Sunday





Apa kurangnya aku?Aku jaga maruah diri..tutup aurat..solat 5 waktu..hormat orang tua..tapi sampai sekarang jodoh yang baik tak sampai-sampai...aku cemburu tengok orang2 yang baru je tutup aurat tapi tiba-tiba dapat jodoh yang baik..lepas tu kaya,hensem...rasa macam tak adil..


Sabarlah..adalah nanti..benda baik ni memang selalu Allah bagi lambat sebab dia nak uji sejauh mana kesabaran hambaNya


Sabar..aku memang sabar..tapi mulut orang-orang keliling aku ni...sakit hati..sakit telinga..tak habis-habis nak bertanya bila nak kawin?tension tahu tak..kadang-kadang rasa nak give up..nak pergi jauh dari manusia-manusia keliling aku ni..hidup sendiri...


Nak  lepaskan tanggungjawab kau pada keluarga pada adik-adik kau..mak abah kau bukannya muda lagi...tak payah nak pentingkan diri sangat...biarlah mulut orang..bukannya kita boleh tutup..


Tapi aku masih terfikir-fikir kenapa sampai sekarang jodoh aku tak sampai-sampai...kau tahu aku sedih sebenarnya bila nampak kawan-kawan aku ramai da berkahwin..dah ada baby...orang kata kalau nak jodoh yang baik..kita kena ubah diri jadi baik..aku dah cuba jadi baik untuk dapatkan jodoh yang baik...tapi sampai sekarang aku masih belum dapat apa-apa tanda siapa jodoh aku


Kau ni berubah jadi baik..buat semua perkara baik memang untuk dapat jodoh je ke???


Yelah..umur dah lanjut ni..risaulah...

Kau nak tahu kenapa sampai sekarang jodoh kau tak sampai-sampai...tapi kau jangan marah aku nanti...


Cakap je lah..


Kau berubah jadi baik..buat semua perkara baik..niat kau buat semua tu kerana nak dapatkan jodoh...cinta manusia...tapi orang lain yang baru tutup aurat tu..niat dia..memang nak dapat cinta Allah...pernah dengar tak perkataan ni...KALAU NAK JUMPA CINTA MANUSIA.CARI DULU CINTA ALLAH...niat kau untuk dapat jodoh yang baik tu bagus..tapi bila kau terlalu fokus pada jodoh..kau dah terlupa selama ni kau buat baik..buat amal ibadah ikhlas kerana Allah..aku tak cakap selama ni kau buat amal ibadah tak ikhlas..sebab yang menilai ikhlas tu hanya Allah...

Diam!!!Perlahan air mata menitis...rasa macam kena penampar...



Jodoh ni rahsia Allah..tapi manusia kena juga usaha..aku tahu kau dah berusaha sebaik mungkin..tawakal..serah diri pada Allah..betulkan niat...buat segala-galanya lillahitaala...tanya pada diri kau...kalau ditakdirkan Allah pertemukan jodoh kau sekejap lagi...apa niat kau berkahwin?
*untuk tutup mulut orang
*untuk dapatkan anak
Atau untuk dapat reda Allah...betulkan niat dalam hati...berkahwin kerana untuk mendapat reda Allah..bukan kerana yang lain..Bersangka baik pada rencana Allah..Insya Allah  kau akan dapat bahagia di dunia dan akhirat...




Monday


Dah lama tak menulis...idea tu ada..cuma kdg2 terikut-ikut perasaan malas tu..plot ni dah lama buat..cuma nak buat tu je...bercinta giler nak mengadap laptop..huhu

Ya Allah kuatkan aku untuk terus menulis!!!Amin...

Saturday



Nampak macam scene dalam novel kan..taklah ni status org aku screenshot pastu edit..

Cuba membayangkan aku berada kat tempat perempuan yg bertanya tu...rasanya ngilu kot..

Sebab dia menyangka  lelaki tu tak suka kat dia..dia pendam je perasaan tu..kalau lah dia ada keberanian untuk berterus terang..mungkin yang lelaki tu dukung anak diorang..

Tapi mungkin ni memang takdir ..bahawa mereka hanya mampu menyayangi hanya dalam hati..

Tak semua orang mampu berterus -terang menyatakan perasaan..setiap insan ada cara sendiri untuk memberitahu apa yang dia rasa..
Aku...aku meluahkan perasaan melalui tulisan..aku tahu aku memang tak mampu untuk berterus-terang..sebab tu aku hanya mampu menulis apa yang aku rasa dalam hati ni
Tipulah kalau aku kata aku tak pernah suka seseorang..cuma aku lebih memilih untuk simpan perasaan tu..sebab aku tak yakin aku mampu untuk beritahu dia apa yang aku rasa..
Biarlah rasa ini hanya ku simpan hanya dalam hati....
Hahaha...ok dah..tak payah nak poyo sangat..tapi jujur..smpai sekarang masih ingat dia..cuma doa je yang mampu aku titipkan untuk dia...semoga dia bahagia walau dengan siapa pun dia pilih nanti

Kalau nak doa lah >>>>









“Seorang akak tu pernah cakap dekat aku,kalau nak cepat dapat jodoh,amalkan solat sunat taubat setiap malam,Insya Allah dekat jodoh yang kau tunggu”.

“Kau buat ke?”.Aku yang memang kepoh bertanya.Namun dia hanya tersenyum,tidak menjawab samaada ya atau tidak.

“Biarlah urusan tu,hanya Allah dan aku sahaja yang tahu”.Aku tersengih mendengar kata-katanya apabila aku masih menunggu jawapan atas persoalan tadi.

Dan sekarang aku dah dapat rasanya jawapan atas soalan aku tu,ya..itu memang jawapan dia,sebab tiba-tiba dia beritahu aku ada orang datang merisik dia.

Tiba-tiba aku terfikir,ceh-ceh-ceh..takdelah tiba-tiba terfikir..memang dah lama terfikir pun..manusia ni kadang-kadang ego,sombong ,bongkak dengan Allah..Allah selalu beritahu..kalau hamba-hambaNya nak sesuatu atau berhajat kepada sesuatu perkara,mohonlah padanya,doa,buat solat hajat..tapi sebab sikap buruk manusia tu sendiri,tahu diri tu perlukan pertolongan Allah tapi bila Allah dah tunjukkan jalan ,kau macam pura-pura tak nampak ataupun tiba-tiba nak tutup mata.Ish-ish—ishhh…
Dan sekarang kawan aku tu,dah berkahwin and tak lama lagi dia akan jadi seorang ibu…fuhh..macam cepat sangat berlalu..rasa macam tak percaya..rasa macam baru semalam kitorang pergi makan pastu gosip sampai tengah malam kat tepi pantai…


Ditakdirkan dengan izin Allah dan kesedaran yang datang dari Allah untuk aku..malam tu aku kuatkan badan..kuatkan hati untuk bangun solat taubat,solat hajat..solat istikharah..salah satu faktor aku kuat nak minta tolong dengan Allah tentang jodoh ni sebab dah tak tahan nak jawab soalan orang…ko bila lagi nak kawin???Annoying soalan tu…Kalaulah aku ada jawapn untuk soalan tu,dah lama aku jawap…siap bagi pilihan jawapan lagi kalau diorang nak..tapi dah aku sendiri pun tak tahu jawapan untuk soalan kejam tu…kejam sebab selalu kena tanya soalan tu depan-depan orang tua yang memang sibuk nak ambil tahu tentang hal anak orang lain…malam tu aku berserah diri pada Allah,sampai aku doa.. ‘Ya Allah,kalau memang ditakdirkan aku tidak bertemu jodoh ku di dunia ,ini semoga aku mendapatkannya dia syurgaMu kelak,namun jika aku bertemu dengan jodohku di dunia ini,semoga dia seorang yang mampu memimpin aku ke syurgaMu’.



Pagi tu lepas subuh,tengah relax-relax atas katil,tiba-tiba mak ketuk pintu bilik…
“Ada orang nak kenal dengan angah,angah nak tak?”…
Zappppp…terkedu…terkejut…japppppp
Ish…takkanlah secepat ni doa aku makbul…aku ni jahat..mana aci!!!
Pastu pura-pura tanya and malu
“Eh,mana mak dapat ni,apa je yang mak buat ni”…
“Itu urusan orang tua,tahulah mak dengan adik kau cari…nak ke tak”…
Diam jap..pastu buat-buat ngantuk..and cakap kat mak…angah nak mandi jap…rasa takut pula bila fikir pasal kawin…ish..ish…ish..


Aku tak cakap aku akan berkahwin,,,tapi  main point kat sini aku nak beritahu..kalau kau rasa susah,penat,cari kerja susah nak dapat..jodoh tak datang-datang..duit asyik tak cukup..and bermacam lagilah masalah yang kau hadap…cuma sekali kau buat apa yang aku buat tu,solat taubat setiap malam..and tengok perubahan dlm hidup kau lepas tu..kalau lambat sikit perubahan tu..sabarlah sikit…benda yang baik ni kadang datang memang lambat sikit,,hehe

Sekarang ni tengah duk fikir…nak berkenalan ke dengan orang tu..lupa nak cakap..mak dengan adik aku carikan aku jodoh kat baitul muslim..kalau rasa korang penat nak cari jodoh ..cuba daftar kat sini..manalah tahu..dapat jodoh yang baik kat sini…

Masih berfikir…dan masih berfikir..ish..nak berkenalan dengan orang pun susah nak buat keputusan…aku merungut dengan diri sendiri….

Biar pi la..kalau dia serius nak kenal…datang la..aku serah pada Allah..kalau memang dia jodoh aku..Insya Allah ada jodoh kami,walaupun aku dengan dia tak pernah kenal…bercinta selepas nikah ke?Yup..itu je jalan terbaik untuk aku..sebab aku ni bukan kuat sangat nak bercinta sebelum nikah..macam-macam dosa kering aku dapat nanti….