Friday

Kisah kita



“Jangan sebab kau pernah ada pengalaman yang buruk dengan lelaki,kau nak anggap semua lelaki dalam dunia ni sama…aku tak salahkan penilaian kau pada lelaki tapi tolong jangan keterlaluan..kau sebagai kawan baik sepatutnya kau boleh beri pandangan  dan nasihat yang lebih baik pada dia..kau tahu dia dan suami  baru sahaja mendirikan rumah tangga..beri diorang masa ,takkan kau nak harapkan mereka terus sefahaman sedangkan baru je berkahwin sebulan..jangan keruhkan keadaan..

Ya..memang ada lelaki yang jenis tak bertanggungjawab..tapi bukan semua…beri kawan baik kau dan suami dia peluang untuk lebih mengenali hati budi masing-masing..kau tahu mereka baru je berkenalan dan terus berkahwin..ambil masa untuk lebih memahami..

Kalau kawan baik kau minta pandangan atau nasihat kau,..cakaplah sesuatu yang positif,,jangan asyik nak tuding jari pada kami kaum lelaki..mungkin kami ada silap..tolonglah tegur bukan terus menyalahkan…


Tak semua lelaki sama..ya..mungkin di awal perkahwinan kami tak tahu apa-apa…tapi kami mampu belajar untuk jadi suami yang baik kalau isteri mampu ajar kami..bimbing kami..ya..sepatutnya suami yang bimbing isteri..tapi tiada salahnya kita saling mengajar..ada kekurangan suami yang isteri mampu topup,dan sebaliknya..suami zaman sekarang bukannya hanya mengharap isteri yang mampu memasak,mengemas rumah,menjaga anak-anak,tapi kami perlukan isteri sebagai sahabat yang terbaik..di dunia dan di akhirat”.



Terdiam Ainur,tidak menyangka Halim yang selama ini pendiam tiba-tiba bersuara.Dan apa yang dikatakan Halim sebenarnya ada kebenarannya,cuma dia masih ego untuk mengalah dengan lelaki itu.

Amri dan Sofia yang duduk berhadapan dengan Halim pun tercengang dengan kata-kata Halim.Tidak menyangka kawan mereka yang pendiam ini tiba-tiba mampu bersuara dengan lantang.

“Sofia ,aku nak balik.Malas nak terus berada di sini”.Ainur mengambil beg galas di tepinya.

“Aku ikut”.

Sofia yang masih merajuk dengan suaminya,bangun untuk mengikut jejak langkah Ainur.

“Sofia duduk,kau dengan Amri ada masalah yang nak korang selesaikan.Biar aku pergi cakap dengan Ainur,aku tahu dia marah sebab tiba-tiba aku betah cakap dia tadi”.

“Kau tak kenal Ainur,dia tu panas baran sikit”.

“Takpe,kau lupa ke aku ni masa belajar dulu ahli persatuan bimbingan dan kaunseling.Korang berdua ada masalah yang nak diselesaikan,Amri kau jangan balik selagi Sofia tak baik dengan kau”.

Sempat lagi Halim berpesan pada kawan serumahnya itu.Dia mengatur langkah laju mengikuti langkah Ainur yang sudah pun keluar dari kafe.


Sakit betul hati Ainur saat ini.Kalau tidak mengenangkan si mamat  tu kawan sekolej Sofia,dah lama kena sembur dia kat situ.Pandai-pandai je cakap aku ada pengalaman buruk dengan lelaki,ini Ainur,takkan semudah itu untuk aku kecewa disebabkan seorang lelaki.

“Marah?”.

Satu suara menegur Ainur dari belakangnya.Halim sedang berdiri menghadapnya.

“Apa yang kau nak lagi,tak cukup kau malukan aku depan Amir dengan Sofia tadi”.

“Aku takde niat nak malukan kau,aku cuma cakap benda yang betul.Dan aku tahu jauh di dalam sudut hati kau,kau bersetuju dengan apa yang aku cakap tadi,cuma biasalah ego tinggi,mestilah tak nak mengaku kalah”.

“Whatever!!”.Ainur mencari-cari di mana kunci motornya.Bila memang diperlukan masa tulah susah sangat nak jumpa kunci motor ni.Diselongkar beg galasnya.

“Cari ni ke?”.

Halim menghulurkan kunci motor Ainur yang sempat dicapainya di atas meja tadi.
Dirampas dengan kasar kunci motor tersebut.

“Bukan nak cakap terima kasih pun,patutlah sampai sekarang takde orang nak kawin dengan kau.Panas baran,degil,kasar,tak pandai senyum,dan selalu dia je yang betul,orang lain semua salah”.

“Whatever!!”.Ainur terus menghidupkan enjin,dan terus beredar pergi.


“Dah balik ke Ainur,dia marah lagi ke?”.

Sofia dan Amri yang baru keluar dari kafe bertanya pada Halim yang sedang berdiri di tepi motor skuternya.

“Dah,panas baran betul kawan baik kau tu Sofia.Macamana kau boleh tahan dengan perangai dia?”.

“Dia memang macam tu,tapi hati dia baik.Dan lagi satu,kau nampak dia memang kasar tapi bukan dengan semua orang.Dia kasar dengan lelaki je,lelaki yang dia tak kenal”.

“Takkanlah dia tu…..”.

“Mulut tu..Dia normal.Cuma dia memang tiada kepercayaan pada mana-mana lelaki.Sebabnya aku sendiri tak pernah tahu,sebab dia tu bukannya senang nak bercerita pada orang tentang diri dia”.

“Dah baiklah ni,bukan main kuat peluk tangan Amri”.

Halim menyakat Amri dan Sofia.

“Thanks bro,sudi tolong kami selesaikan masalah ni”.

“Kau patut terima kasih pada Ainur,sebab dia aku tiba-tiba berani nak luahkan apa yang aku pendam selama ni.Korang berdua dah dewasa,tak lama lagi kalau ada rezeki dah nak jadi ibu dengan ayah,takkan masa tu pun nak bergaduh sebab hal-hal kecil ni,aku tahu korang  mampu handle semua ni dengan baik,rumahtangga ni kena ada selalu tolak ansur,insya Allah bahagia sampai syurga”.




Halim memasuki rumah anak-anak yatim Impian Kasih.Dia telah ditugaskan oleh pihak syarikat untuk mencari projek-projek amal yang berkaitan dengan rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua.Hari ini dia ada perjumpaan dengan pengurus yang menguruskan rumah anak-anak yatim tersebut.

“Kak Ainur,cepatlah baling bola tu”.

Pandangan mata Halim tertancap pada seseorang yang dipanggil Kak Ainur oleh para pelajar perempuan di situ.

“Ainur!”.Untuk pertama kalinya dia melihat gadis yang selalu bermuka masam itu,tersenyum dan senyuman itu….ishhh..boleh cair aku ni…

“Abang!Bola tu,tepi !”.

Namun sudah terlambat untuk Halim mengelak,bola tersebut tepat mengena kepalanya,dunia dirasakan berputar,pandangannya kelam.


“Buat apa entah kat sini,takkan sampai ke sini dia datang nak cari pasal dengan aku”.

Halim yang sudah pun tersedar dari pengsannya sempat menangkap kata-kata yang keluar dari mulut Ainur.

Ainur,dia nampak berbeza hari ni,mungkin kerana pertama kali Halim melihat dia memakai baju kurung.Selama ni,kalau terserempak ,dia selalu melihat Ainur memakai seluar jeans dengan t-shirt gedoboh dia yang besar,tudung pun bersilang kiri kanan.

“Saya kat mana?.Awak ni siapa?”.Sengaja Halim ingin menyakat Ainur.

“Kau ni kenapa,nak bersaya awak dengan aku.Geli tahu tak ?Takkan kena bola macam tu,dah hilang ingatan”.

“Ainur,kenapa cakap kasar dengan tetamu.Maaf Encik Halim,tadi budak-budak tu tak sengaja tadi”.

“Takpe,saya pun main redah je tadi.Puan Aida ke ni?”.

“Ye,saya Puan Aida,pengurus rumah Impian Kasih”.

“Yang sebelah puan tu siapa?”.

Sengaja Halim bertanya.Dia nampak Ainur membesarkan matanya ketika dia bertanya siapa dirinya.

“Ainur,dia sukarelawan kat sini.Dan juga anak perempuan saya,Encik Halim dengan Ainur pernah kenal ke?”.

“Kawan baik dia berkahwin dengan teman serumah saya”.

“Owh,dah saling kenal.Baguslah,kalau ada apa-apa yang Encik Halim perlukan,boleh minta dari Ainur,sebab dia banyak juga tahu tentang selok belok hal di sini”.

“Bonda,Ainur tak nak bekerjasama dengan dia.Sorry,Ainur balik cafe dulu,malam nanti baru Ainur balik”.

Ainur bersalaman dengan Puan Aida,sempat dia menjeling kepada Halim.

“Maaf  Encik Halim,Ainur tu memang macam tu.Dia susah nak ramah dengan orang yang baru dia kenal”.

“Takpe,saya faham.Dah tahu,perangai dia memang macam tu”.



“Kau ni kenapa?Hancurlah kek tu,kalau tak nak makan bagi kat aku ,tak payah membazir”.

Kek dihadapan Ainur sudah dicucuk-cucuk menggunakan garpu.Geram pada Halim tidak habis-habis lagi.Kenapa sejak beberapa hari ini,lelaki itu seringkali muncul dihadapannya dan sering menyakitkan hatinya.

“Ambiklah,aku dah takde selera.Selera aku nak maki orang je sekarang ni”.

“Amboi !Garangnya.Kau ni kenapa,sejak balik dari Impian Kasih asyik memanjang je muncungnya tu.

“Kawan sekolej kau tu.Halim.Tak habis-habis nak menyakitkan hati aku,hari tu dia dah malukan aku depan kau dengan Amri,hari ni dia datang Impian Kasih,cari pasal lagi dengan aku kat situ pula”.

“Halim kat Impian Kasih?Dia buat apa kat situ?”.Sofia bertanya.

“Entah,tapi yang pasti.Aku tak suka dia ada kat situ,itu satu-satunya tempat yang selalu buat aku tersenyum,macamana aku nak tersenyum,gembira,kalau musuh ketat ada kat situ”.

“Tak payah nak musuh sangatlah.Takut musuh-musuh nanti ,jadi sayang pula”.

“Mulut kau ni!Tak payah nak cakap perkara yang mengarut sangat”.

Ainur cuba mencubit pipi Sofia,namun sempat dielak gadis itu.

“Betullah,jangan benci sangat,nanti jadi sayang”.

“Aku takkan jatuh cinta pada lelaki macam Halim tu,takkan”.

“Jangan cakap besar,nanti kalau dah jatuh cinta.Masa tu baru kau nak menyesal”.

“Gila!Pergilah balik masak,nanti suami kau balik,dia nak makan”.

“Dia takdelah,pergi out station,esok atau lusa baru balik”.

“Suami takde,baru teringat kat aku.Selama ni suami ada,nak call aku pun susah”.

“Bunyi macam merajuk.Eleh,kata hati batu,takkanlah nak merajuk .Aku bukan tak nak call kau,takut menganggu,kau kan sibuk kerja,lepas tu nak tolong Bonda urus Impian Kasih,takut kau hilang fokus buat kerja kalau aku asyik telefon or mesej kau”.

“Tiba-tiba aku rasa macam nak muntah kat muka orang,rasa loya tekak ni”.

Papp!!Selamba sahaja Sofia menampar belakang Ainur.

“Sakitlah,kenapa kau ni?”.Ainur menggosok-gosok badannya yang sakit itu.

“Muntah kat tempat lain,jangan muntah depan makanan aku”.

Tergelak kecil Ainur.Memang susah nak marah lama-lama kalau dia duduk dengan Sofia.Ainur dan Sofia memang baru sahaja berkenalan,namun persahabatan mereka agak rapat,apatah lagi sikap gila-gila Sofia dan dia yang lebih kurang sama.




Halim masih lagi duduk termenung di tepi tingkap biliknya.Peristiwa petang tadi masih lagi bermain di fikirannya.

Ainur…kali pertama mereka bertemu ketika  majlis pertunangan Amri dan Sofia.Waktu itu dia sangat geram dan jengkel dengan sikap kebudak-budakkan Ainur yang sengaja mengambil tempat parking keretanya.

Kali kedua mereka bertemu di majlis pernikahan dan persandingan Amri dan Sofia,waktu itu dia geram dengan Ainur kerana beberapa jam sebelum majlis pernikahan Amri dan Sofia,Ainur sengaja menghasut Sofia untuk berfikir semula untuk menerima Amri.Kalau tidak kerana ada jaminan dari kakak Amri bahawa Amri sudah melupakan kekasih lamanya,silap-silap majlis pernikahan itu terbatal.
Halim masih ingat ,waktu tu Ainur memakai kebaya labuh.

Namun hari itu dia tak berminat langsung untuk memandang Ainur kerana masih geram dengan sikap Ainur yang terlalu negatif pada lelaki.

Halim bangun dari tempat duduknya,dia teringat album perkahwinan Amri dan Sofia yang baru disiapkannya.Pasti ada gambar Ainur.
Diselak satu demi satu helaian album gambar tersebut,matanya tertancap pada sekeping gambar di antara dia dan Ainur yang diambil secara candid oleh juru gambar.Amri dan Sofia duduk bersanding di atas pelamin,di kiri Amri dia sedang menarik muncung panjang,manakala di sebelah Sofia,Ainur seperti sedang merenungnya dengan pandangan yang dia sendiri tidak mengerti.

“Kenapa aku boleh tak perasan masa aku tolong cuci gambar hari tu?”.

Halim mengeluarkan gambar tersebut dari tempatnya.

“Sorry bro,gambar ni untuk simpanan peribadi aku”.
Halim menggantikan gambar lain di album tersebut.



“Bonda nak minta tolong Ainur,petang nanti Encik Halim datang,dia mewakili syarikat dia untuk bawa adik-adik pergi beli pakaian sekolah baru,boleh tak Ainur yang temankan dia,Bonda ada perjumpaan dengan penderma dari Selangor”.

“Apa kata biar Ainur yang pergi perjumpaan dengan penderma  tu,Bonda pergi je teman Encik Halim tu beli pakaian sekolah adik-adik”.

“Penderma dari Selangor tu nama dia Abdul Rahman,Ainur kenal penderma tu”.

Terus berubah wajah Ainur,dia memandang Bonda yang masih sibuk mengemas kertas-kertas di atas meja.

“Dia nak apa?”.

“Dia nak membantu Impian Kasih”.

“Bonda tak seharusnya terima bantuan dari orang macam dia”.

“Ainur,niat dia ikhlas memang nak tolong Impian Kasih”.

“Ainur tak percaya,dan takkan pernah percaya dengan orang seperti dia”.

Ainur bangun dari kerusinya.

Bonda hanya menggelengkan kepala.Sampai bila Ainur nak benci pada dia?




“Ibu,abang rasa dah sampai masanya abang berumah tangga?”.

Puan Atikah yang sedang mengemas pasu bunga terhenti dari kerjanya.

“Betul ke apa yang ibu dengar ni?”.Puan Atikah memandang anak lelakinya itu dari atas ke bawah.

“Betul”.

“Alhamdulillah,akhirnya Allah kabulkan doa ibu.Siapa calon abang?”.

Terus sahaja Puan Atikah menarik anaknya itu untuk duduk bersebelahan dengannya.

“Kalau ibu masih ingat ,dia jadi pengapit Sofia dengan Amri masa bersanding”.

“Ainur?”.

“Ibu dah tahu nama dia”.

“Masa majlis tu ibu sempat berkenalan dengan dia.Macamana abang dengan dia boleh bersama,kalau tak salah ibu,waktu tu ibu ada terdengar korang berdua bergaduh pasal parking kereta”.

“Entah,mungkin cinta pandang pertama.Ibu tolong pinang dia untuk abang boleh?”.

“Tak rasa cepat sangat ke,abang dengan dia baru je kenal,kalau tak salah ibu kamu baru berjumpa dua kali”.

“Ya,tapi abang nak kenal dia dengan dia lebih dalam.Dan satu-satunya cara yang selamat ialah jadikan dia yang halal untuk abang,abang nak bercinta selepas nikah”.

“Abang yakin dengan keputusan abang ni,perkahwinan bukan perkara main-main.Ibu tak nak abang menyesal nanti”.

“Abang akan lebih menyesal nanti ibu,kalau sampai dia diambil orang lain”.


Puan Atikah mendapatkan alamat tempat kerja Ainur daripada Sofia.Sempat juga dia menyelidik latar-belakang Ainur dari Sofia.Ternyata Ainur anak yatim dan dia masih duduk bersama ibu angkatnya yang merupakan pengendali rumah anak yatim tersebut.
Dari luar café Puan Atikah dapat melihat Ainur dan rakan sekerjanya sedang berbual-bual sambil menikmati makanan.Mungkin waktu rehat mereka.Kalau dilihat dari peribadi gadis itu,dia memang tertarik dengan Ainur.Tak disangka pula anak sulungnya itu juga boleh berkenan dengan Ainur.

“Assalamualaikum”.Puan Atikah menghampiri Ainur dan kawan sekerjanya.

“Waalaikumussalam”.Ainur seperti mengenali wanita dihadapannya ini.Rasanya seperti mereka pernah berjumpa.

“Ainur.Kalau masih ingat makcik Puan Atikah ibu kepada Halim,kawan universiti Sofia”.

“Owh,ye.Patutlah muka macam pernah nampak.Makcik buat apa kat sini?”.

Rasa tidak sedap pula hati Ainur bila tiba-tiba ibu si Halim ni datang ke tempat kerjanya.

“Makcik nak jumpa Ainur.Kalau ada masa boleh kita berbual sekejap”.

Berdegup laju jantung Ainur saat ini,kenapa pula makcik ni.Takkan pasal aku bertekak dengan anak dia,dia sampai sini cari aku!




“Siapa suruh kau pandai-pandai bagi alamat tempat kerja aku pada mak Halim.Boleh tak kalau nak buat sesuatu tu fikir dulu?Kau dah babitkan aku dalam masalah besar sekarang ni kau tahu tak”.

Sofia tahu apabila muka Ainur berkerut seperti itu,kawannya itu memang benar-benar marah saat ini.

“Masalah apa Ainur?Sorry,aku tak tahu perkara akan jadi rumit macamni,aku ingat dia saja je nak jumpa kau.Dia buat apa kat kau?”.

“Dia merisik aku untuk Halim”.

Pecah berderai ketawa Sofia.Tak sangka itu masalah besar yang dimaksudkan Ainur.

“Jangan ketawa boleh tak.Aku dahlah tengah marah ni.Halim ni gila ke apa,tiba-tiba nak merisik aku,otak dia dah tak berfungsi ke apa?”.

“Otak dia dah tak berfungsi sebab dia dah berfikir guna hati je sekarang ni”.

Sengaja Sofia menyakat Ainur.Dalam diam-diam kau suka dekat Ainur ye Halim,pandai kau sorok dari aku.

“Dah puas ketawa.Aku tak tahu nak cakap apa pada mak Halim ni.Takkanlah aku nak kena cari kerja tempat lain pula”.

“Laa,kenapa nak cari kerja tempat lain pula.Kau ni,jangan melarikan diri,berhadapan je dengan mak Halim tu,kalau betul kau tak nak dengan Halim terus-terang je la”.

“Aku nak cari Halim,nak brainwash sikit otak dia tu.Macam dah takde perempuan lain”.

Ainur menggapai beg galasnya,dia mengambil helmet dan menuju ke motornya.




“Halim tak boleh tahu semua ni,dia tu terlalu jujur.Bila lagi kita nak ambil sikit duit orang tua tu,setakat dua puluh ribu,tak miskinlah orang tua tu”.

“Dia dah cukup kaya,kalau terkurang dua puluh ribu pun dia tak rasa ape punya”.Satu suara lagi menjawab.

“Pendrive ni kau simpan elok-elok.Kalau sampai dapat kat tangan orang lain,boleh ke dalam kita nanti”.

Ainur hanya dengarkan sahaja perbualan dua lelaki di tingkat bawah itu.Makanlah duit haram tu banyak-banyak,biar meletup dalam perut kau nanti.Sempat Ainur membebel sendiri.Tapi dia malas untuk terus mendengar perbualan mereka,saat ini dia hanya mahu mencari Halim.

“Ainur?”.

Berubah wajah Halim apabila melihat Ainur sedang melangkah ke mejanya.Apatah lagi wajah gadis itu berkerut tanpa senyuman.

“Apa masalah kau?Kenapa tiba-tiba nak merisik aku,kau dah buang tabiat ke apa?”.

Halim serba salah untuk menjawab.Dia dah agak pasti kedatangan gadis itu untuk bertanya tentang risikan.

“Kenapa diam pula ni,masa tu bukan main lagi berhujah depan Sofia dengan Amri,sekarang dah tak pandai bercakap pula”.

“Nak tunggu awak habis bercakap,saya suka dengar awak bercakap”.

Ainur menelan air liurnya.Kenapa ber ‘saya’ ‘awak’ pula Halim ni.Sah wayar kat kepala dia dah putus.

“Halim aku tahu niat sebenar kau merisik aku.Kau nak balas dendam pada aku sebab kau sakit hati dengan aku kan”.

“Isyh,tak baik buruk sangka.Saya merisik awak memang untuk menjadikan awak isteri saya,daripada berdendam,lebih baik berkasih sayang”.

“Gila!”.

Terus sahaja Ainur berlalu pergi.Geram pula dia mendengar jawapan Halim yang seakan mempermainkannya.



Ainur melangkah dengan malas memasuki rumah Impian Kasih.Ada dua biji kereta di hadapan rumah,mungkin ada pelawat yang bermalam di sini.Ainur berteka sendiri.
Ainur melangkah masuk,dia memberi salam.Langkah kakinya terhenti apabila memandang wajah-wajah orang yang menjawab salamnya.


“Kenapa tak pernah cerita dengan bonda,Ainur dah lama kenal dengan Halim.Pandai simpan rahsia,nasib baik Halim ni dah beritahu semuanya”.

“Halim beritahu apa pada bonda?”.

Geram betul Ainur,mahu sahaja ditumbuk-tumbuk muka lelaki itu saat ini.Namun kerana ramai pula orang yang ada di sini,ditahankan sahaja niatnya itu.

“Halim beritahu bonda,Ainur dengan dia dah merancang nak berkahwin.Sebab tu hari ni dia bawa ibu  dia untuk sarungkan cincin risik pada Ainur”.

Merah muka Ainur saat ini,bukan kerana malu,namun kerana marah.Sakit betul hatinya saat ini.

“Maaf bonda,makcik.Saya tak mampu terima Halim”.

Ainur bangun dari kerusi dan terus menuju keluar.
Panggilan dari bonda tidak diendahkan,sakit betul hatinya saat ini.Halim,kenapa dengan lelaki itu,apa yang harus dia lakukan agar lelaki itu faham,dia takkan terima Halim dalam hidupnya.



“Ibu tak salahkan Ainur,ibu tahu ini semua rancangan Halim.Kalau ibu jadi Ainur pun,ibu akan teragak-agak untuk menerima lelaki yang baru sahaja ibu jumpa dua kali untuk menjadi suami.Ibu dah kata,yakinkan dulu Ainur,baru kita pergi merisik dia”.

“Ainur tu lain ibu,takkan semudah itu untuk dia terima Halim.Hati dia keras macam batu,Halim dah tiada cara lain,lagipun dia kalau jumpa Halim asyik nak marah-marah je”.

“Kalau dah tahu Ainur tu memang tak suka Halim,kenapa masih nak jadikan dia isteri Halim,takkan hari-hari nak bergaduh nanti kalau dah berkahwin”.

“Sebab cinta tu buta ibu”.

Sengaja Halim menyakat ibunya.Entah dia tak tahu mengapa hatinya tertarik untuk mengenali Ainur dengan lebih dekat,mungkin Allah memang dah tetapkan hatinya memang akan tertarik dengan Ainur sahaja.




“Ibu mertua awak kirim salam”.Halim sudah menjadi pelanggan tetap café ini.Pelbagai cara Ainur lakukan untuk membuat lelaki itu membencinya namun Halim masih tetap dengan perangainya.

“Nak apa datang sini,bosan tahu tak tengok muka kau hari-hari”.

“Rindu ,kenalah datang.Mula-mula memang bosan nanti lama-lama suka”.

“Kalau setakat datang untuk menyibuk lebih baik kau balik,nanti kalau boss aku nampak,aku kena marah”.

“Takpe,boss awak tahu saya ni pelanggan tetap kat sini.Lagipun saya datang sini memang nak makan sambil-sambil tu boleh jumpa awak sekali”.


“Jom,pergi makan dulu.Lepas tu saya hantar awak semula ambil motor kat sini”.

Halim cuba mengajak Ainur untuk pergi makan bersamanya.

“Aku nak balik tidur,penat.Kau pun pergilah balik,dari office terus merayap kat sini,badan tu tak penat ke,pergilah balik”.

“Tengok awak semua penat saya hilang.Jomlah pergi makan,kat depan tu je.Lapar ni”.

Halim menunjukkan kedai sate yang berhadapan dengan café.

“Boleh tapi ada syarat”.

“Anything for you my dear”.

“Lepas makan,terus balik .Esok tak payah datang sini lagi”.

“Aduh,tak adil namanya tu.Nanti kalau tak datang sini lagi,kalau rindu macamana”.



Baru sahaja Ainur mahu membalas kata-kata Halim,mereka dikejutkan dengan satu hentaman kuat di hujung jalan.Dua buah kereta bertembung,ketika salah satu dari mereka membuat pusingan U-turn.
Halim dan Ainur berlari menuju ke tempat kejadian.Pemilik kereta tersebut dalam keadaan cedera parah.

Ainur tergamam seketika melihat pemandu kereta yang cedera parah tersebut.Apa yang dia buat kat sini?

“Ainur tolong saya papah lelaki ni ke tepi,saya nak tolong pemandu kereta satu lagi”.Halim memanggil Ainur apabila dia melihat gadis itu seakan kaku melihat pemandu lelaki yang cedera itu.




“Siapa ahli keluarga lelaki yang baru dimasukkan tadi,dia kehilangan banyak darah,perlu mendapatkan darah dengan segera.Tapi pihak hospital kekurangan darah jenis B,kalau boleh tolong dapatkan ahli keluarga dia dengan segera,kami kesuntukkan masa”.

“Kita minta tolong pihak polis untuk hubungi keluarga lelaki tu”.

Halim memberi cadangan.

Ainur hanya mendiamkan diri,sejak dari tadi,dia lebih banyak berfikir dari berkata-kata.

“Ainur,kenapa dengan awak ni,dari tadi saya tengok awak asyik mendiamkan diri.Awak kenal ke lelaki tu?”.

“Maaf cik,dah dapat hubungi keluarga mangsa atau belum,kami betul-betul perlukan darah untuk buat pembedahan”.

“Kami perlu minta bantuan polis…

“Darah saya jenis B,saya boleh tolong dia”.Ainur dari belakang Halim memberitahu jururawat tersebut.




“Halim kenapa tak balik malam tadi,buat ibu risau.Apa sebenarnya yang terjadi?”.

Puan Atikah bertanya pada Halim yang baru muncul pagi itu.

“Minta maaf ibu,Halim nak beritahu ibu tapi telefon Halim habis bateri.Malam tadi Halim tidur hospital,teman Ainur”.

“Ainur masuk hospital.Apa yang terjadi pada Ainur?”.

“Ainur tolong mangsa kemalangan,dia derma darah untuk mangsa kemalangan tu,tapi lepas doktor ambil darah dia,tiba-tiba dia pengsan,itu yang kena masuk hospital”.

“Owh,habis tu Ainur dah sedar sekarang.Dia masih di hospital atau dah keluar”.

“Dah keluar,pagi tadi masa Halim terlelap dekat sofa,dia tiba-tiba dah hilang”.

“Halim masuk kerja ke pagi ni?Dah lambat ni”.

“Halim ambil m.c hari ni.Badan sakitlah ibu,tidur dekat sofa.Halim naik bilik dulu,nak mandi lepas tu nak lelapkan mata sekejap”.



“Ainur tak masuk kerja dah dua hari,takkanlah dia masih tak sihat”.

Halim mendail nombor Sofia.Namun tak diangkat,dia terus menghantar SMS.

“Sofia,tolong bagi aku nombor Ainur,urgent.Dia dah dua hari tak datang kerja ni,aku takut jadi apa-apa pada dia.Tadi aku dah telefon bonda,dah dua hari dia tak balik rumah Impian Kasih”.

Tidak sampai lima minit,Sofia menghantar SMS.
Sorry aku tengah meeting,tak boleh boleh angkat call.Ni nombor Ainur,kalau dah ada apa-apa beritahu aku !!


Halim masih lagi cuba mendail nombor telefon Ainur.Namun masih tidak berjawab,buntu dia memikirkan dimana gadis itu berada saat ini.
Hospital!!Halim seprti yakin Ainur berada di situ,kerana semalam dia perasan wajah Ainur yang berubah semasa melihat mangsa kemalangan yang cedera.


Halim menarik nafas lega apabila melihat sekujur tubuh yang lena terbaring di sofa.Perlahan dia mendekati Ainur,dipandangnya wajah itu dalam-dalam.Orang punya risau tentang dia,dia sedap tidur dekat sini.

“Ada tetamu rupanya,kesian cik Ainur tertidur kepenatan.Dah dua malam dia teman ayah dia kat hospital,tapi ayahnya masih belum sedarkan diri”.

“Ayah?”.

Halim agak terkejut mendengar kata-kata dari jururawat itu.

“Ya,menurut borang yang di isi di borang menderma darah,hubungan cik Ainur dengan pakcik ni ayah dan anak”.

Patutlah wajah Ainur berubah bila dia melihat lelaki yang terlibat dengan kemalangan itu,ayah dia rupanya!Halim berkata sendiri.



“Kenapa tak berterus-terang dengan saya,lelaki yang accident semalam tu ayah awak”.

“Tak penting,kau bukan siapa-siapa pada aku,untuk aku beritahu semua perkara”.

Geram pula Halim mendengar jawapan dari Ainur.Sabar Halim,jangan dilayan sangat emosi tu,senyum!Halim berkata sendiri.

“Sekarang memang tak penting,nanti tak lama lagi penting.Lagipun nanti kalau kita nak kawin,dia yang akan jadi wali awak”.

“Siapa nak kawin dengan kau.Dan lelaki tu takkan pernah layak jadi wali aku,aku ni anak luar nikah dia,anak yang tak diiktiraf”.

Terus sahaja Ainur beredar pergi.Ya,dia terpaksa buka rahsia besar tu pada Halim,supaya Halim berfikir  lebih dalam bahawa dia bukanlah keturunan yang baik untuk dijadikan isteri.Perlahan air mata yang mengalir di sapu,kuat Ainur,kau kena kuat!



“Saya tetap nak teruskan niat saya untuk jadikan awak isteri saya.Tentang status awak,saya tak peduli.Bukan salah awak Ainur,awak sendiri tak diminta untuk dilahirkan dalam keadaan begitu.Kita semua hamba Allah,status kita sama sahaja di sisi Allah”.

“Baliklah Halim,fikirlah banyak kali.Takkan kau nak malukan keluarga kau demi anak haram macam aku ni,kau keturunan yang baik-baik,jangan kau rosakkan nama keturunan kau sebab kau rasa kasihan dengan aku”.

“Aku tak pernah kasihan kat kau,tapi aku memnag betul-betul sayang”.

Direntap tangan Ainur,geram pula dia dengan perangai Ainur.Kenapa susah sangat untuk gadis itu memahami bahawa kasihnya memang tulus.

“Lepaslah”.Ainur menarik tangannya yang dipegang Halim.


“Doktor!Doktor!”.

Jururawat yang baru keluar dari bilik ayah Ainur memanggil doktor,wajahnya nampak risau.

“Pesakit dah sedarkan diri,namun tiba-tiba dia muntah darah”.

Ainur berlari menuju ke bilik ayahnya,begitu juga Halim.

Dua orang doktor lelaki,dan tiga orang jururawat bergegas masuk ke bilik itu.Ainur sudah pun menangis di luar wad kecemasan.Air mata yang masih ditahan sejak pertama kali melihat ayahnya terlibat kemalangan.


“Maaf,kami tak mampu untuk berbuat apa-apa.Kedaan ayah cik Ainur terlalu lemah,lebih baik bersedia untuk sebarang kemungkinan”.

Lemah longlai lutut Ainur mendengar kata-kata doktor tersebut.


Ainur memberanikan diri untuk mendekati ayahnya,perlahan digapai tangan tua itu.Dicium perlahan,ada reaksi dari ayahnya.Perlahan ayahnya membuka mata.

“Maafkan ayah Ainur”.Dengan keadaan lemah,dia berkata-kata.

Ainur sudah pun menangis teresak-esak.Ya,dia memang marah dengan apa yang pernah dilakukan ayah pada arwah ibunya dulu,namun apabila melihat ayah terbaring lemah dalam keadaan yang kritikal ini,hatinya menjadi rapuh.Dia sahaja yang masih berdendam,sedangkan mungkin arwah ibunya sudah memaafkan kesalahan ayah.

“Maafkan ayah Ainur”.Sekali lagi ayahnya berkata-kata.

“Ainur maafkan ayah.Arwah ibu pun dah lama maafkan ayah.Ainur sayang ayah,dalam dunia ni,ayah sahaja yang Ainur ada”.

Ayahnya tersenyum kecil,mungkin rasa lega mendengar kata kemaafan dari Ainur.

“Terima kasih jadi anak yang baik untuk arwah ibu dan ayah”.

Ayah menarik nafas panjang.Ainur membantu ayahnya mengucap dua kalimah syahadah di telinga.Dalam sayup-sayup suara dapat juga ayah mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.




Dua minggu selepas kehilangan ayah.
Ainur kini kembali bekerja seperti biasa di café.Mungkin kerana sudah hampir 8 tahun Ainur bekerja di café itu,pemilik café itu mahu menerima permohonan cuti Ainur.Mulanya dia mahu terus berhenti,namun bossnya memberi dia peluang untuk bercuti selama dua minggu.

“Kau tak nak tanya tentang Halim?Dia kan dah lama tak hubungi kau”.

Sofia memulakan bicara ketika dia datang ke rumah Impian Kasih.
“Dia sibuklah agaknya.Kenapa tiba-tiba kau sebut pasal Halim”.

Sebenarnya Ainur tertanya –tanya juga kemana Halim menghilang,namun disebabkan ego,dia lebih memilih untuk berdiam diri.

“Halim kena berhenti kerja,dia dituduh gelapkan duit syarikat.Disebabkan pihak syarikat tak nak libatkan polis,dia hanya diberhentikan dengan notis 24 jam”.

“Kau percaya ke Halim buat semua tu?”.

“Tak,sebab Halim yang aku kenal,10 sen pun dia susah nak makan duit orang apatah lagi sampai berpuluh ribu”.

Ainur teringat perbualan dua lelaki di tangga pejabat Halim beberapa minggu lepas.Kalau tak salah dia,mereka ada menyebut nama Halim,pendrive,dan kalau sampai pendirve tu jatuh ke tangan orang lain,mereka boleh ditangkap.

“Kau nak buat kerja gila tak Sofia?”.

Senyuman di wajah Ainur meyakinkan Sofia ada sesuatu yang berlegar di fikiran gadis itu.




“Mana kau dapat baju cleaner ni,gila lah.Rasa macam tak percaya,aku boleh terbabit dengan kerja gila kau ni”.

Sofia takut sebenarnya,namun dalam masa yang sama,dia teruja kerana  pertama kali dia mencuri masuk ke pejabat syarikat lain.

“Aku professional.Dan peminat tegar drama CSI tu,aku banyak belajar dari drama tu”.

Terbongkok-bongkok Ainur dan Sofia,sedaya upaya mereka mengelak wajah mereka dirakam cctv.Tentang pengawal yang menjaga cctv tersebut,awal-awal lagi Ainur sudah memberikan mereka kopi yang mengandungi ubat tidur agar lebih senang mereka melakukan kerja.

“Kau cari belah sana,aku cari belah sini.Pendrive transformers warna kuning”.


Sedang mereka terbongkok-bongkok menyelongkar,tiba-tiba lampu terpasang.Ainur dan Sofia cuba menyembunyikan diri,namun mereka terlambat.Rupa-rupanya salah seorang pengawal yang  menjaga malam itu,tidak meminum kopi yang diberikan.Ainur dan Sofia dibawa ke balai polis kerana tuduhan menceroboh.


Amri menggaru kepalanya yang tidak gatal.Nak marah nanti merajuk panjang,tak habis fikir dia apabila isterinya dimasukkan ke lokap kerana terlibat dengan pencerobohan syarikat.

“Terima kasih tolong jamin kami”.

Ainur berkata.Dia tahu saat ini Amri marah kerana dia melibatkan Sofia dalam rancangan gilanya.

“Bagi alasan yang kukuh kenapa sampai menceroboh pejabat orang”.

Amri duduk menghadap dua sahabat itu.

“Kami nak tolong Halim.Dia tak bersalah,dia kena fitnah.Ainur kata dia tahu macamana nak tolong Halim”.

Sofia takut-takut menjawab.

“Dengan pecah masuk syarikat orang,itu ke cara nak tolong Halim”.

“Cara kami memang salah,tapi niat kami betul.Kami nak tolong Halim bersihkan nama dia”.

“Niat tak menghalalkan cara sayang.Kenapa tak minta pandangan abang,nasib baik pengawai polis tu kawan abang.Kalau tak malam ni tidur lokap kamu berdua.Ainur lainkali kalau nak buat kerja gila,jangan ajak isteri aku”.

“Jangan salahkan Ainur,Sofia yang setuju.Lagipun Halim tu kan kawan kita,takkan nak biarkan orang yang fitah dia terlepas macam tu je”.

“Habis tu dapat ke buktinya”.

“Tak,kami tak sempat nak selongkar habis tempat tu”.

Ainur berkata hampa.Semuanya sia-sia,kalaulah mereka sempat selongkar tempat tu,pasti dapat jumpa pendrive tersebut.

“Eh,siapa kata tak jumpa”.

Sofia mengeluarkan sesuatu dari kocek bajunya.Pendrive transformers berwarna kuning.Ainur dan Sofia berpeluk kegirangan.




Halim berlari masuk ke dalam balai polis.Panggilan telefon dari Amri membuat dia kerisauan.Ainur dan Sofia ditangkap kerana menceroboh syarikat tempat dia bekerja.


“Ainur?”.

Halim memanggil nama Ainur yang sedang duduk di kerusi bersama Sofia dan Amri.

“Siapa beritahu Halim?”.

Ainur bertanya pada Amri.
Amri hanya menyengih panjang.

Sudah hampir dua minggu tidak berjumpa,rasa janggal pula apabila mereka bersua muka seperti ini.


“Halim,aku balik dulu dengan Sofia.Kau tolong hantar Ainur balik,boleh kan?”.

Halim mengangguk perlahan.Matanya masih lagi tajam merenung Ainur.


“Orang kata,kalau gila pun,jangan tunjuk sangat.Gila tu simpan sikit,kenapa buat kerja yang membahayakan diri sendiri.Kalau bukan sebab Amri,awak dengan Sofia tidur lokap malam ni”.

Halim memulakan bicara apabila Ainur lebih memilih untuk berdiam diri.

“Orang nak tolong dia,itu pun tak bersyukur”.

“Tak payah sibuk nak tolong,saya ni bukan orang yang penting dalam hidup awak”.

Sengaja Halim mengulang ayat yang pernah disebut Ainur padanya dulu.

“Kalau setakat datang nak marah-marah,lebih baik tak payah datang.Orang boleh balik naik teksi.Berhenti kereta kat tepi”.

Halim tersenayum sendiri,dia perasan,Ainur sudah tidak ber ‘kau’ ‘aku’ dengan dia lagi.Dah lembut sikit rasanya hati gadis dihadapannya ini.

“Sorry,saya marah sebab saya risau.Lain kali kalau nak buat sesuatu tolonglah fikir banyak kali.Kalau jadi apa-apa kat awak,siapa nak jaga saya nanti”.

“Kenapa macam tu pula?”.

“Yelah,awak kan bakal isteri saya.Mestilah awak yang kena jaga saya nanti lepas kita kahwin nanti”.

“Siapa yang nak kawin dengan awak?”.

Ainur masih jual mahal,walaupun saat ini hatinya sudah berbunga-bunga.

“Sekarang mungkin tak nak,manalah tahu esok-esok nak”.

“Tentang pendrive tu ,terima kasih.Amri dah beritahu saya semuanya.Tapi itu bukan alasan kuat untuk awak bahayakan diri.Saya boleh uruskan masalah saya sendiri”.

Halim kembali bertegas pada Ainur.

“Kalau boleh uruskan masalah sendiri,kenapa sampai kena pecat.Orang susah payah cari bukti nak bersihkan nama dia,asyik nak marah je.Orang risaukan dia,dia asyik nak marah je”.Ainur berkata perlahan,namun dapat didengar oleh Halim.

“Kalau risau kan saya telefon,bukan pergi menceroboh cari bukti sendiri.Tapi kan awak,tengok cara awak sekarang,saya macam dah rasa awak ni dah terima saya.Cuma biasalah ego,tak nak mengaku kalah”.

“Jangan nak perasan sangat.Saya tolong sebab awak pernah tolong ayah saya masa kemalangan tu”.

“Tahu,awak memang takkan mengaku punya.Kempunan agaknya saya nak dengar kata-kata sayang dari awak”.

“Saya hanya akan ucap kata-kata sayang tu pada lelaki yang berhak,iaitu suami saya.Selagi belum sah jadi suami saya,awak boleh bermimpi je”.

Halim terdiam,dia memberhentikan keretanya.Kata-kata Ainur tadi,selagi dia belum sah jadi suami Ainur,maknanya gadis itu memberi persetujuan untuk menjadi isterinya.

“Betul ke apa yang saya fikir ni?”.

Ainur mengangguk perlahan,dia tersenyum.Halim meraup wajahnya perlahan.Alhamdulillah,akhirnya terbuka juga hati Ainur untuk menerimanya.


Dengan sekali lafaz Ainur sah menjadi isteri Halim.Halim melangkah masuk ke biliknya,bilik yang dia sendiri hias untuk menyambut Ainur sebagai isterinya.Ainur sedang duduk di tepi katil,masih lengkap berpakaian baju pengantin,namun seperti ada sesuatu yang tak kena.Wajah Ainur yang berkerut itu,dia kenal wajah itu,ada sesuatu yang isterinya tidak puas hati.

“Siapa budak perempuan yang tiba-tiba peluk awak tadi,seriously takkan dia tak tahu suami orang kot,kenapa gatal sangat,dan kenapa awak tak menolak pekukan dia?”.

“Saya tak sempat menolak,dia hanya kawan sepejabat yang pernah ada hati pada saya.Janganlah marah-marah macam ni sayang,inikan malam pertama kita”.

“Saya tidur bilik ibu malam ni,awak tidur sorang-sorang”.Ainur melangkah keluar.

“Sayang,jangan macam ni”.Halim memegang tangan isterinya.

“Abang minta maaf.Lepas ni kalau ada siapa-siapa yang nak peluk abang,abang terus tolak dia.Tak mahulah lari bilik ibu,nanti ibu cakap apa pula”.


Tiba-tiba Ainur tergelak.Rancangannya untuk mengenakan suaminya menjadi.Dia memang marah dengan apa yang terjadi tadi,tapi dia tahu Halim pun tak menjangka perempuan tu akan memeluknya secara tiba-tiba.

“Saja nak kenakan abanglah ni.Takpe,tengoklah nanti.Abang tahulah nak balas macamana malam nanti”.

Tawa Ainur terhenti mendengar kata-kata suaminya itu.Dia menelan air liur,nak balas apa pula.

“Terima kasih sudi terima abang sebagai suami Ainur”.

“Terima kasih sudi terima Ainur walaupun dengan kekurangan yang ada pada Ainur,abang masih nak jadikan Ainur isteri abang”.

“Setiap orang ada kekurangan masing-masing.Abang pun ada kekurangan abang juga tapi satu yang abang pegang,kita semua sama di sisi Allah tak kira apa pun status kita”.

“Kalau abang sudi terima Ainur apa adanya ,apalah salah Ainur terima abang apa adanya”.

Ainur tersenyum,perlahan dia mengucup tangan suaminya.Siapa sangka,lelaki yang dibencinya ini,akhirnya menjadi suaminya.Rasa macam tak percaya,dia sudah pun menjadi isteri kepada Halim.Masin  mulut kau Sofia,ye dulu memang aku menyampah betul dengan mamat poyo depan aku ni,tapi sekarang Insya Allah aku sayang dia sampai syurga.

Saturday

Tentang redha

Duhai hati...
Sudahlah mengharap dia yang kini sah menjadi milik orang..
Duhai hati ...
Selama hampir 10 tahun kau memendam rasa,sudah sampai saatnya kau lepaskan seseorang...
Duhai hati
Janganlah kau masih mengharap ada sinar lagi untuk kau mengisi ruang...
Duhai hati..
Kau tahu saat ini pilu,sedih,kecewa..semuanya kau miliki dalam kau mengisi hari -hari yang mendatang...
Duhai hati...
Ikhlaslah lepaskan dia kerana ternyata dia bukanlah insan yang akan bersamamu menjalani segala gelombang
Duhai hati..
Kuatkanlah dirimu ..tabahkan dirimu..jangan kau rela air mata mengalir lagi kerana seseorang
Duhai hati ...
Jangan kau bimbang ..walau bukan dia insyaAllah ada yang mungkin lebih baik yang Allah simpan untuk dirimu  sayang

Redha..InsyaAllah..tak semua yang kita inginkan akan kita miliki..kalau kita beria suka pada seseorang kalau memang Allah dah tulis jodoh kita bukan dengan  dia..semuanya akan tetap terjadi ..manusia hanya merancang dengan impian..angan-angan...namun Allah menulis dengan penuh kebaikan..ya..bersangka baik dengan apa yang Allah beri..mungkin dengan ujian adalah cara Allah nak tarik kita agar lebih dekat pada Dia...
Tipulah kalau tak sedih..tapi ini mungkin lebih baik..disebalik sesuatu ujian ada rahmat Allah nak bagi...semoga berbahagia sampai ke syurga seseorang..melihat senyuman yg terukir sedikit aku tahu kau sedang berbahagia..insyaAllah aku juga akan cuba mendapatkan kebahagiaanku sendiri walaupun bukan dengan kamu...

Mentari senja
31/10/2015



Sunday





Apa kurangnya aku?Aku jaga maruah diri..tutup aurat..solat 5 waktu..hormat orang tua..tapi sampai sekarang jodoh yang baik tak sampai-sampai...aku cemburu tengok orang2 yang baru je tutup aurat tapi tiba-tiba dapat jodoh yang baik..lepas tu kaya,hensem...rasa macam tak adil..


Sabarlah..adalah nanti..benda baik ni memang selalu Allah bagi lambat sebab dia nak uji sejauh mana kesabaran hambaNya


Sabar..aku memang sabar..tapi mulut orang-orang keliling aku ni...sakit hati..sakit telinga..tak habis-habis nak bertanya bila nak kawin?tension tahu tak..kadang-kadang rasa nak give up..nak pergi jauh dari manusia-manusia keliling aku ni..hidup sendiri...


Nak  lepaskan tanggungjawab kau pada keluarga pada adik-adik kau..mak abah kau bukannya muda lagi...tak payah nak pentingkan diri sangat...biarlah mulut orang..bukannya kita boleh tutup..


Tapi aku masih terfikir-fikir kenapa sampai sekarang jodoh aku tak sampai-sampai...kau tahu aku sedih sebenarnya bila nampak kawan-kawan aku ramai da berkahwin..dah ada baby...orang kata kalau nak jodoh yang baik..kita kena ubah diri jadi baik..aku dah cuba jadi baik untuk dapatkan jodoh yang baik...tapi sampai sekarang aku masih belum dapat apa-apa tanda siapa jodoh aku


Kau ni berubah jadi baik..buat semua perkara baik memang untuk dapat jodoh je ke???


Yelah..umur dah lanjut ni..risaulah...

Kau nak tahu kenapa sampai sekarang jodoh kau tak sampai-sampai...tapi kau jangan marah aku nanti...


Cakap je lah..


Kau berubah jadi baik..buat semua perkara baik..niat kau buat semua tu kerana nak dapatkan jodoh...cinta manusia...tapi orang lain yang baru tutup aurat tu..niat dia..memang nak dapat cinta Allah...pernah dengar tak perkataan ni...KALAU NAK JUMPA CINTA MANUSIA.CARI DULU CINTA ALLAH...niat kau untuk dapat jodoh yang baik tu bagus..tapi bila kau terlalu fokus pada jodoh..kau dah terlupa selama ni kau buat baik..buat amal ibadah ikhlas kerana Allah..aku tak cakap selama ni kau buat amal ibadah tak ikhlas..sebab yang menilai ikhlas tu hanya Allah...

Diam!!!Perlahan air mata menitis...rasa macam kena penampar...



Jodoh ni rahsia Allah..tapi manusia kena juga usaha..aku tahu kau dah berusaha sebaik mungkin..tawakal..serah diri pada Allah..betulkan niat...buat segala-galanya lillahitaala...tanya pada diri kau...kalau ditakdirkan Allah pertemukan jodoh kau sekejap lagi...apa niat kau berkahwin?
*untuk tutup mulut orang
*untuk dapatkan anak
Atau untuk dapat reda Allah...betulkan niat dalam hati...berkahwin kerana untuk mendapat reda Allah..bukan kerana yang lain..Bersangka baik pada rencana Allah..Insya Allah  kau akan dapat bahagia di dunia dan akhirat...




Monday


Dah lama tak menulis...idea tu ada..cuma kdg2 terikut-ikut perasaan malas tu..plot ni dah lama buat..cuma nak buat tu je...bercinta giler nak mengadap laptop..huhu

Ya Allah kuatkan aku untuk terus menulis!!!Amin...

Saturday



Nampak macam scene dalam novel kan..taklah ni status org aku screenshot pastu edit..

Cuba membayangkan aku berada kat tempat perempuan yg bertanya tu...rasanya ngilu kot..

Sebab dia menyangka  lelaki tu tak suka kat dia..dia pendam je perasaan tu..kalau lah dia ada keberanian untuk berterus terang..mungkin yang lelaki tu dukung anak diorang..

Tapi mungkin ni memang takdir ..bahawa mereka hanya mampu menyayangi hanya dalam hati..

Tak semua orang mampu berterus -terang menyatakan perasaan..setiap insan ada cara sendiri untuk memberitahu apa yang dia rasa..
Aku...aku meluahkan perasaan melalui tulisan..aku tahu aku memang tak mampu untuk berterus-terang..sebab tu aku hanya mampu menulis apa yang aku rasa dalam hati ni
Tipulah kalau aku kata aku tak pernah suka seseorang..cuma aku lebih memilih untuk simpan perasaan tu..sebab aku tak yakin aku mampu untuk beritahu dia apa yang aku rasa..
Biarlah rasa ini hanya ku simpan hanya dalam hati....
Hahaha...ok dah..tak payah nak poyo sangat..tapi jujur..smpai sekarang masih ingat dia..cuma doa je yang mampu aku titipkan untuk dia...semoga dia bahagia walau dengan siapa pun dia pilih nanti

Kalau nak doa lah >>>>









“Seorang akak tu pernah cakap dekat aku,kalau nak cepat dapat jodoh,amalkan solat sunat taubat setiap malam,Insya Allah dekat jodoh yang kau tunggu”.

“Kau buat ke?”.Aku yang memang kepoh bertanya.Namun dia hanya tersenyum,tidak menjawab samaada ya atau tidak.

“Biarlah urusan tu,hanya Allah dan aku sahaja yang tahu”.Aku tersengih mendengar kata-katanya apabila aku masih menunggu jawapan atas persoalan tadi.

Dan sekarang aku dah dapat rasanya jawapan atas soalan aku tu,ya..itu memang jawapan dia,sebab tiba-tiba dia beritahu aku ada orang datang merisik dia.

Tiba-tiba aku terfikir,ceh-ceh-ceh..takdelah tiba-tiba terfikir..memang dah lama terfikir pun..manusia ni kadang-kadang ego,sombong ,bongkak dengan Allah..Allah selalu beritahu..kalau hamba-hambaNya nak sesuatu atau berhajat kepada sesuatu perkara,mohonlah padanya,doa,buat solat hajat..tapi sebab sikap buruk manusia tu sendiri,tahu diri tu perlukan pertolongan Allah tapi bila Allah dah tunjukkan jalan ,kau macam pura-pura tak nampak ataupun tiba-tiba nak tutup mata.Ish-ish—ishhh…
Dan sekarang kawan aku tu,dah berkahwin and tak lama lagi dia akan jadi seorang ibu…fuhh..macam cepat sangat berlalu..rasa macam tak percaya..rasa macam baru semalam kitorang pergi makan pastu gosip sampai tengah malam kat tepi pantai…


Ditakdirkan dengan izin Allah dan kesedaran yang datang dari Allah untuk aku..malam tu aku kuatkan badan..kuatkan hati untuk bangun solat taubat,solat hajat..solat istikharah..salah satu faktor aku kuat nak minta tolong dengan Allah tentang jodoh ni sebab dah tak tahan nak jawab soalan orang…ko bila lagi nak kawin???Annoying soalan tu…Kalaulah aku ada jawapn untuk soalan tu,dah lama aku jawap…siap bagi pilihan jawapan lagi kalau diorang nak..tapi dah aku sendiri pun tak tahu jawapan untuk soalan kejam tu…kejam sebab selalu kena tanya soalan tu depan-depan orang tua yang memang sibuk nak ambil tahu tentang hal anak orang lain…malam tu aku berserah diri pada Allah,sampai aku doa.. ‘Ya Allah,kalau memang ditakdirkan aku tidak bertemu jodoh ku di dunia ,ini semoga aku mendapatkannya dia syurgaMu kelak,namun jika aku bertemu dengan jodohku di dunia ini,semoga dia seorang yang mampu memimpin aku ke syurgaMu’.



Pagi tu lepas subuh,tengah relax-relax atas katil,tiba-tiba mak ketuk pintu bilik…
“Ada orang nak kenal dengan angah,angah nak tak?”…
Zappppp…terkedu…terkejut…japppppp
Ish…takkanlah secepat ni doa aku makbul…aku ni jahat..mana aci!!!
Pastu pura-pura tanya and malu
“Eh,mana mak dapat ni,apa je yang mak buat ni”…
“Itu urusan orang tua,tahulah mak dengan adik kau cari…nak ke tak”…
Diam jap..pastu buat-buat ngantuk..and cakap kat mak…angah nak mandi jap…rasa takut pula bila fikir pasal kawin…ish..ish…ish..


Aku tak cakap aku akan berkahwin,,,tapi  main point kat sini aku nak beritahu..kalau kau rasa susah,penat,cari kerja susah nak dapat..jodoh tak datang-datang..duit asyik tak cukup..and bermacam lagilah masalah yang kau hadap…cuma sekali kau buat apa yang aku buat tu,solat taubat setiap malam..and tengok perubahan dlm hidup kau lepas tu..kalau lambat sikit perubahan tu..sabarlah sikit…benda yang baik ni kadang datang memang lambat sikit,,hehe

Sekarang ni tengah duk fikir…nak berkenalan ke dengan orang tu..lupa nak cakap..mak dengan adik aku carikan aku jodoh kat baitul muslim..kalau rasa korang penat nak cari jodoh ..cuba daftar kat sini..manalah tahu..dapat jodoh yang baik kat sini…

Masih berfikir…dan masih berfikir..ish..nak berkenalan dengan orang pun susah nak buat keputusan…aku merungut dengan diri sendiri….

Biar pi la..kalau dia serius nak kenal…datang la..aku serah pada Allah..kalau memang dia jodoh aku..Insya Allah ada jodoh kami,walaupun aku dengan dia tak pernah kenal…bercinta selepas nikah ke?Yup..itu je jalan terbaik untuk aku..sebab aku ni bukan kuat sangat nak bercinta sebelum nikah..macam-macam dosa kering aku dapat nanti….









Wednesday

Bukannya taknak tapi tak ready!!





"Nak jadi menantu pakcik tak?".


Terkesima aku,tak sangka soalan itu diajukan padaku.Aku pura-pura ketawa,pura-pura sibukkan diri..tiba-tiba rasa seram..aku ingat selama ni dia usik-usik nak jodohkn aku dengan anak dia...
Malam tu termenung aku...tiba-tiba minta doa kat Allah
"Ya Allah,kau tolonglah berikan aku kerja lain,agar aku boleh jauhkan diri dari situasi seperti ini"..


Jangan sampai mak tahu,habis aku!Mak memang berharap sgt anak perempuan sulung dia ni kawin tahun ni..tak nak lah..aku tak ready lagi

Kata kawan-kawan aku yg dah kawin..kawin ni best..sbb ada org yg ambil berat tentang kau,sayang kau,boleh kongsi perasaan...tapi selama ni aku rasa ok je..mak abah ambil berat kat aku,adik-beradik n kawan-kawan syg aku..n tempat aku luah perasaan ALLAH ..aku rasa mcm hidup aku ok je..mcm x perlu kawin kot

Tolak sunnah nabi...berkahwin tu ibadah..kata seorang kawan aku..bukan tolak sunnah nabi la..TAK READY LAGI...tak ready dgn tggjwb baru tu nti..tiba2 jadi isteri..tiba2 jadi ibu...dah sedia ke aku...ish2...seram!!

Teruk sgt ke calonnya tu...ada pula yg bertanya
Eh taklah,dia tu baik orangnya..cuma aku ni je..aku tak rasa aku layak untuk dia..dia lebih layak dapat orang lain..orang yg memang dah bersedia untuk jadi isteri..bukan aku yang masih terhegeh-hegeh nak bersedia ni..

Tpi kita tak tahu apa yang akan terjadi nanti kan..manelah tahu tiba2 hati aku ni terbuka nak terima dia..nak istikharah..ALLAH tengah bagi cuti pula..doa je lah


Adakah aku fobia ataupun perkataan lebih jelas TAKUT dengan perkahwinan...???
Eh!Taklah..aku cuma belum bersedia..perkahwinan ni tanggungjawab..kalau kau rasa kau belum boleh bertanggungjawab..jangan gatal2 nak berkahwin ye..tapi sampai bila...Insya Allah ada waktunya nanti,bila ALLAH buka pintu hati aku ni.. untuk menerima lelaki yang bakal bergelar suami aku kerana ALLAH,bukan kerana siapa dia,atau apa pekerjaannya...sebab kami akan habiskan sepanjang hidup ini bersama....aku perlukan sesuatu dari dia yang boleh buat aku yakin untuk menerimanya...iaitu..CINTA PADA ALLAH..

Dan lepas aku sibuk mengoogle tentang cinta..aku terpikat dengan ayat ustaz ni..tentang tanggungjawab..dan cinta


 Imam Ahmad menyebut: “Cintamu kepada sesuatu
membutakanmu dan membuatmu tuli.”
Ibnu Abbas pernah mendengar berita ada seorang
lelaki yang sangat kurus sehingga yang tinggal hanya
kulit dan tulang.
Ibnu Abbas berkata, “Kenapa ia? “Ia terkena jatuh
cinta, isyq (cinta buta),” jawab seseorang.
Kemudian Ibnu Abbas berdoa dan berlindung kepada
Allah s.w.t sepanjang hari daripada penyakit isyq. Kita
perlu berfikir secara lebih dewasa dalam apa jua
tindakan akan kita akan lakukan. Jangan main-main
dalam menangani masalah serius itu.
Jangan sampai terbius oleh gemerlap kehidupan yang
menawarkan kenikmatan sementara. Jika kita belum
mampu untuk berkahwin maka janganlah berkahwin
lagi kerana perkahwinan bukan urusan main-main.
Kita mesti rela untuk membuang fikiran murahan
mengenai pertunangan adalah segala-galanya. Sebab,
bercinta adalah salah satu bahagian ekspresi cinta
nafsu.
Wahai remaja, mulai sekarang tumbuhkan dahulu
kecintaan kita kepada ilmu agama sehingga kita
memahaminya serta mengamalkannya dalam
kehidupan kita seharian. Semoga pula kita tidak
tergoda dengan cinta nafsu semata.

Ustaz Zawawi Yusoh


Friday

Di Sisi Allah Itu Lebih Baik




Bila tiba-tiba hati kau rasa kosong.Semua yang kau dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri,apa pun berita yang kau dapat langsung tak memberi kesan pada hati kau.Kau kena sedar saat tu hati kau sangat bermasalah.


Kenapa asyik aku?Aku masih muda untuk hadapi semua ni?Kenapa semua orang tak faham aku?Kenapa asyik aku je yang mengalah?Aku tak layak ke ada kehidupan sendiri?Aku tak layak ke nak rasa apa yang orang lain rasa?Hina sangat ke aku ni bila orang tak sudi nak terima aku apa adanya?Pastu layan lagu kat bawah ni sambil menangis-nangis...


KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali
KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri
Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu
KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini



Kau rasa boleh tenang ke...dah2 lap air mata..pergi amek wuduk..pastu sujud pada Allah..nak nangis sambil dengar lagu ketuhanan pastu  kau harap Allah beri kau ketenangan...toksah nak berangan..kurang sujud ni sebab tu darah kurang mengalir kat otak..n asyik sensetif je...


Senyumlah sikit!Jangan terlalu sensetif,Allah baru je uji kau sikit,tapi kau punya reaksi macam selama ni kau tak pernah rasa hidup senang...Manja sangat ni!Tahu tak selama ni Allah tu dah baik sangat dengan kau,tapi bila Dia nak uji sikit,kau punya reaksi macam kau sorang je yang ada masalah dalam dunia ni...sabarlah,faham dan tahu kan perkataan sabar tu..Allah uji tanda Allah masih perhatikan kau,kau nak ke kau hidup tanpa ujian tapi hati kau macam ada sesuatu yang tak kena..kau tak tahu apa tu..kau takde masalah tapi kau still tak boleh rasa tenang...nmpk x perbezaan dia..kalau Allah uji kau maknanya Dia tahu kau mampu hadap benda tu..kuatlah sikit..jangan nak lembik sangat..!!


Bila kita diuji secara automatiknya kita ni dekat dengan Allah..kenapa aku cakap macam tu??Kau sakit!Kau susah!Yang selalu kau sebut ialah aku susah Ya Allah!!!Time susah kau memang tak leh jauh dari Dia..itu fitrah manusia..sebab Allah je yang faham kau..jadi bersyukurlah sebab diuji..pelik..org diuji suruh bersyukur..pelik bendanya..kita ni manusia takkanlah dapat nikmat je nak bersyukur..sesekali Allah bagi ujian kita perlulah rasa syukur..Allah tengah pandang aku ni,dia nak kurangkan dosa nak tambah pahala..bersangka baik dengan ujian yang Allah bagi...Allah uji tanda Dia sayang♥♥♥♥♥♥


Dan baru-baru ni aku terpikat sangat dengan ayat ni 'waallahu hairu wa abqa'..maksudnya 'apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik'..bila kita sebagai manusia biasa ni rasa down dengan orang-orang keliling,keadaan hidup..tapi bila dalam hati kita mampu sebut 'di sisi Allah itu lebih baik'..semua rasa down tu mampu hilang..betul..aku dah cuba...dia punya feel lain macam..sbb bila kita rasa di sisi Allah itu lebih baik,kita dah tak heran orang nak buat apa pada kita,sbb masa tu hati kita dah bulat pada Allah...
#Allah syg aku sbb tu Dia uji♥♥♥♥


Thursday

'Sebab Kau Rasa Kau Dah Besar'




"Aku tak sangka.Janganlah marah aku smpai mcm tu.Setiap org tak lari dari melakukan kesilapan.Aku dah besar,janganlah marah aku ni macam aku ni budak kecil lagi"

"So sekarang kau kecil hati"

"Yelah,dorg parents aku,sepatutnya dorg lebih faham aku"

"Sebab kau rasa kau dah besar.Dah boleh buat keputusan sendiri.Kau ni sebenarnya ego"

"Apasal pula ko ckp aku ego.Mmglah aku dah besar,aku dah 25 tahun kot"

"Sebab tu aku ckp ko ego.Dah 25 tahun kau hidup dengan parents kau.Kau masih x mampu nak faham dorg,tpi kau harap dorg faham kau"

"Itu tanggungjawab dorg sebagai parents kan"

"Habis tu tanggungjawab kau sebagai anak"

Diam....

"Kadang-kadang kita ni sebagai anak,asyik nak parents faham kita.Tapi kita tak berusaha utk faham dorg.Dah banyak sgt ke kita balas jasa dorg??Kalau aku sebut satu-satu menangis kau nanti.Kalau aku sebut siapa yg basuh najis kau masa kecil.Kau dah pernah basuh najis dorg???"

"Kau ni tak payahlah sensetif sgt"

"Ayat tu  sepatutnya untuk kau,untuk aku..untuk kita-kita yg bergelar anak ni..tak payahlah sensetif sangat.Parents tercakap  kasar sikit,tersalah faham sikit,kau dah kecil hati,merajuk,marah.Cubalah lapang sikit hati tu.Kadang-kadang Allah mmg sengaja berikan kita parents mcm tu supaya kita ni lebih baik dgn dorg,lebih berkhidmat dengan dorg dan dapat pahala lebih dari Allah...senang kan nak dpt pahala lebih..buat baik pada ibubapa..pahala dapat..redha ibu bapa pun kau dapat"

"Kau sanggup nangis kalau brg berharga yg kau ada hilang,tpi dua permata yang Allah pinjamkan untuk kau,kau tak pernah nak hargai.Ibu bapa ni,Allah bagi pinjam sekejap je,x lama lagi Allah akan amek semula...kalau kau tanya kawan-kawan kita yg dah kehilangan ibu bapa,hari ni kau takkan merungut macam ni.Jangan nanti bila Allah dah amek semula,waktu tu baru kau nak teringat,waktu tu baru rasa nak berbakti,waktu baru terasa rindu nak dengar dorg marah atau bebel pada kau".

"Sebab kau rasa kau dah besar,kau tak boleh terima bila dorg marah kau atas kesilapan yg kau lakukan,sbb kau rasa setiap org melakukan kesilapan,kau kecil hati"

"Sebab kau rasa kau dah besar,kau dah boleh berfikir sendiri,kau ketepikan mereka masa  buat keputusan"

"Sebab kau rasa kau dah besar,kau tak nak kongsi rahsia-rahsia dengan mereka,sebab kau rasa mereka dah tua,mereka takkan faham kau"

"Sebab kau rasa kau dah besar.Kau dah boleh tampung hidup kau sendiri,kau rasa dah tak menyusahkan mereka.Kau boleh buat apa je dalam hidp kau"

"Sebab kau rasa kau dah besar.Kau lupa siapa yg jaga kau dari kecil,kau lupa kalau tanpa dorg,kau takkan ada kat dunia ni"

"Dahlah wey,aku tahu aku salah.Aku berdosa,aku nak minta ampun dengan dorg"


Berjurai-jurai air mata menitis..

"Aku cakap bukan untuk kau je,tpi untuk diri aku sekali.Kita sebagai anak tak salah merendah diri dengan ibu bapa,walaupun kadang kau tahu kau tak salah tpi kau kena minta maaf juga..tpi hati kau tenang dan kau pun sebenarnya dah buat ibu bapa kau rasa mereka dihormati"

"Ibu bapa ni mmg macam nampak dorg mcm lebihkan anak lain,selalu marah kau,macam tak penah faham kau.Tapi sebenarnya dalam hati dorg,mereka sygkan kau,mereka selalu faham kau,cuma mungkin cara mereka tunjukkan tu berbeza.Setiap org punyai cara berbeza utk tunjuk cara mereka menghargai,menyayangi.Mungkin dengan cara marah dan membebel pada kau itu cara mereka nak tunjuk ,sebenarnya mereka tu PEDULIKAN kau."



Wednesday

Aku sorry!!!



Aku tahu ko kecil hati..aku tahu ko terasa dgn aku walaupun ko x bgthu..walaupun ko cuba sembunyi..aku tak dpt elak semua ni

Aku tahu ni hari penting ko!Aku tahu saat ni jantung ko berdebar-debar sebab tak lama lagi status ko akan berubah..ko nak berkahwin..tpi aku x dpt pergi..aku sorry!



Aku sorry!!Betul benda ni bukan aku rancang..takkan aku nak rancang utk takde mse majlis penting ko...

Aku tahu ko kawin hanya sekali seumur hidup..aku tahu ko nak kawan2 ada masa majlis penting ko..tpi aku!!!aku sorry..tu je yg aku mampu ckp skrg ni

Ko selalu ckp aku ni kwn yg baik..ko x patut ckp mcm tu..aku jahat..aku bukan kawan yg baik..aku sorry!!

Aku rse berslah pada ko..aku klau nekad..boleh ada kt majlis akad nikah ko..tpi ko nak,jasad aku ada kat sne tpi hati aku kt tmpt lain..aku sorry!!

Aku tak boleh pntgkn diri sendiri..dorg lagi perlukan aku..ko ader keluarga ko yg selalu berdiri belkg ko..aku tak risau tu..tpi aku..dorg lebih perlukan aku skrg...aku sorry!!

Mungkin nti mse aku kawen ko x nak dtg..sbb merajuk..takpe aku faham...tpi kawan kita yg lagi sorg ckp..dia akan ada dgn ko waktu majlis nikah tu nanti..aku pesan kat die..jage ko..jgn kasi ko nangis byk2 mse akad nikah..aku sorry!!

Aku sorry!!Aku harap kau bahgia dengan bakal suami ko..mungkin lepas ni ko dah ader bahu utk bersandar..tpi klau sekali sekala kau nak bahu aku..aku selalu ada..

Aku sorry!!Aku tahu mungkin lepas ni ko akan jauh dari aku..tpi aku nak ko tahu..aku selalu syg ko..ko kawan yg Allah pinjamkn untuk sedarkn aku..'dlm dunia ni klau ko nak baik atau jahat;itu semua pilihan kau sendiri'

Sorg kawan dah jauh dulu sbb aku x dpt g wedding die n ..skrg lagi sorg akan menjauh..:(..dan juga sebab yg same...ALLAH..mungkin ni cara terbaik untuk aku semakin dekat dgn Allah....disebalik suatu perkara pasti ada rahmat yg tersembunyi..ye..aku sedang tanam perkataan tu dlm hati ni..Insya Allah..



Saturday

Tolong sedar diri!!!


Assalamualaikum,

Tajuk:Tolong sedar diri!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Nampak tak tanda seru bukan main panjg tu..marah?..memang tgh marah..tpi bukan dgn org lain,tpi diri sendiri


Kenapa ek,bila kita rasa kita ni dah terbuat amal soleh lebih sikit,kita susah nak terima@takleh terima langsung klau org yg menegur kita tu nampak macam org kurg ilmu@jahil agama...

Seriously!!!Ish2..kenapa dgn manusia zaman sekarang..org tegur tu tandanya ada salah yg kau buat tpi kau x perasan..besarlah sikit hati tu..jgnlah kerana teguran tu dari org yg biasa2 je,kau punya terasa macam nak lompat jambatan

Tetiba rasa berdosa...cet..bukan rasa berdosa,tpi mmg dah sah aq berdosa..bila aq pandang rendah pada org lain,sebab aq rse aq lebih baik dari dia..nmpk x riak kt situ..:(

Kena mintak tolong pada Allah byk2 ni..da teruk aq ni...Ya Allah ..ampunilah aq Ya Allah..nampknya kesan dosa2 lama masih belum meninggalkan aq..hinanya aq Ya Allah!!:(:(:(:(:(:(

Tolong sedar diri wahai diri,mungkin kau nampak keaiban org tu sbb Allah nak ingatkan keaiban kau yg Allah masih tolong sembunyikan...Allahu

Kena byk istigfar..bersihkn hati..rasa berdosa..menangis banyak2...Ya Allah jahatnya saya!!!!




Thursday

k-popper lagi???


Assalamualaikum,

Tak habis2 pasal kpop kan...dkt fb.tweet.insta..semua pasal kpop..aq selak2 newsfeed fb terjumpa satu artikel ni..aq rse mcm perlu je nak berkongsi dgn kawan2...korg bce je la sendiri ya...




Dua tahun saya di Korea. Waktu mula-mula ke sana dulu,
saya masih lagi seorang K-popper. Dan masih lagi hanyut di
dalam dunia hijabista.
"What do you like about Korea?" Satu hari professor saya
yang berbangsa Korea berbasa-basi dengan saya.
"Oh, I really like the music. I'm a fan of Big Bang." Jawab
saya beria-ia. Sambil tersengih macam kerang busuk. Waktu
itu umur saya dalam 26 tahun.
"Really? I don't know that. I don't listen to the young people's
music, because I cannot understand them." Sekali lagi saya
tersengih. Rasa macam bom pulak jatuh atas kepala. Adehh..
Empat bulan pertama, saya mula dinampakkan dengan 'Korea
yang sebenar'. Perasaan saya terhadap Korea, kalau dalam
bahasa orang putihnya, mulai 'bitter'.
Tidak dinafikan, Korea ada kemajuan dan banyak kelebihan
berbanding kebanyakan negara Islam sendiri, termasuklah
Malaysia. Bab keselamatan, memang superb. Bab disiplin,
memang power. Pengangkutan awam mereka, sangat
reliable, selesa dan menepati masa. Dan mereka amat
bangga sekali dengan produk keluaran negara mereka sendiri
berbanding produk dari luar. Walaupun, ianya cuma sekeping
pizza.
Dan pengalaman saya sendiri sebagai satu-satunya 'bunga'
di dalam makmal di universiti saya, saya memang amat
'dimanjakan' oleh oppa-oppa dan dongsaeng saya. Mereka
amat suka membantu, dan bila saya nampak macam bersedih
(kadang-kadang ada jugak waktu monyok sebab homesick
hihi), semua orang akan 'menyebok'. Itu, memang saya tidak
nafikan.
Tetapi di sebalik semua itu, inilah satu lagi wajah Korea yang
saya kenal.
'Why you are praying? You are wasting your time. Don't
pray."
"You can go out with me if you want. But please remove this
(sambil mencubit hujung tudung saya)."
Beberapa kali, agama saya diprovok. Kalau tak sabar,
memang boleh bergaduh sebenarnya duduk di Korea ni. Hihi.
Paling saya tak gemar, dari hari Isnin sampailah ke hari
Jumaat, mereka akan bekerja bermati-matian. Sampai ke
tengah malam buta.
"You have to stay in the lab, you cannot go home, not until
our professor goes home. If he goes at 1 am, then you can go.
In the mean time if you already finished with your work, you
can watch movie or do whatever you like. Just, don't go
home early." --> Budaya kerja dan budaya bodek yang agak
ekstrem pada pandangan saya. Kalau balik awal akan
dianggap sebagai pemalas, tak guna dan tak buat kerja.
Setahun kena umpat tak habis.
Senior di makmal sebelah saya pula, dah nampak macam
kura-kura sebab hari-hari asyik kena tengking dan maki
dengan profesor. Mujurlah, Allah beri saya profesor yang
sangat baik. Alhamdulillah.
Tiba malam Jumaat, masa untuk mereka enjoyyyyy!!! Waktu
untuk minum (serta makan babi bakar; makanan kegemaran
orang Korea) dan bergembira dengan kawan-kawan.
Yang lebih veteran dan ada anak bini, masuk kelab yang
bercermin gelap. Layan perempuan juga mungkin. Apedehal
dengan anak bini. Dah penat kerja, enjoylah pulak kan.
Lepas tengah malam, bersepah-sepah Korean yang mabuk.
Membebel-bebel tak tahu butir bicara. Lembik kaki dipapah
kawan-kawan. Akhirnya terlentang tidur atas jalan raya.
Hari Isnin nak ke makmal, sisa muntah bersepah-sepah. Tepi
jalan. Dalam terowong. Geli!! Sampai di makmal, bau mulut
sorang-sorang ya Rabbi!! Sebatu dah bau arak. Stres.
Dan jelak. Saya amat jelak sekali dengan semua itu. Mujur
Allah hantar saya ke sana. Kalau tidak, mungkin sampai ke
hari ini saya masih lagi hanyut. Sebagai K-popper dan
hijabister tegar.
Universiti saya sendiri, memang terkenal sebagai universiti
artis. Sebab universiti kami ada fakulti seni yang bagus. Jadi
ramai artis yang belajar di sana.
Mungkin sekali atau dua kali setahun, akan ada mini konsert.
Mujurlah, waktu itu hati saya sudah tawar dengan K-pop.
Pernah juga diajak ke konsert artis Korea, tapi mujurlah Allah
beri kekuatan kepada saya untuk menolak.
Entahlah. Saya jemu. Jemu dengan hidup yang sebenarnya
penuh dengan ke'hipokrit'an. Totally plastik.
Bercakap pasal plastik, di fakulti saya, ada dua orang Korean
yang merupakan sahabat saya sendiri yang telah melakukan
pembedahan plastik. Bahkan dah jadi kebiasaan bila ibubapa
hadi ahkan anak mereka dengan tajaan pembedahan plastik
di Korea.
Sebab dengan cantik, hidup akan jadi lebih mudah. Lebih
ramai kawan. Lebih senang dapat kerja. Lebih ramai calon
untuk dipilih sebagai suami atau isteri. Pendek kata bila
cantik, hidup akan berubah lebih baik.
Dan tahukah anda? Boleh dikatakan 99% artis Korea yang
'comel' tu semuanya buat pembedahan plastik.
Bagi setiap artis Korea, paling tidak mereka memerlukan
masa 1 ke 2 tahun untuk menyempurnakan diri sebelum
mereka debut sebagai artis. Latihan tarian, nyanyian, lakonan
dan juga pembedahan plastik. Kerana bagi mereka,
entertainment is a serious business. And fast money. So
everything must look perfect.
Jadi hidung yang mancung, dagu yang tirus, mata yang
bulat, bibir yang mungil, itu semua sebenarnya FAKE!!
Jadi please... Mohon jangan buang masa tertipu dengan
semua itu.
Lagi budaya orang Korea, mereka amat suka bergosip. Tidak
kiralah samada lelaki mahupun perempuan. Boleh bayangkan
tak, oppa-oppa tu semua bersidai ramai-ramai (kalau kat
Malaysia ni macam makcik-makcik yang selalu mesyuarat
tingkap kat tepi longkang di petang hari tu), pastu potpet
potpet mengumpat. Ya Allah, buruknya rupa.. Sungguh
gelimat. Dekat makmalpun jadi dorang ni.
Letih sebenarnya saya. Letih dengan semua itu. Sebab itulah
saya kembali semula kepada Islam. Waktu itu mata saya
betul-betul terbuka. Ceh, sebelum ni ingatkan best sangatlah
Korea tu kannn..
Betapa, syukurnya saya dipilih oleh Allah dan dilahirkan
sebagai seorang Islam. Alhamdulillah, syukur. Syukur saya
tak perlu strive gila-gila untuk hidup semata-mata untuk
diterima macam orang Korea. Tak perlu jadi cantik, pandai
atau kurus.
Syukur sebab dengan Islam, kita cuma perlu jadi diri kita
sendiri dan cuma perlu puaskan kehendak Allah sahaja untuk
dapat syurgaNya.
Inilah, sedikit perkongsian tentang sebahagian daripada
wajah Korea yang saya kenal. Renung-renungkanlah.
Mana yang baik datang daripada Allah. Yang buruk daripada
saya. Wallahu'alam. Wassalam.


My opinion yg juga slh seorg peminat drama korea;
Aq tahu budaya korea n cara hidup mereka langsung tak mendtgkan kebaikan pun dlm hidup ni..tpi still sbb aq suka tgok dorg..jalan citer ada,pelakon die comel2..n cantik2..manusia mmg suka tgok benda yg cantik kan   walaupun aq tahu tu plastik..haha...tapi aq xde la smpai taksub smpai nak berpeluk klau
jumpa dorg...setakat suka tgok je boleh la..hehe..

Tak salah klau nak tgok cerita korea or dgr lagu dorg tpi jgn sampai lupa agama,lupa diri..ataupun bahasa kasarnya TAK SEDAR DIRI...haha


Pss:Malam ni mcm nak mimpi jumpa kim so hyun..boleh peluk kan..sbb dlm mimpi je pun..hehe

Anugerah Terindah



Assalamualaikum..

Post kali ni aq tergerak nak tulis tentang anugerah..bukan anugerah yg award tu tapi anugerah terindah dari Allah yang telah dipinjamkan pada hambaNya

Bagi aq anugerah terindah yg Allah pinjamkan untuk aq ialah kedua ibu dan ayah..n lagi senang aq panggil mak ngan abah..

Terdetik hati ni nak menulis tntg ni sbb aq sedar waktu semakin berlalu entah sempat atau tidak aq untuk melalui hari2 bersama mereka..aq sedar ada perkara dalam dunia ni yg memang pasti akan terjadi  iaitu mati..

Salah seorang sahabat aq baru sahaja kehilangan ayahnya tengah malam tadi..n yg sedihnya dia akan melangsungkan perkahwinan dlm masa yg terdekat..x dpt bygkn perasaan dia skrg ni..semoga dia tabah!
Terkejut sebenarnya,sebab aq nmpk ayah dia nmpk sihat,tapi lepas terjatuh dia terus pengsan dan disahkan meninggal dunia..ajal..kita memang takkan mampu menahan atau lari daripadanya..dan aq terus terfikir..mak ngan abah pun dah tua sebenarnya..macamana klau esok pagi aq bangun tanpa dapat melihat senyuman mereka...Ya Allah,aq belum bersedia...jujur kalau aq diberi pilihan,biarlah aq yg pergi dulu sblum mereka..

Pernah dengar kan cara nak khusyuk dlm solat adalah menganggap itu adalah solat terakhir kita...aq rse kita boleh guna asas yg sama tapi untuk tujuan yg berbeza...kita anggap apa sahaja yg kita lakukan untuk ibu dengan ayah kita setiap hari adlah hal terakhir yang kita lakukan bersama mereka..dgn cara tu..kita akan lebih bersungguh-sungguh..dan pahala berbakti kepada ibu bapa pun semakin tinggi...


Aq memang susah untuk melafazkan kata2 aq syg pada mak n abah..tapi aq hadirkan rasa syg tu dgn selalu ada untuk mereka,bantu mereka,dengar luahan hati mereka,fahami hati mereka yg semakin tua..dan cuba selalu mengalah walaupun kdg2 dalam hati tu memberontak..hehe

Mak,abah,mungkin mak ngan abah takkan baca blog angah ni,sebab tu berani tulis kat sini..haha

Dalam hidup ni Allah dah bagi macam2 pada angah,dan salah satu yang paling angah syg pemberian dari Allah ialah mak dengan abah...dlm dunia ni biarlah satu dunia mencaci tapi kalau mak ngan abah ada untuk angh,angh dah cukup bahagia...
Love both of u so much,doakan angh jadi anak yg solehah,dan semoga kita satu keluarga ditempatkan di dalam syurga yg mengalir air sungai di bawahnya..Aminn....

Wednesday

Pilih Untuk Dihormati Bukan Dikagumi


Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih  diberi peluang untuk bernafas walaupun dah dua hari demam...sakit untuk menghapuskan dosa...dosa banyak sgt ni..hehe

Pernah dengar tak..kadang-kadang Allah turunkan musibah untuk hapuskan dosa kita...mungkin kita dah terlalu lalai dengan dunia..sampai Allah turunkan musibah barulah kita sedar..jauhnya aku dah terlalai Ya Allah!!

Dengan musibah kita semakin dekat dengan Allah,kita menangis,kita semakin mahu mengenali Allah,kita semakin yakin Allah selalu ada untuk kita walaupun kita selalu lupakan dia..

Aku terpanggil untuk menulis post kali ni tntg isu adegan peluk antara kpop dgn gadis melayu islam yg bertudung...

Kasihan!!Itu reaksi pertama aq pada gadis2 tersebut..tak perlu menghukum dgn mengatakan perkara2 yg buruk tntg mereka..KHILAF..setiap org pernah melakukannya sbb kita bukan maksum seperti nabi Muhammad s.a.w.

Kalau ada dpt jumpa dgn dorg..aq peluk sorg2..saat ni disaat masyarakat sudah mencemuh mereka,hanya semangat dari keluarga dan org terdekat mereka perlukan..jgn lah smpai mereka dibenci keluarga mereka sendiri...

Pernah tak korg rasa apa yg berlaku pada gadis2 itu salah kita..salah kita sebab tak mampu doakan mereka.salah kita sebab tak mampu mendidik mereka agar mampu melawan perkara2 seperti itu...

Seorang sahabat aq selalu ckp...kalau dia nampak org lain buat dosa.dia turut rasa bertanggungjawab atas dosa org tu..sbb dia kata salah dia sebab tak mampu doakan og tu jadi baik..sebab dia jahat,Allah tak makbulkan doa dia untuk jadikan semua org islam dalam dunia ni org yang lebih baik...

Skrg ni daripada sibuk tambah dosa kering mencemuh budak2 ni lebih baik berdoa...berdoa semoga Allah bukakan pintu mereka agar betul2 menyesal dgn perbuatan mereka tu..n kalau betul nak org lain jadi baik,kita tunjuk contoh yang baik..

Untuk gadis2 itu aq cuma nak beritahu dorg..ini mungkin cara Allah nak tegur korg,walaupun dgn cara yang korang tak sangka...setiap apa yg terjadi ada rahmat nak dtg,walaupun terkadang lambat kita sedari apa sebab Allah turunkan ujian untuk korg tu..masih belum terlambat..Allah masih beri peluang so berserah pada DIA,dia tahu korang mampu tanggung ujian ni sebab tu DIA bagi ujian macam ni...

Untuk gadis2 diluar sana..tolong mahalkan sedikit dirimu sayang-sayangku..Allah dah cipta kita ni dengan segala kebaikan..Allah dah terlalu baik sangat dengan kita,apalah slahnya kita jaga diri agar menjadi hambaNya yang solehah..

Pilihlah untuk dihormati bukan untuk dikagumi,sebab kalau org hormat,perasaan tu akan ada smpai bila-bila..tapi kalau dikagumi,perasaan tu akan hilang seiring dgn waktu yang berlalu...









Tuesday

Confirm bercinta selepas nikah...



Assalamualaikum,

“Orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada
seseorang,padahal belum tiba masa nak kahwin, maka,
orang tu telahmenganiayai orang yang dia cintai itu! Dan
penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari
penganiayaan kepada harta!!!”


Okey..dengar ayat ni mmg macam sadis..tapi ini hakikat..untuk lelaki-lelaki yang rasa tiba-tiba dah jatuh hati pada anak dara orang..fikir 10 kali,20 kali,eh tak 100 kali..ataupun fikir smpai nak muntah sblm nak lafaz perasaan CINTA yang korang rasa tu sblm yakin korg nak jadikan dia isteri..

Post sebelum ni ada sebut pasal bercinta sebelum or selepas nikah..ok..final decision...confirm nak bercinta selepas nikah..haha...
Salah aq kot bila umur dah meningkat ni susah sgt untuk didekati spesies yg namanya lelaki...
Bukan alergik  n aq bukan jenis perempuan jual mahal sgt or sombong..cuma aq x selesa nak berkawan dengan lelaki..terutama yg belum apa2 dah nak ajak keluar or puji aq nampk comel la apa la..ewww...no !!!!

Bosan kot beberapa hari ni asyik kena asak bila nak kawin..kawan baik ko dah nak kawen...haha...serius..takkan sebb kawan baik aq yg nak kawen so aq pun kena kawen juga...x logik korg ni...

Allah tahu aq belum sedia untuk pikul tanggungjawab tu..that's why jodoh belum sampai lagi...perkahwinan itu satu perjudian..kita tak tahu kita akan bahagia atau tidak..dan aq belum sedia untuk menghadapi perjudian itu..haha..ayat novel nih..

Tapi serius..aq sebenarnya bahagia dengan hidup aq sekarang walau kadang2 rasa sunyi..tpi sunyi tu yg membuat aq semakin dekat dengan Allah...good things kan...so kawen lmbt sikit takpe kot...byk benda kot kena fikir sblm buat keputusan nak berkahwin..aq x nak menyesal bila akad nikah da dilafaz masa tu aq baru nak berfikir..x..tak mahu..no way...n yg lebih parah bila anak dah berderet baru fikir kenapa aq dulu tak cari suami yg boleh bimbing aq...itu bukan nasi dah jadi bubur tapi bubur dah basi...

Aq bila lagi?haha..soalan bosan..
Kalau nak tahu sangat pergi buat solat istikharah..mne tahu korg nampak..boleh bagitahu aq..hehe

Aq akan berkahwin bila Allah tahu aq dah bersedia..sekarang ni pun tanggungjawab untuk diri sendiri masih terkapai-kapai..ada hati nak bertanggungjawab pada org lain...so..untuk memudahkan persoalan bila lagi ni???
Jawapan aq...aq dah tahu Allah pasti dah sediakan seseorang untuk aq kelak,sbb dalam Al-Quran pun ada je sebut pasal jodoh
Dan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda

“Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih
di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya,
jodohnya dan celaka atau bahagianya "

Dan kalau suatu hari nanti aq sudah bersedia untuk berkahwin biarlah aq berkahwin kerana Allah,bukan kerana aq nak mengelak orang dari bercakap lagi pasal status aq.

“Barangsiapa memberi karena Allah, menolak karena Allah,
mencintai karena Allah, membenci karena Allah, dan
menikah karena Allah, maka sempurnalah imannya. (HR.
Abu Dawud)

Tapi kalau ditakdirkan aq tak bertemu jodoh aq di dunia..mungkin Allah nak beri jodoh aq di akhirat..di SYURGA..Insya Allah..

Pesanan untuk diri sendiri:Jangan terlalu sibuk menunggu bila jodoh nak datang;baik sediakan diri dengan bekalan amal soleh yang cukup sebab kita tak tahu kelak,jodoh tak datang tapi ajal yang datang....