Bila tiba-tiba hati kau rasa kosong.Semua yang kau dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri,apa pun berita yang kau dapat langsung tak memberi kesan pada hati kau.Kau kena sedar saat tu hati kau sangat bermasalah.
Kenapa asyik aku?Aku masih muda untuk hadapi semua ni?Kenapa semua orang tak faham aku?Kenapa asyik aku je yang mengalah?Aku tak layak ke ada kehidupan sendiri?Aku tak layak ke nak rasa apa yang orang lain rasa?Hina sangat ke aku ni bila orang tak sudi nak terima aku apa adanya?Pastu layan lagu kat bawah ni sambil menangis-nangis...
KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali
KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri
Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu
KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini
Kau rasa boleh tenang ke...dah2 lap air mata..pergi amek wuduk..pastu sujud pada Allah..nak nangis sambil dengar lagu ketuhanan pastu kau harap Allah beri kau ketenangan...toksah nak berangan..kurang sujud ni sebab tu darah kurang mengalir kat otak..n asyik sensetif je...
Senyumlah sikit!Jangan terlalu sensetif,Allah baru je uji kau sikit,tapi kau punya reaksi macam selama ni kau tak pernah rasa hidup senang...Manja sangat ni!Tahu tak selama ni Allah tu dah baik sangat dengan kau,tapi bila Dia nak uji sikit,kau punya reaksi macam kau sorang je yang ada masalah dalam dunia ni...sabarlah,faham dan tahu kan perkataan sabar tu..Allah uji tanda Allah masih perhatikan kau,kau nak ke kau hidup tanpa ujian tapi hati kau macam ada sesuatu yang tak kena..kau tak tahu apa tu..kau takde masalah tapi kau still tak boleh rasa tenang...nmpk x perbezaan dia..kalau Allah uji kau maknanya Dia tahu kau mampu hadap benda tu..kuatlah sikit..jangan nak lembik sangat..!!
Bila kita diuji secara automatiknya kita ni dekat dengan Allah..kenapa aku cakap macam tu??Kau sakit!Kau susah!Yang selalu kau sebut ialah aku susah Ya Allah!!!Time susah kau memang tak leh jauh dari Dia..itu fitrah manusia..sebab Allah je yang faham kau..jadi bersyukurlah sebab diuji..pelik..org diuji suruh bersyukur..pelik bendanya..kita ni manusia takkanlah dapat nikmat je nak bersyukur..sesekali Allah bagi ujian kita perlulah rasa syukur..Allah tengah pandang aku ni,dia nak kurangkan dosa nak tambah pahala..bersangka baik dengan ujian yang Allah bagi...Allah uji tanda Dia sayang♥♥♥♥♥♥
#Allah syg aku sbb tu Dia uji♥♥♥♥
No comments:
Post a Comment