Friday

Lepaskan Kerana Cinta




                                  

“Takkan semudah itu untuk Aleya tinggalkan Fikri,ingat tak apa yang kita telah lalui untuk sampai ke tahap ini”.Aleya memandang wajah Fikri yang masih terdiam.Kekasih hati yang telah dia kenal sejak di zaman bangku sekolah itu lagi.

Fikri melepaskan keluhan berat.Nasi goreng paprik di hadapannya dibiarkan sahaja,selera makan yang tadinya ada,tiba-tiba menghilang apabila mendengar ada rombongan yang merisik Aleya.Entah mengapa jauh di sudut hatinya,perkhabaran yang baru didengarnya itu betul-betul menyesakkan dadanya.Walaupun Aleya berkali-kali meyakinkan bahawa dia tidak akan menerima pinangan orang lain selain dirinya,dia masih bimbang.

“Tadi kata lapar,dah nak sejuk nasi tu”.Aleya berkata pada Fikri.Nasi paprik di hadapan Fikri di ambil,disuakan nasi tersebut ke mulut Fikri.

“Makanlah,tak baik membazir.Dan sayang tahu Fikri lapar kan”.Aleya memujuk,lambat-lambat Fikri membuka mulutnya.

“That’s my boy.Apa yang Aleya cakap tadi tu tolong lupakan,Aleya tak nak fikir tentang tu bila kita spend time berdua macam ni.And for the last time Aleya nak beritahu,Aleya takkan terima pinangan orang lain selain Muhd Fikri Bin Ahmad,so cheer up sayang.You know I only love you”.

Tersenyum Fikri,nasi yang dikunyah dari tadi,perlahan di telan.Apabila melihat senyuman yang terukir di bibir gadis itu dan kata-kata I love you dari Aleya,dia merasakan seperti kembali bernafas seperti biasa.Dia tidak dapat membayangkan jika satu hari nanti dia harus berpisah dari gadis itu.Tapi tak mungkinlah,mereka berdua saling mencintai.



Aleya memandang wajah ummi yang masih kusut,tiba-tiba sahaja ayahnya di masukkan ke hospital kerana serangan sakit jantung.Terkejut dia apabila mendapat panggilan ketika dia sedang bekerja tadi,nasib baiklah ada rakan yang dapat menggantikan dia semasa mesyuarat penting petang itu.

“Apa yang terjadi sebenarnya ummi?Kenapa ayah tiba-tiba boleh kena serangan jantung?”.Aleya bertanya pada umminya setelah dia melihat umminya sudah mula tenang.

“Mak lang datang rumah,dia tunjuk gambar Aleya dengan Fikri.Gambar tu mak lang dapat daripada bakal tunang Aleya yang masuk merisik Aleya minggu lepas”.

“Bakal tunang?Ummi bukan ke Aleya dah tolak risikan tu”.Terkejut Aleya mendengar kata-kata umminya.Bakal tunang?Dia tak pernah bersetuju untuk menerima siapa-siapa pun kenapa boleh tiba-tiba wujud bakal tunang.

“Ayah terima risikan tu,kalau jadi bulan depan rombongan meminang datang dan majlis bertunang Aleya diadakan sekali”.

Aleya terus bangun dari kerusinya.

“No,ummi.Aleya tak nak,ummi tahu Aleya dah ada Fikri.Macamana ummi boleh buat keputusan yang besar macam tu,tanpa fikir perasaan Aleya”.

“Ummi tak mampu buat apa-apa.Ayah yang buat segala keputusan”.

“Tapi ummi,Aleya berhak buat keputusan.Ini hidup Aleya,Aleya yang akan habiskan hidup dengan dia nanti”.

Doktor yang keluar dari bilik rawatan mematikan perbualan Aleya dan ibunya.

“Pesakit dah stabil,cuma kalau boleh masa ni jangan berikan dia tekanan.Saya baru lepas bagi dia ubat,mungkin dia akan tidur dalam satu atau dua jam”.

“Aleya tak nak masuk tengok ayah?”.Ummi bertanya pada Aleya yang masih duduk berdiam diri di tepi wad.Ummi tahu Aleya masih lagi terkejut dengan apa yang baru didengarnya tadi.

“Ummi masuk dulu.Aleya nak solat Zuhur dulu kat surau”.Aleya bangun dari kerusi,perlahan tapak kakinya melangkah menuju surau di hujung jalan.Dadanya sesak saat ini,apa yang baru didengarnya tadi dan apa yang terjadi pada ayahnya sekarang betul-betul membuat dia tertekan.



Sudah hampir dua hari Aleya tidak masuk kerja,dan sudah dua hari juga dia tidak bertemu dengan gadis itu.Dia tahu pasti Aleya sibuk menguruskan ayahnya yang dimasukkan ke wad.Selama mereka tidak bertemu,dia dan Aleya masih sering berbalas whatsapp.

‘ I miss u ’.Fikri membaca whatsapp terbaru dari Aleya.Dia tersenyum,membayangkan wajah gadis itu sedang tersenyum memandangnya saat ini.
Fikri mendail nombor Aleya,mahu mendengar suara yang dia rindui itu.Namun tidak berjawab.Mungkin Aleya sedang memandu ,Fikri berkata sendiri.

‘Sorry,tgh drive’.Satu whatsapp baru masuk.

“Kau ni apahal tersenyum sorang-sorang.Dah bertebiat ke?”.Satu suara garau menegur Fikri.
Abang Samad berdiri di belakangnya.Di tangannya ada makanan yang di pesan Fikri.

“Abang ni macam tak faham-faham.Aleya whatsapp saya”.

“Patutlah menyengih macam kerang busuk.Dah kenyangkan makan whatsapp dari Aleya,nasi bungkus kau ni bagi aku”.Pantas tangan Fikri menarik bungkusan makanan tersebut.Mana boleh,tengah kebulur ni,dahlah pagi tadi sempat makan roti bungkus kecil tu je.

“Kau dengan Aleya dah lama kan,bila lagi nak langsung?”.Abang Samad bertanya. Dia  mengenali Fikri sejak pertama kali dia bekerja di sini dan dia tahu Fikri dan Aleya saling menyayangi,walaupun Aleya mempunyai pangkat yang lebih tinggi dari Fikri,namun mereka berdua pasangan yang serasi.

“Tengah kumpul duit ni abang,doakan saya cukup duit.Dah tak sabar sebenarnya nak jadikan Aleya tu isteri saya,tapi saya ni anak sulung,banyak tanggungjawab saya.Saya dah minta Aleya tempoh lagi dua tahun,dia okey je”.

“Dia memang okey,ayah dia okey ke.Kau dengan dia bukan muda,lagi dua tahun  dah jejak 29 tahun”.

“Okeylah kot,ayah dia tak pernah cakap apa-apa pun selama kami berkawan ni”.

“Itu kau yang rasa,kau dah pernah berterus-terang dengan ayah dia ke.Cakap kau nak jadikan Aleya tu isteri kau,jangan tiba-tiba nanti,bila kau dah cukup simpan duit tiba-tiba Aleya kena kahwin dengan orang lain”.

Terbatuk Fikri,tidak menyangka Abang Samad akan berkata seperti itu.Air nescafe ais di tepinya disedut.
“Kata-kata abang tu menakutkan saya.Taklah,Aleya dah janji dengan saya,dia takkan terima pinangan lelaki  lain selain saya”.

“Itu dia yang cakap,sekarang ni ayah dia wali utama dia.Tanpa izin wali kau tak boleh kawin dengan anak perempuan dia dan dia sebagai wali ada hak untuk pilih bakal suami anak perempuan dia.Aku cuma ingatkan kau je,takut nanti kau yang gigit jari”.

Fikri ketawa kecil.Dia tahu abang Samad risaukan dia,tapi dia kenal Aleya.Takkan semudah itu untuk Aleya menerima lelaki lain dan meninggalkan dia.

“Kita kahwin”.Fikri memandang wajah Aleya disebelahnya.Tidak menyangka perkataan itu keluar dari Aleya.

“Kenapa ni sayang?”.

“Sebelum Aleya jadi milik orang lain,Aleya nak kita kahwin,Aleya nak jadi isteri Fikri”.Air mata yang di tahan sejak tadi akhirnya mengalir juga.Hampir seminggu dia dan lelaki ini tidak bertemu,hanya Tuhan yang tahu betapa dia merindui lelaki ini,namun di tahankan sahaja.

“Kenapa tiba-tiba cakap macam ni?Ada apa-apa yang terjadi ke dalam beberapa hari ni?”.Rasa sedih kerana melihat gadis pujaannya itu menangis seperti ini.

“Ayah terima risikan kawan dia,and bulan depan rombongan meminang and majlis pertunangan”.
Terasa lemah lutut Fikri,dia mencari tempat untuk duduk.Aleya disebelahnya sudah pun memegang lengannya agar dia tidak terjatuh.

“Ayah masih benci lagi pada Fikri kan”.Aleya terdiam,dia tidak mahu melukakan hati lelaki itu,hakikat bahawa ayahnya selama ini tidak pernah setuju mereka menjadi pasangan tidak pernah dia ceritakan pada lelaki ini.

“Kita kahwin lari ,Aleya tak nak jadi isteri lelaki lain”.Aleya merasakan ini idea paling gila pernah dia suarakan,namun hanya itu sahaja jalan yang dia nampak sekarang.

“Aleya nak membelakangkan keluarga.Jangan buat keputusan tergesa-gesa”.

“Itu sahaja cara yang ada,tapi kalau Aleya tengok dari gaya Fikri.Fikri memang tak berniat nak jadikan Aleya isteri nampaknya,your love isn’t strong enough for me right”.Kecewa Aleya apabila dia merasakan Fikri seperti tidak bimbang dia akan berkahwin dengan lelaki lain.

“No sayang,Aleya tahu kan cinta Fikri hanya untuk Aleya.Tiada siapa yang boleh ganti tempat Aleya dalam hati Fikri,tapi kahwin lari bukanlah penyelesaian yang kita cari.Aleya nak ayah berterusan membenci Fikri ke?”.Aleya terdiam.

“Apa yang kita harus lakukan.Ayah bertegas nak terima lelaki tu,apa sahaja yang Aleya cakap ayah takkan ambil peduli”.

“Fikri jumpa ayah.Mungkin salah Fikri yang tak pernah berjumpa ayah Aleya untuk minta restu dia selama ini”.

“Tapi Fikri tak kenal ayah.Dia kalau dah buat keputusan,tiada siapa yang boleh ubah”.

“Dan Aleya kena tahu Muhd Fikri Bin Ahmad bukanlah lelaki yang mudah mengalah.Hujung minggu ni Fikri datang rumah jumpa ayah”.

Aleya hanya mengeluh kecil.Dia berat hati untuk mempertemukan dua lelaki yang dia sayang ini.Dia tahu betapa kerasnya hati ayah.Namun dia juga tahu betapa tidak mudah mengalahnya Fikri,apatah lagi jika dia merasa tercabar.



“Satu hari nanti kau akan ada anak perempuan,kau akan faham kenapa pakcik buat macam ni.Pakcik tak pernah benci kau,cuma sebagai seorang ayah,pakcik keberatan nak lepaskan satu-satunya anak perempuan pakcik pada  lelaki macam kau.Hampir 5 tahun kau berkawan dengan Aleya,pernah kau datang jumpa pakcik untuk minta izin berkawan dengan dia ,kau bawa Aleya ke hulu ke hilir tanpa ikatan yang sah,kau punca dia tangguhkan sambung belajar dan terus bekerja di tempat yang sama,pakcik kecewa sebab pakcik tahu Aleya mampu pergi jauh,dan sekarang bila kau dengar Aleya akan dikahwinkan dengan lelaki lain,kau baru nak jumpa pakcik,nak berterus terang.Kalau kau berada di tempat pakcik,apa yang kau akan buat?”.

Fikri terdiam.Kata-kata ayah Aleya menusuk ke dalam hatinya.

“Saya cuma minta peluang sekali sahaja untuk buktikan saya layak untuk Aleya.Selama ni saya akui,saya silap,saya tak pernah berjumpa pakcik untuk jelaskan hubungan kami berdua.Sejak dari zaman sekolah saya tahu kita tak pernah sehaluan”.

“Kalau lima tahun dulu kau datang jumpa pakcik,mungkin hari ni keputusan pakcik boleh berubah tapi kau dah terlambat Fikri”.

“Tolonglah pakcik,saya tak boleh teruskan hidup tanpa Aleya”.Fikri sudah pun duduk berlutut di hadapan ayah Aleya.Air matanya sudah pun mengalir,perasaan malu dia tolak ke tepi.Dia tidak boleh kehilangan Aleya.

“Bangunlah Fikri.Keputusan pakcik tetap.Jadi lelaki yang bermaruah,jangan menghina diri kau sendiri dengan melakukan perkara seperti ini.Pakcik tetap dengan keputusan pakcik,mulai hari ni pakcik nak kau jauhkan diri dari Aleya,kalau boleh jangan jumpa langsung.Baliklah,dah tiada apa yang nak kita cakapkan lagi”.

“Ayah,jangan buat kami macamni”.Aleya keluar dari dapur.Dari tadi dia hanya melihat dan dengarnya sahaja perbualan ayah dan Fikri.Aleya sudah pun melutut di hadapan ayahnya bersebelahan dengan Fikri,air matanya yang di tahan dari tadi tiada hentinya mengalir.Kerasnya hati ayah.

“Ayah nak keluar,bila ayah balik semula ke rumah ni,ayah tak nak lelaki ni ada lagi di sini”.Ayah mengambil kunci kereta dan terus keluar.Aleya menangis tersedu-sedu,Fikri disebelah hanya terdiam.

“Aleya dah cakap kita kahwin lari.Ayah memang tak setuju walau apa pun yang Fikri buat.Semua ni salah Fikri”.Aleya sudah memukul-mukul dada lelaki itu.
Fikri hanya membiarkan sahaja perbuatan Aleya itu.Saat ini jiwanya seakan kosong,jadilah lelaki yang bermaruah Fikri,jangan menghina diri kau sendiri.Kata-kata ayah Aleya itu bermain-main di fikirannya.

“Aleya jangan buat Fikri macam tu”.Ummi menarik Aleya dari terus memukul Fikri.
Fikri bangun ,dia memandang Aleya yang masih menangis di sisi umminya.

“Maaf  sayang sebab tak mampu tunaikan janji Fikri untuk pertahankan cinta kita.Cincin ni Fikri beli untuk Aleya jika ayah setuju dengan hubungan kita,tapi ia memang hak Aleya.Terima kasih sebab tak pernah berhenti sayangkan Fikri selama ini”.Fikri menghulurkan sebentuk cincin kepada Aleya.Dia melangkah keluar,dia tahu tiada apa lagi untuknya di sini.Jadilah lelaki yang bermaruah Fikri,orang dah hina kau macam tu pun kau masih nak merayu.

Aleya menghantar pemergian Fikri dengan linangan air mata.Dia tahu Fikri terasa hati dengan kata-kata ayahnya tadi.Pelukan ummi dieratkan,dan ini mungkin kali terakhir dia bertemu  dan melihat lelaki itu dalam hidupnya.

“Kau kata reda dengan apa yang terjadi.Tapi bila kau terperap dalam rumah macam ni,tak bekerja,tak  makan,tak minum,kau rasa aku boleh yakin kau reda kau berpisah dengan Aleya”.Abang Samad menyelak langsir rumah sewa Fikri.Geram pula dia apabila mendengar dari kawan-kawan Fikri,sudah hampir seminggu Fikri tidak bekerja,hanya duduk berkurung di dalam rumah.

“Jangan kacau aku,aku nak tidur”.
Fikri menutup mukanya dengan  selimut.

Abang Samad pergi ke bilik air,segayung air diambil.Terus sahaja disimbah kepada Fikri,hilang sudah kesabaran dia.Sebab seorang perempuan nak hancurkan hidup macam ni.

“Apa ni abang Samad?Saya tak kacau orang,biarlah saya sendiri”.Bagaikan terkena kejutan eletrik Fikri bangun dari katilnya.

“Fikri yang aku kenal bukan orang yang putus asa macam ni.Sampai bila nak jadi macam ni,kau tak solat subuh kan pagi tadi.Dah berapa lama kau tak solat Fikri?Kau marah sebab ayah Aleya cakap kau macam takde maruah sebagai seorang lelaki  bila kau merayu-rayu pada dia,tapi bila kau tak solat,kau jauhkan diri dari Allah ,maruah diri kau sebagai seorang hamba,mana maruah kau sebagai seorang hamba Allah Fikri”.Lantang suara abang Samad berkata.

“Allah dah tak sayang saya abang,dia biarkan saya hilang satu-satunya perempuan yang sayang cinta,sayang”.

“Bodohlah kau ni.Sebab kau hilang sesuatu kau terus cakap Allah dah tak sayang pada kau,habis tu selama ni dia bagi nikmat untuk terus bernafas pada kau itu apa.Jangan kufur nikmat Fikri”
Tersentak Fikri.Dia meraup wajahnya perlahan.Wajah abang Samad dipandangnya.


“Reda tu bukan bermaksud kau lupakan segala-gala yang berlaku dan buat macam tiada apa yang terjadi,tapi reda tu bila kau masih tetap taat dengan Allah walau apa pun yang berlaku.Aku tahu tak semudah itu untuk kau lupakan segala-galanya.Sepatutnya kita ni waktu-waktu Allah uji macam nilah waktu kita nak makin dekat dengan Allah,bukan makin jauh.Yang berlaku tetap akan berlaku,betul juga kata ayah Aleya tu,jadi lelaki yang bermaruah.Aku tak salahkan ayah Aleya,dia hanya nak yang terbaik untuk anak dia,tapi aku tak cakap kau jahat,cuma kau sebenarnya belum bersedia untuk jadi seorang suami untuk Aleya”.

“Teruk sangat saya ni agaknya,sampai abang pun cakap saya tak layak untuk Aleya”.

“Aku tak cakap kau teruklah mangkuk,aku cakap kau belum bersedia.Kau ingat keadaan sebelum kahwin dan selepas kahwin ni sama.Mungkin sekarang kau dengan Aleya cinta mati,tak boleh berpisah,tapi lepas kau dah berkahwin  akan ada yang berubah.Rasa cinta yang kau dengan Aleya ada sekarang ni takkan sama dengan rasa cinta lepas kahwin nanti.Tapi tak semualah macam tu,ada juga rasa cinta yang berkekalan,tapi hanya 10 pasangan daripada 100.Banyak pasangan suami isteri yang jadi musuh selepas bercerai dan hampir semuanya berkahwin kerana cinta”.

“Habis tu sekarang saya kena lupakan Aleya,saya kena berputus asa dengan dia”.

“Benda macam ni bukan boleh paksa,mulut kau cakap kau nak lupakan Aleya,berputus asa dengan dia,tapi hati kau.Kau ingat hati kau tu ada remote,anytime boleh tukar.Buat masa sekarang kau cuba untuk fokus pada hal lain,contoh kerja,keluarga.Sebut pasal keluarga,kau ada jenguk mak kau minggu ni?”.

Fikri menundukkan kepala.Rasa bersalah pada ibunya,pasti ibu tertunggu-tunggu dia balik minggu ini.
Abang Samad memandang wajah Fikri,dia tahu saat ini Fikri masih dalam keadaan kecewa.Bahu Fikri disentuh lembut.

“Baliklah jumpa mak kau,aku dah cakap dengan bos,dia faham apa yang terjadi tapi dia bagi kau cuti tiga hari je lagi.Lepas balik kampung masuk kerja balik,kita ni orang susah bukan anak CEO yang ada syarikat dua tiga buah,drama hati kau tak payah lama-lama.Kumpul semula kekuatan ,keyakinan kau di kampung,kembali semula di sini sebagai Fikri yang baru”.

“Terima kasih bang sebab bagi saya semangat.Tak tahulah saya kalau abang tak sedarkan saya,sampai bila saya nak rosakkan diri sendiri”.

“Aku tolong mana yang termampu,lagipun kata-kata aku tadi,banyak aku petik dari ceramah ustaz-ustaz.Kita ni memang rock,nampak macam budak jahat,tapi bab ilmu agama kenalah ada juga sikit-sikit.Saham akhirat kan”.

“Malu saya dengan abang Samad”.

“Buat apa nak malu kat aku,tu malu kat Allah tu.Kita ni biarlah orang nak pandang hina  atau takde maruah tapi jangan sampai kita jadi hamba yang tak bermaruah di sisi Allah”.
Fikri tersenyum kecil.Kata-kata abang Samad memang sinis dan penuh sindiran tapi semuanya betul.Malu pada Allah,ya dia memang patut malu pada Allah.


‘Fikri ikhlas lepaskan Aleya.Mungkin kita memang tiada jodoh.Maaf tak dapat hadir semasa majlis perkahwinan Aleya nanti.Rasa hipokrit jika Fikri harus datang  dan berpura seperti tiada apa-apa melihat insan yang Fikri cintai jadi milik lelaki lain.Pilihan ayah mungkin yang terbaik untuk Aleya,mungkin kalau Fikri di tempat ayah Fikri pun akan melakukan hal yang sama. Kebahagiaan anak-anak kadang bergantung pada reda ibu bapa.Maaf sebab berputus asa dengan cinta kita sayang.jangan risau tentang Fikri,Insya Allah  Fikri akan terus kuat hadapi hidup ini.Lagipun jalan kita di atas muka bumi ini tidak tahu akan terhenti bila,kalaulah takdir Allah mengatakan bahawa melepaskan Aleya adalah hal yang terbaik,Fikri akur.Dan mungkin ini ujian untuk kita berdua agar kita semakin dekat pada Allah.Berbahagialah sayang,Fikri sentiasa doakan Aleya’.
Aleya menitiskan air mata selepas membaca helaian surat yang diberikan abang Samad itu.Fikri menghantar surat berhenti kerja dan terus menghilangkan diri.Abang Samad pun tidak tahu kemana lelaki itu pergi.

“Allah berilah aku kekuatan !”.Aleya berkata dalam hatinya.Dia harus akur bahawa ikatan cinta antara dia dan Fikri benar-benar berakhir di sini.


Tiga tahun berlalu…

“Adik kau sampai dah langkah bendul,kau ni sampai bila nak membujang.Aku tengok mak kau tu,dah nak sangat menantu perempuan”.Berseloroh sahaja abang Samad berkata.Fikri hanya tersenyum,dah biasa dengan  mulut abang Samad yang tiada insuran tersebut.

“Nantilah abang,tak puas lagi nak bahagiakan ibu.Lagipun hati belum terbuka lagi”.

“Sini aku buka hati kau dengan pisau.Dah tiga tahun Fikri,kau masih simpan cerita lama ke?”.

“Nak tambah lauk lagi,saya ambilkan”.

Fikri bangun dari kerusinya,dia pergi ke tempat makanan.
Abang Samad tahu Fikri mengelak untuk bercakap tentang hal tersebut.Hampir tiga tahun semuanya terjadi,selepas perpisahan antara Fikri dan Aleya,Fikri nekad untuk berpindah kerja.Namun dia dan Fikri masih tetap berhubung selama ini.Kedatangan dia ke kampung Fikri kerana Fikri beria menjemputnya ke majlis perkahwinan adik perempuannya.Selain itu ada sesuatu yang dia mahu beritahu pada Fikri,cuma melihat reaksi Fikri yang mengelak apabila dia bercakap tentang hal tiga tahun lepas itu,dia seperti berat mulut untuk menceritakan hal tersebut.


Fikri memandang wajah pesakit yang sedang ditolak ke dalam bilik pembedahan.Dia seperti 
mengenali susuk tubuh itu.Tapi tak mungkinlah,apa yang dia buat kat sini.Fikri melangkah keluar.Wanita di hadapannya berjalan terhuyung hayang,dalam sekelip mata dia terjelepok jatuh di hadapan Fikri.

“Ummi Aleya”.Fikri baru perasan wajah wanita tersebut.Ini ummi Aleya maknanya tadi yang dia lihat tu mungkin memang Aleya.


“Aleya kemalangan dalam perjalanan pergi tempat kerja.Selepas ayah dia meninggal dan majlis perkahwinan Aleya dibatalkan,kami berdua berpindah ke sini dan duduk dekat dengan rumah adik makcik.Dah hampir dua tahun kami di sini,Fikri buat apa kat sini?”.

“Saya tak tahu pakcik meninggal,takziah makcik.Ini kampung saya,hari ni saya hantar ibu buat rawatan biasa”.

“Kecil betul dunia ni,tak sangka rupanya kita duduk daerah yang sama.Terima kasih sudi tolong makcik”.Ummi Aleya bangun dari katilnya.Dia ingin pergi ke wad Aleya.

“Saya hantarkan makcik ke sana”.Fikri mengambil kerusi roda,dia menolak ummi Aleya ke wad yang menempatkan Aleya.


“Bakal suami Aleya tarikh diri sebulan sebelum majlis perkahwinan sebab dia sebenarnya dah ada pilihan sendiri.Mungkin ada hikmah perkahwinan tu batal,sekurang-kurangnya makcik tahu anak makcik tak hidup dengan lelaki yang mencintai perempuan lain”.


Kata-kata ummi Aleya masih berlegar-legar di fikirannya.Setelah menghantar ummi Aleya ke wad Aleya,dia terus meminta diri untuk pulang,kebetulan ibunya sudah pun menelefonnya saat itu.Dia hanya melihat wajah itu dari jauh,dan hampir tiga tahun wajah itu tidak pernah berubah dan dia tahu wajah itu tidak pernah hilang dari hatinya.


Aleya tergamam melihat susuk tubuh di hadapannya.Lidahnya kelu untuk berkata-kata.Pandangan mata mereka bertemu,namun dia cepat-cepat megalihkan pandangannya.Macamana lelaki itu boleh ada di sini?Derapan tapak kaki kian menghampirinya ,semakin laju degup jantung Aleya.

“Jangan dekat.Berhenti kat situ”.

Langkah kaki Fikri terhenti,dia tahu Aleya terkejut dengan kehadirannya di sini.
Malam tadi dia menelefon abang Samad dan bertanya kenapa abang Samad tidak beritahu dia apa yang terjadi pada Aleya selama ini.Abang Samad tergelak dan kemudian berkata

 ‘kau tu masih cintakan Aleya tapi ego dan sebab kau rasa terhina dengan kata-kata ayah Aleya dulu,aku pernah cuba hint kau pasal Aleya tapi sebab kau masih berdendam, jadi aku rasa perkara yang berlaku pada Aleya tak penting pada kau.Kau dah jumpa Aleya,baguslah,sudah-sudahlah simpan rasa ego,rasa terhina tu,Allah dah beri kau peluang sekali lagi untuk bahagia dengan Aleya.Aleya tu tak bersalah pun,jangan hukum dia,lagipun apa yang berlaku dulu memang takdir untuk kau dengan Aleya supaya korang berdua jangan terlalu mengagungkan cinta pada manusia berbanding cinta pada Allah’.

“Saya tak perlukan simpati sesiapa,sekarang mesti awak dah tahu apa yang terjadi pada saya selama ini.Baliklah Fikri,dah tiada lagi yang kita nak cakapkan”.

“Saya masih sayangkan awak,saya masih cintakan awak dan saya masih berharap satu hari nanti awak jadi isteri saya”.

Sayu hati Aleya mendengar kata-kata Fikri.Hanya Allah yang tahu betapa dia merindui lelaki ini,namun dia sedar bila orang dah benci,tiada lagi harapan untuknya.Namun kehadiran Fikri di sini secara tiba-tiba membuat dia merasa lelaki itu datang kerana simpati dengan apa yang terjadi padanya.

“Kalau awak masih sayangkan saya awak takkan tinggalkan saya macam tu je dulu,tanpa khabar awak terus hilang dalam hidup saya macam saya tiada apa-apa makna dalam hidup awak”.
“Saya bodoh,itu satu kesalahan terbesar saya.Aleya mungkin ini peluang kedua Allah nak beri pada kita untuk bersama,jika dulu saya tinggalkan awak kerana rasa putus asa,tapi hari ini saya datang kerana saya bawa rasa cinta,rasa cinta yang tak pernah hilang”.

“Awak tahu saya macam orang hilang arah lepas awak tiba-tiba hilang…”.Aleya sudah pun menangis.Air matanya tidak tertahan lagi.

“Sorry”.Fikri menghampiri gadis itu.Dia menghulurkan sapu tangan.

“I love you sayang.Kita bina hidup baru,be my wife please.Insya Allah dengan izin Allah kita akan bahagia”.Fikri menghulurkan cincin yang berada di tangannya.
Perlahan Aleya menguntumkan senyuman.Dia menerima cincin yang dihulurkan padanya.

“I love you too”.Aleya menyarungkan cincin tersebut ke jarinya.Tersenyum Fikri,dia tahu Aleya menerima lamarannya.

“So takde drama pujuk memujuk lagi kan.Aleya dah terima lamaran Fikri kan”.Fikri duduk bersebelahan dengan gadis itu.

“Takde.Penatlah nak drama panjang-panjang.Lagipun dah tiga tahun kita berpisah,tak naklah buang masa lagi”.Fikri  dan Aleya saling tersenyum.Mereka yakin bahagia yang dicari selama ini pasti akan hadir.

“Kisah kita buat Fikri teringatkan sesuatu , ‘if you love somebody, let them go, for if they return,they were always yours.If they don’t they never were’ ”.