pandai je cakap aku ada pengalaman buruk dengan lelaki,ini Ainur,takkan semudah itu untuk aku kecewa disebabkan seorang lelaki.

“Marah?”.

Satu suara menegur Ainur dari belakangnya.Halim sedang berdiri menghadapnya.

“Apa yang kau nak lagi,tak cukup kau malukan aku depan Amir dengan Sofia tadi”.

“Aku takde niat nak malukan kau,aku cuma cakap benda yang betul.Dan aku tahu jauh di dalam sudut hati kau,kau bersetuju dengan apa yang aku cakap tadi,cuma biasalah ego tinggi,mestilah tak nak mengaku kalah”.

“Whatever!!”.Ainur mencari-cari di mana kunci motornya.Bila memang diperlukan masa tulah susah sangat nak jumpa kunci motor ni.Diselongkar beg galasnya.

“Cari ni ke?”.

Halim menghulurkan kunci motor Ainur yang sempat dicapainya di atas meja tadi.
Dirampas dengan kasar kunci motor tersebut.

“Bukan nak cakap terima kasih pun,patutlah sampai sekarang takde orang nak kawin dengan kau.Panas baran,degil,kasar,tak pandai senyum,dan selalu dia je yang betul,orang lain semua salah”.

“Whatever!!”.Ainur terus menghidupkan enjin,dan terus beredar pergi.


“Dah balik ke Ainur,dia marah lagi ke?”.

Sofia dan Amri yang baru keluar dari kafe bertanya pada Halim yang sedang berdiri di tepi motor skuternya.

“Dah,panas baran betul kawan baik kau tu Sofia.Macamana kau boleh tahan dengan perangai dia?”.

“Dia memang macam tu,tapi hati dia baik.Dan lagi satu,kau nampak dia memang kasar tapi bukan dengan semua orang.Dia kasar dengan lelaki je,lelaki yang dia tak kenal”.

“Takkanlah dia tu…..”.

“Mulut tu..Dia normal.Cuma dia memang tiada kepercayaan pada mana-mana lelaki.Sebabnya aku sendiri tak pernah tahu,sebab dia tu bukannya senang nak bercerita pada orang tentang diri dia”.

“Dah baiklah ni,bukan main kuat peluk tangan Amri”.

Halim menyakat Amri dan Sofia.

“Thanks bro,sudi tolong kami selesaikan masalah ni”.

“Kau patut terima kasih pada Ainur,sebab dia aku tiba-tiba berani nak luahkan apa yang aku pendam selama ni.Korang berdua dah dewasa,tak lama lagi kalau ada rezeki dah nak jadi ibu dengan ayah,takkan masa tu pun nak bergaduh sebab hal-hal kecil ni,aku tahu korang  mampu handle semua ni dengan baik,rumahtangga ni kena ada selalu tolak ansur,insya Allah bahagia sampai syurga”.




Halim memasuki rumah anak-anak yatim Impian Kasih.Dia telah ditugaskan oleh pihak syarikat untuk mencari projek-projek amal yang berkaitan dengan rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua.Hari ini dia ada perjumpaan dengan pengurus yang menguruskan rumah anak-anak yatim tersebut.

“Kak Ainur,cepatlah baling bola tu”.

Pandangan mata Halim tertancap pada seseorang yang dipanggil Kak Ainur oleh para pelajar perempuan di situ.

“Ainur!”.Untuk pertama kalinya dia melihat gadis yang selalu bermuka masam itu,tersenyum dan senyuman itu….ishhh..boleh cair aku ni…

“Abang!Bola tu,tepi !”.

Namun sudah terlambat untuk Halim mengelak,bola tersebut tepat mengena kepalanya,dunia dirasakan berputar,pandangannya kelam.


“Buat apa entah kat sini,takkan sampai ke sini dia datang nak cari pasal dengan aku”.

Halim yang sudah pun tersedar dari pengsannya sempat menangkap kata-kata yang keluar dari mulut Ainur.

Ainur,dia nampak berbeza hari ni,mungkin kerana pertama kali Halim melihat dia memakai baju kurung.Selama ni,kalau terserempak ,dia selalu melihat Ainur memakai seluar jeans dengan t-shirt gedoboh dia yang besar,tudung pun bersilang kiri kanan.

“Saya kat mana?.Awak ni siapa?”.Sengaja Halim ingin menyakat Ainur.

“Kau ni kenapa,nak bersaya awak dengan aku.Geli tahu tak ?Takkan kena bola macam tu,dah hilang ingatan”.

“Ainur,kenapa cakap kasar dengan tetamu.Maaf Encik Halim,tadi budak-budak tu tak sengaja tadi”.

“Takpe,saya pun main redah je tadi.Puan Aida ke ni?”.

“Ye,saya Puan Aida,pengurus rumah Impian Kasih”.

“Yang sebelah puan tu siapa?”.

Sengaja Halim bertanya.Dia nampak Ainur membesarkan matanya ketika dia bertanya siapa dirinya.

“Ainur,dia sukarelawan kat sini.Dan juga anak perempuan saya,Encik Halim dengan Ainur pernah kenal ke?”.

“Kawan baik dia berkahwin dengan teman serumah saya”.

“Owh,dah saling kenal.Baguslah,kalau ada apa-apa yang Encik Halim perlukan,boleh minta dari Ainur,sebab dia banyak juga tahu tentang selok belok hal di sini”.

“Bonda,Ainur tak nak bekerjasama dengan dia.Sorry,Ainur balik cafe dulu,malam nanti baru Ainur balik”.

Ainur bersalaman dengan Puan Aida,sempat dia menjeling kepada Halim.

“Maaf  Encik Halim,Ainur tu memang macam tu.Dia susah nak ramah dengan orang yang baru dia kenal”.

“Takpe,saya faham.Dah tahu,perangai dia memang macam tu”.



“Kau ni kenapa?Hancurlah kek tu,kalau tak nak makan bagi kat aku ,tak payah membazir”.

Kek dihadapan Ainur sudah dicucuk-cucuk menggunakan garpu.Geram pada Halim tidak habis-habis lagi.Kenapa sejak beberapa hari ini,lelaki itu seringkali muncul dihadapannya dan sering menyakitkan hatinya.

“Ambiklah,aku dah takde selera.Selera aku nak maki orang je sekarang ni”.

“Amboi !Garangnya.Kau ni kenapa,sejak balik dari Impian Kasih asyik memanjang je muncungnya tu.

“Kawan sekolej kau tu.Halim.Tak habis-habis nak menyakitkan hati aku,hari tu dia dah malukan aku depan kau dengan Amri,hari ni dia datang Impian Kasih,cari pasal lagi dengan aku kat situ pula”.

“Halim kat Impian Kasih?Dia buat apa kat situ?”.Sofia bertanya.

“Entah,tapi yang pasti.Aku tak suka dia ada kat situ,itu satu-satunya tempat yang selalu buat aku tersenyum,macamana aku nak tersenyum,gembira,kalau musuh ketat ada kat situ”.

“Tak payah nak musuh sangatlah.Takut musuh-musuh nanti ,jadi sayang pula”.

“Mulut kau ni!Tak payah nak cakap perkara yang mengarut sangat”.

Ainur cuba mencubit pipi Sofia,namun sempat dielak gadis itu.

“Betullah,jangan benci sangat,nanti jadi sayang”.

“Aku takkan jatuh cinta pada lelaki macam Halim tu,takkan”.

“Jangan cakap besar,nanti kalau dah jatuh cinta.Masa tu baru kau nak menyesal”.

“Gila!Pergilah balik masak,nanti suami kau balik,dia nak makan”.

“Dia takdelah,pergi out station,esok atau lusa baru balik”.

“Suami takde,baru teringat kat aku.Selama ni suami ada,nak call aku pun susah”.

“Bunyi macam merajuk.Eleh,kata hati batu,takkanlah nak merajuk .Aku bukan tak nak call kau,takut menganggu,kau kan sibuk kerja,lepas tu nak tolong Bonda urus Impian Kasih,takut kau hilang fokus buat kerja kalau aku asyik telefon or mesej kau”.

“Tiba-tiba aku rasa macam nak muntah kat muka orang,rasa loya tekak ni”.

Papp!!Selamba sahaja Sofia menampar belakang Ainur.

“Sakitlah,kenapa kau ni?”.Ainur menggosok-gosok badannya yang sakit itu.

“Muntah kat tempat lain,jangan muntah depan makanan aku”.

Tergelak kecil Ainur.Memang susah nak marah lama-lama kalau dia duduk dengan Sofia.Ainur dan Sofia memang baru sahaja berkenalan,namun persahabatan mereka agak rapat,apatah lagi sikap gila-gila Sofia dan dia yang lebih kurang sama.




Halim masih lagi duduk termenung di tepi tingkap biliknya.Peristiwa petang tadi masih lagi bermain di fikirannya.

Ainur…kali pertama mereka bertemu ketika  majlis pertunangan Amri dan Sofia.Waktu itu dia sangat geram dan jengkel dengan sikap kebudak-budakkan Ainur yang sengaja mengambil tempat parking keretanya.

Kali kedua mereka bertemu di majlis pernikahan dan persandingan Amri dan Sofia,waktu itu dia geram dengan Ainur kerana beberapa jam sebelum majlis pernikahan Amri dan Sofia,Ainur sengaja menghasut Sofia untuk berfikir semula untuk menerima Amri.Kalau tidak kerana ada jaminan dari kakak Amri bahawa Amri sudah melupakan kekasih lamanya,silap-silap majlis pernikahan itu terbatal.
Halim masih ingat ,waktu tu Ainur memakai kebaya labuh.

Namun hari itu dia tak berminat langsung untuk memandang Ainur kerana masih geram dengan sikap Ainur yang terlalu negatif pada lelaki.

Halim bangun dari tempat duduknya,dia teringat album perkahwinan Amri dan Sofia yang baru disiapkannya.Pasti ada gambar Ainur.
Diselak satu demi satu helaian album gambar tersebut,matanya tertancap pada sekeping gambar di antara dia dan Ainur yang diambil secara candid oleh juru gambar.Amri dan Sofia duduk bersanding di atas pelamin,di kiri Amri dia sedang menarik muncung panjang,manakala di sebelah Sofia,Ainur seperti sedang merenungnya dengan pandangan yang dia sendiri tidak mengerti.

“Kenapa aku boleh tak perasan masa aku tolong cuci gambar hari tu?”.

Halim mengeluarkan gambar tersebut dari tempatnya.

“Sorry bro,gambar ni untuk simpanan peribadi aku”.
Halim menggantikan gambar lain di album tersebut.



“Bonda nak minta tolong Ainur,petang nanti Encik Halim datang,dia mewakili syarikat dia untuk bawa adik-adik pergi beli pakaian sekolah baru,boleh tak Ainur yang temankan dia,Bonda ada perjumpaan dengan penderma dari Selangor”.

“Apa kata biar Ainur yang pergi perjumpaan dengan penderma  tu,Bonda pergi je teman Encik Halim tu beli pakaian sekolah adik-adik”.

“Penderma dari Selangor tu nama dia Abdul Rahman,Ainur kenal penderma tu”.

Terus berubah wajah Ainur,dia memandang Bonda yang masih sibuk mengemas kertas-kertas di atas meja.

“Dia nak apa?”.

“Dia nak membantu Impian Kasih”.

“Bonda tak seharusnya terima bantuan dari orang macam dia”.

“Ainur,niat dia ikhlas memang nak tolong Impian Kasih”.

“Ainur tak percaya,dan takkan pernah percaya dengan orang seperti dia”.

Ainur bangun dari kerusinya.

Bonda hanya menggelengkan kepala.Sampai bila Ainur nak benci pada dia?




“Ibu,abang rasa dah sampai masanya abang berumah tangga?”.

Puan Atikah yang sedang mengemas pasu bunga terhenti dari kerjanya.

“Betul ke apa yang ibu dengar ni?”.Puan Atikah memandang anak lelakinya itu dari atas ke bawah.

“Betul”.

“Alhamdulillah,akhirnya Allah kabulkan doa ibu.Siapa calon abang?”.

Terus sahaja Puan Atikah menarik anaknya itu untuk duduk bersebelahan dengannya.

“Kalau ibu masih ingat ,dia jadi pengapit Sofia dengan Amri masa bersanding”.

“Ainur?”.

“Ibu dah tahu nama dia”.

“Masa majlis tu ibu sempat berkenalan dengan dia.Macamana abang dengan dia boleh bersama,kalau tak salah ibu,waktu tu ibu ada terdengar korang berdua bergaduh pasal parking kereta”.

“Entah,mungkin cinta pandang pertama.Ibu tolong pinang dia untuk abang boleh?”.

“Tak rasa cepat sangat ke,abang dengan dia baru je kenal,kalau tak salah ibu kamu baru berjumpa dua kali”.

“Ya,tapi abang nak kenal dia dengan dia lebih dalam.Dan satu-satunya cara yang selamat ialah jadikan dia yang halal untuk abang,abang nak bercinta selepas nikah”.

“Abang yakin dengan keputusan abang ni,perkahwinan bukan perkara main-main.Ibu tak nak abang menyesal nanti”.

“Abang akan lebih menyesal nanti ibu,kalau sampai dia diambil orang lain”.


Puan Atikah mendapatkan alamat tempat kerja Ainur daripada Sofia.Sempat juga dia menyelidik latar-belakang Ainur dari Sofia.Ternyata Ainur anak yatim dan dia masih duduk bersama ibu angkatnya yang merupakan pengendali rumah anak yatim tersebut.
Dari luar café Puan Atikah dapat melihat Ainur dan rakan sekerjanya sedang berbual-bual sambil menikmati makanan.Mungkin waktu rehat mereka.Kalau dilihat dari peribadi gadis itu,dia memang tertarik dengan Ainur.Tak disangka pula anak sulungnya itu juga boleh berkenan dengan Ainur.

“Assalamualaikum”.Puan Atikah menghampiri Ainur dan kawan sekerjanya.

“Waalaikumussalam”.Ainur seperti mengenali wanita dihadapannya ini.Rasanya seperti mereka pernah berjumpa.

“Ainur.Kalau masih ingat makcik Puan Atikah ibu kepada Halim,kawan universiti Sofia”.

“Owh,ye.Patutlah muka macam pernah nampak.Makcik buat apa kat sini?”.

Rasa tidak sedap pula hati Ainur bila tiba-tiba ibu si Halim ni datang ke tempat kerjanya.

“Makcik nak jumpa Ainur.Kalau ada masa boleh kita berbual sekejap”.

Berdegup laju jantung Ainur saat ini,kenapa pula makcik ni.Takkan pasal aku bertekak dengan anak dia,dia sampai sini cari aku!




“Siapa suruh kau pandai-pandai bagi alamat tempat kerja aku pada mak Halim.Boleh tak kalau nak buat sesuatu tu fikir dulu?Kau dah babitkan aku dalam masalah besar sekarang ni kau tahu tak”.

Sofia tahu apabila muka Ainur berkerut seperti itu,kawannya itu memang benar-benar marah saat ini.

“Masalah apa Ainur?Sorry,aku tak tahu perkara akan jadi rumit macamni,aku ingat dia saja je nak jumpa kau.Dia buat apa kat kau?”.

“Dia merisik aku untuk Halim”.

Pecah berderai ketawa Sofia.Tak sangka itu masalah besar yang dimaksudkan Ainur.

“Jangan ketawa boleh tak.Aku dahlah tengah marah ni.Halim ni gila ke apa,tiba-tiba nak merisik aku,otak dia dah tak berfungsi ke apa?”.

“Otak dia dah tak berfungsi sebab dia dah berfikir guna hati je sekarang ni”.

Sengaja Sofia menyakat Ainur.Dalam diam-diam kau suka dekat Ainur ye Halim,pandai kau sorok dari aku.

“Dah puas ketawa.Aku tak tahu nak cakap apa pada mak Halim ni.Takkanlah aku nak kena cari kerja tempat lain pula”.

“Laa,kenapa nak cari kerja tempat lain pula.Kau ni,jangan melarikan diri,berhadapan je dengan mak Halim tu,kalau betul kau tak nak dengan Halim terus-terang je la”.

“Aku nak cari Halim,nak brainwash sikit otak dia tu.Macam dah takde perempuan lain”.

Ainur menggapai beg galasnya,dia mengambil helmet dan menuju ke motornya.




“Halim tak boleh tahu semua ni,dia tu terlalu jujur.Bila lagi kita nak ambil sikit duit orang tua tu,setakat dua puluh ribu,tak miskinlah orang tua tu”.

“Dia dah cukup kaya,kalau terkurang dua puluh ribu pun dia tak rasa ape punya”.Satu suara lagi menjawab.

“Pendrive ni kau simpan elok-elok.Kalau sampai dapat kat tangan orang lain,boleh ke dalam kita nanti”.

Ainur hanya dengarkan sahaja perbualan dua lelaki di tingkat bawah itu.Makanlah duit haram tu banyak-banyak,biar meletup dalam perut kau nanti.Sempat Ainur membebel sendiri.Tapi dia malas untuk terus mendengar perbualan mereka,saat ini dia hanya mahu mencari Halim.

“Ainur?”.

Berubah wajah Halim apabila melihat Ainur sedang melangkah ke mejanya.Apatah lagi wajah gadis itu berkerut tanpa senyuman.

“Apa masalah kau?Kenapa tiba-tiba nak merisik aku,kau dah buang tabiat ke apa?”.

Halim serba salah untuk menjawab.Dia dah agak pasti kedatangan gadis itu untuk bertanya tentang risikan.

“Kenapa diam pula ni,masa tu bukan main lagi berhujah depan Sofia dengan Amri,sekarang dah tak pandai bercakap pula”.

“Nak tunggu awak habis bercakap,saya suka dengar awak bercakap”.

Ainur menelan air liurnya.Kenapa ber ‘saya’ ‘awak’ pula Halim ni.Sah wayar kat kepala dia dah putus.

“Halim aku tahu niat sebenar kau merisik aku.Kau nak balas dendam pada aku sebab kau sakit hati dengan aku kan”.

“Isyh,tak baik buruk sangka.Saya merisik awak memang untuk menjadikan awak isteri saya,daripada berdendam,lebih baik berkasih sayang”.

“Gila!”.

Terus sahaja Ainur berlalu pergi.Geram pula dia mendengar jawapan Halim yang seakan mempermainkannya.



Ainur melangkah dengan malas memasuki rumah Impian Kasih.Ada dua biji kereta di hadapan rumah,mungkin ada pelawat yang bermalam di sini.Ainur berteka sendiri.
Ainur melangkah masuk,dia memberi salam.Langkah kakinya terhenti apabila memandang wajah-wajah orang yang menjawab salamnya.


“Kenapa tak pernah cerita dengan bonda,Ainur dah lama kenal dengan Halim.Pandai simpan rahsia,nasib baik Halim ni dah beritahu semuanya”.

“Halim beritahu apa pada bonda?”.

Geram betul Ainur,mahu sahaja ditumbuk-tumbuk muka lelaki itu saat ini.Namun kerana ramai pula orang yang ada di sini,ditahankan sahaja niatnya itu.

“Halim beritahu bonda,Ainur dengan dia dah merancang nak berkahwin.Sebab tu hari ni dia bawa ibu  dia untuk sarungkan cincin risik pada Ainur”.

Merah muka Ainur saat ini,bukan kerana malu,namun kerana marah.Sakit betul hatinya saat ini.

“Maaf bonda,makcik.Saya tak mampu terima Halim”.

Ainur bangun dari kerusi dan terus menuju keluar.
Panggilan dari bonda tidak diendahkan,sakit betul hatinya saat ini.Halim,kenapa dengan lelaki itu,apa yang harus dia lakukan agar lelaki itu faham,dia takkan terima Halim dalam hidupnya.



“Ibu tak salahkan Ainur,ibu tahu ini semua rancangan Halim.Kalau ibu jadi Ainur pun,ibu akan teragak-agak untuk menerima lelaki yang baru sahaja ibu jumpa dua kali untuk menjadi suami.Ibu dah kata,yakinkan dulu Ainur,baru kita pergi merisik dia”.

“Ainur tu lain ibu,takkan semudah itu untuk dia terima Halim.Hati dia keras macam batu,Halim dah tiada cara lain,lagipun dia kalau jumpa Halim asyik nak marah-marah je”.

“Kalau dah tahu Ainur tu memang tak suka Halim,kenapa masih nak jadikan dia isteri Halim,takkan hari-hari nak bergaduh nanti kalau dah berkahwin”.

“Sebab cinta tu buta ibu”.

Sengaja Halim menyakat ibunya.Entah dia tak tahu mengapa hatinya tertarik untuk mengenali Ainur dengan lebih dekat,mungkin Allah memang dah tetapkan hatinya memang akan tertarik dengan Ainur sahaja.




“Ibu mertua awak kirim salam”.Halim sudah menjadi pelanggan tetap café ini.Pelbagai cara Ainur lakukan untuk membuat lelaki itu membencinya namun Halim masih tetap dengan perangainya.

“Nak apa datang sini,bosan tahu tak tengok muka kau hari-hari”.

“Rindu ,kenalah datang.Mula-mula memang bosan nanti lama-lama suka”.

“Kalau setakat datang untuk menyibuk lebih baik kau balik,nanti kalau boss aku nampak,aku kena marah”.

“Takpe,boss awak tahu saya ni pelanggan tetap kat sini.Lagipun saya datang sini memang nak makan sambil-sambil tu boleh jumpa awak sekali”.


“Jom,pergi makan dulu.Lepas tu saya hantar awak semula ambil motor kat sini”.

Halim cuba mengajak Ainur untuk pergi makan bersamanya.

“Aku nak balik tidur,penat.Kau pun pergilah balik,dari office terus merayap kat sini,badan tu tak penat ke,pergilah balik”.

“Tengok awak semua penat saya hilang.Jomlah pergi makan,kat depan tu je.Lapar ni”.

Halim menunjukkan kedai sate yang berhadapan dengan café.

“Boleh tapi ada syarat”.

“Anything for you my dear”.

“Lepas makan,terus balik .Esok tak payah datang sini lagi”.

“Aduh,tak adil namanya tu.Nanti kalau tak datang sini lagi,kalau rindu macamana”.



Baru sahaja Ainur mahu membalas kata-kata Halim,mereka dikejutkan dengan satu hentaman kuat di hujung jalan.Dua buah kereta bertembung,ketika salah satu dari mereka membuat pusingan U-turn.
Halim dan Ainur berlari menuju ke tempat kejadian.Pemilik kereta tersebut dalam keadaan cedera parah.

Ainur tergamam seketika melihat pemandu kereta yang cedera parah tersebut.Apa yang dia buat kat sini?

“Ainur tolong saya papah lelaki ni ke tepi,saya nak tolong pemandu kereta satu lagi”.Halim memanggil Ainur apabila dia melihat gadis itu seakan kaku melihat pemandu lelaki yang cedera itu.




“Siapa ahli keluarga lelaki yang baru dimasukkan tadi,dia kehilangan banyak darah,perlu mendapatkan darah dengan segera.Tapi pihak hospital kekurangan darah jenis B,kalau boleh tolong dapatkan ahli keluarga dia dengan segera,kami kesuntukkan masa”.

“Kita minta tolong pihak polis untuk hubungi keluarga lelaki tu”.

Halim memberi cadangan.

Ainur hanya mendiamkan diri,sejak dari tadi,dia lebih banyak berfikir dari berkata-kata.

“Ainur,kenapa dengan awak ni,dari tadi saya tengok awak asyik mendiamkan diri.Awak kenal ke lelaki tu?”.

“Maaf cik,dah dapat hubungi keluarga mangsa atau belum,kami betul-betul perlukan darah untuk buat pembedahan”.

“Kami perlu minta bantuan polis…

“Darah saya jenis B,saya boleh tolong dia”.Ainur dari belakang Halim memberitahu jururawat tersebut.




“Halim kenapa tak balik malam tadi,buat ibu risau.Apa sebenarnya yang terjadi?”.

Puan Atikah bertanya pada Halim yang baru muncul pagi itu.

“Minta maaf ibu,Halim nak beritahu ibu tapi telefon Halim habis bateri.Malam tadi Halim tidur hospital,teman Ainur”.

“Ainur masuk hospital.Apa yang terjadi pada Ainur?”.

“Ainur tolong mangsa kemalangan,dia derma darah untuk mangsa kemalangan tu,tapi lepas doktor ambil darah dia,tiba-tiba dia pengsan,itu yang kena masuk hospital”.

“Owh,habis tu Ainur dah sedar sekarang.Dia masih di hospital atau dah keluar”.

“Dah keluar,pagi tadi masa Halim terlelap dekat sofa,dia tiba-tiba dah hilang”.

“Halim masuk kerja ke pagi ni?Dah lambat ni”.

“Halim ambil m.c hari ni.Badan sakitlah ibu,tidur dekat sofa.Halim naik bilik dulu,nak mandi lepas tu nak lelapkan mata sekejap”.



“Ainur tak masuk kerja dah dua hari,takkanlah dia masih tak sihat”.

Halim mendail nombor Sofia.Namun tak diangkat,dia terus menghantar SMS.

“Sofia,tolong bagi aku nombor Ainur,urgent.Dia dah dua hari tak datang kerja ni,aku takut jadi apa-apa pada dia.Tadi aku dah telefon bonda,dah dua hari dia tak balik rumah Impian Kasih”.

Tidak sampai lima minit,Sofia menghantar SMS.
Sorry aku tengah meeting,tak boleh boleh angkat call.Ni nombor Ainur,kalau dah ada apa-apa beritahu aku !!


Halim masih lagi cuba mendail nombor telefon Ainur.Namun masih tidak berjawab,buntu dia memikirkan dimana gadis itu berada saat ini.
Hospital!!Halim seprti yakin Ainur berada di situ,kerana semalam dia perasan wajah Ainur yang berubah semasa melihat mangsa kemalangan yang cedera.


Halim menarik nafas lega apabila melihat sekujur tubuh yang lena terbaring di sofa.Perlahan dia mendekati Ainur,dipandangnya wajah itu dalam-dalam.Orang punya risau tentang dia,dia sedap tidur dekat sini.

“Ada tetamu rupanya,kesian cik Ainur tertidur kepenatan.Dah dua malam dia teman ayah dia kat hospital,tapi ayahnya masih belum sedarkan diri”.

“Ayah?”.

Halim agak terkejut mendengar kata-kata dari jururawat itu.

“Ya,menurut borang yang di isi di borang menderma darah,hubungan cik Ainur dengan pakcik ni ayah dan anak”.

Patutlah wajah Ainur berubah bila dia melihat lelaki yang terlibat dengan kemalangan itu,ayah dia rupanya!Halim berkata sendiri.



“Kenapa tak berterus-terang dengan saya,lelaki yang accident semalam tu ayah awak”.

“Tak penting,kau bukan siapa-siapa pada aku,untuk aku beritahu semua perkara”.

Geram pula Halim mendengar jawapan dari Ainur.Sabar Halim,jangan dilayan sangat emosi tu,senyum!Halim berkata sendiri.

“Sekarang memang tak penting,nanti tak lama lagi penting.Lagipun nanti kalau kita nak kawin,dia yang akan jadi wali awak”.

“Siapa nak kawin dengan kau.Dan lelaki tu takkan pernah layak jadi wali aku,aku ni anak luar nikah dia,anak yang tak diiktiraf”.

Terus sahaja Ainur beredar pergi.Ya,dia terpaksa buka rahsia besar tu pada Halim,supaya Halim berfikir  lebih dalam bahawa dia bukanlah keturunan yang baik untuk dijadikan isteri.Perlahan air mata yang mengalir di sapu,kuat Ainur,kau kena kuat!



“Saya tetap nak teruskan niat saya untuk jadikan awak isteri saya.Tentang status awak,saya tak peduli.Bukan salah awak Ainur,awak sendiri tak diminta untuk dilahirkan dalam keadaan begitu.Kita semua hamba Allah,status kita sama sahaja di sisi Allah”.

“Baliklah Halim,fikirlah banyak kali.Takkan kau nak malukan keluarga kau demi anak haram macam aku ni,kau keturunan yang baik-baik,jangan kau rosakkan nama keturunan kau sebab kau rasa kasihan dengan aku”.

“Aku tak pernah kasihan kat kau,tapi aku memnag betul-betul sayang”.

Direntap tangan Ainur,geram pula dia dengan perangai Ainur.Kenapa susah sangat untuk gadis itu memahami bahawa kasihnya memang tulus.

“Lepaslah”.Ainur menarik tangannya yang dipegang Halim.


“Doktor!Doktor!”.

Jururawat yang baru keluar dari bilik ayah Ainur memanggil doktor,wajahnya nampak risau.

“Pesakit dah sedarkan diri,namun tiba-tiba dia muntah darah”.

Ainur berlari menuju ke bilik ayahnya,begitu juga Halim.

Dua orang doktor lelaki,dan tiga orang jururawat bergegas masuk ke bilik itu.Ainur sudah pun menangis di luar wad kecemasan.Air mata yang masih ditahan sejak pertama kali melihat ayahnya terlibat kemalangan.


“Maaf,kami tak mampu untuk berbuat apa-apa.Kedaan ayah cik Ainur terlalu lemah,lebih baik bersedia untuk sebarang kemungkinan”.

Lemah longlai lutut Ainur mendengar kata-kata doktor tersebut.


Ainur memberanikan diri untuk mendekati ayahnya,perlahan digapai tangan tua itu.Dicium perlahan,ada reaksi dari ayahnya.Perlahan ayahnya membuka mata.

“Maafkan ayah Ainur”.Dengan keadaan lemah,dia berkata-kata.

Ainur sudah pun menangis teresak-esak.Ya,dia memang marah dengan apa yang pernah dilakukan ayah pada arwah ibunya dulu,namun apabila melihat ayah terbaring lemah dalam keadaan yang kritikal ini,hatinya menjadi rapuh.Dia sahaja yang masih berdendam,sedangkan mungkin arwah ibunya sudah memaafkan kesalahan ayah.

“Maafkan ayah Ainur”.Sekali lagi ayahnya berkata-kata.

“Ainur maafkan ayah.Arwah ibu pun dah lama maafkan ayah.Ainur sayang ayah,dalam dunia ni,ayah sahaja yang Ainur ada”.

Ayahnya tersenyum kecil,mungkin rasa lega mendengar kata kemaafan dari Ainur.

“Terima kasih jadi anak yang baik untuk arwah ibu dan ayah”.

Ayah menarik nafas panjang.Ainur membantu ayahnya mengucap dua kalimah syahadah di telinga.Dalam sayup-sayup suara dapat juga ayah mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.




Dua minggu selepas kehilangan ayah.
Ainur kini kembali bekerja seperti biasa di café.Mungkin kerana sudah hampir 8 tahun Ainur bekerja di café itu,pemilik café itu mahu menerima permohonan cuti Ainur.Mulanya dia mahu terus berhenti,namun bossnya memberi dia peluang untuk bercuti selama dua minggu.

“Kau tak nak tanya tentang Halim?Dia kan dah lama tak hubungi kau”.

Sofia memulakan bicara ketika dia datang ke rumah Impian Kasih.
“Dia sibuklah agaknya.Kenapa tiba-tiba kau sebut pasal Halim”.

Sebenarnya Ainur tertanya –tanya juga kemana Halim menghilang,namun disebabkan ego,dia lebih memilih untuk berdiam diri.

“Halim kena berhenti kerja,dia dituduh gelapkan duit syarikat.Disebabkan pihak syarikat tak nak libatkan polis,dia hanya diberhentikan dengan notis 24 jam”.

“Kau percaya ke Halim buat semua tu?”.

“Tak,sebab Halim yang aku kenal,10 sen pun dia susah nak makan duit orang apatah lagi sampai berpuluh ribu”.

Ainur teringat perbualan dua lelaki di tangga pejabat Halim beberapa minggu lepas.Kalau tak salah dia,mereka ada menyebut nama Halim,pendrive,dan kalau sampai pendirve tu jatuh ke tangan orang lain,mereka boleh ditangkap.

“Kau nak buat kerja gila tak Sofia?”.

Senyuman di wajah Ainur meyakinkan Sofia ada sesuatu yang berlegar di fikiran gadis itu.




“Mana kau dapat baju cleaner ni,gila lah.Rasa macam tak percaya,aku boleh terbabit dengan kerja gila kau ni”.

Sofia takut sebenarnya,namun dalam masa yang sama,dia teruja kerana  pertama kali dia mencuri masuk ke pejabat syarikat lain.

“Aku professional.Dan peminat tegar drama CSI tu,aku banyak belajar dari drama tu”.

Terbongkok-bongkok Ainur dan Sofia,sedaya upaya mereka mengelak wajah mereka dirakam cctv.Tentang pengawal yang menjaga cctv tersebut,awal-awal lagi Ainur sudah memberikan mereka kopi yang mengandungi ubat tidur agar lebih senang mereka melakukan kerja.

“Kau cari belah sana,aku cari belah sini.Pendrive transformers warna kuning”.


Sedang mereka terbongkok-bongkok menyelongkar,tiba-tiba lampu terpasang.Ainur dan Sofia cuba menyembunyikan diri,namun mereka terlambat.Rupa-rupanya salah seorang pengawal yang  menjaga malam itu,tidak meminum kopi yang diberikan.Ainur dan Sofia dibawa ke balai polis kerana tuduhan menceroboh.


Amri menggaru kepalanya yang tidak gatal.Nak marah nanti merajuk panjang,tak habis fikir dia apabila isterinya dimasukkan ke lokap kerana terlibat dengan pencerobohan syarikat.

“Terima kasih tolong jamin kami”.

Ainur berkata.Dia tahu saat ini Amri marah kerana dia melibatkan Sofia dalam rancangan gilanya.

“Bagi alasan yang kukuh kenapa sampai menceroboh pejabat orang”.

Amri duduk menghadap dua sahabat itu.

“Kami nak tolong Halim.Dia tak bersalah,dia kena fitnah.Ainur kata dia tahu macamana nak tolong Halim”.

Sofia takut-takut menjawab.

“Dengan pecah masuk syarikat orang,itu ke cara nak tolong Halim”.

“Cara kami memang salah,tapi niat kami betul.Kami nak tolong Halim bersihkan nama dia”.

“Niat tak menghalalkan cara sayang.Kenapa tak minta pandangan abang,nasib baik pengawai polis tu kawan abang.Kalau tak malam ni tidur lokap kamu berdua.Ainur lainkali kalau nak buat kerja gila,jangan ajak isteri aku”.

“Jangan salahkan Ainur,Sofia yang setuju.Lagipun Halim tu kan kawan kita,takkan nak biarkan orang yang fitah dia terlepas macam tu je”.

“Habis tu dapat ke buktinya”.

“Tak,kami tak sempat nak selongkar habis tempat tu”.

Ainur berkata hampa.Semuanya sia-sia,kalaulah mereka sempat selongkar tempat tu,pasti dapat jumpa pendrive tersebut.

“Eh,siapa kata tak jumpa”.

Sofia mengeluarkan sesuatu dari kocek bajunya.Pendrive transformers berwarna kuning.Ainur dan Sofia berpeluk kegirangan.




Halim berlari masuk ke dalam balai polis.Panggilan telefon dari Amri membuat dia kerisauan.Ainur dan Sofia ditangkap kerana menceroboh syarikat tempat dia bekerja.


“Ainur?”.

Halim memanggil nama Ainur yang sedang duduk di kerusi bersama Sofia dan Amri.

“Siapa beritahu Halim?”.

Ainur bertanya pada Amri.
Amri hanya menyengih panjang.

Sudah hampir dua minggu tidak berjumpa,rasa janggal pula apabila mereka bersua muka seperti ini.


“Halim,aku balik dulu dengan Sofia.Kau tolong hantar Ainur balik,boleh kan?”.

Halim mengangguk perlahan.Matanya masih lagi tajam merenung Ainur.


“Orang kata,kalau gila pun,jangan tunjuk sangat.Gila tu simpan sikit,kenapa buat kerja yang membahayakan diri sendiri.Kalau bukan sebab Amri,awak dengan Sofia tidur lokap malam ni”.

Halim memulakan bicara apabila Ainur lebih memilih untuk berdiam diri.

“Orang nak tolong dia,itu pun tak bersyukur”.

“Tak payah sibuk nak tolong,saya ni bukan orang yang penting dalam hidup awak”.

Sengaja Halim mengulang ayat yang pernah disebut Ainur padanya dulu.

“Kalau setakat datang nak marah-marah,lebih baik tak payah datang.Orang boleh balik naik teksi.Berhenti kereta kat tepi”.

Halim tersenayum sendiri,dia perasan,Ainur sudah tidak ber ‘kau’ ‘aku’ dengan dia lagi.Dah lembut sikit rasanya hati gadis dihadapannya ini.

“Sorry,saya marah sebab saya risau.Lain kali kalau nak buat sesuatu tolonglah fikir banyak kali.Kalau jadi apa-apa kat awak,siapa nak jaga saya nanti”.

“Kenapa macam tu pula?”.

“Yelah,awak kan bakal isteri saya.Mestilah awak yang kena jaga saya nanti lepas kita kahwin nanti”.

“Siapa yang nak kawin dengan awak?”.

Ainur masih jual mahal,walaupun saat ini hatinya sudah berbunga-bunga.

“Sekarang mungkin tak nak,manalah tahu esok-esok nak”.

“Tentang pendrive tu ,terima kasih.Amri dah beritahu saya semuanya.Tapi itu bukan alasan kuat untuk awak bahayakan diri.Saya boleh uruskan masalah saya sendiri”.

Halim kembali bertegas pada Ainur.

“Kalau boleh uruskan masalah sendiri,kenapa sampai kena pecat.Orang susah payah cari bukti nak bersihkan nama dia,asyik nak marah je.Orang risaukan dia,dia asyik nak marah je”.Ainur berkata perlahan,namun dapat didengar oleh Halim.

“Kalau risau kan saya telefon,bukan pergi menceroboh cari bukti sendiri.Tapi kan awak,tengok cara awak sekarang,saya macam dah rasa awak ni dah terima saya.Cuma biasalah ego,tak nak mengaku kalah”.

“Jangan nak perasan sangat.Saya tolong sebab awak pernah tolong ayah saya masa kemalangan tu”.

“Tahu,awak memang takkan mengaku punya.Kempunan agaknya saya nak dengar kata-kata sayang dari awak”.

“Saya hanya akan ucap kata-kata sayang tu pada lelaki yang berhak,iaitu suami saya.Selagi belum sah jadi suami saya,awak boleh bermimpi je”.

Halim terdiam,dia memberhentikan keretanya.Kata-kata Ainur tadi,selagi dia belum sah jadi suami Ainur,maknanya gadis itu memberi persetujuan untuk menjadi isterinya.

“Betul ke apa yang saya fikir ni?”.

Ainur mengangguk perlahan,dia tersenyum.Halim meraup wajahnya perlahan.Alhamdulillah,akhirnya terbuka juga hati Ainur untuk menerimanya.


Dengan sekali lafaz Ainur sah menjadi isteri Halim.Halim melangkah masuk ke biliknya,bilik yang dia sendiri hias untuk menyambut Ainur sebagai isterinya.Ainur sedang duduk di tepi katil,masih lengkap berpakaian baju pengantin,namun seperti ada sesuatu yang tak kena.Wajah Ainur yang berkerut itu,dia kenal wajah itu,ada sesuatu yang isterinya tidak puas hati.

“Siapa budak perempuan yang tiba-tiba peluk awak tadi,seriously takkan dia tak tahu suami orang kot,kenapa gatal sangat,dan kenapa awak tak menolak pekukan dia?”.

“Saya tak sempat menolak,dia hanya kawan sepejabat yang pernah ada hati pada saya.Janganlah marah-marah macam ni sayang,inikan malam pertama kita”.

“Saya tidur bilik ibu malam ni,awak tidur sorang-sorang”.Ainur melangkah keluar.

“Sayang,jangan macam ni”.Halim memegang tangan isterinya.

“Abang minta maaf.Lepas ni kalau ada siapa-siapa yang nak peluk abang,abang terus tolak dia.Tak mahulah lari bilik ibu,nanti ibu cakap apa pula”.


Tiba-tiba Ainur tergelak.Rancangannya untuk mengenakan suaminya menjadi.Dia memang marah dengan apa yang terjadi tadi,tapi dia tahu Halim pun tak menjangka perempuan tu akan memeluknya secara tiba-tiba.

“Saja nak kenakan abanglah ni.Takpe,tengoklah nanti.Abang tahulah nak balas macamana malam nanti”.

Tawa Ainur terhenti mendengar kata-kata suaminya itu.Dia menelan air liur,nak balas apa pula.

“Terima kasih sudi terima abang sebagai suami Ainur”.

“Terima kasih sudi terima Ainur walaupun dengan kekurangan yang ada pada Ainur,abang masih nak jadikan Ainur isteri abang”.

“Setiap orang ada kekurangan masing-masing.Abang pun ada kekurangan abang juga tapi satu yang abang pegang,kita semua sama di sisi Allah tak kira apa pun status kita”.

“Kalau abang sudi terima Ainur apa adanya ,apalah salah Ainur terima abang apa adanya”.

Ainur tersenyum,perlahan dia mengucup tangan suaminya.Siapa sangka,lelaki yang dibencinya ini,akhirnya menjadi suaminya.Rasa macam tak percaya,dia sudah pun menjadi isteri kepada Halim.Masin  mulut kau Sofia,ye dulu memang aku menyampah betul dengan mamat poyo depan aku ni,tapi sekarang Insya Allah aku sayang dia sampai syurga.

No comments:

Post a Comment