“Seorang
akak tu pernah cakap dekat aku,kalau nak cepat dapat jodoh,amalkan solat sunat
taubat setiap malam,Insya Allah dekat jodoh yang kau tunggu”.
“Kau
buat ke?”.Aku yang memang kepoh bertanya.Namun dia hanya tersenyum,tidak
menjawab samaada ya atau tidak.
“Biarlah
urusan tu,hanya Allah dan aku sahaja yang tahu”.Aku tersengih mendengar
kata-katanya apabila aku masih menunggu jawapan atas persoalan tadi.
Dan
sekarang aku dah dapat rasanya jawapan atas soalan aku tu,ya..itu memang
jawapan dia,sebab tiba-tiba dia beritahu aku ada orang datang merisik dia.
Tiba-tiba
aku terfikir,ceh-ceh-ceh..takdelah tiba-tiba terfikir..memang dah lama terfikir
pun..manusia ni kadang-kadang ego,sombong ,bongkak dengan Allah..Allah selalu
beritahu..kalau hamba-hambaNya nak sesuatu atau berhajat kepada sesuatu perkara,mohonlah
padanya,doa,buat solat hajat..tapi sebab sikap buruk manusia tu sendiri,tahu
diri tu perlukan pertolongan Allah tapi bila Allah dah tunjukkan jalan ,kau
macam pura-pura tak nampak ataupun tiba-tiba nak tutup mata.Ish-ish—ishhh…
Dan
sekarang kawan aku tu,dah berkahwin and tak lama lagi dia akan jadi seorang
ibu…fuhh..macam cepat sangat berlalu..rasa macam tak percaya..rasa macam baru
semalam kitorang pergi makan pastu gosip sampai tengah malam kat tepi pantai…
Ditakdirkan
dengan izin Allah dan kesedaran yang datang dari Allah untuk aku..malam tu aku
kuatkan badan..kuatkan hati untuk bangun solat taubat,solat hajat..solat
istikharah..salah satu faktor aku kuat nak minta tolong dengan Allah tentang
jodoh ni sebab dah tak tahan nak jawab soalan orang…ko bila lagi nak
kawin???Annoying soalan tu…Kalaulah aku ada jawapn untuk soalan tu,dah lama aku
jawap…siap bagi pilihan jawapan lagi kalau diorang nak..tapi dah aku sendiri
pun tak tahu jawapan untuk soalan kejam tu…kejam sebab selalu kena tanya soalan
tu depan-depan orang tua yang memang sibuk nak ambil tahu tentang hal anak
orang lain…malam tu aku berserah diri pada Allah,sampai aku doa.. ‘Ya
Allah,kalau memang ditakdirkan aku tidak bertemu jodoh ku di dunia ,ini semoga
aku mendapatkannya dia syurgaMu kelak,namun jika aku bertemu dengan jodohku di
dunia ini,semoga dia seorang yang mampu memimpin aku ke syurgaMu’.
Pagi
tu lepas subuh,tengah relax-relax atas katil,tiba-tiba mak ketuk pintu bilik…
“Ada
orang nak kenal dengan angah,angah nak tak?”…
Zappppp…terkedu…terkejut…japppppp
Ish…takkanlah
secepat ni doa aku makbul…aku ni jahat..mana aci!!!
Pastu
pura-pura tanya and malu
“Eh,mana
mak dapat ni,apa je yang mak buat ni”…
“Itu
urusan orang tua,tahulah mak dengan adik kau cari…nak ke tak”…
Diam
jap..pastu buat-buat ngantuk..and cakap kat mak…angah nak mandi jap…rasa takut
pula bila fikir pasal kawin…ish..ish…ish..
Aku
tak cakap aku akan berkahwin,,,tapi main
point kat sini aku nak beritahu..kalau kau rasa susah,penat,cari kerja susah
nak dapat..jodoh tak datang-datang..duit asyik tak cukup..and bermacam lagilah
masalah yang kau hadap…cuma sekali kau buat apa yang aku buat tu,solat taubat
setiap malam..and tengok perubahan dlm hidup kau lepas tu..kalau lambat sikit
perubahan tu..sabarlah sikit…benda yang baik ni kadang datang memang lambat
sikit,,hehe
Sekarang
ni tengah duk fikir…nak berkenalan ke dengan orang tu..lupa nak cakap..mak
dengan adik aku carikan aku jodoh kat baitul muslim..kalau rasa korang penat
nak cari jodoh ..cuba daftar kat sini..manalah tahu..dapat jodoh yang baik kat
sini…
Masih
berfikir…dan masih berfikir..ish..nak berkenalan dengan orang pun susah nak
buat keputusan…aku merungut dengan diri sendiri….
Biar
pi la..kalau dia serius nak kenal…datang la..aku serah pada Allah..kalau memang
dia jodoh aku..Insya Allah ada jodoh kami,walaupun aku dengan dia tak pernah
kenal…bercinta selepas nikah ke?Yup..itu je jalan terbaik untuk aku..sebab aku
ni bukan kuat sangat nak bercinta sebelum nikah..macam-macam dosa kering aku
dapat nanti….
No comments:
Post a Comment