Imam Abu Hamid Al-Ghazali berkata, "Carilah hatimu di tiga tempat: pertama, ketika membaca al-Qur'an; kedua, ketika solat; ketiga, ketika mengingat kematian. Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!" [Amru Khalid, 'Ibadatul Mu'min, m/s 43 (Aqwam, 2010)]
Sunday
Apa kurangnya aku?Aku jaga maruah diri..tutup aurat..solat 5 waktu..hormat orang tua..tapi sampai sekarang jodoh yang baik tak sampai-sampai...aku cemburu tengok orang2 yang baru je tutup aurat tapi tiba-tiba dapat jodoh yang baik..lepas tu kaya,hensem...rasa macam tak adil..
Sabarlah..adalah nanti..benda baik ni memang selalu Allah bagi lambat sebab dia nak uji sejauh mana kesabaran hambaNya
Sabar..aku memang sabar..tapi mulut orang-orang keliling aku ni...sakit hati..sakit telinga..tak habis-habis nak bertanya bila nak kawin?tension tahu tak..kadang-kadang rasa nak give up..nak pergi jauh dari manusia-manusia keliling aku ni..hidup sendiri...
Nak lepaskan tanggungjawab kau pada keluarga pada adik-adik kau..mak abah kau bukannya muda lagi...tak payah nak pentingkan diri sangat...biarlah mulut orang..bukannya kita boleh tutup..
Tapi aku masih terfikir-fikir kenapa sampai sekarang jodoh aku tak sampai-sampai...kau tahu aku sedih sebenarnya bila nampak kawan-kawan aku ramai da berkahwin..dah ada baby...orang kata kalau nak jodoh yang baik..kita kena ubah diri jadi baik..aku dah cuba jadi baik untuk dapatkan jodoh yang baik...tapi sampai sekarang aku masih belum dapat apa-apa tanda siapa jodoh aku
Kau ni berubah jadi baik..buat semua perkara baik memang untuk dapat jodoh je ke???
Yelah..umur dah lanjut ni..risaulah...
Kau nak tahu kenapa sampai sekarang jodoh kau tak sampai-sampai...tapi kau jangan marah aku nanti...
Cakap je lah..
Kau berubah jadi baik..buat semua perkara baik..niat kau buat semua tu kerana nak dapatkan jodoh...cinta manusia...tapi orang lain yang baru tutup aurat tu..niat dia..memang nak dapat cinta Allah...pernah dengar tak perkataan ni...KALAU NAK JUMPA CINTA MANUSIA.CARI DULU CINTA ALLAH...niat kau untuk dapat jodoh yang baik tu bagus..tapi bila kau terlalu fokus pada jodoh..kau dah terlupa selama ni kau buat baik..buat amal ibadah ikhlas kerana Allah..aku tak cakap selama ni kau buat amal ibadah tak ikhlas..sebab yang menilai ikhlas tu hanya Allah...
Diam!!!Perlahan air mata menitis...rasa macam kena penampar...
Jodoh ni rahsia Allah..tapi manusia kena juga usaha..aku tahu kau dah berusaha sebaik mungkin..tawakal..serah diri pada Allah..betulkan niat...buat segala-galanya lillahitaala...tanya pada diri kau...kalau ditakdirkan Allah pertemukan jodoh kau sekejap lagi...apa niat kau berkahwin?
*untuk tutup mulut orang
*untuk dapatkan anak
Atau untuk dapat reda Allah...betulkan niat dalam hati...berkahwin kerana untuk mendapat reda Allah..bukan kerana yang lain..Bersangka baik pada rencana Allah..Insya Allah kau akan dapat bahagia di dunia dan akhirat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment