“Takkan semudah itu untuk Aleya
tinggalkan Fikri,ingat tak apa yang kita telah lalui untuk sampai ke tahap
ini”.Aleya memandang wajah Fikri yang masih terdiam.Kekasih hati yang telah dia
kenal sejak di zaman bangku sekolah itu lagi.
Fikri melepaskan keluhan
berat.Nasi goreng paprik di hadapannya dibiarkan sahaja,selera makan yang
tadinya ada,tiba-tiba menghilang apabila mendengar ada rombongan yang merisik
Aleya.Entah mengapa jauh di sudut hatinya,perkhabaran yang baru didengarnya itu
betul-betul menyesakkan dadanya.Walaupun Aleya berkali-kali meyakinkan bahawa
dia tidak akan menerima pinangan orang lain selain dirinya,dia masih bimbang.
“Tadi kata lapar,dah nak sejuk
nasi tu”.Aleya berkata pada Fikri.Nasi paprik di hadapan Fikri di
ambil,disuakan nasi tersebut ke mulut Fikri.
“Makanlah,tak baik membazir.Dan
sayang tahu Fikri lapar kan”.Aleya memujuk,lambat-lambat Fikri membuka
mulutnya.
“That’s my boy.Apa yang Aleya
cakap tadi tu tolong lupakan,Aleya tak nak fikir tentang tu bila kita spend
time berdua macam ni.And for the last time Aleya nak beritahu,Aleya takkan
terima pinangan orang lain selain Muhd Fikri Bin Ahmad,so cheer up sayang.You
know I only love you”.
Tersenyum
Fikri,nasi yang dikunyah dari tadi,perlahan di telan.Apabila melihat senyuman
yang terukir di bibir gadis itu dan kata-kata I love you dari Aleya,dia
merasakan seperti kembali bernafas seperti biasa.Dia tidak dapat membayangkan
jika satu hari nanti dia harus berpisah dari gadis itu.Tapi tak
mungkinlah,mereka berdua saling mencintai.
Aleya memandang wajah ummi yang
masih kusut,tiba-tiba sahaja ayahnya di masukkan ke hospital kerana serangan
sakit jantung.Terkejut dia apabila mendapat panggilan ketika dia sedang bekerja
tadi,nasib baiklah ada rakan yang dapat menggantikan dia semasa mesyuarat
penting petang itu.
“Apa yang terjadi sebenarnya
ummi?Kenapa ayah tiba-tiba boleh kena serangan jantung?”.Aleya bertanya pada
umminya setelah dia melihat umminya sudah mula tenang.
“Mak lang datang rumah,dia tunjuk
gambar Aleya dengan Fikri.Gambar tu mak lang dapat daripada bakal tunang Aleya
yang masuk merisik Aleya minggu lepas”.
“Bakal tunang?Ummi bukan ke Aleya
dah tolak risikan tu”.Terkejut Aleya mendengar kata-kata umminya.Bakal
tunang?Dia tak pernah bersetuju untuk menerima siapa-siapa pun kenapa boleh
tiba-tiba wujud bakal tunang.
“Ayah terima risikan tu,kalau
jadi bulan depan rombongan meminang datang dan majlis bertunang Aleya diadakan
sekali”.
Aleya terus bangun dari
kerusinya.
“No,ummi.Aleya tak nak,ummi tahu
Aleya dah ada Fikri.Macamana ummi boleh buat keputusan yang besar macam
tu,tanpa fikir perasaan Aleya”.
“Ummi tak mampu buat apa-apa.Ayah
yang buat segala keputusan”.
“Tapi ummi,Aleya berhak buat
keputusan.Ini hidup Aleya,Aleya yang akan habiskan hidup dengan dia nanti”.
Doktor yang keluar dari bilik
rawatan mematikan perbualan Aleya dan ibunya.
“Pesakit dah stabil,cuma kalau
boleh masa ni jangan berikan dia tekanan.Saya baru lepas bagi dia ubat,mungkin
dia akan tidur dalam satu atau dua jam”.
“Aleya tak nak masuk tengok
ayah?”.Ummi bertanya pada Aleya yang masih duduk berdiam diri di tepi wad.Ummi
tahu Aleya masih lagi terkejut dengan apa yang baru didengarnya tadi.
“Ummi
masuk dulu.Aleya nak solat Zuhur dulu kat surau”.Aleya bangun dari
kerusi,perlahan tapak kakinya melangkah menuju surau di hujung jalan.Dadanya
sesak saat ini,apa yang baru didengarnya tadi dan apa yang terjadi pada ayahnya
sekarang betul-betul membuat dia tertekan.
Sudah hampir dua hari Aleya tidak
masuk kerja,dan sudah dua hari juga dia tidak bertemu dengan gadis itu.Dia tahu
pasti Aleya sibuk menguruskan ayahnya yang dimasukkan ke wad.Selama mereka
tidak bertemu,dia dan Aleya masih sering berbalas whatsapp.
‘ I miss u ’.Fikri membaca
whatsapp terbaru dari Aleya.Dia tersenyum,membayangkan wajah gadis itu sedang
tersenyum memandangnya saat ini.
Fikri mendail nombor Aleya,mahu
mendengar suara yang dia rindui itu.Namun tidak berjawab.Mungkin Aleya sedang
memandu ,Fikri berkata sendiri.
‘Sorry,tgh drive’.Satu whatsapp
baru masuk.
“Kau ni apahal tersenyum
sorang-sorang.Dah bertebiat ke?”.Satu suara garau menegur Fikri.
Abang Samad berdiri di
belakangnya.Di tangannya ada makanan yang di pesan Fikri.
“Abang ni macam tak
faham-faham.Aleya whatsapp saya”.
“Patutlah menyengih macam kerang
busuk.Dah kenyangkan makan whatsapp dari Aleya,nasi bungkus kau ni bagi
aku”.Pantas tangan Fikri menarik bungkusan makanan tersebut.Mana boleh,tengah
kebulur ni,dahlah pagi tadi sempat makan roti bungkus kecil tu je.
“Kau dengan Aleya dah lama
kan,bila lagi nak langsung?”.Abang Samad bertanya. Dia mengenali Fikri sejak pertama kali dia bekerja
di sini dan dia tahu Fikri dan Aleya saling menyayangi,walaupun Aleya mempunyai
pangkat yang lebih tinggi dari Fikri,namun mereka berdua pasangan yang serasi.
“Tengah kumpul duit ni
abang,doakan saya cukup duit.Dah tak sabar sebenarnya nak jadikan Aleya tu
isteri saya,tapi saya ni anak sulung,banyak tanggungjawab saya.Saya dah minta
Aleya tempoh lagi dua tahun,dia okey je”.
“Dia memang okey,ayah dia okey
ke.Kau dengan dia bukan muda,lagi dua tahun
dah jejak 29 tahun”.
“Okeylah kot,ayah dia tak pernah
cakap apa-apa pun selama kami berkawan ni”.
“Itu kau yang rasa,kau dah pernah
berterus-terang dengan ayah dia ke.Cakap kau nak jadikan Aleya tu isteri
kau,jangan tiba-tiba nanti,bila kau dah cukup simpan duit tiba-tiba Aleya kena
kahwin dengan orang lain”.
Terbatuk Fikri,tidak menyangka
Abang Samad akan berkata seperti itu.Air nescafe ais di tepinya disedut.
“Kata-kata abang tu menakutkan
saya.Taklah,Aleya dah janji dengan saya,dia takkan terima pinangan lelaki lain selain saya”.
“Itu dia yang cakap,sekarang ni
ayah dia wali utama dia.Tanpa izin wali kau tak boleh kawin dengan anak
perempuan dia dan dia sebagai wali ada hak untuk pilih bakal suami anak
perempuan dia.Aku cuma ingatkan kau je,takut nanti kau yang gigit jari”.
Fikri ketawa kecil.Dia tahu abang
Samad risaukan dia,tapi dia kenal Aleya.Takkan semudah itu untuk Aleya menerima
lelaki lain dan meninggalkan dia.
“Kita kahwin”.Fikri memandang
wajah Aleya disebelahnya.Tidak menyangka perkataan itu keluar dari Aleya.
“Kenapa ni sayang?”.
“Sebelum Aleya jadi milik orang
lain,Aleya nak kita kahwin,Aleya nak jadi isteri Fikri”.Air mata yang di tahan
sejak tadi akhirnya mengalir juga.Hampir seminggu dia dan lelaki ini tidak
bertemu,hanya Tuhan yang tahu betapa dia merindui lelaki ini,namun di tahankan
sahaja.
“Kenapa tiba-tiba cakap macam
ni?Ada apa-apa yang terjadi ke dalam beberapa hari ni?”.Rasa sedih kerana
melihat gadis pujaannya itu menangis seperti ini.
“Ayah terima risikan kawan
dia,and bulan depan rombongan meminang and majlis pertunangan”.
Terasa lemah lutut Fikri,dia
mencari tempat untuk duduk.Aleya disebelahnya sudah pun memegang lengannya agar
dia tidak terjatuh.
“Ayah masih benci lagi pada Fikri
kan”.Aleya terdiam,dia tidak mahu melukakan hati lelaki itu,hakikat bahawa
ayahnya selama ini tidak pernah setuju mereka menjadi pasangan tidak pernah dia
ceritakan pada lelaki ini.
“Kita kahwin lari ,Aleya tak nak
jadi isteri lelaki lain”.Aleya merasakan ini idea paling gila pernah dia
suarakan,namun hanya itu sahaja jalan yang dia nampak sekarang.
“Aleya nak membelakangkan
keluarga.Jangan buat keputusan tergesa-gesa”.
“Itu sahaja cara yang ada,tapi
kalau Aleya tengok dari gaya Fikri.Fikri memang tak berniat nak jadikan Aleya
isteri nampaknya,your love isn’t strong enough for me right”.Kecewa Aleya
apabila dia merasakan Fikri seperti tidak bimbang dia akan berkahwin dengan
lelaki lain.
“No sayang,Aleya tahu kan cinta
Fikri hanya untuk Aleya.Tiada siapa yang boleh ganti tempat Aleya dalam hati
Fikri,tapi kahwin lari bukanlah penyelesaian yang kita cari.Aleya nak ayah
berterusan membenci Fikri ke?”.Aleya terdiam.
“Apa yang kita harus lakukan.Ayah
bertegas nak terima lelaki tu,apa sahaja yang Aleya cakap ayah takkan ambil
peduli”.
“Fikri jumpa ayah.Mungkin salah Fikri yang tak pernah berjumpa ayah Aleya untuk minta restu dia selama ini”.
“Tapi Fikri tak kenal ayah.Dia
kalau dah buat keputusan,tiada siapa yang boleh ubah”.
“Dan Aleya kena tahu Muhd Fikri
Bin Ahmad bukanlah lelaki yang mudah mengalah.Hujung minggu ni Fikri datang
rumah jumpa ayah”.
Aleya
hanya mengeluh kecil.Dia berat hati untuk mempertemukan dua lelaki yang dia
sayang ini.Dia tahu betapa kerasnya hati ayah.Namun dia juga tahu betapa tidak
mudah mengalahnya Fikri,apatah lagi jika dia merasa tercabar.
“Satu hari nanti kau akan ada
anak perempuan,kau akan faham kenapa pakcik buat macam ni.Pakcik tak pernah
benci kau,cuma sebagai seorang ayah,pakcik keberatan nak lepaskan satu-satunya
anak perempuan pakcik pada lelaki macam
kau.Hampir 5 tahun kau berkawan dengan Aleya,pernah kau datang jumpa pakcik
untuk minta izin berkawan dengan dia ,kau bawa Aleya ke hulu ke hilir tanpa
ikatan yang sah,kau punca dia tangguhkan sambung belajar dan terus bekerja di
tempat yang sama,pakcik kecewa sebab pakcik tahu Aleya mampu pergi jauh,dan
sekarang bila kau dengar Aleya akan dikahwinkan dengan lelaki lain,kau baru nak
jumpa pakcik,nak berterus terang.Kalau kau berada di tempat pakcik,apa yang kau
akan buat?”.
Fikri terdiam.Kata-kata ayah
Aleya menusuk ke dalam hatinya.
“Saya cuma minta peluang sekali
sahaja untuk buktikan saya layak untuk Aleya.Selama ni saya akui,saya
silap,saya tak pernah berjumpa pakcik untuk jelaskan hubungan kami berdua.Sejak
dari zaman sekolah saya tahu kita tak pernah sehaluan”.
“Kalau lima tahun dulu kau datang
jumpa pakcik,mungkin hari ni keputusan pakcik boleh berubah tapi kau dah
terlambat Fikri”.
“Tolonglah pakcik,saya tak boleh
teruskan hidup tanpa Aleya”.Fikri sudah pun duduk berlutut di hadapan ayah
Aleya.Air matanya sudah pun mengalir,perasaan malu dia tolak ke tepi.Dia tidak
boleh kehilangan Aleya.
“Bangunlah Fikri.Keputusan pakcik
tetap.Jadi lelaki yang bermaruah,jangan menghina diri kau sendiri dengan
melakukan perkara seperti ini.Pakcik tetap dengan keputusan pakcik,mulai hari
ni pakcik nak kau jauhkan diri dari Aleya,kalau boleh jangan jumpa
langsung.Baliklah,dah tiada apa yang nak kita cakapkan lagi”.
“Ayah,jangan buat kami
macamni”.Aleya keluar dari dapur.Dari tadi dia hanya melihat dan dengarnya
sahaja perbualan ayah dan Fikri.Aleya sudah pun melutut di hadapan ayahnya
bersebelahan dengan Fikri,air matanya yang di tahan dari tadi tiada hentinya
mengalir.Kerasnya hati ayah.
“Ayah nak keluar,bila ayah balik
semula ke rumah ni,ayah tak nak lelaki ni ada lagi di sini”.Ayah mengambil
kunci kereta dan terus keluar.Aleya menangis tersedu-sedu,Fikri disebelah hanya
terdiam.
“Aleya dah cakap kita kahwin
lari.Ayah memang tak setuju walau apa pun yang Fikri buat.Semua ni salah
Fikri”.Aleya sudah memukul-mukul dada lelaki itu.
Fikri hanya membiarkan sahaja
perbuatan Aleya itu.Saat ini jiwanya seakan kosong,jadilah lelaki yang
bermaruah Fikri,jangan menghina diri kau sendiri.Kata-kata ayah Aleya itu
bermain-main di fikirannya.
“Aleya jangan buat Fikri macam
tu”.Ummi menarik Aleya dari terus memukul Fikri.
Fikri bangun ,dia memandang Aleya
yang masih menangis di sisi umminya.
“Maaf sayang sebab tak mampu tunaikan janji Fikri
untuk pertahankan cinta kita.Cincin ni Fikri beli untuk Aleya jika ayah setuju
dengan hubungan kita,tapi ia memang hak Aleya.Terima kasih sebab tak pernah
berhenti sayangkan Fikri selama ini”.Fikri menghulurkan sebentuk cincin kepada
Aleya.Dia melangkah keluar,dia tahu tiada apa lagi untuknya di sini.Jadilah
lelaki yang bermaruah Fikri,orang dah hina kau macam tu pun kau masih nak
merayu.
“Kau kata reda dengan apa yang
terjadi.Tapi bila kau terperap dalam rumah macam ni,tak bekerja,tak makan,tak minum,kau rasa aku boleh yakin kau
reda kau berpisah dengan Aleya”.Abang Samad menyelak langsir rumah sewa
Fikri.Geram pula dia apabila mendengar dari kawan-kawan Fikri,sudah hampir
seminggu Fikri tidak bekerja,hanya duduk berkurung di dalam rumah.
“Jangan kacau aku,aku nak
tidur”.
Fikri menutup mukanya dengan
selimut.
Abang Samad pergi ke bilik
air,segayung air diambil.Terus sahaja disimbah kepada Fikri,hilang sudah
kesabaran dia.Sebab seorang perempuan nak hancurkan hidup macam ni.
“Apa ni abang Samad?Saya tak
kacau orang,biarlah saya sendiri”.Bagaikan terkena kejutan eletrik Fikri bangun
dari katilnya.
“Fikri yang aku kenal bukan orang
yang putus asa macam ni.Sampai bila nak jadi macam ni,kau tak solat subuh kan
pagi tadi.Dah berapa lama kau tak solat Fikri?Kau marah sebab ayah Aleya cakap
kau macam takde maruah sebagai seorang lelaki
bila kau merayu-rayu pada dia,tapi bila kau tak solat,kau jauhkan diri
dari Allah ,maruah diri kau sebagai seorang hamba,mana maruah kau sebagai
seorang hamba Allah Fikri”.Lantang suara abang Samad berkata.
“Allah dah tak sayang saya
abang,dia biarkan saya hilang satu-satunya perempuan yang sayang cinta,sayang”.
“Bodohlah kau ni.Sebab kau hilang
sesuatu kau terus cakap Allah dah tak sayang pada kau,habis tu selama ni dia
bagi nikmat untuk terus bernafas pada kau itu apa.Jangan kufur nikmat Fikri”
Tersentak Fikri.Dia meraup
wajahnya perlahan.Wajah abang Samad dipandangnya.
“Reda tu bukan bermaksud kau
lupakan segala-gala yang berlaku dan buat macam tiada apa yang terjadi,tapi
reda tu bila kau masih tetap taat dengan Allah walau apa pun yang berlaku.Aku
tahu tak semudah itu untuk kau lupakan segala-galanya.Sepatutnya kita ni
waktu-waktu Allah uji macam nilah waktu kita nak makin dekat dengan Allah,bukan
makin jauh.Yang berlaku tetap akan berlaku,betul juga kata ayah Aleya tu,jadi
lelaki yang bermaruah.Aku tak salahkan ayah Aleya,dia hanya nak yang terbaik
untuk anak dia,tapi aku tak cakap kau jahat,cuma kau sebenarnya belum bersedia
untuk jadi seorang suami untuk Aleya”.
“Teruk sangat saya ni
agaknya,sampai abang pun cakap saya tak layak untuk Aleya”.
“Aku tak cakap kau teruklah
mangkuk,aku cakap kau belum bersedia.Kau ingat keadaan sebelum kahwin dan
selepas kahwin ni sama.Mungkin sekarang kau dengan Aleya cinta mati,tak boleh
berpisah,tapi lepas kau dah berkahwin akan ada yang berubah.Rasa cinta yang kau
dengan Aleya ada sekarang ni takkan sama dengan rasa cinta lepas kahwin
nanti.Tapi tak semualah macam tu,ada juga rasa cinta yang berkekalan,tapi hanya
10 pasangan daripada 100.Banyak pasangan suami isteri yang jadi musuh selepas
bercerai dan hampir semuanya berkahwin kerana cinta”.
“Habis tu sekarang saya kena
lupakan Aleya,saya kena berputus asa dengan dia”.
“Benda macam ni bukan boleh
paksa,mulut kau cakap kau nak lupakan Aleya,berputus asa dengan dia,tapi hati
kau.Kau ingat hati kau tu ada remote,anytime boleh tukar.Buat masa sekarang kau
cuba untuk fokus pada hal lain,contoh kerja,keluarga.Sebut pasal keluarga,kau
ada jenguk mak kau minggu ni?”.
Fikri menundukkan kepala.Rasa
bersalah pada ibunya,pasti ibu tertunggu-tunggu dia balik minggu ini.
Abang Samad memandang wajah
Fikri,dia tahu saat ini Fikri masih dalam keadaan kecewa.Bahu Fikri disentuh
lembut.
“Baliklah jumpa mak kau,aku dah
cakap dengan bos,dia faham apa yang terjadi tapi dia bagi kau cuti tiga hari je
lagi.Lepas balik kampung masuk kerja balik,kita ni orang susah bukan anak CEO
yang ada syarikat dua tiga buah,drama hati kau tak payah lama-lama.Kumpul
semula kekuatan ,keyakinan kau di kampung,kembali semula di sini sebagai Fikri
yang baru”.
“Terima kasih bang sebab bagi
saya semangat.Tak tahulah saya kalau abang tak sedarkan saya,sampai bila saya
nak rosakkan diri sendiri”.
“Aku tolong mana yang
termampu,lagipun kata-kata aku tadi,banyak aku petik dari ceramah
ustaz-ustaz.Kita ni memang rock,nampak macam budak jahat,tapi bab ilmu agama
kenalah ada juga sikit-sikit.Saham akhirat kan”.
“Malu saya dengan abang Samad”.
“Buat apa nak malu kat aku,tu
malu kat Allah tu.Kita ni biarlah orang nak pandang hina atau takde maruah tapi jangan sampai kita
jadi hamba yang tak bermaruah di sisi Allah”.
Fikri
tersenyum kecil.Kata-kata abang Samad memang sinis dan penuh sindiran tapi
semuanya betul.Malu pada Allah,ya dia memang patut malu pada Allah.
‘Fikri ikhlas lepaskan
Aleya.Mungkin kita memang tiada jodoh.Maaf tak dapat hadir semasa majlis
perkahwinan Aleya nanti.Rasa hipokrit jika Fikri harus datang dan berpura seperti tiada apa-apa melihat
insan yang Fikri cintai jadi milik lelaki lain.Pilihan ayah mungkin yang
terbaik untuk Aleya,mungkin kalau Fikri di tempat ayah Fikri pun akan melakukan
hal yang sama. Kebahagiaan anak-anak kadang bergantung pada reda ibu bapa.Maaf
sebab berputus asa dengan cinta kita sayang.jangan risau tentang Fikri,Insya
Allah Fikri akan terus kuat hadapi hidup
ini.Lagipun jalan kita di atas muka bumi ini tidak tahu akan terhenti
bila,kalaulah takdir Allah mengatakan bahawa melepaskan Aleya adalah hal yang
terbaik,Fikri akur.Dan mungkin ini ujian untuk kita berdua agar kita semakin
dekat pada Allah.Berbahagialah sayang,Fikri sentiasa doakan Aleya’.
Aleya menitiskan air mata selepas
membaca helaian surat yang diberikan abang Samad itu.Fikri menghantar surat
berhenti kerja dan terus menghilangkan diri.Abang Samad pun tidak tahu kemana
lelaki itu pergi.
“Allah
berilah aku kekuatan !”.Aleya berkata dalam hatinya.Dia harus akur bahawa ikatan
cinta antara dia dan Fikri benar-benar berakhir di sini.
Tiga tahun berlalu…
“Adik kau sampai dah langkah
bendul,kau ni sampai bila nak membujang.Aku tengok mak kau tu,dah nak sangat
menantu perempuan”.Berseloroh sahaja abang Samad berkata.Fikri hanya
tersenyum,dah biasa dengan mulut abang
Samad yang tiada insuran tersebut.
“Nantilah abang,tak puas lagi nak
bahagiakan ibu.Lagipun hati belum terbuka lagi”.
“Sini aku buka hati kau dengan
pisau.Dah tiga tahun Fikri,kau masih simpan cerita lama ke?”.
“Nak tambah lauk lagi,saya
ambilkan”.
Fikri bangun dari kerusinya,dia pergi ke tempat makanan.
Abang Samad tahu Fikri mengelak
untuk bercakap tentang hal tersebut.Hampir tiga tahun semuanya terjadi,selepas
perpisahan antara Fikri dan Aleya,Fikri nekad untuk berpindah kerja.Namun dia
dan Fikri masih tetap berhubung selama ini.Kedatangan dia ke kampung Fikri
kerana Fikri beria menjemputnya ke majlis perkahwinan adik perempuannya.Selain
itu ada sesuatu yang dia mahu beritahu pada Fikri,cuma melihat reaksi Fikri
yang mengelak apabila dia bercakap tentang hal tiga tahun lepas itu,dia seperti
berat mulut untuk menceritakan hal tersebut.
Fikri memandang wajah pesakit
yang sedang ditolak ke dalam bilik pembedahan.Dia seperti
mengenali susuk tubuh
itu.Tapi tak mungkinlah,apa yang dia buat kat sini.Fikri melangkah keluar.Wanita
di hadapannya berjalan terhuyung hayang,dalam sekelip mata dia terjelepok jatuh
di hadapan Fikri.
“Ummi
Aleya”.Fikri baru perasan wajah wanita tersebut.Ini ummi Aleya maknanya tadi
yang dia lihat tu mungkin memang Aleya.
“Aleya kemalangan dalam
perjalanan pergi tempat kerja.Selepas ayah dia meninggal dan majlis perkahwinan
Aleya dibatalkan,kami berdua berpindah ke sini dan duduk dekat dengan rumah
adik makcik.Dah hampir dua tahun kami di sini,Fikri buat apa kat sini?”.
“Saya tak tahu pakcik meninggal,takziah
makcik.Ini kampung saya,hari ni saya hantar ibu buat rawatan biasa”.
“Kecil betul dunia ni,tak sangka
rupanya kita duduk daerah yang sama.Terima kasih sudi tolong makcik”.Ummi Aleya
bangun dari katilnya.Dia ingin pergi ke wad Aleya.
“Saya
hantarkan makcik ke sana”.Fikri mengambil kerusi roda,dia menolak ummi Aleya ke
wad yang menempatkan Aleya.
“Bakal suami Aleya tarikh diri
sebulan sebelum majlis perkahwinan sebab dia sebenarnya dah ada pilihan
sendiri.Mungkin ada hikmah perkahwinan tu batal,sekurang-kurangnya makcik tahu
anak makcik tak hidup dengan lelaki yang mencintai perempuan lain”.
Kata-kata
ummi Aleya masih berlegar-legar di fikirannya.Setelah menghantar ummi Aleya ke
wad Aleya,dia terus meminta diri untuk pulang,kebetulan ibunya sudah pun
menelefonnya saat itu.Dia hanya melihat wajah itu dari jauh,dan hampir tiga
tahun wajah itu tidak pernah berubah dan dia tahu wajah itu tidak pernah hilang
dari hatinya.
Aleya tergamam melihat susuk
tubuh di hadapannya.Lidahnya kelu untuk berkata-kata.Pandangan mata mereka
bertemu,namun dia cepat-cepat megalihkan pandangannya.Macamana lelaki itu boleh
ada di sini?Derapan tapak kaki kian menghampirinya ,semakin laju degup jantung
Aleya.
“Jangan dekat.Berhenti kat situ”.
Langkah kaki Fikri terhenti,dia
tahu Aleya terkejut dengan kehadirannya di sini.
Malam tadi dia menelefon abang
Samad dan bertanya kenapa abang Samad tidak beritahu dia apa yang terjadi pada
Aleya selama ini.Abang Samad tergelak dan kemudian berkata
‘kau tu masih
cintakan Aleya tapi ego dan sebab kau rasa terhina dengan kata-kata ayah Aleya
dulu,aku pernah cuba hint kau pasal Aleya tapi sebab kau masih berdendam, jadi
aku rasa perkara yang berlaku pada Aleya tak penting pada kau.Kau dah jumpa
Aleya,baguslah,sudah-sudahlah simpan rasa ego,rasa terhina tu,Allah dah beri
kau peluang sekali lagi untuk bahagia dengan Aleya.Aleya tu tak bersalah pun,jangan
hukum dia,lagipun apa yang berlaku dulu memang takdir untuk kau dengan Aleya
supaya korang berdua jangan terlalu mengagungkan cinta pada manusia berbanding
cinta pada Allah’.
“Saya tak perlukan simpati
sesiapa,sekarang mesti awak dah tahu apa yang terjadi pada saya selama
ini.Baliklah Fikri,dah tiada lagi yang kita nak cakapkan”.
“Saya masih sayangkan awak,saya
masih cintakan awak dan saya masih berharap satu hari nanti awak jadi isteri
saya”.
Sayu hati Aleya mendengar
kata-kata Fikri.Hanya Allah yang tahu betapa dia merindui lelaki ini,namun dia
sedar bila orang dah benci,tiada lagi harapan untuknya.Namun kehadiran Fikri di
sini secara tiba-tiba membuat dia merasa lelaki itu datang kerana simpati
dengan apa yang terjadi padanya.
“Kalau awak masih sayangkan saya
awak takkan tinggalkan saya macam tu je dulu,tanpa khabar awak terus hilang
dalam hidup saya macam saya tiada apa-apa makna dalam hidup awak”.
“Saya bodoh,itu satu kesalahan
terbesar saya.Aleya mungkin ini peluang kedua Allah nak beri pada kita untuk
bersama,jika dulu saya tinggalkan awak kerana rasa putus asa,tapi hari ini saya
datang kerana saya bawa rasa cinta,rasa cinta yang tak pernah hilang”.
“Awak tahu saya macam orang
hilang arah lepas awak tiba-tiba hilang…”.Aleya sudah pun menangis.Air matanya
tidak tertahan lagi.
“Sorry”.Fikri menghampiri gadis
itu.Dia menghulurkan sapu tangan.
“I love you sayang.Kita bina
hidup baru,be my wife please.Insya Allah dengan izin Allah kita akan
bahagia”.Fikri menghulurkan cincin yang berada di tangannya.
Perlahan Aleya menguntumkan
senyuman.Dia menerima cincin yang dihulurkan padanya.
“I love you too”.Aleya
menyarungkan cincin tersebut ke jarinya.Tersenyum Fikri,dia tahu Aleya menerima
lamarannya.
“So takde drama pujuk memujuk
lagi kan.Aleya dah terima lamaran Fikri kan”.Fikri duduk bersebelahan dengan
gadis itu.
“Takde.Penatlah nak drama
panjang-panjang.Lagipun dah tiga tahun kita berpisah,tak naklah buang masa
lagi”.Fikri dan Aleya saling
tersenyum.Mereka yakin bahagia yang dicari selama ini pasti akan hadir.
“Kisah kita buat Fikri teringatkan
sesuatu , ‘if you love somebody, let them go, for if they return,they were
always yours.If they don’t they never were’ ”.
No comments:
Post a Comment