Auni terdiam mendengar kata-kata ibunya.Tiada jawapan yang
mampu dia berikan atas persoalan yang ditanyakan oleh ibunya.Jujur,saat ini dia
langsung belum terfikir untuk berkahwin.Risikan dari salah seorang sahabat ibu
untuk dirinya membuatkan Auni buntu.Dia belum bersedia,perkahwinan adalah
tanggungjawab.Macamana dia nak bertanggungjawab pada orang lain,sedangkan
dengan diri sendiri pun kadang-kadang dia lalai.
Petang itu dia mengajak Sofea dan Farah bertemu di kawasan yang berdekatan dengan tempat kerja Farah.
“Ada orang datang merisik aku?”.Sofea dan Farah tersenyum.
“Alhamdulillah,dapat orang mana?”.
“Kawan ibu aku.Tapi aku belum bersedia”.
“Nak tunggu bila kita dah betul-betul bersedia,kita memang takkan berkahwin.Perkahwinan itu untuk saling melengkapi,mungkin kekurangan yang ada pada kau,dia mampu sempurnakan ,dan juga sebaliknya”.Sofea cuba meyakinkan Auni.
“Orangnya macamana.Kau pernah berjumpa dengan dia tak?”.Farah bertanya.
“Pernah berjumpa,sebab aku pernah berjumpa,sebab aku pernah kenal dia orangnya macamana,hati aku ni semakin berat nak menerima dia”.
“Teruk sangat orangnya?”.Sofea menduga.
“Semua manusia tak sempurna,aku tahu tu.Mungkin aku terlalu cerewet.Tapi bagi aku kalau seorang lelaki tu boleh tinggalkan Allah,tak mustahil dia boleh tinggalkan aku juga satu hari nanti”.
“Apa maksud kau?”.
“Kalau solat jumaat yang seminggu sekali tu dia boleh tinggalkan,apatah lagi solat fardu yang sehari lima kali tu.Cukuplah dia lelaki yang boleh mengimamkan aku dalam solat,aku rasa aku mampu hidup dengan dia untuk seumur hidup walaupun mungkin bukan dalam kemewahan”.
“Apa pun keputusan kau kami selalu sokong kau Auni.Aku pun kadang-kadang terfikir kenapa ibu bapa zaman sekarang risau anak gadis mereka tak berkahwin walaupun umur sudah lanjut.Sepatutnya yang mereka risaukan,calon suami anak mereka yang mampukah membimbing anak mereka ke syurga kelak”.
“Tapi kau tak nak beri dia peluang,mungkin selepas kahwin dia akan berubah”.Farah pula berkata.Tidak salah rasanya memberi peluang pada orang lain untuk dia berubah.
“Aku tak cukup kuat untuk membimbing sedangkan aku masih perlu dibimbing.Aku pernah terbaca,seorang lelaki boleh boleh berkahwin dengan seorang wanita yang menjalani gaya hidup bebas dan sosial,kerana wanita hatinya lembut,mudah untuk dibawa ke jalan yang lurus.Namun wanita solehah tidak digalakkan berkahwin dengan lelaki yang menjalani gaya hidup bebas dan sosial kerana bimbang wanita tersebut akan terikut dengan perangai lelaki tersebut”.
“Ok,kata-kata kau ada point kat sini,aku bersetuju.Kita ni pun sedang mengenali erti islam yang sebenarnya,tiba-tiba kita terpaksa hidup dengan orang yang tak menjalani gaya hidup sebagai orang islam,bahaya tu.So,apa kau nak beritahu kat mak kau nanti,dia tengah tunggu jawapan kau kan”.
“Aku minta tempoh untuk berfikir,mungkin selepas balik dari seminar solat nanti,aku akan beritahu jawapan aku”.

BUKAN NAK MENCARI YANG TERLALU SOLEH,
TAPI BIMBANG JIWA YANG RAPUH INI
MUNGKIN AKAN TERPEDAYA DENGAN DUNIA,
JIKA YANG MENJADI KETUA KELUARGA
KELAK TAK MAMPU MEMBIMBING KE JANNAH…
Auni mencoretkan kata-kata itu di stick note dan di tampal
di helaian buku bacaannya.Mungkin ada benarnya kata Farah,tiada salahnya untuk
memberi peluang kepada seseorang.Allah Yang Maha Esa selalu beri peluang pada
hamba-hambaNya,aku manusia yang jahil ni,sombongnya aku jika aku tak mampu beri
peluang pada insan lain.
Telefon di tepi katil berbunyi,dia melihat jam di
dinding.Pukul 12.30 tengah malam,siapa yang menelefon dia lewat malam begini.
Nama Farah terpapar di skrin telefon,Auni menekan butang answer.
“Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam.Kau kat mana sekarang?”.
“Dekat rumah,dah pukul 12.30 tengah malam kan.Kenapa ni?”.
“Boleh keluar sekejap tak,kalau tak boleh takpe”.
“Farah,kau kat mana?Tunggu aku datang,aku ajak Sofea sekali ea”.
“Aku ada dekat Danga Bay”.

Auni memandang Sofea yang sedang memandu,nasib baik ibu
Sofea tidak banyak bertanya apabila dia datang tadi.Terpaksalah tipu sunat
kononnya dia dan Sofea hendak ke kedai mamak.
“Apa yang terjadi sebenarnya?Dia takde cerita apa-apa pada kau ke tadi?”.Sofea bertanya.Terkejut dia tadi apabila mendapat panggilan telefon dari Auni,dia yang sedang nyenyak tidur terus terbuka luas matanya apabila Auni memberitahu Farah sekarang berada di Danga Bay seorang diri.
“Aku tak sempat nak tanya,lagipun aku dengar nada suara dia bergetar macam orang sedang menangis.Dah pukul 1 lebih ni,duduk kat tepi pantai macam tu seorang diri,bahaya betul budak ni”.
“Kita doakan dia supaya Allah sentiasa melindungi dia,pagi-pagi ni kereta dah tak banyak.Sekejap lagi sampailah kita”.

“Wawan kena kahwin dengan orang lain,mak dia dah carikan jodoh untuk dia.Aku tak tahu nak buat apa?Balik dari kerja tadi aku drive ikut jalan besar,sedar-sedar dah ada kat Danga Bay”.
Sofea dan Auni menarik nafas panjang,selamba sahaja Auni mencubit pipi Farah,geram!Terdengar jeritan kecil Farah.
“Ingatkan apalah,tahu tak kami berdua ni risau.Awak tu anak dara,malam-malam kat tempat macam ni seorang diri”.Giliran Sofea pula mencubit pipi Farah.
“Aku tahulah pipi aku ni comel,tapi sakit tahu tak.Thanks sebab sudi datang,melayan perangai gila aku ni”.
“That’s what friends for..”.Auni berkata.Sofea dan Farah tersenyum.
“Kau dah ok ke sekarang?”.
“Alhamdulillah,sekarang dah ok.Tadi je,emosional sangat kot aku ni,lagipun dalam dunia ni bukan Wawan seorang lelaki dalam dunia ni.Biarlah mak dia nak sangat anak dia kahwin dengan orang Terengganu,orang Johor ni tak rasa rugi apa pun”.
“Orang Johor ni cari orang Johor je la,nanti tak jauh sangat kalau nak balik kampung masa raya”.Auni mengusik.
“Aku nak cari orang Pulau Pinang la pula lepas ni.Terengganu dah memang blacklist”.Ketawa kecil Auni dan Sofea mendengar kata-kata Farah.Farah,dia memang seperti itu,masalah tak pernah membuatkan dia bersedih terlalu lama.Itu salah satu sifat Farah yang dikagumi Auni.
“Laparlah,jom pergi makan”.Sofea yang diam dari tadi tiba-tiba berbunyi.
“Lapar?Tak takut badan naik ke?”.Soal Auni,dia tahu Sofea sedang menjalani amalan diet sejak kebelakangan ini.
“Malam ni je,lagipun aku kalau dah terbangun dari tidur aku kena makan,kalau tak susah nak tidur semula nanti”.
“Jom pergi kedai mamak,aku belanja”.Farah memberi cadangan.
“Cantik,aku pun dah lama teringin nak makan roti nan cheese”.Auni tersengih lebar.Ada hikmahnya juga Farah membawa diri ke sini,tercapai juga hasratnya untuk makan roti nan cheese yang sudah seminggu dia inginkan.
“Bulan depan pertemuan keluarga,ibu nak Auni bersedia.Ini semua demi masa depan Auni”.
Terdiam,dia tidak tahu untuk berkata apa.Wajah ibunya menunjukkan dia sudah nekad dengan keputusan yang telah dibuatnya.
“Tapi kita dah janji nak bincang hal ni lepas Auni balik dari seminar kat Johor tu”.
“Keputusan ibu tetap sama,umur dah jejak 25 tahun,awak nak tunggu apa lagi”.
“Auni tak nak tergesa-gesa ibu”.
“Tak semestinya dia tak pakai songkok,jubah serban,dia bukan orang yang baik.Zaman sekarang,ramai orang berpura-pura.Auni nak tunggu ustaz mana masuk meminang?Tak semua ustaz tu betul”.
“Auni tak pernah mengharap orang yang lebih baik dari Auni ibu,cukuplah orang yang mampu membimbing Auni.Tapi sekarang Auni masih belum bersedia ,Auni tak nak nanti perkahwinan yang tergesa-gesa ni membuat kami merasa tidak bahagia kelak”.
“Itu semua alasan Auni.Ibu dah agak Auni akan menolak ,tapi ibu akan teruskan juga.Mahu atau tidak,pertemuan bulan depan tetap akan diteruskan”.Ibu sudah pun bangun dari kerusi meninggalkan Auni yang masih tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya itu.ALLAHU RABBI!!!Setitis demi setitis air matanya mengalir.
“Mungkin ini yang terbaik,kau kan memang ada beritahu aku kau
nak beri lelaki tu peluang.Mungkin ini memang jalannya cuma cara kau kena
terima dia agak drastik”.Sofea cuba mempositifkan sahabatnya itu,terkejut juga
dia pagi itu apabila mendapat panggilan telefon dari Auni yang menangis ketika bercakap dengannya.
“Tapi aku terasa seperti di khianati.Keputusan yang dibuat tanpa persetujuan aku.Kau tahu macamana sakitnya bila ahli keluarga sendiri khianati kita,rasa macam kena tikam dari arah depan secara terang-terangan”.Menitis-nitis air mata Auni.
“Mungkin dia orang yang baik,cuma kita tak nampak.Mungkin masa kau nampak dia tak solat jumaat itu,dia ada hal kecemasan.Bersangka baik”.
“Aku susah nak terima dia bukan sebab itu.Aku tahu semua orang berhak diberikan peluang,sama seperti Allah beri aku peluang untuk kenal Dia.Tapi hati aku ni Sofea,hati ni belum bersedia.Hati ni saat ini sangat mendambakan cinta dari ALLAH,aku menolak perkahwinan itu bukan kerana latar belakang agamanya.Walaupun seorang ustaz yang masuk meminang tetap aku tolak saat ini,kerana hati aku masih belum mencapai nikmatnya cinta ALLAH.Aku merasa tak layak menggapai cinta insani sedangkan cinta Illahi pun aku masih tercari-cari.Dalam keadaan hati aku yang masih kucar-kacir ni,kalau aku tetap berkahwin,aku risau,perkahwinan ini akan membuatkan aku dan suami aku nanti merasa tidak bahagia”.
Sofea menarik nafas panjang mendengar luahan Auni.Di dalam hati dia berdoa semoga Allah memberi ketabahan kepada sahabatnya ini dan supaya Allah mempermudah jalan sahabatnya ini meraih cintaNya.
“Sabar ye,ini ujian Allah.Kau nak buat apa sekarang?”.
“Tak tahu,aku cuma berharap lepas aku balik dari seminar solat tu esok,hati aku ni lebih tenang.Mungkin aku mampu menerima ini takdir Allah untuk aku.Esok aku datang rumah kau lepas Subuh kita gerak ya”.Auni bangun dari tempat duduknya.
“Nak kemana pula tu?Kita belum habis bercakap kan”.
“Nak cakap apa lagi,cakap esok je la”.
“Isyh budak ni,air mata kat pipi tu tak kering lagi,dah sibuk nak balik.Duduk sini dulu dengan aku,teman aku makan”.
“Kau perasan tak ,setiap kali kita berjumpa.Perkara terakhir yang selalu kita buat adalah makan,tempat kita selalu jumpa pun mesti selalu ada jual makannan yang sedap-sedap.Habislah diet kau Sofea”.
“Tengah sedih ada hati nak mengusik orang.Sinilah,tadi kat mesej cakap nak terapi peluk,aku tengah berbesar hati ni nak bagi terapi peluk kat orang”.
Auni tersenyum akhirnya.Dia mengeluarkan keluhan berat.
“Tak baik mengeluh,anggap je ni semua ujian dari Allah agar kau semakin dekat dengannya.Orang mukmin tak anggap masalah itu sebagai masalah tapi anggap masalah itu sebagai ujian”.

“Farah,gambar kita masa dekat majlis kahwin kawan sekolah
kita dulu tu kau masih simpan tak?Kalau ada nanti tolong inbox dekat Fb aku”.
“InsyaAllah,kenapa tiba-tiba nak gambar tu,kau rindu kat akulah tu”.
“Rindu yang terpendam..hahaha”.
“Esok jadi pergi seminar tu dengan Sofea?Sorry aku tak dapat ikut,kalau kenduri biasa aku boleh je bagi alasan,tapi kenduri arwah atuk”.
“Takpe,kami berdua faham.Nanti kami kongsi ilmu yang kami dapat kat sana dengan kau”
“Thanks”.
“Thanks juga sebab sudi jadi kawan terbaik aku pernah ada”
“Kau pun sama”.
“Kau jaga diri kau baik-baik.Aku sayang kau”.
“Aku bukan budak kecil lagi.Kau nak pergi seminar kat Johor je kan,ayat kau tu macam nak pergi jauh sangat”.
“Hahahaha…aku kan poyo.Aku nak tidur,esok nak bangun pagi.Bye-bye”.
Auni menutup komputer riba miliknya.Sempat lagi dia melayari Facebook sebelum tidur,melihat Farah yang sedang online sengaja dia mengacau sahabatnya itu.Jam sudah menunjukkan pukul 1.20 pagi,dia perlu tidur kerana esok pagi dia harus bangun awal.Setelah membaca ayat kursi dan surah 3 Qul, dan doa tidur,Auni membaringkan badannya.Perlahan-lahan matanya terlelap.

No comments:
Post a Comment